March 09, 2012

DIA CACAT, TETAPI....

Assalamualaikum.....

Seorang lelaki yang berusia 30-an dilahirkan cacat. Beliau tiada kaki dan tangan. Bukan iu sahaja, beliau juga cacat penlihatan. Namun semangatnya untuk meneruskan hidup dan menjadi insan yang berjaya tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. Kini beliau menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.
Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai soalan oleh peserta yang hadir. Salah satu soalannya, " Bagaimana tuan dapt hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan? Maksud saya kecacatan ini?"

" Ini buka kekurangan atau kecacatan. Ini satu kelebihan. Kenapa? Kerana saya idak perlu bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki. "

" Tapi tuan juga tidak mampu melihat."

" Ya betul itu. Saya tidak ada peluang memandang perkara-perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya berprasangka buruk dengan mereka."

" Tapi apa yang tuan ada?"

" Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dengan mulut ini jugalah saya mampu membaca al-quran dan berzikir. Alhamdulillah."

Credit : Majalah Solusi bil 35

Pengajaran : Setiap kekurangan jika dipandang dari satu sudut yang berbeza, pasti ia boleh menjadi satu kelebihan, insyaAllah.


13 comments:

Anum said...

insyaallah

LubLy said...

Terhindar dr segala kemaksiatan..alhamdulillah

Nyamuk Terbang said...

stiap yg trjdi ad hikmahnya

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Tu sebab kita takleh pandang rendah dengan orang yang serba kekurangan kan?:)

maszull said...

assalamualaikum msred...alhamdullilah semuanya dpt dihindarkan...:)

LINDAHERY said...

subhanallah...semua tu ada sebab kenapa seseorg tu lahir dgn tidak sempurna kan msred... mekasih share :)

Asyraf Azizan said...

setiap kekurangan ada kelebihan

Afiq Yassin said...

follow here.. nice blog

hit afiq here
http://afiqyassin.blogspot.com/

mama maman aka yana said...

kita sering terlepas pandang kan isu sebegini.. tp realitinya mrk lebih bertuah berbanding kita..

CIK MAY said...

betul..setiap kekurangan ade kelebihannye..

Ct Aja said...

Dia mmg layak menjadi pakar motivasi kan kak..

eyqa amin said...

love this entry =')

Ezad Skytech said...

setiap yg berlaku tu ada hikmahnya kan...kita tak boleh la pandang rendah golongan yg macam ni...sepatutnya kita bersyukur sbb kita dilahirkan sempurna...:D

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno