March 27, 2012

NAK CARI KAT MANA LAGI NI?

Assalamualaikum.....
Ok, Siti dah pening ni. Laci bawah almari baju digeledah untuk mencari kunci spare kereta beserta alarm. Kunci kereta yang biasa Siti pakai tu dah tak boleh guna nak buka lock pintu kereta. Remote nya dah tak berfungsi. Mungkin habis bateri. Dah sampai ke bawah laci diraba masih tak jumpa.
Cuba pulak dalam laci meja solek. Meraba di celah-celah kotak make up dan kotak aksesori. Tak ada jugak. Mana nak try cari lagi ni?
Bawah katil. Siti cuba nasib pulak menjengok di bawah katil. Mana tau kunci spare kereta ada di bawah katil. Terjatuh dan tersepak ke bawah katil ke? Mana tau kan? Ok, tak ada juga. Nafas dah mula turun naik menahan marah keletihan.
Cubaan seterusnya mencari kunci spare kereta di dalam master bedroom tidak berhasil. Habis semua celah dijengah. Hati kata try cari kat bilik putera kecil aku pulak. Mana tau dia bawak main kunci spare tu. Dalam segala laci baju, toy box dan celah-celah almari dah di tilik. Tak ada jugak. Mulalah nak stress ni. Dah lambat nak keluar ni.
Kemudian, dapur, ruang tamu, ruang family pun dicuba nasib mana tahu kunci spare kereta aku ada di situ. Hasilnya still zero. Kepala otak pun dah habis fikir nak cari di mana lagi. Mana-mana tempat yang munasabah dan yang tak munasabah dah habis dicari. Tak jumpa.
Usaha mencari terpaksa diteruskan sebab kunci kereta yang biasa dipakai dah tak berfungsi untuk membuka pintu kereta. Nak tak nak kena juga cari kunci spare kereta tu. Kalau tidak, macamana nak keluar? Usaha lagi....
Note : Pernah tak you alls sorok kan sesuatu dari anak sebab tak nak dia orang bawa main dan hilangkan, atau apa-apa sebab lain pun. Pernah tak? Pernah tak terjadi benda yang disorokkan tu, dah lama sangat disorokkan, menyebabkan you alls sendiri pun dah tak ingat kat mana you alls sorok kan? Pernah tak jadi kat you alls?

15 comments:

LINDAHERY said...

pernah2...

mamavogue said...

bukan mamavogue tp incik joni...hik hik..
kelako kalau nengok gelagat dia nak cari brg yg disorok..

QueeN TerataI said...

so far x pernah lg.. hehehehe

Ainie Maydie said...

haha..pernah...lagi bengang kalau masa tu nak cepat sangat hehe

teratak hati said...

pernah je..tapi tak la lame sangat,kejap je lupe,sambil cari dh ingat balik kat mane..hehe

LubLy said...

xyah tunggu lama kak..skang pun leh lupa..wuuu

Anum said...

anum pernah sorokkan sesuatu daripada anakbuah
and smp sekarang x ingat

CIK MAY said...

x penah sbb takde anak..hehe..tapi dlu penah sorok remote kat ats almari sbb tak nak bg ank buah tgk katun..hehe

Juliet_iRa~" said...

pernah..mmg lupa bila nak cari..

tp bila xcari..blh igt n bila pgi kat tempat tu jmpa..hee

sbr kak..tarik nafas rehat jap..hee

;)

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

sis, ce cari dlm kete T__T

Hanis MY said...

pernah sorok kat anak buah.. nak sendiri tatau lg cemana hehe...

M Fizan said...

hehe..kalau nak sorok barang dari adik pun, biasanya saya sorok kat tempat yang memang saya akan cari ^_^

aReLaN said...

tak pernah la kak red sebab takde anak lagi.hahaha...tapi saya slalu lupa letak barang katne.pastu bila nak pakai,mula lah gelabah mencari.

Miss Nadya said...

hihi nad selalu jadi gini pastu sibok tnye mak..:D

pha is said...

pernah kawan bagi petua, katanya, masa cari barang yg susah nk jumpa, sambil cari, baca surah ad-dhuha (wad-dhuha)...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno