November 21, 2013

BERSUSAH PAYAH UNTUK SESUAP SALAD

Assalamualaikum......

Lepas bekpes cekodok sayur air tangan bonda terchenta, 8 am terus gerak ke opis. Jalan kurang jem, alhamdulillah. 15 minit lepas tu selamat sampai opis, alhamdulillah. Sampai opis, parking pun senang dapat, alhamdulillah.

doa syukur nikmat Allah

Semalam tengok-tengok picca Iman ni. Teringat waktu pergi Langkawi bulan lepas. Waktu lunch ni. Msred nak suapkan Iman makan, tapi kali ni Iman berkeras nak makan sendiri. Lepas tu tak nak makan pakai tangan, mungkin sebab dia tengok semua orang makan pakai sudu garfu, dia pun nak sama pakai sudu garfu. Ikutkan aje walaupun Iman ni bukannya pandai pun makan pakai sudu garfu. Janji dia tak bising mengamuk.



Tengoklah tu, bersusah payah dia nak masukkan semua salad tu dalam mulut yang kecik tu. Msred kata nak tolong dia kecik kecik kan salad tu supaya dia senang makan, dia tak kasi. Dia nak buat sendiri macam orang besar. Msred biarkan aje sambil tersengeh-sengeh pandang Iman. 

Tapi last last dia stress gaknya, dia campak sudu garfu dalam pinggan pas tu terus dia guna tangan je masukkan salad tu dalam mulut. Bila dah masuk Iman sambung pakai sudu garfu masukkan nasi pulak. 

Macam-macamlah Iman.

15 comments:

Index Apk said...

kunjungan perdana sobat,,,salam blogger

Nurzakiah Hanum said...

bagus makan salad

Fiza Rahman said...

Pakai tgn juga yg senang yer iman.

shaFazie said...

xsemua budak suka mkn salad bila dipaksa baru mkn hehe

Cik Asma BLuppy said...

bagusnya kecik2 dah pandai makan sayur sendiri. anak buah saya tu dibuang semua sayur. mkan nasi je. T_T

mummy_ayu said...

good boy la dia..berdikari...pandainya makan syur.. :-)

Zuraidah Butang said...

hehe bagus..nak usaha sendiri...alhamsullilah sukuri la nikmat Allah. :)

MizzTina said...

ehehehe..usaha tangga kejayaan wlupun sudhnya dia naik lif.. senang lg pakai tgn kann

izan mama mia said...

hihii..baguslah dia nakl makan salad tuu..kalau anak akak ni... mama dia jer makan...

Aully said...

Jangan lupa juga cuci tangan sebelum makan.....

Nyamuk Terbang said...

pndai berdikari nie

Rai Ourkizuna said...

haha..comelnya gigih..

Dhia Dirham said...

Alhamdullillah pandai Iman makan :)

nanakimie said...

hihi,gigih iman berusaha ye,good job dear!:)

Myra Jay said...

Hheheee, comel je..
Usaha tangga kejayaan, dah usaha tak berjaya tak putus asa, terus guna tangn je ;)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno