March 20, 2012

BUKAN SENANG NAK BUAT

Assalamualaikum.....
Bukan senang nak berubah, berhijrah dari tidak berhijab kepada berhijab.
Lebih-lebih lagi kalau kita dari kecil, dari muda memang tak pernah berhijab. Dari muda tidak kenal aurat. Ada juga diantara kita yang tidak kenal Islam, tidak kenal Allah. Memang susah nak mengubah sesuatu yang dah menjadi cara hidup kita dari kecil. Susah nak mengubah sesuatu yang dah berakar umbi dalam diri.
Kalau sejak kenal dunia memang tak pernah kenal hijab, bila umur dah meningkat baru nak belajar berubah, belajar berhijab. Memang susah, memang liat. Banyak dilemanya, banyak dugaannya. Hati seringkali lemah nak menepis dugaan dan hasutan bisikan untuk melupakan niat nak belajar berhijab.
Golongan ini kebanyakannya memang dah sedia terduga dengan niat nak berhijrah berhijab. Pendapat peribadi msred, kita sebagai sahabat atau sekurang-kurangnya saudara seagama ini, janganlah kita tambah lagi dugaan mereka. Kalau buat permulaan cara mereka berhijab kurang betul, masih tidak mengikut cara berhijab yang dikehendaki Islam, janganlah kita hina mereka. Janganlah kita merendahkan usaha dan niat mereka nak berhijrah. Lebih-lebih lagi kalau ada kesungguhan dihati mereka untuk berubah.
Apa kata kita bantu mereka untuk membetulkan apa yang kurang sempurna. Tegurlah kesilapan mereka dengan niat dan cara yang betul, kerana nak membimbing mereka ke jalan yang betul. Janganlah kita tegur mereka dengan niat nak mengaibkan mereka. Takut nanti usaha mereka untuk berubah berhenti separuh jalan. Sayang kan?
Note : Saya sendiri masih jauh dari sempurna. Wahai saudara seagama saya, tolonglah tegur saya dengan niat dan cara yang sepatutnya.

18 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

samala kt sis..

sama2 menegur utk kebaikan bersama..

Anum said...

yang penting niat kita sis..
anum pun sama...jadikan renungan

:: Mrs.Eady :: said...

sama lah kiter ke arah kebaikkan..

fazrulnoor said...

sis, tlg betulkan tudung cantik tu :) ..(dengan nada sopan)

eyqa amin said...

nak berubah perlu dari hati, niat.
^^y

LubLy said...

lillahitaala..insyaAllah pjalanan kita utk bhijrah ke arah Nya dilindungi senantiasa..

Bobo said...

betul tu.. ulama pernah berpesan, jgn terlalu ambil kisah dgn mereka yg tidak sempurna berhijab sbb niat mereka utk berhijab tu pun dah kira baik.. bg mereka sedikit masa utk biasakan diri.. :)

CIK MAY said...

tak nak tegur org..sbb diri sendiri pki hijab masih tak sempurna.. =)

mizzkechique said...

tp kan sis, bila niat kite untuk berubah, ramai yg perlekehkan.. cthnye sy sendiri, bila nekad nk berhijab, ramai kata "ala, jap je tu.." kite mula rs down.. sepatutnya bg semangat.. :(

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

betul tuh.ym kat ofis dlu, semua tk berhijab.tp, ym tkdelh nk perli2 apetah lgnk hina2, jauh skli.tp, alhmdlh dah 3 thn sama2, diorang tetiba terbuka hati nk berhijab, syukur alhmdulillah.

lieynanilaz said...

tolong ingatkan saya juga...:)

Tasha said...

btl,jgn kondem. nak org ikut kita berhijab kenalah buat contoh baik kan,kalau tudung pki,ttp aurat tp mulut xpndi jage agak2 sape pun x respek. semoga istiqamah.insyaAllah. :)

maszull said...

assalamualaikum msred..berubah kearah kebaikan kan elok apa salahnyakan memakai tudung utk menutup aurat tapi haruslah kena pada tempatnya yer jgn hanya sementara je..:)

cik Kartun said...

CK p0n masih blom smpurna.. :(

aRa ❤ aFiq™ said...

ara sdri pun belum sempurna..

Azzah said...

betul tu..walaupun belum sempurna hijabnya,sekurang2nya dia tengah berusaha ke arah lebih sempurna..

Nurul ain said...

betul2.. yang penting adalah niat & usaha :)

Ainie Maydie said...

erm masyarakat kita patut bimbing dgn cara yg baik mcm bgi smgt kt org yg nk berhijab..yg pntg kena tau kenape kite perlu berhijab

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno