March 26, 2012

WANITA HAMIL JANGAN SAMPAI SHIRIK

Assalamualaikum....

Kenan. Terkenan. Antara perkataan popular dikalangan kita orang melayu. Ramai percaya. Ramai diantara kita tahu percaya pada kenan ini boleh membawa kepada shirik. Tapi masih ramai diantara kita percaya kenan, terkenan.

Antara kejadian terkenan yang popular, kalau wanita hamil atau keluarga terdekat cederakan binatang bersisik, nanti anak yang bakal dilahirkan dikhuatiri akan mempunyai ciri-ciri binatang bersisik ini. Kalau ular yang dicederakan maka takut kalau anak dilahirkan bersisik seperti ular.

Kita selalu terlupa, segala kejadian itu baik atau buruk datang dari Allah, ketentuan Allah. Kalau kita dikurniakan anak yang kurang sempurna itu kerana kehendakNya samada sebagai ujian atau untuk mengingatkan kita supaya tidak menzalimi binatang untuk tujuan tidak sepatutnya. Bukan sebab terkena binatang.

Dah banyak kali msred dengar ustazd ustazah cakap jangan percaya kenan ni, dikhuatiri boleb jadi shirik. Tapi kita orang melayu ni suka sangat percaya kejadian terkenan ni.

Hati-hati dengan apa yang kita pegang atau percaya. Jangan sampai shirik. Lagipun tak elokkan kalau kita wanita yang sedang hamil percaya benda yang boleh jadi shirik.

Published with Blogger-droid v2.0.4

9 comments:

CIK MAY said...

tapi mmg yee ke ek?kat paper pun ada cite pasal mende ni ari ni kan?

Anum said...

anum ada terbaca kat paper

mamavogue said...

mase hakim baby dulu, kuat menjejes air liur & sedikit berbau.
pastu makcik2 mesti ade tanye, 'ko ni ade pegang/bunuh lipas ke mase ngandung?' huhu mls nak menjwb.
skang ni hakim dah pandai gosok gigi xde bau lg :)

:: Mrs.Eady :: said...

hurrmm..mcm-mcmc ragam manusia...

Mrs. Asida said...

pokok pangkalnya.. kena belajar ilmu kan.. semoga kita semua terhindar daripada melakukan dosa2 besar ini. Syirik

maszull said...

assalamualaikum msred....berdoalah selalu pada Allah moga diberikan anak yg sempurna ...:)

Ainie Maydie said...

erm2 tq msred for reminding..kadang terlalu taksub sgt

LINDAHERY said...

ermm baiklah msred...mekasih :)

Munnafendy said...

takutlah jd mcm ni...kekadang bila terlalu byk yg kita nmpk berlaku kat org sekeliling, kita boleh jd percaya n terikut2..mintak jauhkanlah..percaya pd Qada n Qadar Allah SWT

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno