July 30, 2012

REVIEW BLOG MEREKA 2

Assalamualaikum....

Di dalam entry ini msred ada janji nak review blog yang memberikan jawapan betul pada cabaran meneka gambar. Post ini akan di lekatkan di atas selama seminggu.


Hari ini msred akan review lagi lima blog yang jawab dengan betul pada soalan teka gambar. Oleh sebab nak review sekali lima, msred tak details lah yea. Nanti you alls bosan pulak baca.



Yang pertama, Kak Cik Seroja. Masuk-masuk saja tengok catatan nota dari husband Kak Cik. Sungguh tepat dan patut dipegang oleh semua orang. Berhati-hati bila berkawan.





Yang kedua, Miss Lubly. Adik yang sweet dan peramah. Rajin datang blog msred dan tinggalkan komen, thanks yea lil sis.






Yang ketiga, Miss Nuyui. Blogger dan crafter. Selain bligging, Miss Nuyui ada buat side biz, buat felt craft. Msred pernah order keychain dari Miss Nuyui, cute dan puashati dengan service dia.






Yang keempat, Munnafendy yang baru sebulan jadi Puan. Di blog munnafendy ada banyak tips untuk bakal pengantin termasuk contoh bunga tangan dan door gift.







Yang kelima, Miss Nyue. Baru saja nak kenal-kenal. Peramah dan rajin berkunjung ke blog msred dan rajin komen.






Ini sajalah untuk minggu ini. Terjah dan follow mereka ok.

Note : Hari pertama Ramadhan kali ini di pejabat. Selamat berpuasa semua.

- Posted using BlogPress from my iPad

July 26, 2012

DOA HILANGKAN MENGANTUK

Assalamualaikum....

Amalkan membaca potongan Ayat Kursi ini untuk menghilangkan rasa mengantuk. Lepas ambil wuduk, baca banyak kali pun tak apa, disertakan rasa yakin pada Allah yang rasa mengantuk ini akan hilang. InsyaAllah.



لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ


Yang tidak mengantuk usahkan tidur.


Bulan Ramadhan ini, mata ini selalu sahaja tunduk pada nafsu nak tidur. Mengantuk saja, terutamanya bila nak buat kerja. Asalkan masuk je pejabat, nak buat kerja mata mula lah mengantuk. Elok kita hilangkan rasa mengantuk ni. Mengganggu produktiviti.


- Posted using BlogPress from my iPad

July 24, 2012

HIKMAH KEMAAFAN

Assalamualaikum....

Orang yang mampu memelihara kemarahan dan bersabar dengan segala perbuatan buruk orang lain terhadap dirinya akan mendapat ganjaran istimewa dari Allah sepertimana firman Nya yang bermaksud :

" Dan balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang setimpal. Tetapi sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik ( kepada orang yang berbuat jahat ) maka pahalanya daripada Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang zalim." ( Surah al-Syura 42:40).


Memberi maaf sebenarnya tindakan bijak yang dilakukan untuk diri kita sendiri. Ia memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutamanya manfaat kesihatan dan kesejahteraan.


Kita telah membebaskan diri dari bebanan perasaan yang menghalang untuk bertindak secara positif. Orang yang bersifat pemaaf selalu berada dalam keadaan tenang.

Hanya orang yang kuat yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri. Bak kata Mahatma Ghandi, " Orang lemah tidak memberi maaf. Sifat pemaaf adalah daripada orang yang kuat."

Di petik dari artikel Tenangkan Jiwamu dengan Kemaafan, Solusi isu 46.

- Posted using BlogPress from my iPad

BUKAN DIA YANG MENGADA

Assalamualaikum...

Macam biasa, lepas sahur memang tak tidur. Kalau nak tidur balik pun dapat sekejap saja, tak puas. Bila tidur tak puas tak best. Malas nak tidur balik. Sampai pulak pejabat, aircond belum buka. Panas la pulak. Pukul 8 baru buka. Nasib baik buka, kalau aircond tak buka. Stress.

Macam biasa jugak, nak mula kerja kena log in. 3 4 kali cuba log in tak boleh. Ini apa pasal pulak tak boleh log in ni. PC ni buat perangai ke atau web site ni buat perangai? Try lagi log in. Tak boleh jugak. Berkerut dahi pikir, apasal pulak tak boleh log in ni? Tak kasi buat kerja ke apa?





Sekali, tepuk dahi. Memanglah tak dapat log in kalau nama pengguna dan kata laluan salah. Yang pergi masukan nama pengguna dan kata laluan Facebook tu buat apa? Sampai minggu depan pun tak kan boleh log in.

Ingatkan PC yang mengada, rupanya tuan PC yang mengada. Tak tahulah otak kurang berfungsi sebab lapar atau sebab ngantuk. Sebab kedua-duanya?

July 23, 2012

BARU NAK BELAJAR PUASA KE?

Assalamualaikum.....

Salam Ramadhan....

Seronok BW pagi tadi, kebanyakan cerita pasal Ramadhan. Ada yang cerita pasal menu sahur dan berbuka, ada cerita pengalaman puasa pertama sebagai suami isteri, cerita pasal pengalaman terawih dan ada juga cerita pasal shopping raya.


Terasa suasana Ramadhan. Tak kira macamana kita nak spend Ramadhan kita, jangan lupa amal ibadat kita. Sekurang-kurangnya, biar sedikit tapi konsisten dan buat hari-hari, daripada tak ada langsung.

Alhamdulillah, hari ketiga dah Ramadhan. Iffan, boyfriend msred yang umur 6 tahun tu puasa penuh dua hari 1 dan 2 Ramadhan. Tapi hari pertama dia puasa sekejap-sekejap dia datang kat msred cakap lapar nak makan. Msred pujuklah dia.


Masuk tengahari msred pun dah tak larat dah nak pujuk Iffan, msred bawak dia orang keluar. Pergi MPH dan beli colour baru dan colouring book yang baru. Iffan pulak minta nak makan Big Apple, terpaksa belikan sebab kesian dia dah sebut nak buka Big Apple.

Balik tu msred biarkan Iffan main dengan colour baru tu, konon nak bagi dia leka lah sampai waktu berbuka. Nasib baik berjaya buat dia berhenti cakap lapar.

Note : Tahun lepas waktu Iffan 5 tahun dia berjaya puasa penuh 11 hari. Yang lain tu puasa separuh hari. Rahsianya, msred umur 5 tahun dulu tak ada pun puasa penuh. Terel la Iffan. Hahaaa....

- Posted using BlogPress from my iPad

July 20, 2012

DAH BERMULA

Assalamualaikum...

Esok Ramadhan. Hari pertama Ramadhan. Tapi tadi waktu rehat pergi Plaza Alam Central Shah Alam.  Jualan hari raya dah mula. Minggu lepas pergi PKNS Shah Alam, jualan raya dah mula dah. Lagi cepat.
Seronok juga tengok baju raya ni. Tapi harap hati tak terlalu leka dengan perkara lagha sampai lupa tujuan Ramadhan.
PKNS Sha Alam

Plaza Alam Central Shah Alam
Shopping raya tak apa, tapi jangan sampai lupa amal dibulan Ramadhan. Kita pasti nak buat sebanyak amalan yang kita mampu dibulan mulia ini. Pandai-pandailah susun jadual supaya Ramadhan kita kali ini terisi dengan ibadah yang sempurna insyaAllah.

Peringatan untuk diri sendiri juga. Perempuan ni pantang tengok jualan macam ni.



SALAM RAMADHAN







TERJEMAHAN DAN KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH

Assalamualaikum.....




Terjemahan

AL-INSYIRAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Sumber

Note : Semoga hati redha dengan ujian ini, semoga hati kuat untuk menghadapinya. Semoga dipermudahkan. Amin.

- Posted using BlogPress from my iPad

July 19, 2012

LELAKI PUN BOLEH

Assalamualaikum....

Masa kids atau teenagers, biasa tak tengok lelaki tengok kartun perempuan macam Sabrina the Teenage Witch, Lilo and Stitch, The Mermaid, Care Bears dan The Powepuff Girl?

Ada tak lelaki yang suka tengok kartun yang target audience nya girls? Ada tak lelaki yang suka tengok kartun Barbie?

Pelik tak kalau lelaki suka tengok Dora the Exlorer?

Tadi denga Fly FM. Dia orang tanya listener ok tak kalau lelaki suka tengok cerita Care Bears?




Kebanyakan caller perempuan kata ok. Kalau perempuan boleh tengok kartun Transformers dan Superman, kenapa lelaki tak boleh tengok Care Bears?

Ada caller lelaki kata tak berapa ok lah kalau lelaki tengok cerita kartun perempuan. Tapi ada jugak caller lelaki yang kata there is nothing wrong kalau lelaki tengok kartun perempuan. Sebab message kartun semuanya baik, semuanya pasal friendship, family and love.

Pada msred, tak salah kalau lelaki nak tengok kartun perempuan. Tak akan hilang sifat lelaki kalau tengok kartun perempuan. Cuma boleh tambah sifat penyayang mungkin. Terpulang pada individu. Yang penting, pada msred, semua kartun best, especially kalau karektornya cute.

Note : Msred tak risau Iffan dan Ian suka tengok Dora the Exlorer.




- Posted using BlogPress from my iPad

July 17, 2012

DIET YANG GAGAL

Assalamualaikum......

Pada sesiapa yang selalu berkunjung ke blog msred mungkin tahu yang I am addicted to food. Suka sangat makan. Lepas tu pulak, perut ni kejap-kejap lapar. Baru makan sejam lepas dah lapar balik. Thanks God msred bukannya makan dalam kuantiti yang banyak. Msred jenis bila makan cepat kenyang, tapi the problem is, cepat lapar balik.

Ditambah dengan situasi akibat pembangunan pesat di Malaysia, negara kita ini terdapat sangat banyak kedai makan. Macam-macam jenis ada. Malaysia antara negara yang pendudukya memang sangat suka makan, termasuk msred.

Dua faktor ini menyebabkan usaha msred nak diet dan kawal pemakanan memang tak pernah berjaya dari dulu sampai sekarang.



Even time bulan puasa. Kebanyakan orang lain bulan Ramadhan berat turun tapi msred either mantain je berat atau naik. Tak tahulah macamana nak kurangkan nafsu makan ni. Penat nak melayan.




Lagi 3 hari, InsyaAllah kita akan berpuasa. Berjumpa semula Ramadhan. Alhamdulillah. Sekarang ini, ada kawan-kawan kata, dia orang sedang practice puasa. Ada yang skip lunch, ada yang skip dinner. Terpulanglah. Janji Ramadhan kita kali ini kita cuba jalankan sebaik mungkin seperti yang DIA mahu, insyaAllah.

- Posted using BlogPress from my iPad

July 16, 2012

REVIEW BLOG MEREKA

Assalamualaikum....

Di dalam entry ini msred ada janji nak review blog yang memberikan jawapan betul pada cabaran meneka gambar. Post ini akan di lekatkan di atas selama seminggu.

Oleh sebab Mizz Tina adalah blogger pertama telah meneka dengan tepat, msred review blog dia dulu.











Msred kenal di alam maya ni sejak awal msred berblogging. Dia start berblog tahun 2011 tak ingat bulan berapa. Peramah and chumils hokeh.... Rajin berkunjung ke blog msred. Msred pun suka pergi blog Mizz Tina sebab entry dia sempoi dan santai saja. Mood masuk blog Mizz Tina selalunya happy. Pst.... Mizz Tina ni freelance writer kat Majalah Eternity. Pst... Seminggu sebelum Ramadhan dah post pasal baju raya. Macam budak-budak tecik. Heheee....


Second blogger yang jawab tepat, Miss Ledibet aka Ladybird. Peminat Ladybird la ni.








A wife, a mother. Vouge lagi tau. Blog Miss Ladibet ni ada macam-macam. Mostly movies (nak download movie? Sila ke blog ini), isu semasa, food. Miss Ledibet ini pun msred mula kenal sejak awal berblogging tahun lepas. Peramah juga lah. Hari tu download cerita Mail Lambung dari blog Miss Ledibet ni lah.

Jom follow Mizz Tina dan Miss Ledibet ni. Bisanya awek berdua ni akan follow balik for sure.

- Posted using BlogPress from my iPad

July 13, 2012

MENYAMBUT RAMADHAN

Assalamualaikum.....


اللَّهُمَّ بَلِّغْنا رَمَضَانَ وَأَعِنَّا عَلَى صِيَامِهِ وَقِيَامِهِ
عَلَى الوَجْهِ الّذِي يُرْضِيكَ عَنَّا

Ya Allah
Sampaikan kami ke gerbang Ramadhan
Bantulah kami untuk berpuasa dan berqiam
Sepertimana yang Engkau redhai dan Engkau kehendaki kami melaksanakannya.


Marilah kita persiapkan diri kita secara menyeluruh dan sempurna namun semampu kita dalam menyambut bulan suci Ramadhan. Kita berusaha dan berdoa agar mampu melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna. Yang tidak mampu melaksanakan puasa karena udzur dan halangan, marilah kita ciptakan suasana menghidupkan spirit ikut melaksanakan ibadah puasa.

Ada beberapa ajaran Rasulullah s.a.w. yang penting untuk kita teladani dalam menyambut bulan suci Ramadhan, yaitu:

Pertama: kita dituntut untuk mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. dengan memperbanyak amal salih dan meninggalkan maksiat;

Kedua: Kita dituntut untuk mempererat tali silaturrahmi antar kita, baik dengan keluarga, handai taulan, sahabat tetangga kita;

Ketiga: Kita dituntut untuk memperbanyak sedekah dan membantu mereka yang memerlukan bantuan agar mereka juga dapat melaksanakan puasa dan menikmati kegembiraan bersama Ramadhan;

Keempat: Kita dianjurkan untuk meramaikan masjid-masjid dan musholla-muhsolla dengan berbagai ibadah seperti sholat tarawih berjamaan dan membaca al-Quran baik sendiri maupun kolektif.

Kelima: Kita dianjurkan untuk menghidupkan semangat persatuan dan kesatuan antar kita selama bulan Ramadhan. Rasa lapar kita adalah ajakan untuk bersolidaritas dengan sebagian saudara-saudara kita yang setiap saat dilanda kelaparan dan kesusahan hidup.

Semoga kita menjadi sebaik-baik umat selama bulan Ramadhan mendatang.



- Posted using BlogPress from my iPad

July 12, 2012

TIPS PAKAI PERFUME

Assalamualaikum.....

Kebanyakan dari kita, terutamanya perempuan suka dengan wangian. Suka pakai perfume kan? Untuk self confidence, self esteem, basically untuk kepuasan diri sendiri.

Ada yang rajin bawak perfume dalam beg bila keluar, senang nak reapply. Ada yang tak rajin nak bawa keluar. Msred malas sikit nak bawa keluar, menambahkan barang dalam beg saja.





So, ini cara msred nak make sure wangiannya kekal lama. Msred suka, kalau ada duit lebih, beli fragrance set yang ada perfume, bath gel, lotion dalam bau yang sama.

Pakai semua bila nak keluar. Mandi pakai bath gel dalam set itu, bila dah mandi, sebelum pakai baju pakai lotion dari set yang sama juga. Bila lotion tu dah meresap, pakai perfume dekat badan.

Lepas pakai baju, kadang-kadang msred sembur dekat baju juga. Kadang-kadang tak. Tapi paling msred suka sembur dekat rambut ( bagi yang free hair saja). Kalau sembur dekat rambut, bau dia tahan paling lama. Sampai esok pagi pun ada lagi bau, kalau tak basuh rambut la.

Kalau yang suka sembur dekat pulse point (pusat nadi) macam pergelangan tangan dan leher, lepas sembur jangan gosok. Biar dia kering sendiri. Kalau kita gosok kita rosakkan bau asal dia.

Kalau msred guna cara ini, memang baunya akan tahan lebih lama kalau dibandingkan dengan kalau pakai perfume sahaja.



Davidoff Cool Water, favorite perfume msred. Bau dia lembut dan romantik. Sesuai nak pergi dating dengan husband.

Tips : Kita semua ada body odor sendiri yang unik. Bila nak beli perfume, beli bau yang sesuai dengan kita, yang mix well dengan our unique body odor. Jangan beli yang sesuai dengan orang lain, tak semestinya sesuai dengan kita.

Tips 2 : Perfume EDT sesuai sembur dekat baju, EDP lebih sesuai sembur dekat badan.

- Posted using BlogPress from my iPad

JAWAPAN TEKA GAMBAR

Assalamualaikum....

Alamak, bila sorang dah dapat teka yang betul kepada teka gambar kat entri ini, semua yang kemudian copy paste je jawapan yang atas. Tak aci betul la korang ni. Heheee..... Patutnya msred setting comment tu kena approved dulu baru publish.

Tapi tak apalah. Seronok juga review blog kawan-kawan ni. Ada 17 orang jawab yang betul. Pengasing telir kuning. Cute kan? Yang first jawab tepat Mizz Tina dan Deqla pulak hampir tepat.

InsyaAllah msred start review this weekend ok.


- Posted using BlogPress from my iPad

JAWAB BETUL, BLOG AKAN DI REVIEW

Assalamualaikum.....

Siapa dapat teka ni gambar apa, msred review blog dia, post as sticky post selama seminggu. Klu dia ada dalam gambar.







- Posted using BlogPress from my iPad

July 11, 2012

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum....











- Posted using BlogPress from my iPad

July 10, 2012

SPECIAL K HONEY NUT CEREAL BAR

Assalamualaikum......

Tengahari tadi, lunch cereal bar baru dari Kelloggs. Hari tu try yang ini, sedap. Kali ini try yang Honey Nut Cereal Bar pulak. Memang best, crunchy dan flakes dia crispy. Cuma yang kurang sikit sebab dia manis sikit, mungkin sebab honey dia.







Snack ni bagus dari segi kandungannya, baik untuk kesihatan. Lebih baik kita layan snack yang macam ni daripada potato chips kan. Lemak pun kurang, ada cereal dan a good peanut lagi. Sedap tau. Try rasa.

Note : Selain snack bar ini, msred terpaksa minum Nescafe sebab petang ini mata super ngantuk. Tak terlayan dah.

- Posted using BlogPress from my iPad

ANGAN-ANGAN DAN CINTA PANDANG PERTAMA

Assalamualaikum.....

Breakfast pukul 10 tadi, makan sandwich saja. Sedap sangat. Memang sejak dulu msred suka makan sandwich. Time study dulu rajinlah buat sandwich sebab senang nak buat. Tak payah masak-masak sangat pun tak apa. Letak saja mayonis, white pepper dah sedap.






Punyalah gila sangat makan sandwich, pernahlah berangan dengan mr boyfriend nak buka sandwich cafe yang jual macam-macam jenis sandwich, macam-macam sos, macam-macam size. Angan-angan 10 tahun dulu.

Time tu tak ada kedai konsep macam tu, yang jual sandwich saja. 100% sandwich. Waktu itu trend makan sandwich time lunch or dinner memang belum popular. Memang susah nak cari. Bila nak makan sandwich yang sedap-sedap macam dalam cerita orang putih tu, msred kenalah buat sendiri.

Itu yang tiba-tiba timbul angan-angan dengan mr boyfriend nak buka cafe sandwich. Tapi sampai sudah, dah anak tiga dah tak ujud juga cafe sandwich anganan msred tu. Tinggal angan-angan je. Tapi tak kisah dan tak kesal pun. Orang lain dah tolong buka kan dah.

Note : Weekend hari itu buat pertama kalinya makan kat Subway. Boleh pilih salad, sos dan roti sendiri kan? Jakun sungguh. Terus jatuh cinta pandang pertama.

- Posted using BlogPress from my iPad

July 09, 2012

THE AMAZING SPIDERMAN

Assalamualaikum....

Hari Ahad, 8 July msred bawak Iffan Daniel pergi tengok wayang cerita The Amazing Spiderman. Gambar cantik, heroine cun, hero naive and sweet sometimes cheeky.





Msred bagi 3 bintang saja untuk cerita Spiderman kali ini. Cerita sama dengan all the Spiderman siries or movie. Cuma dalam movie kali ini kita diajak untuk sama-sama dengan Peter Parker cuba menyiasat ke mana hilangnya parent dia. Dalam movie Spiderman kali ini kita diberitahu sedikit info tentang kehilangan parents Peter Parker. Nak tahu? Silalah tengok sendiri.






Kalau terasa nampak macam msred chubby2 comel, tolonglah doa msred kembali slim supaya mr boyfriend tak geleng kepala. Huhuuu...






Jangan tanya msred kenapa Iffan buat muka macam tu. Msred pun konpius.






Suka grafitti post it Mc Donald Subang Parade ni.



- Posted using BlogPress from my iPad

MAJLIS MR BOYFIE, AMIR ZAKWAN

Assalamualaikum.....

Hari sabtu, July 2012, lepas Asar berlangsung majlis Aqiqah Amir Zakwan anak adik msred. Majlis yang simple, tetamu pun tak berapa ramai. Terdiri dari kawan-kawan adik msred, saudara terdekat, jiran dan orang masjid.



Pada mulanya ada masalah sikit nak jalankan majlis ini sebab adik msred baru saja berpindah ke sini, kawasan ini pun belum ramai orang dan masjid pun masih tak ramai orang. Last-last terpaksa minta tolong arang masjid di kawasan perumahan mak msred untuk tolong jalankan majlis Aqiqah, Tahlil sekali dan majlis masuk rumah baru.



Kenderaan dari masjid rumah mak msred untuk ke rumah adik msred ada disediakan. Nasib baiklah ada juga orang masjid di kawasan perumahan mak msred yang sudi datang walaupun jauh sedikit dari kediaman mereka. Alhamdulillah. Mungkin sebab bapa tiri msred pun rajin ke masjid dan baik dengan orang-orang kuat masjid.



Catering dan kambing untuk Aqiqah disediakan oleh orang kuat masjid juga. Kita orang memang biasa ambil kambing dan katering dengan dia termasuk semua Aqiqah anak-anak msred. Kerja sempurna.




Keluarga bahagia, muga terus begitu hendaknya.




Alhamdulillah Imam besar Masjid Seksyen 18 sudi datang mengetuai majlis Aqiqah. Imam memang baik dengan bapa tiri msred. Psss.... Imam ni lah telah menikahkan msred ngan Mr Bf. Yang songkok hitam ada selendang putih tu.




Inillah dia Amir Zakwan, anak kedua adik msred bergambar bersama ibu saudaranya. Mama Amir pemalu.




Sibuk menyuapkan anak-anak makan. Kalau biar dia orang suap sendiri, lambat dan bersepah.



Masing-masing dah penat bermain. Tunggu masa nak balik saja. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Note : Lepas ini kita cerita aktiviti hari Ahad pulak. Macam lah fantastik sangat.

- Posted using BlogPress from my iPad

July 06, 2012

AWAS DOSA BERGANDA

Assalamualaikum....

Walaupun terdapat perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. Awas, kerana apabila dosa-dosa kecil dilakukan ia akan berganda seterusnya menjadi dosa besar. Pertukaran ini berlaku apabila :

1. Melakukan sesuatu dosa secara berulang-ulang dan terus-menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya hanya perkara yang baik sahaja yang boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.

2. Sesuatu dosa itu dianggap sebagai perkara remeh. Jangan pernah sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu maha besar lagi maha Agung.

3. Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseorang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk daripada Allah.

4. Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan. Ini Istidraj iaitu seseorang yang diberi nikmat oleh Allah tetapi masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.

5. Tidak segan silu memberitahu orang lain yang dosa dilakukannya. Seorang lain yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja dihadapan manusia bahkan dihadapan Allah.

6. Dosa yang dilakukan oleh seorang ulama atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepar berlandaskan syariat Allah.

Sumber : Solusi isu 35.




- Posted using BlogPress from my iPad

July 05, 2012

DIA KENA PAKSA

Assalamualaikum....


Ini Iman Zary Haqimie, boyfriend msred nombor 3. Manja dan keras hati budak ni. Perangai siapalah yang dia ikut.

Ini gambar-gambar waktu kat Pizza Hut time celebrate birthday mak msred. Kelakar tengok gambar ini. Msred suapkan dia makan pizza. Dia baru habiskan satu slice, msred nak bagi yang second slice. Dia mula buat muka macam tu.

" Nanak... Nanak."





Msred try pujuk makan jugak sebab msred rasa macam dia tak kenyang je kalau makan satu slice je.

" Nanak!" Iman jerit.





Ok pklah. Msred mengalah. Dia nak minum air. Iman lagi suka minum air dari makan. Iman memang banyak minum tapi makan sikit je. Perangai siapa pulak tu?





Suka tengok muka dia stress kena paksa makan. Ngeheheee....

- Posted using BlogPress from my iPad

KALAU SUDAH TIADA KASIH

Assalamualaikum.....

Ramai pasangan, especially yang dah berkahwin, tak mahu tinggalkan pasangan sebab kasihankan pasangan mereka. Walaupun dia tahu kasih sayang dan cinta itu sudah tiada, sudah berubah.

Boleh ke kita bahagia kalau masih bersama disebabkan rasa simpati tak sampai hati tinggalkan pasangan? Kalau hati dia tak bahagia sebab terpaksa hidup dengan pasangan dia yang tak lagi dia cintai seperti dulu, mampukah dia buat pasangan dia bahagia? Lama kelamaan pasangan dia pun akan perasan dia tak bahagia, akan dapat menghidu tiada cinta lagi di hati dia. Deritalah kedua-duanya.




Pendapat peribadi msred, kalau benar sudah yakin memang tiada cinta dan kasih lagi pada pasangan, berterus-terang dan kalau tak dapat dielakkan lagi, berpisahlah. At least dia dapat mencari bahagia di tempat lain dan pasangan juga berpeluang mencari bahagia di tempat lain. InsyaAllah.

- Posted using BlogPress from my iPad

DOA MEMULAKAN KERJA

Assalamualaikum.....

Sebelum memulakan kerja di pejabat, apakata kita amalkan membaca doa ini. InsyaAllah semuanya akan berkesudahan baik.


Kalau boleh, print dan tampaklan di meja kerja kita. Kalau nak lagi cun, siap laminate lagi. Berbaloi kan?

July 04, 2012

AIS KRIM GORENG SEDAP

Assalamualaikum.....

Petang semalam, balik dari pejabat terus mengeluarkan ais krim goreng yang dah di frozenkan dari semalam sebalumnya. Tak bagitahu lagi boyfriend-boyfriend msred yang msred nak buat ais krim goreng. Ini first time msred buat, dia orang pun tak pernah rasa. Tak tahu pun ais krim goreng tu macamana. Surprise la ni.






Baru lepas di goreng dalam minyak panas selama tak sampai seminit pun rasanya. Look very tempting.






Seronok betul dia orang makan. Iffan asik puji sedaplah mama masak. Padalah senang je buatnya pun. Semua orang boleh buat rasanya kan? Itupun beria Iffan puji msred masak sedap. Kelakar je dengar.

Buat 4 je, sorang satu termasuk satu untuk Adam, anak buah msred.

Sedapnya.


- Posted using BlogPress from my iPad

BARU NAK INGAT MAK

Assalamualaikum.....

Time bercinta, banyak masa kita habiskan dengan pasangan daripada mak sendiri. Duit pun banyak habis untuk pasangan daripada mak sendiri. Ini segelintir, buka semua orang ok.

Kalau pasangan ajak date, laju je cakap, 'ok.' Kalau mak ajak temankan pergi kedai, laju je kita jawab, 'mak, orang busy lah. Tunggu orang free dulu k.'

Kalau pasangan minta belanja handphone, laju je kata, 'jom kita pergi beli.' Kalau mak minta tolong belikan baju baru, laju je kita cakap, 'duit tak cukuplah mak, habis bayar hutang.'

Sabar je lah mak dengar alasan kita ni.





Tapi bila putus cinta, tiba-tiba tahu saja nak cari mak suruh dengar kita bersungut dan temankan kita bersedih. Tiba-tiba maklah orang yang selalu kita ingat setiap masa, kita call setiap masa nak meluahkan perasaan. Tiba-tiba rajin melawat mak sambil bawa buah tangan sebab nak mak kita pujuk hati kita yang lara ni.

Tak mahulah macam tu kan? Nak bercinta sakan, bagai nak rak sekali pun, dahulukanlah mak kita. Letak dia nombor satu dalam senarai kepentingan kita. Pasangan kita tak semestinya kekal sebagai pasangan kita, tapi mak sentiasa kekal jadi mak kita walau apa pun terjadi.

Mom, you always number 1 in my heart.

- Posted using BlogPress from my iPad

July 03, 2012

BIRTHDAY LADY

Assalamualaikum....

Once a mom always a mom. You always here by my side, as my mother. Never stop being a mom. Sometimes it annoying bu most of the time it comforting. Thank you for being my candle, my blanket, my guru and my everything. I will always love you mom and hope I can make you happy here and after.

Happy Birthday mom.






Semalam, 2 July msred dan adik-adik spent time dengan mak dinner di Pizza Hut SACC Mall. Mak yang nak makan Pizza Hut, kita orang ikut kan saja. Inilah birthday girlnya. Ermmmm birthday lady kot.













Moga mak dipanjangkan umur, di beri kesihatan dan kebahagiaan. Amin.



- Posted using BlogPress from my iPad

BOLEH KE HENTIKAN KETAGIHAN INI

Assalamualaikum.....

monsters university

Baru selesai menghabiskan Nescafe 3 in 1 Rich. Sedap. Layan saja menikmati rasa dan aromanya. Ketagih dibuatnya. Sehari tanpa Nescafe, tak bermaya fizikal, tak ceria hati.








Ye lah tu. Ok, ter hover sikit.

Tapi memang msred kira dah addicted dengan Coffee especially Nescafe. Hari-hari nak kena minum. Dulu sebelum kawen, sehari bercawan-cawan minum. Bila dah kawen, dah berumur ni, cuba kurangkan pada 1- 2 cawan saja sehari. Bolehlah kurangkan. Tapi belum boleh berhenti terus.

Last week, hari Jumaat, stock Nescafe habis kat office. Seksa menahan ngantuk. Rasa tak bermaya saja nak kerja? Dahlah hari itu last day nak kena siapkan kerja untuk bulan June. Memang rasa nak letak je selepentip kat mata bagi jangan tertutup. Rehat pukul 10 am, terus order coffee. Lepas tu barulah rasa bertenaga sikit.

Semalam msred off. My sister and her husband datang rumah. Baru lepas melawat her MIL sakit kencing manis. My BIL boleh pulak cerita yang mak dia pun addicted to Nescafe, even sampai sekarang pun masih kuat minum Nescafe.

Takut memang takut msred dengar. Tapi, bolehkah ini membuatkan msred berhenti minum Nescafe? Hrmmm......

win a canon camera here

- Posted using BlogPress from my iPad
Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno