March 31, 2012

MISI MEMBODEK BOS


Assalamualaikum....

Weekend kali ini tak tahu nak pergi mana atau nak buat apa. Dah lah dari pagi tadi hujan saja. Cuaca mendung, nyaman. Kalau ikutkan hati, memang sekarang ini akan berada di atas katil. Bestnya kalau dapat lepak atas katil.

Tapi jangan haraplah. Baru nak lepak atas katil, ada saja yang nak bermanja. Si Iman lah selalunya suka kacau msred kalau dia nampak msred atas katil. Saba je la.

Last-last, jangan tak percaya ok. Msred sekarang ini sedang cuba buat kerja pejabat yang msred bawak balik hari Jumaat semalam. Sedang menggagahkan diri nak cuba siapkan kerja tu supaya bila hari Isnin nanti bila msred bagitau bos msred yang kerja dah berjaya disiapkan weekend haritu, bos akan bertambah sayangkan msred pas tu bule bodek dia belanja kepsi.

Published with Blogger-droid v2.0.4

March 30, 2012

TEKA TEKI SURE TAK BOLEH JAWAB

Assalamualaikum....
A murderer is condemned to death. He has to choose between three rooms. The first is full of raging fires, the second is full of assassins with loaded guns, and the third is full of lions that haven't eaten in 3 years. Which room is safest for him?
Cuba la jawab kalau terel. Ngehehehe....

PERGI KLINIK PUKUL 4 AM

Assalamualaikum.....

Pagi tadi, dalam pukul 3 am, Iman tiba-tiba terjaga, muntah. Lepas tu dia terus tak lena tidur sebab muntah-muntah. Kali kedua dia muntah, msred dah tak sedap hati dah. Tak tahulah kenapa bulan ini, Iman ashik muntah dan cirit birit. Nak kata keracunan makanan, Iman makan sama dengan apa yang family msred makan. Tapi cuma dia saja yang macam tu. Risau bila fikir kenapa dia macam itu. Bila msred rasa perut dia, keras dan ada macam bengkak sikit dalam perut dia.

Kali ketiga Iman muntah sampai habis keluar isi perut, sekali dangan cirit birit, msred dah panik. Rasa perut dia dah kurang bengkak tu. Masa tu dah pukul 4 am. Msred terus siap nak bawa Iman pergi klinik. Takut dah msred.

Sampai kat klinik memang tak ada orang lah. Pintu pun kunci. Nasib baik doktor ada. Doktor cek perut Iman. Time tu memang doktor dah tak terasa dah bengkak kat perut dia tu. Dah tak bengkak dah. So, doktor tu pun tak boleh nak kata bengkak tu sebab apa. Dia cuma kata kalau bengkak lagi bawa klinik cek, mesti bawa time masih bengkak, baru doktor boleh tengok.

Lepas cerita-cerita, doktor suspect Iman muntah sebab minum milo. Setiap kali msred bagi dia milo atau air berasakan susu memang dia muntah. Kena berhenti bagi dia minum milo. Berhenti terus, sampai Iman besar sikit.

Hari ini msred pergi jugak pejabat. Bulan ni dah lima hari msd cuti. Dah tak boleh cuti. Tapi memang tak ada jiwa nak buat kerja. Hati ingat kat rumah saja. Tadi baru kol mak msred. Mak kata Iman dah lalu makan. Dah ok sikit. Tak ada muntah atau cirit lagi. Cuma dia tak aktif macam biasa.
Msred doa sangat Iman tak apa-apa. Doa sangat supaya sembuh semula. Amin....

March 29, 2012

CARA NAK ELAK SAMAN MEMANDU LAJU

Assalamualaikum.....
Siti mengelabah bila kena tahan dengan polis trafik. Habislah aku kena saman ni. Dah lah duit dah kering. Habislah. Dia memperlahankan keretanya di tepi jalan. Tiba-tiba sesuatu melintas difikirannya.
Siti comel : Kenapa Encik?
Polis hensem : Ya cik. Cik didapati memandu melebihi had limit.
Siti comel : Ooooo....
Polis hensem : Minta lesen Cik.
Siti comel : Saya memang nak bagi, tapi tak ada lesen la Encik.
Polis hensem : Tak ada lesen?
Siti comel : Empat kali kena gantung sebab drunk driving.
Polis hensem : Hah? Drunk driving? Tak apa, bagi pendaftaran kereta ni.
Siti comel : Saya tak boleh bagi lah Encik.
Polis hensem : Kenapa pulak?
Siti comel : Kereta ni saya curi.
Polis hensem : Curi?
Siti comel : Ya. Lepas tu saya bunuh pemilik kereta ni dan ikat dia.
Polis hensem : Hah, awak buat apa?
Siti comel : Mayat dia ada dalam plastik kat belakang, dalam but kalau nak tengok.
Polis hensem terkejut, undur kebelakang menuju ke kereta dia, call balai polis untuk minta back up.
Tak sampai lima minit dua buah kereta polis sampai. Polis yang baru sampai tu menghampiri kereta Siti comel.
Polis kedua : Cik, tolong keluar dari kereta perlahan-lahan.
Siti comel terus keluar dari kereta.
Siti comel : Ada apa masalah Encik?
Polis kedua : Kawan saya tu cakap Cik ada kereta curi dan dah bunuh pemiliknya.
Siti comel : Bunuh pemiliknya?
Polis kedua : Ya. Tolong buka but.
Siti comel buka but kereta. Kosong.
Polis kedua : Ini kereta Cik?
Siti comel : Ya. Ini surat pendaftaran kereta saya.
Polis hensem sangat terkejut.
Polis kedua : Kawan saya tu cakap Cik tak ada lesen memandu.
Siti comel terus keluarkan lesen dia dari beg tangannya. Dihulurkan pada polis kedua.
Polis kedua cek lesen, dengan muka berkerut. Konfius.
Polis kedua : Terima kasih Cik. Kawan saya tu cakap yang Cik tak ada lesan,yang Cik curi kereta ni dan bunuh pemiliknya.
Siti comel : Penipu punya polis. Mesti dia cakap saya memandu lebih had laju jugak kan? Penipu.
Note : Berani tak guna cara ni nak elak bayar saman sebab memandu laju?

SPONTANEOUS THURSDAY

Assalamualaikum....

" I am beautiful. Dare to deny?"

SPONTANEOUS THURSDAY

Assalamualaikum.....
" Suka bila teringat zaman sekolah dulu. Comel betul saya masa tu. Bersopan pulak tu. Sweet je."
Note : Hahahaa...... Apa nak komen?

March 28, 2012

SERUPA SAYA

Assalamualaikum....

Iman Zary Haqimie suka sangat dengan coolBlog Chocolate Bubble. Sama macam mama dia. Kalau dah sampai kat tangan dia, jangan haraplah nak ambil balik. Iman mesti tak nak bagi punya.

So, mama dia akan bagi Chocolate Bubble tu bila dah tinggal sikit saja. Tak nak bagi dia minum banyak sangat. Tak elok kan?

Mak msred selalu kata jangan bagi Iman minum air macam tu. Tak bagus untuk dia. Mak cakap minumlah

time Iman tak ada. Masalahnya setiap kali msred keluar mesti Iman ikut. Macamana msred nak beli time dia tak ada. Selalunya bila msred keluar Iman akan ikut.

So, msred akan minum dulu, tinggalkan sikit je baru bagi kat Iman.

Published with Blogger-droid v2.0.4

WORDLESS WEDNESDAY


Published with Blogger-droid v2.0.4

WORDLESS WEDNESDAY

WORDLESS WEDNESDAY

March 27, 2012

NAK CARI KAT MANA LAGI NI?

Assalamualaikum.....
Ok, Siti dah pening ni. Laci bawah almari baju digeledah untuk mencari kunci spare kereta beserta alarm. Kunci kereta yang biasa Siti pakai tu dah tak boleh guna nak buka lock pintu kereta. Remote nya dah tak berfungsi. Mungkin habis bateri. Dah sampai ke bawah laci diraba masih tak jumpa.
Cuba pulak dalam laci meja solek. Meraba di celah-celah kotak make up dan kotak aksesori. Tak ada jugak. Mana nak try cari lagi ni?
Bawah katil. Siti cuba nasib pulak menjengok di bawah katil. Mana tau kunci spare kereta ada di bawah katil. Terjatuh dan tersepak ke bawah katil ke? Mana tau kan? Ok, tak ada juga. Nafas dah mula turun naik menahan marah keletihan.
Cubaan seterusnya mencari kunci spare kereta di dalam master bedroom tidak berhasil. Habis semua celah dijengah. Hati kata try cari kat bilik putera kecil aku pulak. Mana tau dia bawak main kunci spare tu. Dalam segala laci baju, toy box dan celah-celah almari dah di tilik. Tak ada jugak. Mulalah nak stress ni. Dah lambat nak keluar ni.
Kemudian, dapur, ruang tamu, ruang family pun dicuba nasib mana tahu kunci spare kereta aku ada di situ. Hasilnya still zero. Kepala otak pun dah habis fikir nak cari di mana lagi. Mana-mana tempat yang munasabah dan yang tak munasabah dah habis dicari. Tak jumpa.
Usaha mencari terpaksa diteruskan sebab kunci kereta yang biasa dipakai dah tak berfungsi untuk membuka pintu kereta. Nak tak nak kena juga cari kunci spare kereta tu. Kalau tidak, macamana nak keluar? Usaha lagi....
Note : Pernah tak you alls sorok kan sesuatu dari anak sebab tak nak dia orang bawa main dan hilangkan, atau apa-apa sebab lain pun. Pernah tak? Pernah tak terjadi benda yang disorokkan tu, dah lama sangat disorokkan, menyebabkan you alls sendiri pun dah tak ingat kat mana you alls sorok kan? Pernah tak jadi kat you alls?

SAYA MASIH WARAS DAN NORMAL

Assalamualaikum.....
Pagi tadi sampai di pejabat, panas berpeluh. Pagi-pagi dah berpeluh. Bila bersungut panas kat mak msred dia kata msred tak normal sebab pagi-pagi dah berpeluh. Orang lain sejuk, msred panas. Mak boleh tanya pulak, ko tak mandi pagi ke? Sabar je la....
Haruslah msred mandi pagi ok. Tapi lepas mandi dan bersiap, msred siapkan Iffan nak pergi sekolah, prepare breakfast, hantar dia sekolah then baru pergi office. Kat office pulak bergelut nak naik tingkat 20. Nak tahu bergelut dengan siapa klik sini. Bila sampai kat meja msred, berpeluh berminyak dah muka. Air cond pulak baru pasang, punya lah lambat nak sejuk. Sibuk cai kertas kipas muka yang dah berminyak dengan peluh manja.
So, tak normalkah msred kalau pagi-pagi lagi msred dah panas berpeluh?
Note : Sedang type entry ni, office mate cakap kat luar dah hujan. Kejap lagi msred mesti bersungut sejuk sangat pulak. Manusia ni memang tak pernah puas. Haish.....

NUFFNANG TINGGALKAN MSREDCHEESECAKE.BLOGSPOT?

Assalamualaikum.....
Dah lama Mr Nuffnang tak hadiahkan msredcheesecake.blogspot dengan kehadiran CPM di ruang advertisement. Entah kenapa entah Mr Nuffnang seakan merajuk, tak mahu singgah di sini lagi. BE pun tak dapatlah bertambah. Sudah dirisik di cari punca rajuknya Mr Nuffnang, tapi masih tak ketahuan. Entahlah.
Berapa lama lagikah agaknya rajuk Mr Nuffnang ni? Akan berakhir ke tidak? Just wait and see.
Note : Wahai Mr Nuffnang, janganlah merajuk lama-lama. Miss you already.

March 26, 2012

SAYA BENCI NAIK LIF

Assalamualaikum.....

Saya kerja tingkat 20. Sampai saja kat banggunan pejabat, saya tunggu lif. Lif kat building ni agak slow. So, biasanya kena tunggu lama sikit.

Bila dah lif dah sampai, saya terpaksa berebut dengan pengguna lif yang lain. Yang baru sampai sama saja lajunya berebut dan tolak-tolak dengan yang dah lama menunggu lif.

Lif dah penuh, pintu pun dah nak tutup. Ada pulak lagi yang tekan button lif nak jugak masuk lif yang dah penuh ni macam tak kan ada lif lain. Kadang-kadang siap tekan button open untuk tunggu kawan dia terhegeh-hegeh nak juga naik lif penuh ni. Lambatlah sampai tingkat 20.

Dalam lif sesak tak usah ceritalah. Pagi memang jarang dapat naik lif kosong. Boleh dikatakan semua floor ada orang tekan buttonnya. Lambatlah saya sampai ke tingkat 20. Orang yang turun tingkat 1 atau 2 buat saya lagi lambat sampai tingkat 20. Tak larat naik tangga ke tingkat 1 ke? Muda lagi.

Ada pulak yang bercakap dengan kawan atau handphone dalam lif yang ramai pengguna ni. Cerita merepek-repek pulak tu.

Bila ada yang nak turun di tingkat pilihan, yang duduk si depan pintu lif tak nak berganjak sesikit pun bagi laluan pada yang dibelakang ni nak keluar. Lambat lagi. Ada pulak yang turun tu sempat meninggalkan gas.

Lepas berhenti dihampir setiap tingkat menurunkan pengguna lif, akhirnya sampailah di tingkat 20. Belum start kerja dah stress dengan macam-macam kerenah pengguna lif.

Kalau saya kerja tingkat satu mau saya naik tangga saja.

Published with Blogger-droid v2.0.4

WANITA HAMIL JANGAN SAMPAI SHIRIK

Assalamualaikum....

Kenan. Terkenan. Antara perkataan popular dikalangan kita orang melayu. Ramai percaya. Ramai diantara kita tahu percaya pada kenan ini boleh membawa kepada shirik. Tapi masih ramai diantara kita percaya kenan, terkenan.

Antara kejadian terkenan yang popular, kalau wanita hamil atau keluarga terdekat cederakan binatang bersisik, nanti anak yang bakal dilahirkan dikhuatiri akan mempunyai ciri-ciri binatang bersisik ini. Kalau ular yang dicederakan maka takut kalau anak dilahirkan bersisik seperti ular.

Kita selalu terlupa, segala kejadian itu baik atau buruk datang dari Allah, ketentuan Allah. Kalau kita dikurniakan anak yang kurang sempurna itu kerana kehendakNya samada sebagai ujian atau untuk mengingatkan kita supaya tidak menzalimi binatang untuk tujuan tidak sepatutnya. Bukan sebab terkena binatang.

Dah banyak kali msred dengar ustazd ustazah cakap jangan percaya kenan ni, dikhuatiri boleb jadi shirik. Tapi kita orang melayu ni suka sangat percaya kejadian terkenan ni.

Hati-hati dengan apa yang kita pegang atau percaya. Jangan sampai shirik. Lagipun tak elokkan kalau kita wanita yang sedang hamil percaya benda yang boleh jadi shirik.

Published with Blogger-droid v2.0.4

PENGARUH IFFAN


Assalamualaikum.....

Pagi tadi breakfast di rumah dulu sebelum keluar hantar Iffan pergi kindy. Iffan breakfast coco crunch dengan susu dutch lady.

Biasanya msred breakfast kat office saja. Tapi kali ini terasa macam sedap je tengok Iffan makan coco crunch. Apa lagi, msred terus ambil mangkuk breakfast Ian dan join Iffan makan coco crunch.

Memang sedap, lazat, ohsem dan macam-macam lagilah. Rasa nak makan sepuluh mangkuk.

You all breakfast apa?

Published with Blogger-droid v2.0.4

March 25, 2012

BOYFRIEND BARU


Assalamualaikum.....

Lepas dinner tadi, Amir Zaqwan datang melawat msred. Dah sebulan kot tak jumpa Amir. Jumpa kali ni bertambah handsome pulak. Dahlah mama dia cakap Amir ni pendiam dan tak banyak kerenah, msred terus jatuh cinta.

Maka terus msred buat keputusan nak jadikan Amir boyfriend msred nombor lima. Jangan jeles ok.

Published with Blogger-droid v2.0.4

ANGRY BIRDS SPACE : ANGRY BIRDS KE ANGKASA LEPAS PULA

Assalamualaikum......
Dah lama tak melayan Angry Birds. Busy dangan boyfriend-boyfriend dan busy dengan kerja. Sekarang ini dah kurang busy. Adalah sikit masa nak layan game.
Pagi tadi baru saja download games baru, Angry Birds Space. Dah lama juga tak layan Angry Birds ni. Boring layan Angry Birds yang lama sebab dah susah nak naik level. Layan yang baru ni pulak.
Nampak macam best dengan latarbelakang dan suasana yang berbeza dengan yang lama. Background dia kat space lah, dan untuk level pertama ni Angry Birds ni terbang dalam bulatan mengelilingi bumi. Quite Interesting.
Dahlah. Tak nak update panjang-panjang. Baby Iman pun dah tidur, nak layan game kejap. Kbai.

BILA DIAJAR GOSOK GIGI

Assalamualaikum.....
Iman seronok semalam sebab msred belikan dia berus gigi cute. Dia suka sangat masa msred bagi dia berus gigi cute tu sambil cakap berus gigi ni Iman punya. Tersengeh-sengeh je dia. Berus gigi ini untuk baby berumur dua tahun ke bawah. Cute kan berus gigi ni. Kenapalah dia orang tak buat berus gigi untuk dewasa cute cenggini? Kalau ada yang gambar pocoyo mesti msred beli untuk diri sendiri.
Dulu Abang Iffan dan Abang Ian msred ajar dia orang gosok gigi bila dia orang dah start tumbuh gigi. Umur dia orang belum setahun lagi waktu tu. Iman ni lambat sikit, gigi dah banyak tumbuh baru nak ajar gosok gigi.
Buat permulaan msred akan ajar dia gosok gigi tanpa ubat gigi sambil ajar dia meludah. Bila dia dah pandai meludah baru boleh gosok gigi dengan ubat gigi. Kalau ikut Abang Iffan dan Abang Ian, sekejap saja ajar dia orang dah pandai meludah, keluarkan ubat gigi dari mulut lepas dah siap gosok gigi.
First time Iman gosok gigi dia eksaited. Harap janganlah mula-mula saja rajin lepas tu nanti Iman dah tak minat gosok gigi. Memanglah kena babab.

March 23, 2012

TINGGALKAN SAJA DIA KALAU DIA.....

Assalamualaikum.....

Ciri-ciri BFF yang tak berapa nak best.

1. Mementingkan diri sendiri.
Dia terlalu banyak minta itu ini tapi liat pulak nak memberi. Pentingkan diri sendiri, kedekut pulak tu. Apa yang enting pada dia, cuma kehendak dan keinginan dia saja sebab tamak dengan kemewahan dunia.

2. Pengampu.
Setiap kali kita buat apa saja dia mesti setuju. Kita derma duit kat orang dia sokong. Kita kutuk bos dia sokong. Kita mengata orang dia sokong. Kita menipu un dia sokong. Bila depan kita dia puji melangit, bila belakang kita dia kutuk kita serendah-rendahnya.

3. Pemboros dan suka hiburan.
Bila kita nak berseronok, nak lepak tempat hiburan yang melalaikan, laju saja dia nak ikut. Setia dia ikut kuta kehulu kehilir. Lebih-lebih lagi kalau kita kata nak belanja dia. Tapi kalau kta cakap nak pergi library nak study, laju je dia mengelak. Silap-silap hilang terus.

4. Membuat kita semakin jauh daripada Allah.
Kalau kita sesat, dia tak pernah tegur sebab dia sendiri pun hidup dalam kesesatan. Seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain, hidupnya penuh dengan ranjau dan onak yang membawa kepada kekufuran.

5. Suka berbantah-bantah.
Jenis manusia yang suka perang mulut, ashik nak menang dan suka menegakkan benang yang basah langsung tak mahu mengalah dan menerima pandangan orang lain. Selalu perasan dia bijak dan betul setiap masa.

Kalaulah bakal BFF atau BFF ada ciri-ciri macam ini, apa kata kita beralih arah berpaling dari dia. Kalau mampu nasihat dan tegur dia berubah. Kalau dia tak sudi nak dengar, tinggalkan saja dia.

March 22, 2012

KESIAN BOYFRIEND SAYA


Assalamualikum...

Ian Syamie adalah boyfriend saya yang kedua. Ramai kata dia handsome. Saya pun setuju dia memang handsome. Boyfriend saya mestilah handsome.

Tapi sekarang ni dia kurang handsome. Akibat kelasakan dia main kejar-kejar dengan boyfriend saya yang nombor satu, Iffan, dia tereksiden. Maka dapatlah satu souvenier berbentuk bulat berwarna kebiruan di dahi, mengurangkan kehenseman dia untuk beberapa hari. Kesian boyfriend saya Ian. Itu lah, super nakal lagi.

Note : Bila msred tengok benjol besar kat dahi Ian, mengelabah jugaklah. Mak msred kata tuam saja, insyaAllah takde apa-apa.

Published with Blogger-droid v2.0.4

BEST KE KALAU SAMA

Assalamualaikum....

Dah dua kali msred jumpa pasangan yang pakai baju sama dan serupa. No no no, bukan pasangan lelaki dan perempuan. Ini pasangan perempuan dengan perempuan. Juga bukan pasangan lesbian. Pada perkiraan msred.hubungan mereka sekadar bff saja.

Mula-mula haritu jumpa dua orang budak perempuan ni pakaj baju serupa kaler pun serupa. Jumpa masa nak pergi makan. Second time adik-adik kat office msrsed. Pakaj baju serupa dan kaler yang serupa juga. Msred kenal dia orang tapi tak rapat.

Kali ketiga hari ini, budak pejabat msred jugak. Tapi kali ini tiga orang. Pakai baju yang serupa tapi kaler lain-lain. Dia orang memang rapat.

Msred rasa macam sweet je kalah best friends pakai baju serupa. Perempuan je la. Lelaki tak kot.

You all rasa sweet ke tak? Kalau bff you alls ajak keluar pakai baju sama, you nak tak?

Kalau bff msred ajak keluar pakai baju sama, tak tahulah nak ke tanak. Kalau tengok orang lain buat macam tu memanglah sweet, tapi kalau diri sendiri, tatau la nak buat ke tak.

Published with Blogger-droid v2.0.4

SPONTANEOUS THURSDAY


Assalamualaikum....

Kerana saya malas masak, semalam saya rugi RM 51. Malas, pergi jauh-jauh.

Published with Blogger-droid v2.0.4

SPONTANEOUS THURSDAY

Assalamualaikum....

I am multitasking. Office work, facebook, Blog, Skype, WhatsApp.

Published with Blogger-droid v2.0.4

March 20, 2012

SOALAN MENCABAR, SURE KE JAWAPAN KORANG BETUL?

Assalamualaikum.....
Antara soalan yang msred tak sure jawapannya. You all ada jawapan? Sure ke betul jawapan you alls tu?
  • Kenapa perempuan kalau pakai mascara mesti mulut ternganga?
  • Kenapa tak ada makanan kucing perasa tikus?
  • Kenapa pizza bulat tapi kotak dia empat segi?
  • Kenapa kita suka tekan button remote control kuat-kuat walaupun tahu bateri remote tu dah habis?
  • Kenapa gam dalam botol dia tak melekat kat botol tu?
  • Kenapa toaster ada setting suhu yang tinggi sampai boleh buat roti terbakar lepas tu tak kan ada siapa yang sanggup makan?
  • Kenapa tarzan takde beard?
  • Kenapa kalau pc hang kita suka ketuk-ketuk pc tu?
  • Kenapa kalau pc lambat kita suka tekan button enter ke atau apa-apa button pun, laju-laju?
Siapa yang rajin fikirkan jawapannya?

BUKAN SENANG NAK BUAT

Assalamualaikum.....
Bukan senang nak berubah, berhijrah dari tidak berhijab kepada berhijab.
Lebih-lebih lagi kalau kita dari kecil, dari muda memang tak pernah berhijab. Dari muda tidak kenal aurat. Ada juga diantara kita yang tidak kenal Islam, tidak kenal Allah. Memang susah nak mengubah sesuatu yang dah menjadi cara hidup kita dari kecil. Susah nak mengubah sesuatu yang dah berakar umbi dalam diri.
Kalau sejak kenal dunia memang tak pernah kenal hijab, bila umur dah meningkat baru nak belajar berubah, belajar berhijab. Memang susah, memang liat. Banyak dilemanya, banyak dugaannya. Hati seringkali lemah nak menepis dugaan dan hasutan bisikan untuk melupakan niat nak belajar berhijab.
Golongan ini kebanyakannya memang dah sedia terduga dengan niat nak berhijrah berhijab. Pendapat peribadi msred, kita sebagai sahabat atau sekurang-kurangnya saudara seagama ini, janganlah kita tambah lagi dugaan mereka. Kalau buat permulaan cara mereka berhijab kurang betul, masih tidak mengikut cara berhijab yang dikehendaki Islam, janganlah kita hina mereka. Janganlah kita merendahkan usaha dan niat mereka nak berhijrah. Lebih-lebih lagi kalau ada kesungguhan dihati mereka untuk berubah.
Apa kata kita bantu mereka untuk membetulkan apa yang kurang sempurna. Tegurlah kesilapan mereka dengan niat dan cara yang betul, kerana nak membimbing mereka ke jalan yang betul. Janganlah kita tegur mereka dengan niat nak mengaibkan mereka. Takut nanti usaha mereka untuk berubah berhenti separuh jalan. Sayang kan?
Note : Saya sendiri masih jauh dari sempurna. Wahai saudara seagama saya, tolonglah tegur saya dengan niat dan cara yang sepatutnya.

March 19, 2012

LAWAK JAMBAN SI IFFAN

Assalamualaikum.....
Teringat kejadian semalam di rumah. Msred sedang lepak di rumah sambil tengok tivi. Iffan tengah yayak dalam toilet. Tiba-tiba Iffan jerit kat msred.
" Mama. Ada nugget dalam toilet."
Msred terus buat muka terkejut sambil membayangkan nugget dalam toilet bowl. Dahlah membazir buang-buang nugget tu, takut tersumbat pulak kalau Iffan dah flush toilet. Msred pun dengan langkah seribu, langkah seratus je, terus menuju ke toilet.
" Mana nugget? " mulut tak berhenti bebel marahkan Iffan sebab buang nugget dalam toilet. Bila msred tengok dalam toilet bowl tu takde pun nugget. Yayak ada lah. Time tu Iffan dah ketawa dah. Msred tanya Iffan, " Mana nugget? Takde pun. "
Iffan cakap, " Tu nugget dalam lubang jamban tu. "
Msred sekali lagi meng usha toilet bowl tu. " Tak ada pun. "
Iffan masih ketawa. Msred dah mula angin, rasa macam kena main je ni. Iffan cakap, " Tu lah nugget. " sambil tunjuk yayak dalam jamban. " Tadi kan Iffan makan nugget. Sekarang dia dah keluar kat jamban tu. Nuggetlah tu." Iffan ketawa lagi.
Msred dah kembang-kembang hidung tahan marah. Manalah pulak si Iffan ni belajar buat lawak macam ni, ni?

TANDA-TANDA PENYAKIT YANG SAYA ALAMI

Assalamualaikum.....
Saya kerja kerani. Sekarang ini saya dapat kerja yang lebih kurang macam data entry. Masukkan data yang serupa setiap hari. Dah seminggu saya buat kerja yang serupa. Rasa nak muntah kebosanan. Tapi apakan daya, disebabkan status kuli, saya dayakan juga.
Simptom kebosanan yang melanda diri saya sekarang ini dapat dilihat jelas. Ini adalah tanda yang saya sedang mengalami masalah kebosanan yang terlampau. Adakah saya over?
  • Bila mata setiap lima minit melihat jam di tangan. Terasa lambat sangat masa berlalu.
  • Bila setiap setengah jam tangan laju saja buka application Facebook for Android kat smartphone sendiri, baca setiap status update dan like semua sekali walaupun status ntahhapehapentah.
  • Bila setiap satu jam berhenti untuk mengunyah cekelat, biskut atau jajan walaupun perut sikit pun tak lapar.
  • Bila sekejap-sekejap bangun tinggalkan meja sendiri, pergi melawat meja kawan-kawan di pejabat dengan niat nak bergossip, termasuklah meja kawan di tingkat atas sekali.
  • Bila tiba-tiba rajin hantar sms atau whatsApp dengan kawan pejabat yang meja dia cuma selang 2 meja dari meja kita.
  • Bila dah tak tahan, bosan tahap melampau dah, buka lagu kuat-kuat samada kat pc atau kat handphone lepas tu layan karoks kuat-kuat sukati je buat macam kat rumah sendiri sambil dalam hati cakap, kalau bos marah aku lebih-lebih aku benti je keje on the spot.
Note : Simptom yang akhir cuma terjadi di alam khayalan saya saja. Kalau jadi di alam nyata?
Note : Macamana lah nak ikhlas bekerja ni?

March 18, 2012

BELUM MANDI PAGI


Assalamualaikum....

Saya belum mandi. Saya sedang sibuk race basikal dengan adik saya Ian dan Iman. Bangun pagi pun lambat, lepas gosok gigi terus breakfast. Mama paksa habiskan breakfast sambil ugut sapa yang tak habiskan breakfast tak dapat main kat luar.

Kerana takutkan ugutan mama dan tak sabar nak main kat luar saya dan adik-adik dengan pantas menghabiskan breakfast. Weekend je saya dapat main beskal kat luar. Hari sekolah jarang dapat main kat luar sebab mama selalu tak ada nak temankan saya main kat luar. Balik kerja pun lambat. Selalu tak dapat main basikal kat luar.

Itu sebab saya suka bila cuti sekolah. Dapat bangun lambat, mandi lambat dan paling best dapat main basikal kat luar.

Saya janji lepas main basikal saya akan mandi bersih-bersih lepas tu ajak mama pergi jalan-jalan pulak.

Published with Blogger-droid v2.0.4

March 16, 2012

IMAM AL GHAZALI:JADIKAN KERJA KITA SEBAGAI IBADAH

Assalamualaikum...

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya'Ulum al-Din, setiap tindak tanduk seharian kita boleh menjadi ibadah jika menepati lima syarat :

  • Niat mesti betul, Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Segala amal yang dilakukan bergantung kepada niat, dan sesuatu amalan itu diterima Allah berdasarkan apa yang diniatkan." Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
  • Perlaksanaan mesti mengikut syariat.
  • Natijah atau hasil kerja itu digunakan pada jalan yang betul.
  • Pekerjaan itu sah di sisi syariat.
  • Tidak meninggalkan perkara asas yang lebih penting seperti solat wajib dan taat kepada ibubapa.
Daripada checklist ini, berapa yang ditanda sudah laksanakan? Pertanyaan untuk diri sendiri juga.

    March 15, 2012

    SPONTANEOUS THURSDAY

    Assalamualaikum....
    " Penat kita orang ketawa masa tengok Adnan Sempit 2 masa lunch hour tadi."


    HARTA SAYA

    Assalamualaikum....
    In the hopes of reaching the moon
    men fail to see the flowers that blossom at their feet.

    - Albert Schweitzer
    Bila msred baca quotes ni, terus teringat si kecil yang menjadi penyeri hidup msred, Iffan, Ian dan Iman. Tiba-tiba terasa rindu sangat dengan dia orang.
    Apa yang dapat msred perhatikan, banyak keluarga sekarang ini tak mesra. Bukan semua, tapi banyak. Bila ibubapa sibuk mengejar kekayaan, kita selalu lupa spend time dengan anak-anak. Tuntutan hidup sekarang ni memaksa ibubapa lebih banyak menghabiskan masa di luar mencari duit untuk menampung keperluan keluarga daripada bermesra dengan anak-anak.
    Kita semua tahu living cost di Malaysia adalah antara yang tertinggi, membuatkan ibubapa memang kena bekerja lebih keras untuk mencari rezeki, membuatkan ibubapa terpaksa korbankan quality time dengan anak-anak. Anak-anak diajar berdikari dari kecil, diajar untuk tidak mengharapkan banyak masa bersama dari ibubapa. Mereka membesar dengan bibik, lebih kenal bibik dari ibubapa sendiri. Banyak keluarga yang begitu, walaupun bukan semua terutamanya di bandar besar.
    Menyedihkan. Tapi, tuntutan hidup kan?
    Kalaulah keluarga msred mampu, msred nak sangat berhenti kerja dan jaga anak-anak sendiri, nak lihat mereka membesar depan mata msred. Msred nak mereka terasa betapa pentingnya mereka dalam hidup msred, paling penting. Duit penting, tapi msred nak mereka tahu yang mereka lebih penting. Msred tak mahu leka mengejar material sampai terlupa msred ada harta yang paling berharga di rumah.
    Note : Harap kalau saya terlupa hargai harta saya, ada yang akan mengingatkan.

    March 14, 2012

    MOHD CHAN MEMANG OHSEM

    Assalamualaikum.....
    Semalam, family dinner dengan mak msred, anak-anak dan my sister and her hubby. My sister's treat. Dia dapat bonus, so dia nak belanja kita orang makan. Dia pilih nak makan kat Mohd Chan Chinesse Food Restaurant di Seksyen 15 Shah Alam.
    The food was ohsem. Especially butter prawn dia. Mabeles. Thanks to my sister and hubby for this dinner. Muga dimurahkan rezki dan boleh belanja makan lagi.
    This is my little sister and her hubby. Dah kahwin 2 tahun tapi belum dikurniakan penyeri rumahtangga, anak. Msred doakan dia cepatlah dapat baby. Msred dah tak sabar nak dukung baby dia.

    BERLAGAK LA SANGAT

    Assalamualaikum.....
    Dah dekat pukul satu ni, lunch hour sudah. Perut dah lapar terlampau sampai lagu apa yang bermain di corong perut dah tak boleh dikenalpasti lagi dah. Kawan bertanya nak lunch kat mana hari ini? Nak makan apa?
    Saya jawab, "Saya nak makan buah je. Nak diet lah."
    Kawan saya terus ketawa macamlah statement saya tu kelakar tahap maharaja lawak. Saya mula buat muka.
    "Apahal ko ketawa? Nak kena babab?" Buat-buat tak paham kenapa kawan ketawa padahal tahu kenapa. nak mengata saya lah tu.
    " Ko kan kuat mentedarah, mana ko boleh makan buah je." lepas tu dia sambung ketawa lagi.
    Takdelah kelakar mana pun. Sengaja je kawan saya tu nak ajak saya bergaduh agaknya. " Ko tengoklah hari ni aku makan buah je lunch ni." saya buat muka tak puas hati dan berlagak terel cuba menegakkan benang yang basah.
    " Ye la, aku tengok."
    Ending : Hari ini lunch hour kawan saya tengok saya makan buah saja. Tapi pukul 230 pm lebih kurang, kawan saya tersenyum tengok saya buat muka kesian bila cakap, " Nak biskut tiger sket. Dah tak tahan lapar dah ni. Gigil dah tangan takleh wat keje."
    'Saya' dalam kisah ini hanya rekaan. Percaya ke?
    Sekian.

    March 13, 2012

    TERIMA KASIH PAPA ADAM

    Assalamualaikum.....
    Tadi masa merisik-risik bloglist boyfriends msred kat bawah, belah kanan tu, ternampak nama msred kat link blog Mr Fazrul atau nama glemer papa adam. Terus klik dengan laju, nak tahu apa pulak lah papa adam ni ngata msred ni?
    Tak banyak dia kata. Papa adam kata msred ni baik dan spesel. Di sini msred nak nyatakan bahawa msred sokonglah sesangat kenyataan jujur dari papa adam tu.
    Papa Adam adalah salah satu blog yang ada dalam bloglist msred, title Boyfriend, kat bawah tu. Rajin jugaklah dia datang ke blog msred dan msred pun rajin jugak datang blog beliau. Baik dan boleh kata peramah jugaklah. Msred suka headeer dia sebab ada adik kiut ni. Msred curi balik header dia... Hheee....
    Mr Fazrul, Papa Adam, terima kasih sudi review blog msred yang tak seberapa ni. Terharu lah jugak. Nanti boleh review lagi seploh doploh kali yea.

    KALAU TAK SUKA CAKAP JE, SAYA TAK KISAH

    Assalamualaikum......

    Msred suka nyanyi. Tak suka jadi penyanyi tapi suka nyanyi sebab perasan suara best macam Ella. Kalau kat pejabat, msred mesti on radio kat pc, lepas tu layan nyanyi macam tengah buat konsert jelajah satu Malaysia. Dah jadi habit yang sukar ditinggalkan. Bezannya msred nyanyi perlahan je, tak adalah guna mic ke pembesar suara ke. Volume pun low je.

    Persoalannya, rasa-rasa ada tak orang di sekeliling msred ni yang menyampah dengar msred menyanyi layan diri terasa suara cam heaven je kalau orang dengar? Selalunya msred tanya orang yang dekat ngan meja msred ni kalau-kalau suara msred terlebih kuat mengganggu dia orang. Setakat ini tak ada yang bersungut msred bising ke apa ke. Lagi pun msred punya suara perlahan saja pun.

    Cuma msred risau kalau ada yang takut atau tak sampai hati nak cakap ngan msred... " Tolong diam boleh tak wahai mak cik yang suara tak sedap macam hampeh. Sakit telinga kot dengar mak cik punya suara."

    Macamana nak tahu apa isi hati dia orang? Betul ke dia orang tak kisah msred layan diri karoks kat office ni? Macamana nak galakkan dia orang terus terang je kalau nak suruh msred diam?

    March 12, 2012

    WAJIB PERGI SINI

    Assalamualaikum.....

    Kalau keluar berjalan dengan mr bf dan anak-anak, salah satu tempat yang kita orang suka singgah adalah tempat ter display nya model kereta seperti Hot Wheels ni.

    Bukan mr bf je yang suka bawak dia orang pergi tengok dan selalunya mesti beli model kereta ni, msred pun suka pergi. Kalau ada yang berkenan, mesti beli.

    Tapi selalunya mr bf tak suka model yang msred pilih, dan msred tak suka model yang dia pilih. Solution, beli je pilihan masing-masing supaya tak bergaduh. Hhehee...... Baru lah dapat banyak.

    Setiap kali beli selalu pesan kat Iffan dan Ian jaga betul-betul cars ni. Jangan rosak kan dan jangan hilang. Tapi dia orang selalu saja melanggar arahan. Ada yang rosak, ada yang hilang. So, collection kita orang memang susah lah nak cecah seratus ke. Ashik bawah 50 je. Entah bila nak banyak.

    Kalau ikutkan hati tak nak bagi anak main, tapi kesian kat dia orang. Tak kan nak pandang je kan. So, redha kan ajelah kalau ada yang rosak atau hilang.

    Note : Setiap kali terasa nak bawak 2 ke 3 biji nak letak kat meja opis, kansel sebab takut terhilang.

    KALAU BELI IKUT NAFSU....

    Assalamualaikum....

    Siapa tak suka main? Kita semua suka main atau at least pernah suka main. Kalau duli kecik-kecik ikut mak abah pergi pasaraya, mesti tarik tangan mak abah pergi tempat jual mainan. Lepas tu pujuk mak abah beli mainan. Ada yang siap nangis lagi kalau tak dapat.

    Sampai ke besar ni, msred masih suka dengan permainan. Tapi sekarang tak adalah beli permainan untuk diri sendiri. Beli untuk anak-anak pulak. Kadang-kadang, msred dan mr bf yang terlebih rajin nak belikan dia orang permainan. Beli ikut nafsu. So, sekarang kat rumah memang ada banyak sangat permainan.

    Akibatnya, setiap hari permainan-permainan ini akan bersepah di seluruh rumah, dari depan sampai ke belakang. Setiap hari lepas balik kerja msred kena kemas permainan ni. Penat ok. Rasa menyesal pulak beli banyak-banyak. Padan muka kena kemaskan hari-hari.


    PATUT BAGI TIPS KE TAK?

    Assalamualaikum.....

    Tips. Pernah tak you alls bagi tips? Kat bellboy ke, delivery boy ke? Waiter or waitress kat restaurant?

    Pernah tak? Mesti ramai yang tak pernah. Tahu tak kat certain negara, tips ni macam wajib bagi. Bukanlah ada undang-undang kata kena bagi tips, tapi semua orang tahu yang diaorang kena bagi tips pada sesiapa yang dah service dia orang.

    Kalau kat hotel, bagi tips kat bellboy, yang angkat beg kita tu, Housekeeping. Kalau kat restaurant bagi tips kat yang ambil order atau waitress yang melayan kita. Kalau order makan deliver kat rumah, bagi tips pada yang hantar pesanan kita tu.

    Itu sebagai tanda terima kasih kita pada mereka sebab mereka dah buat hidup kita lebih mudah.
    Amalan ini ada baiknya kalau diamalkan. Kita dapat belajar menghargai orang yang dah berbuat baik dengan kita dengan cara menolong dia orang balik, bagi tips. Tapi yang tak bestnya bila orang mula harapkan tips bila buat kerja. Kalau tak dapat tips mulalah tak nak buat kerja dengan baik, mulalah nak marah kalau tak diberi tips. Ikhlas dalam bekerja akan hilang.

    Boleh ke kekalkan keikhlasan dalam bekerja kalau pemberian tips dijadikan amalan?

    March 11, 2012

    NAK MULAKAN MALAM NANTI

    Assalamualaikum......

    Selain dari berblogging, msred suka baca novel, mostly english. Baru-baru ni saja rasa nak belajar baca novel melayu. So, msred belilah buku Angle in the Devil's Suit sebab suka dengan title dan cover dia.
    Dah sebulan msred beli tapi belum dapat baca lagi. Bukan sebab tak berminat, tapi sebab masa free belum ada. Hari-hari buat kerja double shift. Siang dekat pejabat, malan dekat rumah pulak. Bos pun ada dua. Sorang dekat pejabat sorang dekat rumah. So, masa free memang limited.

    Hati memang nak sangat start baca buku ni, tapi masa free yang ada digunakan untuk rehat dan tidur. Bila msred mengadu kat kawan msred, dia cakap kalau nak tunggu masa free untuk baca novel, kita working mom ni memang lah susah nak dapat. Dia suruh buat macam dia. Dia baca novel bila malam betul-betul sebelum dia tidur. Baca sekejap pun tak apa, janji jalan. Kalau tak, tak tahulah bila dapat baca.

    Macam ok je suggestion kawan msred tu. So, malam ni msred nak start baca buku ni. Tak tahulah ambil berapa lama nak habis baca.

    DATING AND MOVIE SEEFOOD

    Assalamualaikum......

    Semalam hari Sabtu, hari pertama cuti sekolah kali ni msred bawak Iffan dan Ian pergi Subang Parade. Jalan-jalan, spend some quality time together. Sampai saja terus pergi lunch, Pizza Hut saja.

    Then, terus pergi MBO Cineplex, nak tengok SeeFooD. Msred sebenarnya nak tengok Lorax, tapi Iffan beria nak tengok SeeFooD. Puaslah msred pujuk ajak tengok Lorax tapi Iffan tak nak. Si adik Ian ikut saja abangnya.

    Yang bestnya tengok SeeFooD ni sebab ianya hasil kerja orang Malaysia, karya tempatan. Dalam cerita tu memang berlatarbelakangkan suasana Malaysia. Kampung nelayan di Malaysia. Gambar rumah dan karektor memang Malaysian. Itu yang buat msred bangga tu. Animasi pertama Malaysia dalam bahasa english. Senanglah kalau nak jual kat luar. Cuma, jalan cerita agak klise, beza pada presentationnya sahaja atau cara penyampaiannya. Moral pun lebih kurang sama, anti polution, friendship, teamwork and family, sangat sesuai untuk anak-anak kita.

    Overall, msred bagi 3.5 atau 4 sebab SeeFooD itu kita punya.

    Lepas ni nak tengok Lorax pulak.

    March 10, 2012

    DIA GELAK KAN NAMA SAYA

    Assalamualaikum......

    Sekarang ini msred pakai mifi dari u mobile. Ini gambar modem dia. Boleh connect up to 5 wifi devices macam handphone, desktop, lappy dan tablet. Senang msred nak online either guna handphone atau i pad bila kat luar rumah.

    Nama wifi dia msred guna nama sebenar msred lah, plus nama mr bf. So, bila msred on je mifi ni, nama msred akan appear kat wifi available list kat mana-mana wifi devices yang berhampiran dangan msred.

    Yang msred nak cerita ni, tadi waktu makan kat fast food restaurant ni, adalah awek duduk sebelah table msred ni search available wifi connection. Appearlah nama wifi msred tu kat handphone dia. Tetiba dia cakap kat kawan dia something means like this la.....

    " Ada wifi nama siti sufian (bukan nama sebenar) lah, kelakarnya." lepas tu dia gelak-gelak.

    Msred tak fahamlah apa yang kelakarnya? Memanglah kalau kita search available wifi connection biasa kita jumpa nama restaurant, stremyx, atau company ke. Tapi Msred biasa je jumpa nama wifi individu macam ali ke, timah ke selain dari nama company atau restaurant. Tak ada pulak rasa kelakar.

    Kelakar ke kalau ada nama wifi nama orang, bukan nama Mc D ke atau Baskin Robbin? Pelik ke? Kalau kelakar, part mana agaknya yang kelakar tu?

    March 09, 2012

    SABARNYA SAYIDINA UMAR DENGAN ISTERINYA

    Assalamualaikum....

    Contohilah Sayidina Umar al-Khattab yang apabila dileteri oleh isterinya, lalu berkata : " Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah masak makanan untuk ku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anak ku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaan itu tidak lama ( nanti akan baik sendiri)."

    Lihatlah bagaimana positifnya Sayidina Umar, yang mampu melihat banyak elemen positif pada isterinya berbanding leterannya. Tidak seperti kebanyakan ( bukan semua) lelaki sekarang. Kena leter sikit terus melenting, terus lupa segala kebaikan isteri yang lain. Nampak yang buruk sahaja. Terus terlupa yang suami itu sendiri pun pasti ada kerenahnya yang isteri tidak suka.

    Ambillah sikap Sayidina Umar ini sebagai panduan kita bersama (suami dan isteri) dalam menghadapi leteran atau bebelan pasangan masing-masing.

    DIA CACAT, TETAPI....

    Assalamualaikum.....

    Seorang lelaki yang berusia 30-an dilahirkan cacat. Beliau tiada kaki dan tangan. Bukan iu sahaja, beliau juga cacat penlihatan. Namun semangatnya untuk meneruskan hidup dan menjadi insan yang berjaya tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini beliau menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.
    Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai soalan oleh peserta yang hadir. Salah satu soalannya, " Bagaimana tuan dapt hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan? Maksud saya kecacatan ini?"

    " Ini buka kekurangan atau kecacatan. Ini satu kelebihan. Kenapa? Kerana saya idak perlu bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki. "

    " Tapi tuan juga tidak mampu melihat."

    " Ya betul itu. Saya tidak ada peluang memandang perkara-perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya berprasangka buruk dengan mereka."

    " Tapi apa yang tuan ada?"

    " Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dengan mulut ini jugalah saya mampu membaca al-quran dan berzikir. Alhamdulillah."

    Credit : Majalah Solusi bil 35

    Pengajaran : Setiap kekurangan jika dipandang dari satu sudut yang berbeza, pasti ia boleh menjadi satu kelebihan, insyaAllah.


    CHECKLIST ADAB DENGAN IBU BAPA

    Assalamualaikum.....
    Perkara yang harus kita lakukan kepada ibubapa....
    • Mendoakan ibu bapa
    • Menziarahi mereka di kampung
    • Menghantar duit belanja
    • Menyediakan kos rawatan
    • Menghubungi mereka untuk bertanya khabar
    • Memberi hadiah
    • Mengingati tarikh penting dan memberi ucapan kepada mereka
    Bila last time kita buat semua ini? Selalu tak? Kalau belum buat atau tak pernah buat, kenapa?

    March 07, 2012

    DOA TERMAKBUL SUDAH

    Assalamualaikum.....

    Last week cuti empat hari sebab ketiga-tiga anak msred demam. Lepas sorang-sorang demam. Berjangkit. Cuti panjang jaga anak kat rumah.

    Kita biasa lihat anak-anak lincah bermain, time demam dia orang lemah je, terbaring je tak lincah macam biasa. Sedih sangat. Msred memang tak tahan tengok anak demam. Bila dia orang demam saja, msred selalu berdoa biarlah demam dia orang tu pindah kat msred. Biarlah dia orang sentiasa sihat dan ligat bermain macam biasa.

    Hari ini, doa tu termakbul. Hhhee..... Anak-anak semua dah elok demam, dah sihat, alhamdulillah. Msred pulak demam. Harap esok pagi dah kurang panasnya dan boleh bangun pergi kerja. Last week dah banyak cuti, tak kan this week nak cuti lagi. Malas nak berjawab dengan bos kalau dia tanya kenapa ashik cuti saja.

    Note : Kalau nak pahala bila diuji dengan kesakitan, jangan sesekali mengeluh sakit. Redha sepenuh hati. Mampukah kita?

    SORRY SAYA MEMANG LEMBAB

    Assalamualaikum....

    WhatsApp? Ada yang pernah guna kan? Tadi ber WhatsApp dengan ex-officemate. Bercerita tentang angan-angan. Seronok juga berbual dangan kawan yang dah lama tak berjumpa.

    Tapi yang stressnya, setiap apa yang msred nak key in kan, akan ambil masa yang sedikit lebih lama dari biasa. Nak type benda simple je pun ambil masa. Lepas tu kadang-kadang type dua tiga kali sebab tersalah type.

    Sorry yea, msred memang lembab sikit type guna hand phone ni. Salah, bukan sikit, memang lembab. Tu pasal tak suka ber sms tak kira lah dengan kawan ke dengan mr bf ke. Lebih suka kalau call jer terus.

    Kawan-kawan suka dan rajin ber sms sebab dia orang laju type guna hand phone. Msred malas ber sms.
    Ada tu, mula-mula nak hantar sms. Bila terasa lambat sangat type, lepas tu banyak kali tersalah pulak tu. Terus msred delete sms tu, call je terus. Puas hati. Senang sikit.

    Tapi kalau type guna keyoard pc atau lappy, tak lambat pulak. Ok je. Macam orang lain jugak. Cuma nak type kat handphone je lembab. Nak kata jari besar sangat, key pad kecik, pun tak jugak. Jari msred biasa je, kecik comel. Tak ada lah susah nak tekan keypad tu. Entah kenapa bila type kat handphone jadi lambat sangat. Penyakit ke hape ni?

    Msred old school? Tak kisahlah kalau ada yang nak panggil msred old timer ke old school ke. Memang betul lah tu.

    March 06, 2012

    ELAKKAN DIRI DIMALUKAN

    Assalamualaikum....

    Semalam, terjadilah insiden dimana msred berjaya memalukan diri sendiri atas kemalasan dan kelalaian diri sendiri.

    Masa lunch hour semalam, msred skip lunch. Malas sangat nak turun office pergi lunch. Duit dalam purse pun tinggal RM 6 je. Sangat malas nak pergi ATM untuk withdraw duit. Rasa nak lepak je kat office.

    Tapi disebabkan mula terasa lapar, msred turun jugak dengan office mate msred. Pergi The Store, beli biskut je. Msred ambil biskut dan setin air Nescafe original. Lepas tu pergi kat cashier nak bayar.

    Adik cashier handsome kata... " RM 6.50." total harga.

    Msred keluarkan semua duit msred. Kira-kira ada RM 6. Tak cukup limapuluhsen. Spontan je mulut msred cakap...." Alamak. Tak cukup pulak duitnya."

    Alamak, ni saja lah ni nak malukan diri sendiri. Dah tau duit dah kering pun malas nak naik pergi ATM keluarkan duit. Kan dah tak cukup. Nasib baik yang beratur belakang msred office mate msred yang cun dan baik hati. Kita orang tak rapat sangat tapi baiklah.

    Dia cakap..." Tak apa akak." sambil keluarkan note RM 1, lepas tu bagi kat cashier handsome tu. Adik cashier tu dah gelak-gelak dah. Msred tak adalah rasa malu sangat, tapi malu lah jugak. Nasib baik yang beratur belakang msred tu someone I know and willing to help.

    Dia kata tak apa, dia halalkan singgit tu. Tapi msred macam biasa lah tak suka susahkan orang. Msred bayar juga duit singgit tu walau pun dia dengan baik hatinya kata tak payah, dia dah halalkan.

    Moral : jangan malas pergi keluarkan duit kalau tahu purse dah kering. Kalau duit ada RM 6 je dalam purse, make sure ambil barang yang harganya tak lebih RM 6 supaya tak malu di depan cashier handsome.


    March 05, 2012

    CAKAP SENANGLAH

    Assalamualaikum.....

    Apa yang kita biasa buat bila dapat tahu seseorang yang kita kenal sedang dalam kesusahan? Kebiasaannya kita akan cakap....

    "Sabarlah."
    "Tabah yea, be strong."

    "Redha lah dengan ketentuanNya."

    Msred pun akan cakap macam tu bila ada kawan-kawan yang sedang dalam kesusahan sebab msred tak tahu apa lagi yang nak dicakapkan. Tak tahu macamana nak memujuk hati mereka yang sedang resah. Tapi setiap kali msred cakap macam tu, msred selalu terfikir, apa perasaan yang menerima pujukan yang macam tu?

    Cakap senanglah, be strong, tabah. Tapi nak buat tu yang kadang-kadang susah. Berat mata memandang, susah lagi bila kita sendiri terpaksa memikulnya. Kadang-kadang yang sedang kesusahan itu, bila menerima nasihat macam tu jadi marah. Cakap senang kan?

    Janganlah marah. Bukan senang nak memujuk atau menasihati orang yang sedang keresahan atau sedang kesusahan. Yang memujuk tu tak rasa apa yang kita rasa. Dia tak tahu macamana nak pujuk atau nasihat sebetulnya. Anggap saja mereka cuba kongsi beban kita dan berniat baik nak mengurangkan tekanan yang kita hadapi.
    Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno