March 30, 2012

PERGI KLINIK PUKUL 4 AM

Assalamualaikum.....

Pagi tadi, dalam pukul 3 am, Iman tiba-tiba terjaga, muntah. Lepas tu dia terus tak lena tidur sebab muntah-muntah. Kali kedua dia muntah, msred dah tak sedap hati dah. Tak tahulah kenapa bulan ini, Iman ashik muntah dan cirit birit. Nak kata keracunan makanan, Iman makan sama dengan apa yang family msred makan. Tapi cuma dia saja yang macam tu. Risau bila fikir kenapa dia macam itu. Bila msred rasa perut dia, keras dan ada macam bengkak sikit dalam perut dia.

Kali ketiga Iman muntah sampai habis keluar isi perut, sekali dangan cirit birit, msred dah panik. Rasa perut dia dah kurang bengkak tu. Masa tu dah pukul 4 am. Msred terus siap nak bawa Iman pergi klinik. Takut dah msred.

Sampai kat klinik memang tak ada orang lah. Pintu pun kunci. Nasib baik doktor ada. Doktor cek perut Iman. Time tu memang doktor dah tak terasa dah bengkak kat perut dia tu. Dah tak bengkak dah. So, doktor tu pun tak boleh nak kata bengkak tu sebab apa. Dia cuma kata kalau bengkak lagi bawa klinik cek, mesti bawa time masih bengkak, baru doktor boleh tengok.

Lepas cerita-cerita, doktor suspect Iman muntah sebab minum milo. Setiap kali msred bagi dia milo atau air berasakan susu memang dia muntah. Kena berhenti bagi dia minum milo. Berhenti terus, sampai Iman besar sikit.

Hari ini msred pergi jugak pejabat. Bulan ni dah lima hari msd cuti. Dah tak boleh cuti. Tapi memang tak ada jiwa nak buat kerja. Hati ingat kat rumah saja. Tadi baru kol mak msred. Mak kata Iman dah lalu makan. Dah ok sikit. Tak ada muntah atau cirit lagi. Cuma dia tak aktif macam biasa.
Msred doa sangat Iman tak apa-apa. Doa sangat supaya sembuh semula. Amin....

10 comments:

Anum said...

harap2 semua akan kembali baik
sabar ya ms red

LubLy said...

dh lembik sgt tue..bwk pg hospital kene tahan tue..

cpt2 sht ye iman..

Boni JLL3 said...

dia memang takleh minum susu ke? ciannya..

apa2 pun, saya doakan agar dia kembali pulih dan sihat seperti biasa.. amin

IntaNBerliaN said...

moga iman cpt2 smbuh spt sediakala.. a'aa nmpknya ms red kne stoplah dulu hingga dia besar kan...

aReLaN said...

iman ada lactose intolerant kot.hmmmm...moga cepat sembuh

Miszyuyu said...

Nice entry!

Hai , my dear followers.. Yuyuk ada buat GA utk meraikan followers tersayang.. jom join <3 http://yuyukstandalone.blogspot.com/2012/03/yuyuk-1st-giveaway-sticky-post.html

Mr.Clive said...

sabar yer ms red...harap2 dier cepat sembuh... :)

Juliet_iRa~" said...

risau kan..huu

ira y bc pn mcm risau..kalau anak sendiri apatah lagi..

smoga baik2 shj n iman cpt smbuh kak..:)

sha my heart said...

dah sembuh belum? harap2 ok la..

hotbabes said...

ciannye iman.. dia nie mamang x leh disatukan ngan susu kot.. hehe..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno