March 29, 2012

CARA NAK ELAK SAMAN MEMANDU LAJU

Assalamualaikum.....
Siti mengelabah bila kena tahan dengan polis trafik. Habislah aku kena saman ni. Dah lah duit dah kering. Habislah. Dia memperlahankan keretanya di tepi jalan. Tiba-tiba sesuatu melintas difikirannya.
Siti comel : Kenapa Encik?
Polis hensem : Ya cik. Cik didapati memandu melebihi had limit.
Siti comel : Ooooo....
Polis hensem : Minta lesen Cik.
Siti comel : Saya memang nak bagi, tapi tak ada lesen la Encik.
Polis hensem : Tak ada lesen?
Siti comel : Empat kali kena gantung sebab drunk driving.
Polis hensem : Hah? Drunk driving? Tak apa, bagi pendaftaran kereta ni.
Siti comel : Saya tak boleh bagi lah Encik.
Polis hensem : Kenapa pulak?
Siti comel : Kereta ni saya curi.
Polis hensem : Curi?
Siti comel : Ya. Lepas tu saya bunuh pemilik kereta ni dan ikat dia.
Polis hensem : Hah, awak buat apa?
Siti comel : Mayat dia ada dalam plastik kat belakang, dalam but kalau nak tengok.
Polis hensem terkejut, undur kebelakang menuju ke kereta dia, call balai polis untuk minta back up.
Tak sampai lima minit dua buah kereta polis sampai. Polis yang baru sampai tu menghampiri kereta Siti comel.
Polis kedua : Cik, tolong keluar dari kereta perlahan-lahan.
Siti comel terus keluar dari kereta.
Siti comel : Ada apa masalah Encik?
Polis kedua : Kawan saya tu cakap Cik ada kereta curi dan dah bunuh pemiliknya.
Siti comel : Bunuh pemiliknya?
Polis kedua : Ya. Tolong buka but.
Siti comel buka but kereta. Kosong.
Polis kedua : Ini kereta Cik?
Siti comel : Ya. Ini surat pendaftaran kereta saya.
Polis hensem sangat terkejut.
Polis kedua : Kawan saya tu cakap Cik tak ada lesen memandu.
Siti comel terus keluarkan lesen dia dari beg tangannya. Dihulurkan pada polis kedua.
Polis kedua cek lesen, dengan muka berkerut. Konfius.
Polis kedua : Terima kasih Cik. Kawan saya tu cakap yang Cik tak ada lesan,yang Cik curi kereta ni dan bunuh pemiliknya.
Siti comel : Penipu punya polis. Mesti dia cakap saya memandu lebih had laju jugak kan? Penipu.
Note : Berani tak guna cara ni nak elak bayar saman sebab memandu laju?

17 comments:

CIK MAY said...

haha..takde mknenye nk cube cara ini...haha..nmpk polis je da menggelabah itik..

QueeN TerataI said...

ini menempah musibah sendiri ni.. mmg tidaklah. dah lakukan kesalahan adalah lebih baik mengaku salah ajer.. hehehehe

Anum said...

hahahhah
x nak cuba cara nie

nuyui a.k.a miss YUI said...

aduh..amat [ayh cra itu,..hihi.

p/s: sy xde skype la sis..hihi..ada fb aje ni dok on9..

LubLy said...

kalu lebly dh wat-wat pengsan..kah3

mamavogue said...

senyum sehabis manis kalah madu & gula tau!

..cik gugu.. said...

haha ni cri psl namenye !

Nyamuk Terbang said...

haha nk try lah

maszull said...

assalamualaikum msred....hahahaha wat kelakar je kan kena tipu juga polis tu...:)

sha my heart said...

hahaha~ tak boleh2, nanti kena saman, mainkan polis. lalala~

Camy Alya said...

Errrr. Insya Allah akan try pada polis yang kerek amat :P

pha is said...

GENIUS..!!! hahaha

IntaNBerliaN said...

hhahahaha.. bahaya kalu guna idea ni.. hahahha tapi kelakar la..

EZAN IDMA said...

hahah boleh gak

Bulan Syurga Firdausi said...

amboi3 hehehehe pandai2

Boni JLL3 said...

hahahahahahahaa...silap2 kene jail terus kalau ikut cara ni..hehehe

Juliet_iRa~" said...

haha akan drive ikut kelajuan..ngee

xberani kot..nmpk polis pn cuak..ngeee

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno