July 06, 2012

AWAS DOSA BERGANDA

Assalamualaikum....

Walaupun terdapat perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. Awas, kerana apabila dosa-dosa kecil dilakukan ia akan berganda seterusnya menjadi dosa besar. Pertukaran ini berlaku apabila :

1. Melakukan sesuatu dosa secara berulang-ulang dan terus-menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya hanya perkara yang baik sahaja yang boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.

2. Sesuatu dosa itu dianggap sebagai perkara remeh. Jangan pernah sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu maha besar lagi maha Agung.

3. Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseorang bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk daripada Allah.

4. Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan. Ini Istidraj iaitu seseorang yang diberi nikmat oleh Allah tetapi masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.

5. Tidak segan silu memberitahu orang lain yang dosa dilakukannya. Seorang lain yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja dihadapan manusia bahkan dihadapan Allah.

6. Dosa yang dilakukan oleh seorang ulama atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Oleh sebab itu, ajarkanlah perkara yang benar dan tepar berlandaskan syariat Allah.

Sumber : Solusi isu 35.




- Posted using BlogPress from my iPad

34 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

berlaku tnpa kita sedar aatau sedar =)

hairy said...

skrg ni terpikir2 bila nk wat sesuatu...hehe

yana-feehily said...

perkongsian yg bagus..tq :)

Adylia Qarissa said...

renungan bersama...kadang2 kita tak sedang kita buat dosa kan...

Boni JLL3 said...

tapi kan.. perasan tak.. benda yang memang berdosa ni, memang senang je kita nak lakukan.. betul tak??

ennie ramlan said...

good info msred....
panduan untuk semua.... ^_^

IntaNBerliaN said...

Sama2lah kita menjaga perlakuan kita.. dosa kecil pun blh jd besar...

QueeN TerataI said...

org skrg ni mmg sgt berbangga dgn dosa yg mereka lakukan.. kita yg buat dosa ni pula yg rasa serba salah dan rasa berdosa...

faraherda. razalan said...

Bgs juga magazine ni kan?

LubLy said...

moga kita xkan msk dlm kaum istidraj tue kak..

teratak hati said...

betul tu..kadang-kadang kita tak sedar dosa kecil dah bertimbun-timbun kita buat..

msred, kalau berkenan dress tu, tengok ukuran dia,ok tak, saya pun tak sure muat tk,tapi tengok msred mcm tak besar sgt orgnya kan..dress tu macam potongan longgar je..

aizamia3 said...

yang senang tu ler buat kita mudah mendapat dosa..

Nyue said...

Sama2lah kita menjaga perlakuan kita.. sesuatu itu boleh berlaku dlm sedar atau tidak

Acik Erna said...

terima kasih kongsikan disini..

rAIHan said...

info yg bagus..^^

pena rozie said...

tq for sharing....

Cik Lia Lomi said...

satu ilmu yang baru Lia dapat, terima kasih sharing. :D

Wanieys said...

setiap perlakuan kita kena jaga takut yg kecil boleh jadi besar :)

izz iizza said...

kena sentiasa jaga perilakukan kan..kadang dosa kecil kita buat..kita anggap remah..bila dah berulang lain jadinya..:)

maszull said...

assalamualaikum msred....menarik mekacih atas info yg begitu bermakna...:)

nurdani said...

peringatan yang baik untuk semua. jaga2 dalam tingkah laku

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tq for sharing

Marya Yusof said...

As salam Ms Red,

Yg paling saya takut adalah 'Istidraj' terus-terus mengecap nikmat tp sbnrye tertipu...membuatkan kite merasa riak serta takabbur atas dosa yg dilakukan... Nauzubillah...

Terima kasih perkongsian ilmu ni Ms Red :))

Badrina Ibtisam said...

Betul tu!!

Knor said...

ada ssetengah ustaz yg saya agak perasan..mungkin tak sedar kut..ada juga yg terlps ckp.. sindir2..kadang2 kita perasan..mungkin tak sengaja kut..w'alm

aniqbukhary said...

Info bermanfaat.. teruskan usaha. Wa kat belakang lu..

Nurrul said...

memang berbahaya kalau dosa kecil buat main..

*berubah ke arah yg kebaikan :)

aReLaN said...

tak kira kecik atau besar,marilah kita sama-sama tinggalkan ye.

aReLaN said...

tak kira kecik atau besar,marilah kita sama-sama tinggalkan ye.

keli menari said...

Dosa kecik hari2 buat lama2 jadi besar.Hmm

Ct Aja said...

Dosa slalu kita buat kdg2 tanpa sedar...moga Dia selalu tunjukkan kita jalan...Insyaallah..

Atiqah Wadiah said...

semoga kita sama2 m'jauhi dosa..InsyaALLAH :)

msredcheesecake said...
This comment has been removed by the author.
siti kektus said...

moga diri ini sentiasa ingat pada-NYA yg maha berkuasa. :)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno