March 19, 2012

TANDA-TANDA PENYAKIT YANG SAYA ALAMI

Assalamualaikum.....
Saya kerja kerani. Sekarang ini saya dapat kerja yang lebih kurang macam data entry. Masukkan data yang serupa setiap hari. Dah seminggu saya buat kerja yang serupa. Rasa nak muntah kebosanan. Tapi apakan daya, disebabkan status kuli, saya dayakan juga.
Simptom kebosanan yang melanda diri saya sekarang ini dapat dilihat jelas. Ini adalah tanda yang saya sedang mengalami masalah kebosanan yang terlampau. Adakah saya over?
  • Bila mata setiap lima minit melihat jam di tangan. Terasa lambat sangat masa berlalu.
  • Bila setiap setengah jam tangan laju saja buka application Facebook for Android kat smartphone sendiri, baca setiap status update dan like semua sekali walaupun status ntahhapehapentah.
  • Bila setiap satu jam berhenti untuk mengunyah cekelat, biskut atau jajan walaupun perut sikit pun tak lapar.
  • Bila sekejap-sekejap bangun tinggalkan meja sendiri, pergi melawat meja kawan-kawan di pejabat dengan niat nak bergossip, termasuklah meja kawan di tingkat atas sekali.
  • Bila tiba-tiba rajin hantar sms atau whatsApp dengan kawan pejabat yang meja dia cuma selang 2 meja dari meja kita.
  • Bila dah tak tahan, bosan tahap melampau dah, buka lagu kuat-kuat samada kat pc atau kat handphone lepas tu layan karoks kuat-kuat sukati je buat macam kat rumah sendiri sambil dalam hati cakap, kalau bos marah aku lebih-lebih aku benti je keje on the spot.
Note : Simptom yang akhir cuma terjadi di alam khayalan saya saja. Kalau jadi di alam nyata?
Note : Macamana lah nak ikhlas bekerja ni?

10 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

aarrggh..kenapa kita sama??

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

cer msred pelbagaikan gaya buat kerja tu..


cthnya harini wat keje sambil duduk..esok sambil berdiri..esok angkat kaki sebelah <--ok x lawak


HEHE..tp sy betul maksudkannya..cuba buat something different utk elak bosan buat keje sama

Ezad Skytech said...

hee..kalau tgk jam setiap lima minit..mmg akan terasa lambat je masa berlalu..:D

nuyui a.k.a miss YUI said...

tnda2 aawal tu kan..hihi.

mizzkechique said...

kak, kite sama.. jom whatsapp..

Rina Supian said...

Sy follow blog akak, salam perkenalan mrsred :)

Gen2Merah said...

hehehehe.. bukan msred sorang je.. setiap orang akan mengalami hal yang sama... kalau dah sampai tahap boring tu, kalau boleh macam nak landing je atas sofa ruang tamu pejabat tu,.. ehehe

Anum said...

hehe
tanda2 awal

mas saari said...

memang bosan ngadap benda yang sama tiap2 hari...huhuhuuu
tapi kena redha kan sbb itulah kerja kita!

LubLy said...

kronik dah akak nieh..wakakaka

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno