June 05, 2012

PEREMPUAN PANDAI BERLAKON

Assalamualaikum.....
Betul ke orang kata perempuan pandai berlakon sembunyikan perasaan sebenar dia dari orang lain? Betul ke kalau perempuan itu sedang sedih dia dengan mudahnya buang rupa sedih dari muka dia? Betul ke perempuan sehebat itu berlakon?
Ramai cakap, bukan semua, yang perempuan ini kalau dia sedih orang tak kan tahu sebab dia pandai berlakon happy, muka dia tak kan nampak kesedihan yang dia cuba sembunyikan. Betul? Dulu msred pun selalu anggap begitu, percaya yang perempuan memang pandai tersenyum dalam kesedihan. Nature mereka yangtak suka susahkan orang lain dengan masalah mereka yang membuatkan perempuan selalu terpaksa berlakon gembira dalam duka.
Cuma baru-baru ini msred terfikir, macamana kalau sebenarnya perempuan tak adalah pandai sangat berwajah happy walaupun sedang bersedih. Tapi sebaliknya kita yang tak pandai membaca riak wajah mereka.
Bagi msred, walaumacamana perempuan itu berusaha untuk sembunyikan dukanya, pasti ada sedikit riak sedih di wajahnya. Riak sedikit ini yang kebanyakan kita gagal nampak dengan mata kasar. Hanya orang yang tahu melihat dengan mata hati sahaja yang mampu nampak sedikit riak kesedihan di wajah mereka yang sedang sembunyikan kesedihan ini.
Sebab adakalanya, bila seorang wanita ini sedang sembunyikan kesedihan disebalik senyuman dia, memang kebanyakan kita tak tahu dia sedang bersedih. Tapi kadang-kadang akan ada juga seseorang yang tahu dia sedang bersedih. Maknanya, bila kita tak tahu yang perempuan itu sedang bersedih bukan sebab dia pandai berlakon, tapi sebab kita yang tak pandai melihat.
Entahlah. Pendapat peribadi.

25 comments:

Hafizin Jamil said...

wanita suka berlakon buat2 sedih..hahaha

Iffah Afeefah said...

pmpuan y kuat adlah pempuan y reti menutup rase hati sbnr

Pok Amai-Amai said...

Muke sy susah nak sorok klu tak suke sesuatu. Heheheh...

Sbnrnya, bukan perempuan je. Tapi manusia. Bermuka-muka tu perkara biasa. Tapi jujur dan telus tu yg luar biasa.

Relevan tak?

Heee~

Munnafendy said...

SETUJU sgt! sebab selalu mcm tu... :)

eyqa amin said...

kdg2 mmg susah nk cam dia nie ngah happy or wt2 happy, tp most yg rapat ngan diri dye je yg tw..
like me =')

waaa...follower msred da 4angka daa...congratez ^o^

eintan nurfuzie said...

slalunya muka perempuan mmg sng nmpak sedihnya

Sidratul Muntaha said...

cannot agree more..
sighh....

Deqla manjew said...

perempuan pndai berlakon utk menyembunyikan keperitan dan kesedihan yg dia tanggung...di luar nmpk gembira tp di hati siapa tahu? lelaki juga pndai berlakon jugak...penuh dgn kepura-puraan...berlakon depan perempuan..hihi..jgn marah ye kaum lelaki... sekdr pendpt.. :)

Anum said...

saya setuju

NadNod said...

sebab jiwa perempuan ni lembut. mudah tersentuh :')

QueeN TerataI said...

Queen pun setuju gak msred... masa Queen keguguran aritu sebenarnya Queen sgt2lah sedih.. menangis sendiri kdg2.. tp ada kwn ofis kata Queen mcm happy je.. x rasa sedih ker? padahal dia x tau Queen ni nangis sorg2 kat meja opis.. hehehe

IEQAH said...

berlakon untuk yg terbaek takpelaaaa ^^

Wanieys said...

perempuan berlakon kena pd tempatnya...hahaha..bukan buat2 berlakon lebih

✿Lady Ainaa✿ said...

ape yg tersembunyi di hati, akan terpancar di muka juga akhirnya... tak boleh nk sembunyi sgt.. ^.^.. setuju kata2 sis..

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui stuju.. luar nmpk suka tp dlm hanya ALLAH yg tau cmne..

Cikpuan rara said...

rara adalah insan yg x pandai berlakon.kalo nk marah mmg marah je.nk nanges mmg nages je.hehe

maszull said...

assalamualaikum msred...perempuan ni kalau berlakon depan hubby x apa la minta simpati namanya tu...:)

Boni JLL3 said...

macam mana pula dengan lelaki? paling susah nak tgk kesedihan mereka kan? kadang2 sampaikan orang ingat lelaki ni tak ada sedih langsung.. walaupun kaki terpijak duri aloe vera sekalipun, lelaki tetap akan buat-buat tak ada apa2.hahaha

Norhafniza Saminan said...

Assalamualaikum. tumpang share blog ni, http://fiexacollections.blogspot.com kat sini. kalau sudi bolehlah jenguk. ada banyak Koleksi baju dan tudung cantik cantik. boleh buat raya nanti. Thanx! =)

Zul Fattah said...

betul ke?
rasanya tak kot..?
erm.. mungkin betol gak.. bila tengok kwan popuan cosmate ni..

diana said...

selalunya kalau beban yang ditanggung tu terlalu berat dia berlakon konon tak de apa2 pun kita boleh nampak duka kat wajah tu..

farahdafghi said...

itulahkan . kadang tu berlakon mcm xde pape padahal dlm hati ni tuhan je tahu

Nurrul said...

Perempuan yang banyak cakap, dan banyak gelak. Adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis, dalam diam.

Nurrul selalu elak macam niehh -,-

ahsfantasy24 said...

perempuan itu kental jiwanya ^^

Khidhir said...

yeke.. lelaki bukan tak tau, buat-buat tak tau je. hehe

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno