June 21, 2012

DUIT HANTARAN

Assalamualaikum....
Nak tanya sikit. Selalunya duit hantaran akan digunakan untuk apa? Bayar belanja kawen?
Nak tanya lagi pendapat you alls, duit hantaran kawen ni tanggungjawab siapa? Maksudnya adakah tanggungjawab lelaki saja ke atau tanggungjawab lelaki dan keluarganya? Kalau dah tiba masanya majlis kawen tu lelaki tak cukup duit hantaran seperti yang dah dijanjikan dengan keluarga perempuan, patut ke keluarga lelaki biarkan lelaki tu  berhutang duit hantaran dengan keluarga perempuan?
Konpius sudah.
Published with Blogger-droid v2.0.6

19 comments:

Anum said...

anum x tau nak komen apa
belum ada pengalaman

CikMai said...

hehehe buat ala kadar janji Allah berkat . tak perlu kut hutang2.

teratak hati said...

Tk tau la tanggungjwb lelaki tu je ke atau kluarga dia skli..tp tk prlu kot smpi brhutang..

Cik Asma BLuppy said...

kakak ipar asma tukar wang hantaran ke barang kemas...
but, asma rasa better ikut kemampuan pihak lelaki nk bagi berapa... takkan nk berhutang pulak.. yedop? hihi

Nurrul said...

Errkk , ckp pasal hantaran nie.. act tak penting sgt.. just untg tolong ringankan beban.. tapi kalau tinggi2 terbeban juga kan.. err...

yang penting yang wajib .. :)

Wanieys said...

bakal pengantin lelaki kot yg sediakan duit hantaran...tp jgn sampai jd beban sudah la :)

QueeN TerataI said...

masa Queen kahwin dulu.. duit hantaran Queen dan suami kongsi.. hahahaha.. lps tu duit tu juga lah buat belanja kahwin.. kenduri, beli set katil, byr mak andam.. dll

Nyue said...

nyue blom kawin..tp bg nyue lelaki, kalu xcukup lelaki & family dia...xthu juga la..hehehe

KuNanGKuNanG said...

xpenah lak terfikir benda ni sbb slalu slagi xckup duit slagi tu le xkawin2..xpun wat loan..

Gen2Merah said...

serahkan kepada yang pakar utk menjawabnya.. saya masih bujang, belum ada pengalaman lagi..e hehe

Rawlins byRawlins said...

Yang pernah tau
pengantin laki and perempuan share sebab later nak pakai sama kot

kang kalau sampai berhutang,
anak sulung masuk form 1 pun tak langsai hutan
sian anak tu
digelar anak hutang
ahaks

Iffah Afeefah said...

kalau cm family iffah

dorg xde hantaran

mas kahwin je terus

contoh 10 ribu. terus jdi maskahwin.

belanja makan ke ape mak tanggung n smpingan pngntn tanggung

aReLaN said...

dalam kes saya, duit hantaran tu saya nye sendiri la & jadi hak milik bakal isteri sebagai tanda terima kasih pada dia sudi menjadi isteri kita. taknak la nyusahkan family hanya sebab saya nak kahwin.diri sendiri nak kawen, sendiri la kumpul duit.lain la kalau ada yg sudi sponsor tu, alhamdulillah la kan.bab berhutang tu kurang sokong. nampak sangat cam tak bersedia dari segi ekonomi untuk berumahtangga.juz my opinion yg bakal jadi pengantin.hehe

M Fizan said...

ni la masalah bila duit hantaran macam nak jual anak aka nak beli kereta sebijik. kalau mengikut acuan islam, kita mesti bersederhana. tapi duit hantaran ni untuk menghormati permintaan keluarga perempuan. btw, lelaki perlu sediakan duit hantaran sendiri. kalau famili nak support, itu rezeki. hutang tu tak patut. kalau duit tak cukup, tangguhkan dulu. nikah khitbah kan senang. wahaha. *komen panjang macam ada pengalaman.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

aku pon ade pening siket la pasal duit hantara ni.. hehe. xpaham.. dah la hantaran sekarang bapak die mahal.. hehe

LubLy said...

lebly pun konpius sudah..

tp much better kalu lelaki yg sejati yg kuar duit sdiri bkn dr org len..

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Kalau kat tempat YM,duit hantaran tuh, frpm pihak lelaki.sepatutnya, yang nak kawin la sediakan duit hantaran tuh, barulah dikatakan bertanggungjawb, :) Hutang duit hantaran??tak proper kot.Tapi, keluarga perempuan pun jgn la letak hantaran tinggi2, sekadar yang termampu oleh pihak lelaki, sudah.:)

nurfauzi said...

Perlu kita sedari hantaran itu tidaklah terkandung dalam rukun nikah.
hantaran itu tak wajib, maskahwin yang wajib.

Tapi budaya kita seolah-olah meletakkan wang hantaran itu sebagai perkara pokok yang mesti ada.
Kalau tak ada hantaran, mesti canggungkan?

Rasa dalam era moden begini, itu semua kita boleh bincang dan pakat-pakat.
Hakikatnye lelaki memang tak ramai yang berduit....

Bulan Syurga Firdausi said...

yg penting jgn mbazir..blh elak hutg elak btul x..? entry yg buat org bfikir syahbasss!!!

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno