May 31, 2012

BOYFRIEND DIA KING CONTROL

Assalamualaikum....

Pagi ini kawan-kawan bercerita pasal Herbalife boleh buat orang kurus dan Slim World pun boleh buat orang kurus tapi tak boleh berhenti ikut program dia.

Tiba-tiba teringat kisah seorang kenalan tempat msred belajar dulu. Awek cun rupa macam cina yang bodynya memang cun, slim and curvy. Dia ada boyfriend yang boleh tahan handsome tapi belum layak terima 5 bintang dari lima bintang lagi.

Alkisahnya, dikhabarkan pada msred oleh kawan rapat awek ni tadi yang boyfriend dia ni sangatlah King Control nya dalam menjaga berat badan awek cun ni. Apa yang awek ni boleh makan dan tak boleh makan boyfriend yang tentukan. Dinner kena makan sebelum pukul 7pm. Takut kalau awek dia gemuk.

Sungguh hover tau itu boyfriend. Kesian kat awek cun tu. Tapi khabarnya awek cun tu ikut juga syarat boyfriend. Sayang sangat agaknya. Tapi paling kasihan, hubungan dia orang tak kekal lama. Putus juga. Msred tak tahulah sebab apa.

Isunya, penting sangat ke rupa fizikal seseorang itu dalam bercinta? Perlu ke kalau nak awek cantik sampai apa dia makan, bila dia kena makan pun nak kontrol? Di mana ikhlasnya bercinta kalau macam tu?

May 30, 2012

TAK NAK KAWAN

Assalamualaikum....

Teringat zaman sekolah dulu, kalau gaduh-gaduh manja dengan kawan-kawan suka cakap, 'Tak nak kawan.'sebagai tanda nak merajuk satu jam satu hari atau satu minggu. Tak tahulah kenapa suka sangat cakap 'tak nak kawan' tu padahal tahu in the end mesti kawan balik. Gaduh ke merajuk ke pun mesti sekejap saja. Bukannya betul-betul tak nak kawan lagi dah, tapi suka juga nak cakap macam tu.

Tapi sekarang dah tak buat perangai macam tu dengan kawan-kawan sama ada di pejabat atau di luar pejabat. Sebab kalau buat perangai bajet comel macam tu diusia tak berapa comel dah ni memang akan dipandang serong oleh kawan-kawan dan orang sekeliling. Tebiat?

Cuma, sekarang ni, bila merajuk dengan dia sebab dia tak nak dengar kata atau nakal, msred memang suka lah cakap kat dia, 'Tak nak kawan'. Lepas tu dia mesti cakap, 'Mama....'sambil pandang muka msred mata terkelip-kelip dengan muka berkerut tak puas hati dia. (sori, tak pernah dapat snap picca dia buat muka cam tu, kalau tak boleh tepek kat sini).

iffan hensem....




Sungguh cute muka dia time ni. Oleh kerana msred suka tengok muka dia macam tu, msred selalu buat-buat merajuk dengan Iffan sambil cakap, 'Tanak kawan'.Tapi sejak dah besar ni kalau msred cakap macam tu Iffan buat tak tahu je.

Note : Siapa nak kawen ngan Iffan kena pandai buat Nescafe kaw kaw sebab msred Nescafeholic...... ngeh ngeh....


PENSIL VS KAMERA

Assalamualaikum.......

Kalau msred ada bakat melukis yang ohsem, mesti best main cam ni. Nak lukis muka Neealofa pas tu tepek kat gambar muka msred.

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10

May 29, 2012

TRIP TO PUSAT SAINS NEGARA

Assalamualaikum.....
Hari ini sempena cuti sekolah budak sekolah, bukan mak atau bapak budak, my MIL ditemani my SIL telah berjaya membawa Iffan dan dua orang lagi cousin Iffan sis Maya dan Bro Ammar ke Pusat Sains Negara. Untunglah Iffan dapat berjalan ke Pusat Sains Negara. Untunglag Iffan dapat mengusha dinasour kat Pusat Sains Negara tu. Msred pulak terpaksa kerja sebab malas nak cuti. Ni yang terasa nak pura-pura demam esok sebab nak ponteng kerja. Boss?
I
ni sahaja gambar yang msred ada yang di send dari handphone my SIL petang tadi. Handsome betul boyfriend msred nombor 2 ni.

Tapi sekarang ni msred sedang layan perasaan rindu-rindu kat Iffan sebab malam ni dia overnight kat rumah MIL. Oleh sebab ini first time Iffan tak balik rumah, msred ter hover ngada tak tahan rindu kat Iffan. Rasa nak gi jemput Iffan balik sekarang jugak. Sengsara kena tinggal dengan anak. Kalau you alls nak kata msred hover pun tak pe. Msred memang hover rindu kat Iffan. Malam ni takde mood nak masak. Kbai.

KENA BIJAK MEMILIH BARU BAHAGIA

Assalamualaikum.....

Teringat kisah bertahun dulu masa mula-mula nak sambung belajar di IPTS. Tertanya-tanya macam mana student kat sana? Best ke tak? Baik ke tak? Ada tak yang suka nak berkawan dengan msred? Macam mana kalau tak ada yang nak berkawan dengan msred? Macamana kalau nanti tak ada sorang pun yang nak berkawan dengan msred? Jadi kera sumbang? Oh no.

Serious. Msred ada pikir macam tu. Maklumlah, msred ni pemalu sungguh macam gadis melayu dulu-dulu cakap pun tunduk-tunduk suara lembut sampai orang pun tak dengar. Pas tu tak peramah pulak tu. Muka sombong berlagak je (muka je cam tu, hati tak cam tu).

Baru-baru ni ada diantara adik-adik yang baru dapat sambung belajar ke IPTA atau IPTS yang bercakap mengenai isu ini. Ada juga yang risau takut tak dapat kawan kat tempat baru tu nanti. Bagi msred, normal kot kalau kita ada terfikir macam tu.

Jangan risau. Ke mana pun kita pergi, kawan pasti ada. Mesti ada punya yang nak berkawan dengan kita. Ada macam-macam jenis kawan kita akan jumpa. Macam-macam rupa dan perangai.

Cuma satu benda je msred nak kongsi.

We have to choose wisely. Kawan mana yang nak simpan, kawan mana yang kita nak biarkan dia di sisi tapi tak perlu simpan dan kawan mana nak dibuang terus.

Kawan yang nak disimpan dan kawan yang nak dibuang tak perlu explain. Rasanya semua paham. Kawan yang boleh dibiarkan berada di sisi kita tapi tak semestinya kita kena simpan. Maksudnya boleh simpan atau boleh buang. Kawan macam ini adalah kawan yang baik dengan kita, suka tolong kita dan tahu hormat kita. Cuma masalahnya dia ada pengaruh yang tak baik yang kalau kita ikut boleh merosakkan hidup kita.

Contohnya, kawan kita ni memang baik dengan kita, tapi dia selalu clubbing lah. Kawan kita ni memang baik dengan kita, tapi suka 'minum' lah. Kawan kita ni memang baik dengan kita, tapi suka mencuri lah.

Kawan macam ini, hati-hati decide samada nak simpan atau buang. Msred dulu ramai kawan macam ni, kawan yang baik dengan kita, tapi .....

Msred tak buang mereka tapi tak pulak simpan. Msred biarkan dia orang dalam hidup msred tapi sentiasa akan berhati-hati kawan dengan mereka supaya tak terpengaruh. Selalunya kawan macam ni tak akan berada lama dalam hidup kita esspecially kalau kita tak terpengaruh dengan perangai dia orang. Dengan sendirinya mereka akan keluar dari hidup kita.

Walau di mana kita berada, kawan pasti ada. Pandai-pandailah kita pilih. Apa matlamat kita dalam bersahabat?

May 25, 2012

LIME PEPPER CHICKEN CHOP

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari asik tengok gambar menu baru Pizza Hut yang diupload di Pizza Hut FB page. Gambarnya wajiblah nampak macam sedap gila rasa seperti makan nasi lauk ulam cicah sambal belacan.

Ada banyak menu baru di Pizza Hut. Tapi waktu lunch tadi msred decide nak rasa Lime Pepper Chicken Chop. Murah jugaklah, RM 14.90. Harga standard. Rasanya memang mabeles, ohsem kat anak tekak msred. Laju je habis sepinggan.


Tapi masalahnya, portion hidangannya tak sama size dengan size nafsu anak tekak dan perut msred. Sizenya kecik comey je macam hidangan untuk budak sekolah rendah. Lepas habis sepinggan pun masih terasa lapar rasa nak order lagi sepinggan tapi terhalang dek rasa malu takut orang cop msred buruk lantak. Nasib baik rasanya sedap, kalau tak sedap memang dah kena rejectlah dari list makanan favorite msred.

Conclusionnya, menu Lime Pepper Chicken Chop ni tak kan msred buat menu berbuka puasa. Sekian.

GOLONGAN MINORITI YANG BERSYUKUR

Assalamualaikum.....
Pada zaman Sayidina Umar Al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah dengan berkata, " Ya Allah, masukkan lah aku dalam golongan yang sedikit." Doa beliau didengari Sayidina Umar yang ketika itu sedang bertawaf di Kaabah. Sayidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut.

Selepas selesai melakukan tawaf, Sayidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya, " Kenapa engkau berdoa sedemikian rupa? ( Ya Allah, masukkan lah aku dalam golongan yang sedikit ). Apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab " Ya Amirul Mukminin. Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan firman Allah : ' Sesungguhnya Kami ( Allah ) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan di muka bumi ( sumber atau jalan ) penghidupan. Dan amat sedikitlah kamu bersyukur.' ( Surah Al- A'raf 7:10 ).

Kata pemuda itu lagi, " Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit iaitu golongan yang tahu bersyukur kepada Allah. "

Mendengar jpawapan it Umar menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri, " Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau! Orang ramai lebih alim dari kamu."

Doa yang kedengaan aneh tetapi benar ini telah mengejukan Saiyidina Umar. Doa itu juga sepatutnya mengejutkan kita agar berdoa untuk menjadi golongan minoriti yang bersyukur. Hanya orang bersyukur akan mendapat ketenangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Ini kerana apabila seseorang itu memiliki sifat syukur, dia telah memiliki kekayaan hakiki iaitu kaya hati. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud, "
Bukanlah kaya itu kaya harta tetapi kaya sebenar ialah kaya hati. " Riwqyat al Bukhari.

Solusi isu 43.

Ada ke diantara kita yang berdoa begitu?

May 24, 2012

FRIDAY I'M IN LOVE

Assalamualaikum....
Kalau orang lain sibuk tengok Seindah Sakura lakonan Fasha Sandha, msred sibuk tengok Friday I'm in Love di slot Aurora TV 9 setiap hari Khamis 830 pm.
Sinopsis :
Friday I'm In Love mengisahkan Awang , seorang yang berperwatakan lurus dan bersahaja , akan jatuh cinta pada gadis yang berbeza setiap kali hari Jumaat. Sebelum menjelang Jumaat, dia akan berpisah dengan teman wanitanya.

Awang percaya dia terkena badi sumpahan orang terhadap ibunya. Andai tidak menemui cinta sejati pada usia 24 tahun, dia akan bertukar menjadi seekor 'hamster'!
Sumber
Ok, ceritanya memang sedikit mengarut. Tapi msred tengok cerita ni pun sebab its fun and happening. Takde lah sedih je macam cerita Seindah Sakura. Tengok cerita ni memang boleh buat msred ketawa and happy. Can de-stress kan.
Tapi disebabkan selalu tak dapat tengok hari Khamis malam, msred tengok di tonton.com saja. Sesiapa yang tertinggal boleh tengok di tonton.com. Dia punya OST pun best, by OAG.

MENGIDAM LAGI

Assalamualaikum......

Entah kenapa sejak dua menjak ni Msred ashik teringatkan si buah-buah kegemaran. Tekak selalu terasa nak makan buah, tapi tak nak sejenis je buah, nak berjenis-jenis sekali makan. Kalau di rumah, sejak minggu lepas tiap hari makan buah mangga dan mempelam.

Bila di pejabat pulak rajin beli mix fruit. Agaknya rupa dia yang kalerful tu yang buat nampak macam best je, rasa macam sedap sangat.

buah kat sini selalu nampak fresh... dap...

lunch semalam.... dap...
lunch harini... dap ...

Itu je nak citer.

Note : Mengidam buah-buahan adalah amat digalakkan. Manakala mengidam aifon, aipad dan seumpanya haruslah dielakkan.

2nd note : Harini gaji, ATM ramai orang beratur. Kedai makan kecik-kecik lengang.

May 21, 2012

SEMUA TENTANG DIA

Assalamualaikum.....

Saya ada masalah. Masalah dengan kawan sekelas saya ni. Nama dia Zaza. Dia cantik, pandai dan konfiden. Dia baik dengan kawan-kawan dia. Orang suka berkawan dengan dia. Cuma satu saja masalah dia yang membuatkan dia susah nak dapat best friend, kawan sehidup tapi tak semati.

Dia suka sangat bercerita, bukan tentang politik, sukan atau pun pelajaran. Dia sangat suka bercerita tentang satu topik ni, kira favorite topic dia la. Zaza sangat suka bercerita tentang Zaza.

Ya, dia suka sangat bercerita tentang dirinya sendiri, bukan tentang orang lain.

its all about me, me and me... heh heh...
Tak tahu lah kenapa, boleh dikatakan setiap hari 50% daripada apa yang keluar dari mulut dia tentang dia. Kadang-kadang boleh mencecah 70%. Kita ni selalunya suka dengar apa orang cerita tentang diri orang tu, tapi kalau ashik cerita pasal diri sendiri doplopatjam, ustazah pun silap-silap boleh hilang sabar.

kalau laki ada penyakit obsessed dengan diri sendiri ni lagi bughuk.... hahaha...


" Ko tau tak aku semalam.... bla bla... aku ngan dia.... bla bla....dia suka aku... bla bla... aku ada... bla bla... akhirnya aku.... bla bla... aku cakap kau aku ni kan... bla bla..." rasa nak sepak mulut dia bagi senget kalau nak lagi hebat bagi bisu terus... lari je dari dia sambil tutup telinga tamau dengar cerita dia lagi dah.

ko cakap lagi sekali perkataan aku tu aku gigit tangan ko... nak?




Kenapa ada orang yang macam ini?

Mengikut kajian msred dengan membaca kajian orang lain di Google, pemerhatian sekeliling dan pengalaman sendiri, orang yang suka bercerita pasal diri sendiri ni selalunya sebab dengan perbuatan ini dapat memberikan mereka kepuasan. It can make them feel good, and fell good about themselves is a good way to be happy.

Kebiasaannya manusia jenis ini suka bercerita tentang diri sendiri yang boleh membuatkan pendengar kagum, kira statement memuji diri sendiri atau berbangga dengan nasib baik mereka. Mau tak rasa happy kalau ada orang nak dengar. Happy kan?

Macamana nak handle kawan yang cenggini? Selepas berusaha keras untuk tekun mendengar tanpa niat buruk tapi tak berjaya dah, anda boleh pura-pura dengar sambil pura-pura senyum dan redha dengan nasib anda atau pun cuba sedaya upaya untuk melarikan diri setiap kali nampak dia. Kalau nak sakastik, setiap kali dia nak cerita tentang diri dia, anda dengan pantas memulakan cerita tentang diri anda terlebih dulu dan jangan berhenti cerita sampai dia mengundurkan diri dengan alasan nak pergi toilet.

Seb baik msred belum ada kawan cenggini.


May 18, 2012

PANDUAN BERSOLEK

Assalamualaikum....
Perkara-perkara di bawah perlu diambil perhatian oleh setiap muslimah sebelum mengenakan sebarang solekan di wajah :
1. Bahan solekan yang digunakan halal dan tidak memudaratkan.
2. Bersolek bukan untuk tujuan menggoda, mendapat pujian lelaki atau menarik perhatian mereka, kecuali untuk tatapan suami sendiri.
3. Penggunaan pelembap bibir, losen muka, bedak dan seumpanya di luar rumah bertujuan untuk menjaga kesihatan kulit daripada kering, merekah dan lain-lain.
4. Tidak mengubah mana-mana bahagian anggota tuuh semulajadi (iaitu bukan kerana darurat atau keperluan kesihatan) seperti mencukur bulu kening dan lain-lain termasuk bertindik di lidah, bibir dan sebagainya.
5. Tidak mengambil khidmat jurusolek berlainan jantina dan bukan mahram.
6. Tidak mengenakan solekan yang tebal dan keterlaluan.
7. Tidak mendedahkan aurat seperti rambut yang sengaja dikeluarkan dibahagian depan atau dibahagian dada yang tidak ditutup sempurna untuk menampakkan perhiasan seperti rantai.
8. Tidak membazir dengan membeli alat solekan yang terlalu mahal walaupun berkemampuan semata-mata untuk menunjukkan kemegahan dan kelainan daripada orang lain.
9. Cara solekan hendaklah jauh daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah atau syariat (bacaan jampi serapah, memakai susuk dan seumpamanya).
Sumber : Solusi isu 43.

May 15, 2012

AKIBAT PENYAKIT YANG TAK DIRAWAT

Assalmualaikum.....
Pagi ini, aku punch in kat pejabat pukul 7:45, macam biasa. Lepas on PC aku bancuk Nescafe, minum untuk menghilangkan rasa ngantuk sebab semalam tidur lambat akibat melayan novel The Lost Symbol karya Dan Brown. Aku minum Nescafe sambil melayan Hot FM dan FB. Walaupun pejabat aku start kerja pukul 8 am, pukul 8:15 baru aku tutup FB dan start buat kerja. Hebat.
Buat kerja sambil bergosip kisah Fasha Sandha yang disahkan hamil 2 minggu. Tahniah. Buat kerja, gossip, buat kerja gossip sampai pukul 8:45. Tetiba mak mertua call tanya, " Iza kat mana ni? Dah sampai ke?"
Aku sentap. Alamak. Hari ini 15 ke 16 haribulan? " Appointment kita 15 ke 16 mak?" tanya aku yang dah mula gelabah.
" 15 haribilan la. Iza lupa ke? " mak mertua aku jawab.
Aku ketuk kepala. Aku cek kalender aku, sah aku tanda 15 haribulan. Yang aku save dalam kepala otak 16 haribulan. Aku tatau la kenapa aku boleh salah save dalam kepala otak aku ke 16 haribulan pulak padahal dalam kalender tanda 15 haribulan.
Cuak. Aku terus babai mak mertua aku. Pas tu dengan mengelabahnya aku masuk bilik bos, kata nak balik sebab aku ada emergency. Aku dah prepare jawapan kalau bos aku tanya, kenapa nak balik awal? Aku nak jawab Sugar Glider aku yang berharga RM 450 dah lari dari rumah sebab aku tak nak bawak dia tengok Avengers. Tapi nasib baik bos aku kata ok je, dia tak tanya sebab. Maka terselamatlah aku dari terpaksa melakukan penipuan.
Tepat pukul 9 aku punch out dari pejabat. Sekarang aku on the way nak ke tempat yang dituju sambil menyumpah seranah kebodohan aku dan tanda-tanda penyakit Senile yang aku hidapi tapi tak pernah nak berubat. %}#£}"¥€%}%<}.
Hampeh.

May 13, 2012

UNTUK DIA DAN KAMU

Assalamualaikum....
Riuh. Rumah ini selalu riuh terutamanya kalau hujung minggu. Suasana terisi dengan suara dan tawa 3 anak kecil. Lelaki-lelaki kecil yang lasak. 2 tahun, 3 tahun dan 6 tahun. Comel-comel belaka, lasak-lasak belaka. Mereka miliknya, anugerah dari DIA.

Ibu baru sahaja selasai berkemas di dalam bilik tidur lelaki-lelaki kecil itu. Kain baju kotor dikutip untuk dibasuh. Buku-buku dikemas dan disusun semula. Permainan disimpan dalam toys box semula. Katil dirapikan semula. Penat, tapi tetap tersenyum. Lelaki-lelaki kecil itukan miliknya. Anugerah dari DIA.

Ibu keluar ke ruang keluarga yang sudah dikemas sebelum dia mengemas bilik tidur lelaki kecil. Aduh pening, ruangan yang sudah kemas rapi tadi kembali bersepah dengan permainan. Lelaki-lelaki kecil leka bermain, riuh. Abang long baru sahaja nak melontar bantal kushen kearah Abang Ngah.

" Abang Long." Ibu meninggikan suara sambil merenung tajam Abang Long. Abang Long yang faham dengan isyarat itu membatalkan niatnya nak melontar bantal kushen, sebaliknya diletakkan ke tempat asalya.

" Ibu nak masak tengahari dah ni, lambat dah. Sekejap lagi Abah balik. Kita nak makan sama-sama Abah kan?

" Nak nak." sambil melompat keriangan Abang Long dan Abang Ngah menjawab serentak. Si adik cuma ketawa dan turut melompat mengikut gaya abang-abangnya.

" So Abang Long. Promise me jangan sepahkan lagi toys ni. Duduk diam-diam tengok kartun ye. Ibu nak masak. Nanti lepas masak ibu kemas semula toys ni. Jangan sepahan lagi ok?"

" Ok Ibu. Abang Long duduk diam-diam. Promise." Abang Long duduk di atas sofa dan diikuti oleh Abang Ngah.

Ibu tersenyum lega. Bolehlah dia mula masak. Ada masa satu jam sahaja lagi sebelum Abah balik. Sempat ke dia nak masak, kemudian mengemas semula ruang keluarga? Ibu tergesa-gesa masak. Lepas masak, Ibu terus mengemas ruang keluarga. Dilihatnya Abang Long dan Abang Ngah leka tengok kartun manakala si Adik masih leka bermain dengan legonya. Ibu leka mengemas tak sedar Abah dah berdiri dibelakangnya.

Abah tahu Ibu pasti baru sahaja lepas masak dan terus berkemas pulak. Apron pun tak sempat Ibu tanggalkan.

" Abah Abah. Abah dah balik." Lelaki-lelaki kecil bersorak gembira bila melihat Abah tersenyum berdiri di hadapan mereka. Ibu pun terkejut tak dengar bila Abah sampai. Terus menoleh kebelakang.

" Abang dah balik? Sorry tak perasan Abang dah balik. " Ibu terus menanggalkan apronnya dan menyambut tangan Abah lalu dikucup seperti biasa. " Makan? Semua dah siap dah."

Abah mengangguk. Lelaki-lelaki kecil terus berjalan menuju ke ruang makan. Tak sabar nak makan dengan Ibu dan Abah.

Abah memegang tangan Ibu. " Sorry abang tak dapat tolong Ibu uruskan rumahtangga hari ni, kena kerja pulak. Ibu penat?"

Ibu mengangguk. " Tentu penat. Tapi tetap happy." Ibu tersenyum.

" Abang sangat berterima kasih dengan Ibu sebab sanggup menjaga anak-anak abang dan menjadi Ibu yang sangat baik pada mereka walaupun mereka bukan anak kandung Ibu." Abah sangat terharu dengan pengorbanan Ibu yang sudi menjadi Isterinya dan Ibu kepada anak-anaknya, dan sanggup pula berhenti kerja untuk menjaga mereka sepenuh masa.

" Abang. Abang dah janji kan tak nak sebut benda ni. Saya sayangkan Abang, anak-anak dan keluarga ini ikhlas dari hati saya. Saya tak rugi kahwin dengan abang malah beruntung sebab dapat tiga permata tak ternilai tu. Mereka anak-anak saya abang, anak-anak saya. Saya tak pernah rasa pun yang mereka tu bukan anak kandung saya. So Abang jangan anggap dan sebut lagi yang mereka tu bukan anak kandung saya. Promise?"

Abah tersenyum lega. Dia mengangguk kepala.

Hatinya sangat gembira. Dia tahu keikhlasan hati isterinya menerima dia dan anak-anaknya ke dalam hidupnya. Dia tak rugi berkahwin dengan wanita ini, cantik luar dan dalam. Baik untuk anak-anaknya, maka baiklah untuk dia.

Alhamdulillah, Ya Allah.

Abah memimpin tangan Ibu ke meja makan di mana anak-anak mereka sedang menunggu untuk makan bersama, sebagai sebuah keluarga bahagia.


Msred : " Selamat hari ibu pada semua ibu, tak kiralah ibu kandung, ibu mertua, ibu tiri, ibu angkat, ibu tumpang, ibu susu. Jangan pernah berhenti dari menjadi Ibu yang terbaik untuk anak-anak kita. Jangan pernah jemu memimpin tangan mereka ke jalan yang baik. Jangan pernah lupa menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak bakal pemimpin ini. Jangan pernah kurang kita menyayangi anugerah sempurna dari Allah ini."
Mak, saya sayang mak.

May 08, 2012

ANGLE IN THE DEVIL'S SUIT

Assalamualaikum.....
Novel ini dah lebih dua bulan msred beli. Lepas sebulan baru msred baca dan akhirnya berjaya habiskan lepas dua bulan. Bukan sebab novel ini tak best, tapi sebab masa untuk baca novel kurang menyebelahi msred.
Sinopsis novel ini.
Dew dan Jeremy adalah orang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras, nama yang serupa dan suara yang seakan. Namun perwatakan dan keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camie, gadis yang paling rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan The Devil.
Jeremy, insan amat dicintai oleh Camie dan mereka saling menyayangi. Namun, hubungan kasih mereka akhirnya terlerai apabila Jeremy yang selama ini mempunyai penyakit telah meninggal dunia.
Dew pula seorang pelajar yang digelar The Taiko oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya. Berjumpa dengan Camie yang menjadi pelajar baru di sekolahnya dan mengisytiharkan Camie sebagai hambanya. Mereka bergaduh, membuli, bertekak dan apa sahaja bersama-sama. Camie hanya menurut dan rela menjadi hamba Dew kerana wajah, nama dan suaranya yang seiras dengan Jeremy, kekasihnya.
Namun penemuan diari mendiang Jeremy telah membongkarkan identiti sebenar Dew yang selama ini hanya diketahui oleh ayah Dew dan juga ayah Jeremy sendiri. Detik penemuan diari itu telah menyebabkan dirinya pening dan keliru.
Apakah rahsia itu? Bagaimanakah caranya Dew mencari kembali identiti dirinya yang telah dikelirukan oleh diari kepunyaan Jeremy itu? Berjayakah Camie membantu ‘tuan’nya menyelesaikan masalah itu?
My opinin.
" Permulaan ceritanya agak lambat. Cerita permulaan cinta monyet antara watak utamanya, Dew dan Camie. Lepas separuh cerita baru masuk bab suspens, misteri hubungan Dew si kekasih baru dan Jeremy si kekasih lama Camie. Satu persatu rahsia terbongkar. Sedikit mengejutkan. Pengakhiran yang agak klise dan boleh diduga. Quite intertaining, sesuai untuk bacaan ringan terutamanya untuk remaja yang suka cerita cinta remaja yang tak terlalu serius."
*** 1/2 out of 5.
Note : New project, 670 pages The Lost Symbol by Dan Brown.

May 07, 2012

SEMALAM MASIH DI SINI, HARI INI OTW

Assalamualaikum.....
Pagi ini msred bangun saja dengar bunyi ombak. Terus buka sliding door dan lepak di balkoni sementara tunggu si kecik bertiga bangun. Best je layan view ni.
Semalam, lepas breakfast di Gazebo Cafe kat Kondo TNB PD ni, msred lepak main game. Tak delah, action ambil gambar je. Tak main.
Lepas berendam dalam swkmming pool, lunch kat gerai depan kondo. Then singgah kat Pantai Cahaya, ada Pesta Air. Tapi Pesta Airnya dah habis. Yang tinggal Karnival dia je. Tak beli apa-apa pun. Jalan-jalan cuci mata saja.
Then cari Mc D sebab nak beli eskem Mc D. Jumpa kat PD Waterfront. Betul-betul depan pantai. Cun la...
Malam, lepas dinner terus pengsan keletihan. Dua hari swimming kat pool, rambut pun dah keras. Nasib baik cuaca tak panas sangat sebab pagi-pagi hujan, so kulit takde lah bertukar jadi hitam manis.
Pagi ini, breakfast nasi lemak. Sekarang ini on the way balik ke Shah Alam. Tak tahulah kalau ada singgah mana-mana lagi.

May 05, 2012

KONDO DEPAN PANTAI PORT DICKSON

Assalamualaikum.....
Tengahari sampai Port Dickson singgah makan cendol dan rojak di Pekan Port Dickson. Singgah sekejap sahaja. Lepas tu terus check in kat Kondominium Peranginan Tenaga Nasional Berhad (TNB) depan pantai. Memang best. Dapat bilik pun view pantai dan swimming pool.
Lepas tu main kat playground. Tengah panas tu pun boleh layan lagi. Budak-budak kalau pasal main panas terik pun tak kan kisah punya.
Petang sikit, apa lagi. Pergi swimminglah. Si Iffan, Ian dan Iman memang enjoy habislah. Ian sampai dua kali terjatuh. Dalam kolam sebab melompat-lompat, sampai dah fobia dah. Last-last Ian lepak kat tepi kolam je. Gambar kat swimming pool tak ada sebab msred sibuk berendam juga. Tak ada siapa nak amek gambar.
Swimming sampai pukul 7, then balik siap-siap nak pergi pasar malam pulak. Dinner time. Sementara siap tu sempat juga snap gambar sunset yang macam ini. Mana dapat tengok view macam ni kalau kat Shah Alam.

Kat pasar malam PD msred beli burger bakar, Burger Bakar PD. Rasanya boleh tahan sedap.

ON THE WAY

Assalamualaikum.....
Gila happy hari ini. Dah lama tak pergi bercuti. Lama gila. Last pergi bercuti sebelum raya last year. Lepas raya sangat busy di pajabat. Hari-hari balik kerja pukul 8pm. Weekend pun kerja. Begitulah keadaannya sampai bulan Febuari this year. Jangan haraplah dapat pergi bercuti.
Bila di pejabat dah tak busy sangat, back to normal kerja 8 to 5 kesempatan pulak tak ada nak pergi bercuti.
Akhirnya minggu ini baru dapat booking apartment kat tempat peranginan di Semenanjung. Dekat saja. Tak kisahlah, janji pergi bercuti.
Sekarang ni dah on the way. Siap bawa bekal novel Terbaru Dan Brown, The Last Symbol. Tak tahulah dapat baca ke tak. Bawa je lah. Baru beli semalam kat MPH.
Published with Blogger-droid v2.0.4
Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno