April 09, 2012

BERHATI-HATI DENGAN LIMA TANDA PENUAAN INI

Assalmualaikum.....
Tanda penuaan kalau dah mula menyapa kita, teruamanya kaum wanita. Memang selalu boleh buat kita mengelabah. Mulalah terasa nak suntik botox, nak pergi buat facial, plastic surgery. Nak makan jamu, kalau boleh semua jenis jamu yang ada di pasaran.
Tapi, banyak-banyak tanda penuaan, yang ini paling bahaya. Kalau tanda-tanda ini dah mula menunjukkan diri, pergilah jumpa pakar.
1. Bangun dari sofa ruang tamu melangkah ke dapur. Bila sampai di dapur, berdiri kaku selama dua minit. Sambil kepala otak fikir... 'aku gi dapur ni tadi nak wat ape?'. Lepas tu pergi ke ruang tamu semula sambil bersungut.
2. Bangun dari kerusi di pejabat sambil tangan memegang cawan, hajat dihati nak buat nescafe kat pantry. Tapi kaki dengan selamba melangkah ke toilet. Bila sampai toilet, 'la.... Aku nak buat nescafe pekejadahnya dalam toilet ni.' Kaki melangkah pulak ke pantry.
3. Anak ada tiga. Nak panggil Iffan terpanggil Iman. Nak panggil Ian terpanggil Iffan. Nak panggil Iman terpanggil Ian. Pening kepala asik tersalah sebut nama anak sendiri. Nasib baik tak tersalah panggil nama husband dengan nama Aaron Aziz.
4. Bila nak buka application untuk buat kerja dipejabat, masukkan username dan pasword macam biasa. Tapi pagi ni dah sepulu kali masukkan username dan password tapi reject. Last-last baru perasan, rupanya termasukkan username dan password facebook. Patutlah kena reject. Kesian pc kena maki dalam hati.
5. Mengambil masa lebih satu jam nak bersiap. Pakaian memang vouge habis. Muka dah siap di make up kan sampai perasan nampak macam Neealofa. Minyak wangi dah sembur, sampai dua jenis sekaligus. Cun habis dah ni. Bila dah sampai di destinasi tujuan, baru perasan...'MasyaAllah. Aku pakai seliar jepun je.' Oleh kerana tergesa-gesa nak keluar tadi tak perasan kaki cuma menyarungkan selipar jepun je.
Kesimpulannya, msred memang dah layak pergi jumpa pakar anti penuaan. Sekian.

18 comments:

LubLy said...

haha..akak lupa nak nyanyi..

"aku redhaaaaaaaa"..kah3

Hanis MY said...

hehe mana ada msred kekal muda jelita gitu...

:: Mrs.Eady :: said...

hahaahha....

nuyui a.k.a miss YUI said...

aduh..sbr jela..hohoho..

Anum said...

hahaha
:)

CIK MAY said...

hahha...dasat sgt da ni..bli kismis byk2 skit..hihi..ckp kat org sgt.nnt CM pun jd gitu la..haha..

nk try foot detox sliming tu?emel CM..

mizzkechique said...

sy ada unsur² tu.. hadoii..

Zul Fattah said...

alamak.. salah satu tu ada la.. nampaknya kita ni smkin hari smakin tua la. hehe

maszull said...

assalamualaikum msred...wah!!! kena berhati2 dgn unsur penuaan ini...:)

aReLaN said...

hahahaha...saya yang muda lagi ni pon selalu lupa.awal sangat tanda penuaan kuar ni.

mamavogue said...

lebih kurang same la kita ni gamak nyer.. semua di atas ade dah ni..
petanda umo makin banyak!!

teha said...

kite pon same.. ahhaha !

aRa ❤ aFiq™ said...

haha.. biasa la tu kak.. ara pun pnh alami.. -.-"

faridah nazurah said...

haha yg tang terlupa nk buat ape tu mmg sesalu terjadi.. alahai.. tua dah ni :P

aimie amalina said...

hehehehehe
bukan penuaan kak
byk tanggungjawab akak
tu pale penin je nak pikir mane satu nak proses dulu
hehehe :)

[sutera kasih] said...

nsb bek blum mengalami tanda2 semua tu hehe

Boni JLL3 said...

no 4 tu saya selalu alami..adkah ini tanda2 penuaan

Marya Yusof said...

Hehehehe, kelakar! Byk urat putus Ms Red kite ni... :)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno