June 15, 2012

"JIRAN" DI KIRI KANAN

Assalamualaikum....

Salam Jumaat.

Di kiri kanan kita ada "jiran" yang tidak pernah berenggang dengan kita. Antara kita dengan mereka tiada dinding atau hijab. Antara kita dan mereka juga tiada rahsia. Mereka tahu segala nawaitu, ucapan dan perbuatan kita. Belum lagi sempat kita kemaskini status di dinding facebook, mereka terlebih dahulu msncatat. Pantas.

Apabila hati beru merancang ingin melakukan kebaikan, mereka telah merekodkannya walaupun belum lagi buat. Belum buat sudah diambil kira. Hebat sungguh komitmen mereka memastikan segala diari hidup kita direkodkan secara sistematik dan tiada satu pun yang tertinggal.

Jika kita mampu berfikir sejenak, agak-agaknya "jiran" kita yang mana lebih sibuk? Jiran di sebelah kanan ataupun kiri. Jiran yang mencatat amalan yang baik ataupun buruk? Jiran yang bernama Raqib ataupun Atid?

Ada satu cadangan menarik yang boleh dikongsi bersama. Boleh kita sama-sama berazam melakukannya? Apa kata kita bagi malaikat Atid "bercuti" atau buat kerja yang palin minimum? Malaikat Raqib memang lebih molek bekerja keras dan lebih bagus kalau tiada masa rehat. Kenapa? Kerana itu tanda kita sedang mencari bahagia di dunia dan insyaAllah akan terus bahagia di akhirat kelak.

Solusi isu 44.

15 comments:

Iffah Afeefah said...

tetibe ingt sal jiran yang akk ckp tu

baikla muhasabah dri

thnks kak

nuyui a.k.a miss YUI said...

jiran,jiran jiran.. tak ramai rapat dgn jiran malah tak tau atau tak kenal.

Bulan Syurga Firdausi said...

alhamdulillah jiran rmh sewe bujg sy baik sgt heee smlm die bagi kami kopok lekor ;)

LubLy said...

Allahuakbar..manusia alpa..

pok amai-amai said...

Haishhh! Sy tak berani nak perkatakan tentang 'jiran' tu. Semoga Allah kurniakan yg baik bt kita semua.

=D

QueeN TerataI said...

benar.. perbanykkanlah kebaikan.. bersihkanlah hati insyaAllah byk kerja utk Raqib. :)

izamin said...

entry ni buat fizah musahabah dri sendiri la.. tak tau jiran mana yg catat paling bnyk.. T.T

fadh leyanie said...

jiran bermacam kerenah.teruskan mengumpul pahala,agar catatan dalam buku raqib penuh :)

Nyue said...

serius suka entry sis...

fiza said...

Good entry...trus teringat kat jiran kiri & kanan nih ☺☺

teratak hati said...

Btul jugak tu..entah jiran kiri ke kaman ek yg sibuk..

Nyamuk Terbang said...

nice sharing kak

ain dzaya said...

jiran?..hmm...moga jiran kanan lebih sibuk dari jiran kiri :)

Gara-gara idea . . .

CikPuan Ira said...

kita manusia perlu perbaiki segalanya

IntaNBerliaN said...

entry yg bagus.. kadang2 kita terlupa pasal "jiran" kita yg paling dekat dgn kita ni...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno