March 15, 2012

HARTA SAYA

Assalamualaikum....
In the hopes of reaching the moon
men fail to see the flowers that blossom at their feet.

- Albert Schweitzer
Bila msred baca quotes ni, terus teringat si kecil yang menjadi penyeri hidup msred, Iffan, Ian dan Iman. Tiba-tiba terasa rindu sangat dengan dia orang.
Apa yang dapat msred perhatikan, banyak keluarga sekarang ini tak mesra. Bukan semua, tapi banyak. Bila ibubapa sibuk mengejar kekayaan, kita selalu lupa spend time dengan anak-anak. Tuntutan hidup sekarang ni memaksa ibubapa lebih banyak menghabiskan masa di luar mencari duit untuk menampung keperluan keluarga daripada bermesra dengan anak-anak.
Kita semua tahu living cost di Malaysia adalah antara yang tertinggi, membuatkan ibubapa memang kena bekerja lebih keras untuk mencari rezeki, membuatkan ibubapa terpaksa korbankan quality time dengan anak-anak. Anak-anak diajar berdikari dari kecil, diajar untuk tidak mengharapkan banyak masa bersama dari ibubapa. Mereka membesar dengan bibik, lebih kenal bibik dari ibubapa sendiri. Banyak keluarga yang begitu, walaupun bukan semua terutamanya di bandar besar.
Menyedihkan. Tapi, tuntutan hidup kan?
Kalaulah keluarga msred mampu, msred nak sangat berhenti kerja dan jaga anak-anak sendiri, nak lihat mereka membesar depan mata msred. Msred nak mereka terasa betapa pentingnya mereka dalam hidup msred, paling penting. Duit penting, tapi msred nak mereka tahu yang mereka lebih penting. Msred tak mahu leka mengejar material sampai terlupa msred ada harta yang paling berharga di rumah.
Note : Harap kalau saya terlupa hargai harta saya, ada yang akan mengingatkan.

12 comments:

Anum said...

hidup mesti diteruskan
cuma yang penting kita x lupa tanggungjawab kita

LubLy said...

oh KRU!moga dpt mgembirakan mama suatu hr nt..InsyaAllah

CIK MAY said...

eh..ada 3 orang ke ank2?

:: Mrs.Eady :: said...

semoga anak-anak kite menjadi soleh & solehah bersama ye..

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedih plak sy bc tp inilah hakikatnya kan kak..

fazrulnoor said...

mcmane membesarkan anak lebih dr sorg? selalu pk, bila lah sepatutnya nak tambah anak. tp bila pk soal ketidakmampuan untuk memberi yang terbaik dan termampu, maka hasrat tertangguh. bukan saje dr segi kewangan, tp masa dan diri sdri.

mamavogue said...

3 org hero?
haruslah msred ni menten slimm jer..hehehe..
iye..anak adalah harta x ternilai!

Ct R Miena said...

satu2nya harta.. yg xde tandingan nilainya..

eyqa amin said...

itulah harta yang paling berharga. family is my priority :)

Nurul ain said...

comel je budak 3 orang tu... :)

Umi Anaan said...

family kita antara harta yang paling berharga dalam kehidupan kita dekat bumi ni... btw, alahai comelnyer 3 org tu.

Juliet_iRa~" said...

insya-Allah akak xkan lupakan harta2 akk tu...:)

mn blh lupa si comel bertiga tu kan..heee

mudah2an ada rezeki lain y Allah akan bg utk harta2 akk..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno