November 20, 2013

ITU TERBALIK SAYANG

Assalamualaikum......

Pagi-pagi ni, kalau time cuti sekolah, yang seronoknya bila lepas solat subuh bolehlah duduk lama sikit. Tak perlulah tergesa-gesa nak siapkan Iffan pergi sekolah. Lepas breakfast, sebelum keluar rumah pergi kerja, sempatlah mengusha blog sekejap. 8.30 am baru keluar gi office. Relax sikit. Petang pun tak perlulah tergesa-gesa sangat balik dari office sebab tak perlu ambil Iffan kat sekolah. 



Piccas ni snap masa pergi Langkawi bulan lepas. Iman Zary Haqimie dengan sunglass baru di beli time tu. Itu dia pilih sendiri. Msred tunjuk sunglass yang lain dia tak nak. Iman nak yang itu jugak. Hai Iman, napelah pilih Sunglass design cam untuk gugurl  ni?

Kaler dah lah pink, pattern pun dah macam pompuan dah....

Iman ni boleh tahan jugak suka bergaya nya. Sama macam abang Ian. Sibuk nak pakai sunglass sampai nak makan pun nak melaram jugak. Dahlah pakai pun terbalik. Orang nak betulkan dia tak kasi. Agaknya Iman ingat Msred nak ambil sunglass dia gaknya. Last-last Msred biar je Iman pakai sunglass tu terbalik. Dahlah mulut comot minum oren. Kekekeee....


Ibuk-ibuk ni, kalau tengok keletah anak dia, macamana anoying, macamana comot pun, bila dikenang-kenang mesti tersengeh sorang. Pada mata ibuk-ibuk ni, anak-anak dia tetap comel walau macamana rupa sekalipun. 

Budak kecik la. Tapi kalau anak dah besar remaja buat perangai dah tak berapa nak comel dah. Buat ibuk-ibuk darah tinggi je.


Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah



اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).



14 comments:

Ahsfantasy Ryu said...

Moga Iffan jadi anak ibu yang soleh :)

Nurzakiah Hanum said...

ala tomeinya dia

Cik Puan Rara said...

akakkkkkkkkkkkkkkk~ akk xingat saya ke? dulu kita selalu komen2.sy baru perasan smlm.akk muncul balik.akk pegi mana?

Izyan Masri said...

HANDSOME SI IRFAN NI. :D HYE KAK. LAMA TAK BERBLOG. LAMA JUGAK TK DATANG SINI !

pena rozie said...

Hehehe.... Nakal die pakai speak terbalik....

Mizz ErMa said...

hihihi betul tu kak..time kecik2 mcm nie, buat apa pon sume comel..bila da besar esok2, wallahualam..hihi

aizamia3 said...

elok terletak pulak tu.. ;)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

Hehehehe...lawo spec mata tu... :p

ezyra daniel said...

hehe comel je anak akk nie...pakai spek terbalik..bw sini ye

Lia Ilnia said...

Cute je pakai terbalik sunglass tu. Memang macam gugurl. Moga jadi anak yang soleh.

deno said...

ensem!

shaFazie said...

iman mmg comey.....pakai spec terbalik yerkkk

mummy_ayu said...

ala encem boy..bukan main lagi nak bergaya .. dgn spec terbalik yer .. :-)

Myra Jay said...

Memang comellll :)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno