November 19, 2013

KENAPA SIMPAN MAKANAN DALAM MULUT

Assalamualaikum....

Dah dua hari dah cuti sekolah. Seronoklah Iffan cuti tak payah pergi sekolah. Duduk rumah dari pagi sampai malam main, tengok tv, makan, main, tengok tv, makan, tidur. Heaven je.

Semalam Msred pergi kerja jalan pun laju je, takde lah tersangkut-sangkut macam selalu. Bestnya lah kalau hari-hari tak jem. Tapi pagi ni jem pulak. Baru sehari nak berangan keluar rumah lambat dah jem. Esok tak tahu lagi.

Malam tadi makan simple je, ikan goreng dengan sayur goreng. Family Msred takde sorang pun yang suka ikan gulai, so goreng je. Iffan Daniel memang  tak suka ikan dan liat nak makan ikan. Malam ni Msred suapkan Iffan, Ian dan Iman makan. Kalu tak nanti dia orang tak kan makan punya. Kalau makan pun maunya dua suap je kang.



Satu perangai Iffan yang selalu buat Msred rasa nak gigit orang je, Iffan tersangatlah sukanya menyimpan makanan dalam mulut dia, tak nak telan. Terutamanya kalau makanan tu memang benda yang dia tak suka. Tengoklah dia buat perangai, disimpannya nasi dan lauk tu dalam mulut dia lelama, dah macam hamster dah suka simpan stok makanan dalam mulut.


pipi kembong macam hamster


Punyalah lama nak menunggu dia menghabiskan sesuap nasi tu, apatah lagi sepinggan nasi, berejam nak habiskan. Mencabar kesabaran betul. Kekadang memang kena jerit si Iffan ni.


buatlah muka macam comel tu...

Cane nak buat? Ketap bibir je la sambil membesarkan mata kat Iffan kononya tengah marah sangat. Selalunya tak memberikan hasil yang memuaskan pun. Iffan tetap simpan makanan dalam mulut dia lelama sebelum dia telan.Haish...

foot note : Rambut Iffan yang di home cut kan oleh atok nya. Kelakar pun ada.




3 comments:

Masya said...

Hihihihi gelihati tgk rambut irfan.. Mcm abu bakarela

Siti Hajar said...

hehe. comelnyer Iffan. Mama dia samakan dengan hamster pulak. lucu sangat. ^^,

Ann Ishak said...

rambut tu comel la iffan :)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno