May 13, 2012

UNTUK DIA DAN KAMU

Assalamualaikum....
Riuh. Rumah ini selalu riuh terutamanya kalau hujung minggu. Suasana terisi dengan suara dan tawa 3 anak kecil. Lelaki-lelaki kecil yang lasak. 2 tahun, 3 tahun dan 6 tahun. Comel-comel belaka, lasak-lasak belaka. Mereka miliknya, anugerah dari DIA.

Ibu baru sahaja selasai berkemas di dalam bilik tidur lelaki-lelaki kecil itu. Kain baju kotor dikutip untuk dibasuh. Buku-buku dikemas dan disusun semula. Permainan disimpan dalam toys box semula. Katil dirapikan semula. Penat, tapi tetap tersenyum. Lelaki-lelaki kecil itukan miliknya. Anugerah dari DIA.

Ibu keluar ke ruang keluarga yang sudah dikemas sebelum dia mengemas bilik tidur lelaki kecil. Aduh pening, ruangan yang sudah kemas rapi tadi kembali bersepah dengan permainan. Lelaki-lelaki kecil leka bermain, riuh. Abang long baru sahaja nak melontar bantal kushen kearah Abang Ngah.

" Abang Long." Ibu meninggikan suara sambil merenung tajam Abang Long. Abang Long yang faham dengan isyarat itu membatalkan niatnya nak melontar bantal kushen, sebaliknya diletakkan ke tempat asalya.

" Ibu nak masak tengahari dah ni, lambat dah. Sekejap lagi Abah balik. Kita nak makan sama-sama Abah kan?

" Nak nak." sambil melompat keriangan Abang Long dan Abang Ngah menjawab serentak. Si adik cuma ketawa dan turut melompat mengikut gaya abang-abangnya.

" So Abang Long. Promise me jangan sepahkan lagi toys ni. Duduk diam-diam tengok kartun ye. Ibu nak masak. Nanti lepas masak ibu kemas semula toys ni. Jangan sepahan lagi ok?"

" Ok Ibu. Abang Long duduk diam-diam. Promise." Abang Long duduk di atas sofa dan diikuti oleh Abang Ngah.

Ibu tersenyum lega. Bolehlah dia mula masak. Ada masa satu jam sahaja lagi sebelum Abah balik. Sempat ke dia nak masak, kemudian mengemas semula ruang keluarga? Ibu tergesa-gesa masak. Lepas masak, Ibu terus mengemas ruang keluarga. Dilihatnya Abang Long dan Abang Ngah leka tengok kartun manakala si Adik masih leka bermain dengan legonya. Ibu leka mengemas tak sedar Abah dah berdiri dibelakangnya.

Abah tahu Ibu pasti baru sahaja lepas masak dan terus berkemas pulak. Apron pun tak sempat Ibu tanggalkan.

" Abah Abah. Abah dah balik." Lelaki-lelaki kecil bersorak gembira bila melihat Abah tersenyum berdiri di hadapan mereka. Ibu pun terkejut tak dengar bila Abah sampai. Terus menoleh kebelakang.

" Abang dah balik? Sorry tak perasan Abang dah balik. " Ibu terus menanggalkan apronnya dan menyambut tangan Abah lalu dikucup seperti biasa. " Makan? Semua dah siap dah."

Abah mengangguk. Lelaki-lelaki kecil terus berjalan menuju ke ruang makan. Tak sabar nak makan dengan Ibu dan Abah.

Abah memegang tangan Ibu. " Sorry abang tak dapat tolong Ibu uruskan rumahtangga hari ni, kena kerja pulak. Ibu penat?"

Ibu mengangguk. " Tentu penat. Tapi tetap happy." Ibu tersenyum.

" Abang sangat berterima kasih dengan Ibu sebab sanggup menjaga anak-anak abang dan menjadi Ibu yang sangat baik pada mereka walaupun mereka bukan anak kandung Ibu." Abah sangat terharu dengan pengorbanan Ibu yang sudi menjadi Isterinya dan Ibu kepada anak-anaknya, dan sanggup pula berhenti kerja untuk menjaga mereka sepenuh masa.

" Abang. Abang dah janji kan tak nak sebut benda ni. Saya sayangkan Abang, anak-anak dan keluarga ini ikhlas dari hati saya. Saya tak rugi kahwin dengan abang malah beruntung sebab dapat tiga permata tak ternilai tu. Mereka anak-anak saya abang, anak-anak saya. Saya tak pernah rasa pun yang mereka tu bukan anak kandung saya. So Abang jangan anggap dan sebut lagi yang mereka tu bukan anak kandung saya. Promise?"

Abah tersenyum lega. Dia mengangguk kepala.

Hatinya sangat gembira. Dia tahu keikhlasan hati isterinya menerima dia dan anak-anaknya ke dalam hidupnya. Dia tak rugi berkahwin dengan wanita ini, cantik luar dan dalam. Baik untuk anak-anaknya, maka baiklah untuk dia.

Alhamdulillah, Ya Allah.

Abah memimpin tangan Ibu ke meja makan di mana anak-anak mereka sedang menunggu untuk makan bersama, sebagai sebuah keluarga bahagia.


Msred : " Selamat hari ibu pada semua ibu, tak kiralah ibu kandung, ibu mertua, ibu tiri, ibu angkat, ibu tumpang, ibu susu. Jangan pernah berhenti dari menjadi Ibu yang terbaik untuk anak-anak kita. Jangan pernah jemu memimpin tangan mereka ke jalan yang baik. Jangan pernah lupa menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak bakal pemimpin ini. Jangan pernah kurang kita menyayangi anugerah sempurna dari Allah ini."
Mak, saya sayang mak.

30 comments:

♔Lady Ainaa♔ said...

sgt sweet this entry...hurmmm.. Selamat hari ibu sedunia dan selamat hari ibu kepada mak sis ek... May Allah bless ur family...amin

Anonymous said...

awwww sweetnya !!! :) nak camni jugak bila dah kawen nanti boleh takk ? :)

Nurfarahana A.Aziz said...

Sweet macam gula gula . :)

lieynanilaz said...

so sweet!!

aReLaN said...

selamat hari ibu buat kak red juga.

aRa ❤ aFiq™ said...

selamat hari ibu kak :)

CHEGU ALONG said...

selamat hari ibu :)

eyqa amin said...

1st baca igtkn cite fmly msred..but at the end~~~~im crying..siryesly~~~~
cerita nie...sgt2 mnyentuh hati me ~.~

mat hari ibu msred =')

Areliff said...

everyday is mother day :)...selamat hari ibu- lama tak jenguk msred he3

..cik gugu.. said...

lame tak jenguk sis .. epy mother's day :)

Hanih Borhan said...

suka wish yg last tu, meaningful. :)

Boni JLL3 said...

ni macam kisah msred je?? kan? betul tak? betul tak??haha. apa2 pun, selamat hari ibu yer.. :)

CIK MAY said...

sweet nye cite ni!!

*boni..ni kisah msred ke?really????wow..amazing!

hepi mothers day msRed.. ;)

LubLy said...

xnak ckp apa-apa..just nak say slmt hr ibu kak..

maszull said...

assalamualaikum msred...seronok n terharunya baca n3 ni....ibulah segala2nya...:)

Camy Alya said...

cerita ni sweet, nak nangis pun ada. haha

BTW, selamat hari ibu. semoga sentiasa menjadi ibu yang penyabar okay :)

Iffah Afeefah said...

mmg letih jaga anak

uwaaa

M Fizan said...

huhu..kisah yang shuwit... seronok baca.. senyum je sampai habis entri :)

selamat hari ibu msred :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

sweet2.. hargai ibu selagi dia masih ada..

nuyui a.k.a miss YUI said...

sweet2.. hargai ibu selagi dia masih ada..

CIK MAY said...

ar?newlywed?sape?hehe..takdela..isu geram dgn org yg plastik je..:)

aizamia3 said...

entry yang menarik.. hargailah selagi mereka masih ada di sisi kita..

Cik Cempaka said...

hehe..malu jer tgk dudel CC buat dolu2 kat header tu,, ^^

Nyamuk Terbang said...

so sweet

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

sweet citer nie

ainraus said...

selamat hari ibu kakak! :)
semoga anak-anak kakak menjadi orang yang berguna kepada semua.

IntaNBerliaN said...

selamat hari ibu jugak utk ms red.. :-)

fazrulnoor said...

happy mother's day msred.happy always great mom!

Munnafendy said...

sweetnyaa....susah nk cr isteri mcm ni...

aimie amalina said...

aduhaii
suweetnyeeee
tingin nak jadi cm dlm cite nih
heeeee

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno