February 24, 2012

KALAU BOLEH PUTAR BALIK MASA

Assalamualaikum.....

Dalam kehidupan kita ni mesti ada masanya tersalah buat keputusan. Akibat dari keputusan salah yang kita buat itu membuatkan kita rasa sedih, kecewa, rugi. Kita rasa kesal sebab tersilap membuat keputusan.
Kalaulah kita boleh putar balik masa.

Pasti ada diantara kita, kadang-kadang terfikir begitu. Kalaulah kita boleh putar semula masa, bolehlah kita ubah keputusan salah yang kita buat itu supaya kita tak rasa sedih, kecewa, rugi.

Tapi, apa jaminannya kalau kita boleh putar balik masa, kita tak akan buat keputusan yang salah lagi? Kita benar-benar yakinkah kalau kita dapat ubah pilihan kita itu, pilihan baru itu adaah yang terbaik? Macamana kalau kita dah putar balik masa, ubah keputusan dan pilihan kita tapi masih bukan yang seperti diharapkan pengakhirannya?

Kita ini manusia biasa yang terbatas pengetahuannya. Tak lari dari kemungkinan tersalah membuat pilihan dan keputusan. Apa yang kita boleh buat adalah belajar dari kesilapan dan dan pastikan kita tak mengulang kesilapan yang serupa. Jadikan kesilapan kita itu sebagai pengajaran dan panduan daripada bersungut berharap dapat putar balik masa dan dapat ubah keputusan yang dah dibuat.

February 23, 2012

NAK APPLY CUTI KAT MANA?

Assalamualaikum....
Once a mothers always a mother.
Sejak jadi mama ni, dah lima tahun, belum pernah msred dapat cuti dari menjadi mama. Hari-hari rutin yang serupa. Pagi pergi kerja 8 to 5. Balik sambung kerja di rumah pulak jadi mama jadi isteri. Habis kerja di rumah, kepenatan, terus tidur. Esok, rutin yang serupa diulang. Weekend, kalau tak kerja buat kerja rumah yang tak sempat nak dibuat during weekdays, bawak anak-anak jalan-jalan, malam tidur kepenatan.

Ada juga sekali sekala terfikir nak cuti dari jadi mama, sehari ke dua hari ke. Nak rest puas-puas. Tapi tak pernah dapat.

Ada juga terfikir, patut ke kalau msred terfikir nak cuti dari jadi mama? Adakah kalau msred terfikir nak berehat sekejap dari jadi mama, membuatkan msred jadi orang yang pentingkan diri sendiri? Salah ke kalau msred nak berehat sekejap, lepaskan lelah? Nanti ada pulak orang cakap...

'Aku pun mama juga. Ok je. Tak de pulak rasa nak cuti2 bagai. Kalau penat tu hadap je la. Tanggungjawab kan.'

Salah tak kalau msred nak cuti berehat sekejap dari tanggungjawab sebagai mama ni? Nak apply kat mana?



February 20, 2012

LAWAK : MASALAH LELAKI

Assalamualaikum....
Takut tak jelas, dalam picture 1 dan 2 dialognya......
Husband : Hey Sweet, what is the password of our safe box?
Wife : Its the date of our first kiss.


Sampai sudah husband dia tak tahu apa password safe box dia orang. Lelaki memang susah nak ingat benda-benda macam ni ke? Kenapa gaknya yea?
Tak penting?
Otak tak berapa bagus?
Malas?
....... ?

SAYA LAMBAT KAWEN. SAYA TAK LAKU?

Assalamualaikum....
Tadi bw ke blog Cik Ain. Dia cerita kenangan masa sekolah dengan geng click dia. Cik Ain ugut jangan ada sesiapa berani kawen dulu sebelum dia. Kelakar je baca. Lebih kelakar lagi bila tau ada geng click Cik Ain yang baru je sah bergelar isteri orang.
Teringat masa zaman sekolah menengah dulu. Geng click msred ada empat orang awek. Yang dua orang berangan nak kahwin lambat. Yang lagi dua orang termasuk msred berangan nak kawen cepat (dont judge me ok, hhheeee ).
Tapi akhirnya, dua orang geng click msred yang berangan nak kawen lambat tu muda-muda lagi dah kawen. Msred dan sorang lagi geng click msred yang bercita-cita nak kawen cepat, lambat pulak dapat jodoh.
Nak buat macamana, dua orang tu cepat laku. Yang lagi dua orang tu, termasuk msred, lambat laku.
Moral of the story... Kita merancang, DIA menentukan. So, msred lambat kawin bukan sebab tak laku ea.
- Posted using BlogPress from my iPad

SAYA PILIH YANG HAPPY ENDING SAHAJA

Assalamualaikum......
Ramai kawan-kawan msred, termasuklah my SIL suka sangat baca novel, kebanyakannya suka novel cinta yang happy ending.
Suka sangat dengan cerita happy ending. Kalau cerita tu tak ada happy ending, rasa macam tak kena. Biarlah walau macamana best pun cerita tu, kalau ending dia tak menggembirakan, kalau ending dia menyedihkan, terus rasa macam tak best.
Kebanyakan diantara kita ni, kisah hidup lebih banyak duka dari gembira. Ada yang secara keseluruhan boleh dikatakan gembira hidupnya tak banyak duka. Tapi golongan ini tak ramai. Ramai diantara kita yang luaran saja nampak macam gembira, tapi dalam hati berduka.
Itu sebab kebanyakan kita manusia biasa ni, dahagakan cerita-cerita yang happy ending. Suka baca, lihat atau dengar cerita-cerita happy ending. Sekadar untuk memujuk hati sendiri yang berduka. Sebagai galakan untuk memujuk hati kita bahawa, bahagia itu wujud. Gembira itu ada.
Dengan harapan kepercayaan yang kebahagiaan itu benar tetap ada, tak hilang dalam diri. Barulah boleh berusaha untuk bahagia. Kalau hati tak percaya bahagia itu ada, macamana kita nak berusaha untuk mencari kebahagiaan?
Kita kena jemput bahagia itu ke dalam hidup kita, bukan tunggu ia datang sendiri.
- Posted using BlogPress from my iPad

February 17, 2012

SIBUK KIRA DUIT

Assalamualaikum.....
Sejak duit syiling baru diedarkan hari itu, msred sibuklah nak dapatkan syiling baru, lepas tu nak tunjuk kat orang msred dapat syiling baru, lepas tu nak simpan buat koleksi tak tahu lah apa motif dan apa tujuan. Sampai kan hari tu my SIL minta duit syiling msred tak bagi sebab time tu yang tinggal syiling baru saja.
Tapi yang tak bestnya dari hari tu asik dapat yang sepuluh sen je. At last pagi tadi barulah merasa nak dapat syiling lima puluh sen yang baru. Kat opis, orang lain sibuk buat kerja, msred sibuk kira duit syiling baru dalam simpanan yang dah mencecah juta-juta (hahaha...).

Lepas ni dapatkan duit kertas RM 20 pulak yang kaler oren tu. Lambatlah dapat. Sape ada? Nak tukar.

February 16, 2012

DUIT PENTING, TAPI BUKAN PALING PENTING

Assalamualaikum...

Dalam zaman ini, harta dan duit sangat penting. Kadangkala duit ini mempengaruhi kebahagiaan kita. Kalau kita tak ada duit, ramai yang ak bahagia. Walau macamana kita menolak fakta ini, tapi itulah hakikatnya.

Pasangan suami isteri tak bahagia sebab tak berduit. Anak-anak kurang pendidikan sebab tak berduit. Ramai orang mengeluh tak cukup duit. Ramai juga yang sanggup lakukan apa saja kerana nak dapatkan duit.

Duit memang penting dalam kehidupan kita sekarang. Tapi, janganlah jadikan duit itu benda yang paling penting dalam kehidupan kita. Jangan letak duit yang teratas sekali dalam senarai penentu kebahagiaan kita, sebagai sebab utama kebahagiaan. Biarlah duit itu membantu kita capai kebahagiaan. Bantu, bukan satu-satunya sebab utama kita bahagia.

Kalaulah duit satu-satunya sebab kita rasa bahagia, kita akan jadi hamba duit. Kalau kita jadi hamba duit, pengakhirannya pasti buruk.


- Posted using BlogPress from my iPad

February 15, 2012

TOLONG SAYA JAWAB SOALAN INI

Assalamualaikum.....
Hari tu, Pn Azzah ada bagi doodle kat msred. Potrait family msred. Cute sangat. Msred suka, Iffan dan Ian pun suka. Msred tahu ramai yang jeles, tapi msred tak dapat berbuat apa-apa. Jangan salahkan msred sebab Pn Azzah pilih nak memenuhi permintaan dan rayuan msred nak kan doodle family ni. Hahaa.....
Thanks again Pn Azzah.
Masa tunjuk kat Iffan dan Ian hari tu, si Ian tanya msred...
" Mama, kenapa dalam gambar ni Ian (Syamie) sorang je yang dapat eskem?"
Adeh.... Msred gelak je sebab tak tahu nak jawab apa. Kalau you all jawab apa? Seriously?

February 13, 2012

JAWAPAN UNTUK KAK LIMAH

Assalamualaikum.....
Sebenarnya Kak Limah tag msred untuk menjawab soalan dari dia minggu lepas lagi, tapi tak sempat nak jawab. Sorry yea Kak Limah, lambat sikit. Hari ini msred jawab yea.
1.korg dh kawen/kapel?
Dah kawen, alhamdulillah.
2.mcm mane mle2 kenal/jmpe ur partner?
Jumpa kat sekolah, kelas sebelah je.
3.ap perwatakan korg yg baek?
Tak suka bermusuh walau pun dengan orang yang tak suka msred.
4.perwatakan yg buruk?
Kuat makan, boros.
5.ap korg pk pasal kaklimah?gud or bad?jujur..kalo kutuk p0n xkesah :P
Nampak macam baik.... Hheee...
6.komen korg ttg blog kaklimah?*puji n kritik tau*
Ok, santai. Relax je kalau lepak kat blog Kak Limah.
7.ap nasehat korg utk kaklimah?
Besederhana bila bercinta dengan manusia....
8.mcm mane korg blh start blogging?
Dulu berblog sebab nak kongsi hobi.... Kisah lama....
9.ap perasaan korg bile korg berblogging?
Try to chill and have fun...
10.ap mknan n minuman kegemaran korg?
Cheesy food and nescafe...
11.nt kalo kaklimah nk ajak korg bwat gathering, nk tak join? :P
Kalau kena masa dan tempat, nak......
Sebab dah pernah buat game ini dan pernah tag blogger lain, kali ini msred agak malas nak tag dah..... Hhee.... Hope tak ada sesiapa yang marah. Kak Limah?

ANGLE IN THE DEVIL'S SUIT

Assalamualaikum....
Semalam hari Ahad, bos kasi cuti. Apa lagi, ambil kesempatanlah pergi jalan-jalan dengan boyfriend-boyfriend msred. Pergi SACC mall saja, window shopping. Nak shopping poket tak berapa nak berisi.
Mula-mula pergi Thomas and Guy, gunting rambut. Dry cut je, RM 30. Tak berapa nak puat hati sebab yang potong tu nyonya. Msred tak berapa nak berkenan hasilnya. Tapi tak apalah. Malas nak fikir.
Lepas tu pergi MPH, belikan buku untuk boyfriend-boyfriend msred yang dua orang tu. Msred pun beli buku juga. Buat pertama kali, msred beli novel cinta melayu. Sebelum ni msred baca novel Sidney Shieldon, John Grisham. Novel yang bukan pasal cinta semata. Msred lebih berminat baca novel horror, mystery atau action daripada kisah cinta.
Ni pasal terpengaruh dengan kengkawan yang suka baca novel cinta. Lagi pu. Kebelakangan ni banyak cerita diadaptasi dari novel cinta. Ada yang best. Tu yang nak try baca novel cinta melayu. Nak merasa best ke tak? First try, msred beli cerita Angle in the Devil's Suit karya Kaseh Esmiralda. Pilih novel ni sebab tajuk dan cover dia yang tak berapa nak jiwang dan interesting.



Ada sesiapa yang dah baca? Best tak?
Note : Tak tahulah bila dapat start baca. Kat rumah dah ada 3 novel English yang belum dibaca.

TANGAN SIAPA LEBIH WANGI?

Assalamualaikum.....
Semua orang tahu tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. Dengan memberi itu, walau sedikit pun pasti akan membuatkan seseorang bernafas lega. Pasti dapat mengurangkan beban seseorang walau sedikit. Secara tak langsung, kalau yang memberi itu dengan seikhlas hati, pasti juga hatinya gembira, puas dan tenang. Gembira sebab dapat membantu seseorang. Kalau yang memberi itu dapat melihat senyuman lebar yang dibantu, hati yang memberi itu pasti puas sebab dapat buat orang lain gembira.
Tapi kenapa sekarang ini lebih ramai yang suka jadi tangan yang menerima dari yang memberi? Lebih suka sentiasa menadah tangan menerima sahaja bantuan orang lain. Usaha jadi kurang atau lebih teruk langsung tak ada. Kekadang, sampai tak ada langsung rasa malu menadah meminta-minta. Bukankah berusaha sendiri itu lebih mulia, lebih memuaskan hati?
Kenapa kita tak berusaha supaya dapat jadi tangan yang memberi?

February 10, 2012

TUNJUK SAYANG KAT DIA

Assalamualaikum.....

Apa yang kita dah buat untuk mak hari ini? Belanja dia breakfast? Siapkan breakfast dia kat rumah? Tolong dia basuh dan sidai baju? Tolong dia sapu sampah kat halaman rumah? Call dia tanya khabar, buat lawak dan bagi dia kerawa? Apa yang kita dah buat untuk mak untuk tunjuk kan yang kita sayang sangat kat dia?

Atau dari tadi sibuk uruskan diri sendiri?

Msred pun belum buat apa-apa untuk mak dari pagi tadi.

Nak tunjukkan yang kita sayangkan mak bukan susah. Tak perlulah sampai habiskan duit hadiahkan dia sesuatu yang mahal. Kononnya kalau lagi mahal lagi banyaklah sayang kita kat dia.

Kalau kita dapat buat sesuatu yang kecil tapi selalu pun dah cukup. Contohnya kita spend 15 minit setiap hari betul-betul berbual dengan dia dari hati ke hati. Tanyalah apa harapan dia ke, apa dia nak buat hari ini, rasa sihat ke tak? Bualkan sesuatu yang boleh buat dia tersenyum, ketawa.

Simple je. Kalau tak dapat setiap hari seminggu 2 atau 3 kali pun dah kira ok dah. Tapi kenalah berterusan.

A simple gesture like this sometimes is better then everything else that fancy and costly. Kadang-kadang benda kecil macam ni lagi buat mak bahagia dari kalau kita hadiahkan dia benda-benda yang mahal tapi tak pernah nak spend time berbual dengan dia.

Benda kecil lain yang boleh kita buat selalu, yang boleh buat dia gembira dan rasa disayangi macam picit-picit badan dia, ajak dia lepak kat taman permainan petang-petang, buatkan dia air sebelum tidur atau peluk dia setiap pagi sebelum keluar pergi kelas atau pejabat.

Note : Teringat dulu masa sekolah kalau msred study ke buat homework ke mak mesti buatkan msred air milo. Terasa macam disayangi sangat.


- Posted using BlogPress from my iPad

February 09, 2012

SAYA DAH BESAR

Assalamualaikum....

Weekdays, pagi macam biasa sebelum pergi kerja msred akan hantar Iffan ke Kindy.

Sejak awal tahun ini msred akan hantar Iffan sampai depan pintu, baru konfiden nak tinggalkan dia. Iffan akan salam msred dan msred akan kiss kiss dia sebelum dia masuk dalam kelas.

Tapi pagi tadi, macam biasa msred turun dari kereta nak hantar Iffan sampai depan pintu, tetiba Iffan cakap....

" Mama. Mama duduk dalam kereta lah. Tak payahlah hantar Iffan sampai pintu."

Erk.... Msred tanya kenapa? Iffan jawab...

" Iffan dah besar lah mama. Iffan pandai masuk sekolah sendiri."

Besarlah sangat. Sabar je la. Bila msred nak kiss dia macam biasa, dia cakap...



" No no mama. Iffan dah besar."

Puhlease.... Besar la sangat. Mengada lah si Iffan ni. Nasib baik Iffan masih sudi salam msred sebelum masuk kelas. Kalau tak salam, mama babab dia.

- Posted using BlogPress from my iPad

February 08, 2012

LAWAK : ORANG BODOH NAK BUNUH DIRI

Assalamualaikum....

A blonde and a brunette are living together. The brunette came home from work one day and the blonde had a rope around her waist. The brunette asked why the rope was around her waist. The blonde said that she was trying to commit suicide. The brunette said, "You put it around your neck! " The blonde replied, "I tried that but I couldn't breathe! "

Note : Nak bunuh diri pun tak tahu macam mana?

- Posted using BlogPress from my iPad

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum....


- Posted using BlogPress from my iPad

BILA PERUT KENA RABA

Assalamualaikum....

Tadi di pejabat ada kawan msred yang masih berstatus anak dara telah meraba perut msred tanpa kerelaan msred. Terkejut dibuatnya. Terus msred cakap....

" Jangan lah usik perut orang. Malulah perut macam pegnen 2 bulan."

Kawan msred tu siap gelak lagi sambil cakap...

" Kenapa jadi macam tu? Mesti dalam pantang tak pakai bengkung kan? Tu yang buncit tu."

Amek kau dia sound setepek.

Betul lah tu. Masa msred dalama pantang, malas betul nak pakai bengkung. Kenapa?

Sebab kulit msred ni mengada sensitif. Sebelum pakai bengkung, mak cik urut tu akan sapukan campuran kapur dengan air limau nipis. Lepas tu baru pakai bengkung. Akibatnya, selepas bercampur peluh buat perut msred terasa gatal-gatal. Habis melecet perut msred garu-garu. Tak tahan.

Dua minggu je tahan pakai bengkung. Lepas tu dah malas dah. Tu pasal perut sampai sekarang mantain macam pegnen 2 bulan.

Pesanan buat kawan-kawan yang bakal berpantang. Kalau tak nak perut mantain macam pegnen 2 bulan, pakai bengkung sampai habis pantang 44 hari. Kalau malas, terima je lah kalau perut tak nak kembali ke bentuk asal.

Note : Ada kawan msred yang dah ada 2 orang anak, yang sangat sabar pakai bengkung sampai habis pantang, hasilnya perut dia memang macam anak dara. Jeles?


- Posted using BlogPress from my iPad

SAYA TATA DIA TAK LAYAN

Assalamualaikum....

Di pejabat, projek yang sedang berjalan sekarang sepatutnya dah habis bulan satu tapi tak dapat dihabiskan sampai sekarang. Bos sedang gigih nak habiskan juga dalam minggu ini, so di pejabat memang sangat busy. Hari-hari msred balik pukul 8 pm. Hari Isnin dan Selasa lepas pun msred kena kerja.

Penat.



Setiap pagi kalau baby Iman dah bangun waktu msred nak pergi pejabat, dia akan ikut sekali hantar msred. Bila dah sampai pejabat, setiap kali msred tata Iman, dia tak layan je. Dia buat tak tahu je. Kadang-kadang tu siap buat-buat busy lagi dengan buku dia ke, toy dia ke. Mengada budak tu. Rasa nak gigit je pipi dia tu. Eksyen. Grrr....



Tapi, telatah dia yang inilah yang berjaya buat msred tersenyum je pagi-pagi. Buat hati msred happy je.


- Posted using BlogPress from my iPad

February 06, 2012

SAYA ADA, AWAK ADA?

Assalamualaikum.....
Ada juga try-try buat doodle. Jeles tengok orang lain buat doodle yang kiut. Teringn pulak nak buat sendiri. Tapi dah sepuluh kali try, semuanya huduh tatau kenapa. Nak doodle gambar awek, dah macam gambar karipap. Nak doodle kucing nampak macam kambing. Last-last delete semua kasi buang ke Timbaktoo.Takut ada orang terjumpa sumpah mesti kena gelak.
So, setiap kali ada saja blogger yang offer nak bagi doodle free, dengan muka tak malu mesti nak try nasib mana tahu ada yang sudai buatkan doodle untuk msred. Heaven la kalau dapat, lebih-lebih lagi kalau free.
Baru-baru ini, adalah try bodek Cik Azzah nak minta doodle family msred. Tak ada lah harap sangat. Tipu, memang berharap sangat-sangat. Teringin sangat nak ada doodle family kecil msred. Tak sangka pulak Cik Azzah sudi buatkan. Ni lah dia. Cute sangat kan.
Ada yang jeles tak? Happy sangat dapat doodle kiut ni. Sekarang ni sedang fikir nak buat apa dengan doodle ni? Nak print then letak dalam frame ok tak? Right now, msred jadikan doodle ni wallpaper i pad msred.
Cik Azzah, berbanyak terima kasih kerana sudi bagi doodle yang sangat kiut ni pada msred. Msred sangat hargainya. This is so cute and i really love it. Thanks again. HUGS.
Note : Ada sesiapa yang nak bagi msred doodle lagi? Msred sudi sangat menerimanya.

February 03, 2012

BLOG PENYEMBUH SAKIT?

Assalamualaikum.....

Dah lama tak lepak kat sini, blog kesayangan msred. Semalam cuti, tak kerja. Menyelesaikan urusan yang perlu diselesaikan. Disebabkan semalam cuaca sangat panas, cepat saja terasa penat. Bila balik petang, hajat dihati nak update blog terpaksa dilupakan.

Hari ini pulak, dari pagi sampai petang sakit kepala. Lagilah tak ada daya nak update blog. So, petang ni msred just on FB. Itu pun sebab nak lepak kat blogger page, nak blogwalking.

Magicnya, baru singgah beberapa blog, terus hilang sakit kepala. Dah tak sakit langsung. Magic.

Agaknya sakit kepala ni sebab lama tak melayan blog kot. Rindu sampai sakit kepala. Hahhaa..... Ada ke kes macam tu? Sekarang dah ok. Nak blogwalking lagi.

Note : Exaggerating? Hheee.... Maybe.



- Posted using BlogPress from my iPad

February 01, 2012

JAWAPAN JUJUR DARI SAYA 2

Assalamualaikum....

Selepas menjawab soalan yang di beri oleh Cik May, kali ni msred nak jawab soklan Cik Era Kecik pulak. Tag, soalan untuk orang yang di tag, dan info tentang msred samalah dalam entry ini.

Msred jawab yea Cik Era...

1. suka kucen tak ?
Suka sangat, tapi skang tak leh nak bela sebab anak kecik lagi. Tunggu besar sket.
2. tengah korang syok-syok melalak dalam rumah, tiba-tiba hujan. Pernah tak?
Biasa. Tapi tak kisah.... hhaaa
3. lagu BM sekarang ni banyak lagu jiwang dan ntah-hapa-hapa-ntah .. setuju tak ?
Dulu lagi jiwang terlampau...
4. bila nak kawen ?
Dah lama dah....hheee...
5. bila dok kat kampung, perkara paling best yang korang nak buat ialah ... 
Melantak kat dusun buah....
6. lelaki merajuk. camne ek nak pujuk dia ?
Tak reti... selalu marah dia balik.... hhaaa....
7. suka bace novel online tak?
Baru nak cuba-cuba...
8. pernah dikejar anjing tak?
Tak pernah.... anjing takut ngan msred.... percaya tak?
9. kalau korang jadi PM, korang nak buat apa?
Tak nak jadi PM.... nak jadi macam sekarang saja...
10. benda yang paling korang benci >.<
Bersepah.... kotor....
11. nak test bahasa siket hehe .. korang translate kot bahasa biasa ek?
" tu jah nok nayo. timo kasih sebak sudi jawak soale nih. =) "
samo-samo .... lain kali tanyo lagi yo... hheee

Cik Era, ok tak?

JAWAPAN JUJUR DARI SAYA

Assalamualaikum.....
Hari itu dah kena tag dah untuk join game ini. Ingat dah habis, rupanya ada lagi. Kali ini, Cik May tag msred untuk menjawab soalan beliau. Ini syarat game ini.
Tentang msred.
Gila cheese dan pop corn. Pilih vanilla daripada coklat. Penakut. Ada trust issue. Workaholic. Suka merah. Pemalu, betul tak tipu. Sehari minum 2 liter air kosong. Selalu perasan muda. Susah jatuh cinta tapi sangat setia. Suka anak ramai tapi sebabkan penakut, berani ber anak tak ramai. Sekian.
1. Nama sebenar anda dan nama panggilan di rumah?
Hehe..... Cari sendiri.
2. Dah LIKE fan page FB Cik May belum?hehe ..blog pulak?dah follow?
Dah, dah.
3. Pendapat pasal blog ni?
Comel dan ceria.
4. Update entry blog tiap-tiap hari ke?
Bisanya hari-hari.
5. Suka shopping online tak?kenape?
Kurang suka sebab tak leh pegang barangnya sebelum beli.
6. Tempat makan ikan bakar kat mana paling best?hehehe..
Umbai, Melaka.
7. Ape pendapat pasal fesyen zaman sekarang?
Seksi.
8. Ape hadiah paling best penah dapat?share la..=)
Cincin kahwin.
9. Kalau dah kawen, honeymoon kat mane ari tu?ok?kalau belum kawen, ke mana perancangan untuk honeymoon nanti?kenape tempat tu?
Genting Highland. Suka sebab saya memang suka main game dari tengok pantai atau banggunan lama.
10. Suka artis tak?siapa?mengape?
Yuna. Dia workaholic dan kreatif.
11. Selalu tido berapa jam?? hehe
Tak tentu. Tunggu mata mengantuk.

Msred mahu tanya...
1. Left brain ke right brain?
2. Apa kelemahan yang nak dibaiki?
3. Tengok Gemersik Kalbu?
4. Kalau tengok suka Hisham ke Sufiyan? Kalau tak tengok, prefer lelaki skema atau happening?
5. Prefer make up or natural beauty?
6. Ayat yang sering diucapkan?
7. Cara nak hilangkan bosan?
8. Barang paling mahal pernah beli dengan duit sendiri?
9. Berbaloi ke beli barang tu?
10. Mana lagi takut, hantu ke perompak?
11. Cincin kahwin suka emas kuning ke emas putih?
Dah. Enjoy k.
Note : Soalan part 2 dari Cik Era. Tunggu?
Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno