June 09, 2012

BEST TENGOK DAN SEDAP BAU

Assalamualaikum.....
Sedapnya bau lauk kenduri kawen. Sedang menikmati bau gulai ayam.

Belakang rumah msred ada buat kenduri kawen. Ada kumpulan rewang. Susah nak tengok orang bergotong royong masak untuk kenduri kawen sekaran ni kalau kat bandar. Sesekali bila dapat tengok terasa seronok pulak. Nampak meriah. Terasa meriah. Dari malam semalam dia orang berkumpul masak sama-sama. Dan dari semalam jugalah msred terbau sedap lauk kenduri kawen. Sedap betul baunya.

Masa kenduri kawen msred dan semua adik perempuan msreed dulu pun panggil catering saja sebab susah nak cari orang nak merewang. Lagi pun kalau boleh tak nak susahkan saudara mara dan jiran. Biar mereka datang kenduri tu untuk makan-makan sahaja.

Tetiba mak msred kata nanti time adik bongsu msred, satu-satunya adik lelaki msred kawen nanti, nak cari kumpulan rewang, kalau ada. Meriah dan masakan nya insyaAllah lebih sempurna sebab masak depan mata kita sendiri. Sukati mak lah.

Adik lelaki msred merupakan retired mat rempit ( seriously ) dan belum ada cita-cita nak kawen sebab nak mencapai cita-citanya nak menjadi gamers yang berjaya. Ada maksud tersirat di situ. Kalau ada sesapa nak ngorat dia, think twice. Kalau ada request nak tengok picca adik msred baru msred tepek sini.

Note : Nak gi makan kenduri pas tu nak gi jalan-jalan.


14 comments:

Iffah Afeefah said...

err gamers berjaya

xdpt nk bayangkan rupenye kak

Nyamuk Terbang said...

hai kak ipar...eh..hehe

QueeN TerataI said...

Alhamdulillah keluarga Queen masih mengamalkan rewang-rewang ni.. masak bersama-sama.. mmg seronoklah kalau ada kenduri.. xkira la kenduri apa pun mesti kitaorg sama2 masak... itulah yg dpt mengeratkan lg silaturrahim skrg ni.. kalau semuanya katering tetamu dan sedara mara pun dtg makan saja maka kurang kemesraan dan sukr nak eratkan mana yg longgar tu kan

Bulan Syurga Firdausi said...

best nye...tp t mesti penat bile da setel heee

..cik gugu.. said...

rwang mmg syok tp kesian owg yg rewang tu ..

Nurrul said...

Nurrul tak mamam nasi kenduri. tataw kenapa.. :'/

K O R I E said...

rewang tu bkn bahasa johor eh?

Zul Fattah said...

kat kg.. smua merewang je.. hehe.. mek sy slah sorang tukang masak..

Boni JLL3 said...

kalau ada merewang tu, memang meriah gila kan. tapi tu lah. sekarang ni dah jarang sangat dah ada benda2 ni. semuanya catering je. sebab tak nak susahkan jiran2 dan saudara mara...

teha said...

mesti syok kan :)

Cik Anis said...

cik anis pun banyak dpt undangan kenduri.. huhuhu pas cti skola ni kne senaman selalu...

Cik Yatt said...

yatt kawen pon nk rewang2 gak..huhu

man said...

cuti sekolah..

hampir setiap hari ada jemputan kenduri kahwin.

LubLy said...

gmbr kak gmbrrr

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno