March 09, 2012

SABARNYA SAYIDINA UMAR DENGAN ISTERINYA

Assalamualaikum....

Contohilah Sayidina Umar al-Khattab yang apabila dileteri oleh isterinya, lalu berkata : " Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah masak makanan untuk ku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anak ku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaan itu tidak lama ( nanti akan baik sendiri)."

Lihatlah bagaimana positifnya Sayidina Umar, yang mampu melihat banyak elemen positif pada isterinya berbanding leterannya. Tidak seperti kebanyakan ( bukan semua) lelaki sekarang. Kena leter sikit terus melenting, terus lupa segala kebaikan isteri yang lain. Nampak yang buruk sahaja. Terus terlupa yang suami itu sendiri pun pasti ada kerenahnya yang isteri tidak suka.

Ambillah sikap Sayidina Umar ini sebagai panduan kita bersama (suami dan isteri) dalam menghadapi leteran atau bebelan pasangan masing-masing.

8 comments:

Afiq Yassin said...

sebab tu seblm kawin pasangan suami isteri kena memahami antara satu sama lain bagi elakkan drp salah faham

Boni JLL3 said...

nice sharing :)

nurpiska said...

perempuan memang macamtu. tapi semua tu sekejap je :)

Sunah Sakura said...

bahkan..kalo kita rasa sakit hati dengan orang lain pun, ingat la segala kebaikan yang pernah dia buat pada kita...itu lebih banyak dari rasa sakit kita kan sis?

eyqa amin said...

wanita.........

cik Kartun said...

kalau lelaki yg mmbebel mcm ne?? huhuhu

btw, kak mstred pun trsenarai dlm bloglist CK la :)

ILA HonEyBuNNy said...

siyes bagus entry neh akak..

betul2 pngajaran untk kita berfikir...

nak bagi kt si dia la..ehheh..sbb ila mmg suka berleter...ahhahha

..cik gugu.. said...

pmpn mmg ska berleter .. tp msti ade sbb knp dy berleter .. utk kebaikan kte jugak .

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno