May 29, 2012

KENA BIJAK MEMILIH BARU BAHAGIA

Assalamualaikum.....

Teringat kisah bertahun dulu masa mula-mula nak sambung belajar di IPTS. Tertanya-tanya macam mana student kat sana? Best ke tak? Baik ke tak? Ada tak yang suka nak berkawan dengan msred? Macam mana kalau tak ada yang nak berkawan dengan msred? Macamana kalau nanti tak ada sorang pun yang nak berkawan dengan msred? Jadi kera sumbang? Oh no.

Serious. Msred ada pikir macam tu. Maklumlah, msred ni pemalu sungguh macam gadis melayu dulu-dulu cakap pun tunduk-tunduk suara lembut sampai orang pun tak dengar. Pas tu tak peramah pulak tu. Muka sombong berlagak je (muka je cam tu, hati tak cam tu).

Baru-baru ni ada diantara adik-adik yang baru dapat sambung belajar ke IPTA atau IPTS yang bercakap mengenai isu ini. Ada juga yang risau takut tak dapat kawan kat tempat baru tu nanti. Bagi msred, normal kot kalau kita ada terfikir macam tu.

Jangan risau. Ke mana pun kita pergi, kawan pasti ada. Mesti ada punya yang nak berkawan dengan kita. Ada macam-macam jenis kawan kita akan jumpa. Macam-macam rupa dan perangai.

Cuma satu benda je msred nak kongsi.

We have to choose wisely. Kawan mana yang nak simpan, kawan mana yang kita nak biarkan dia di sisi tapi tak perlu simpan dan kawan mana nak dibuang terus.

Kawan yang nak disimpan dan kawan yang nak dibuang tak perlu explain. Rasanya semua paham. Kawan yang boleh dibiarkan berada di sisi kita tapi tak semestinya kita kena simpan. Maksudnya boleh simpan atau boleh buang. Kawan macam ini adalah kawan yang baik dengan kita, suka tolong kita dan tahu hormat kita. Cuma masalahnya dia ada pengaruh yang tak baik yang kalau kita ikut boleh merosakkan hidup kita.

Contohnya, kawan kita ni memang baik dengan kita, tapi dia selalu clubbing lah. Kawan kita ni memang baik dengan kita, tapi suka 'minum' lah. Kawan kita ni memang baik dengan kita, tapi suka mencuri lah.

Kawan macam ini, hati-hati decide samada nak simpan atau buang. Msred dulu ramai kawan macam ni, kawan yang baik dengan kita, tapi .....

Msred tak buang mereka tapi tak pulak simpan. Msred biarkan dia orang dalam hidup msred tapi sentiasa akan berhati-hati kawan dengan mereka supaya tak terpengaruh. Selalunya kawan macam ni tak akan berada lama dalam hidup kita esspecially kalau kita tak terpengaruh dengan perangai dia orang. Dengan sendirinya mereka akan keluar dari hidup kita.

Walau di mana kita berada, kawan pasti ada. Pandai-pandailah kita pilih. Apa matlamat kita dalam bersahabat?

19 comments:

Iffah Afeefah said...

hidup ni pilihan

salah plih bahana kite

eintan nurfuzie said...

nk cri kawan yg serasi dnegan kita ni susah..tp klu nk criyg menjahanamkan kita ramai..
Pencarian cik en dan blog-bloglist geng cik en

Perlu ke kahwin?

QueeN TerataI said...

dlm apa jua yg kita lakukan.. pilihan sentiasa berada ditgn kita sendiri... kalau kita pilih yg baik maka baiklah hasilnya... berkawan tu mmg x salah... kwnlah dgn sesiapa pun.. dengan syarat kita tahu bataskan diri.. x semestinya kita kwn dgn seseorg tu segala keburukan yg dia lakukan kita kena turut serta lakukan.. kita kwnlah dgn kebaikan yg ada pd diri seseorg itu... InsyaAllah selamat. :)

aizamia3 said...

pilihlah kawan yang mendatangkan kebaikan pada diri dan kalau ada kawan yang berperangai kurang elok, harap2 kita tak terikut2 dengan perangai dorang..

azizah :) said...

berkawan tu tak salah. biarpon dia jahat sekali pon.. janji jangan kita terikut dia sudahlah.. kita kan boleh membezakan baik n buruk.. tepuk dada tanya iman :)

Nyue said...

Yup nyue setuju dgn msred...biarpon mrk ad ragam tersendiri..tp mrk baik ke arah lain...dan xsemestinya yg tiada ragam itu baik...pandai2 la kemudi jalan hdp kita :)

teratak hati said...

Btul tu..kne bjak mmilih kwn..jgn mdah trpngaruh dgn prkra tk elk..
Msred..last ni nk tnya,nk cenderahati dr CH tk..blh bg alamat?

LubLy said...

tepuk dada tanya la selera..

pena rozie said...

pilih la mane yg rase ok

cinnamon.com said...

betul,kena pandai bawa diri..dan bijak juga pilih kawan.

p/s ada kut, di tesco..cuba cari jusnya juga.mudah sikit.

aRa ❤ aFiq™ said...

sahabat sejati susah nak carik , harus la pandai memilih :)

Wanieys said...

kena pandai pilih skang ni...kwn ms snang byk la kwn ms susah tu y pyh cari...hehee

teratak hati said...

huhu msred,ni kali ke3 bagi email ni, suterasyifa@gmail.com
nak bagi cenderahati sebab komen entry tu..

Anonymous said...

agree.. buat pilihan yg betul


papadam

ch000tz axoera ヅ said...

biar cerdik mata dan akal....

Hidayah Bach said...

hurrmmm...
betul..

kadang yang paling tak boleh nak tahan yelah kalau kawan yang akan buat perangai ialah kawan yang kita sayang....

zaman belajar dulu la..

skrg dengan anak dengan suami dengan rumahtangga dah tak berapa nak touching sgt le kalau ada kawan yg buat perangai..

cuma sbb dah kawan lama..

ada yang kawan dari sekolah rendah..

buat donno aje la kalau kawan buat perangai..

:)

Azzah said...

betul tu,pilihan kt tangan kita.kita bole kawan dgn semua org,lepas tu pilih yg sesuai rapat ngan kita..

aReLaN said...

betul tu.kawan ni macam2 jenis ada.jadi, kenalah pandai pilih.kalau salah pilih,ntah pe lah jadi ngan kita kan.hehehe

tia sayangdia said...

lah , pendek je .. baru nak menghayati .. hehe .. sebab TIA pun antara yang akan menjejakkan kaki ke IPTA ..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno