March 25, 2012

BILA DIAJAR GOSOK GIGI

Assalamualaikum.....
Iman seronok semalam sebab msred belikan dia berus gigi cute. Dia suka sangat masa msred bagi dia berus gigi cute tu sambil cakap berus gigi ni Iman punya. Tersengeh-sengeh je dia. Berus gigi ini untuk baby berumur dua tahun ke bawah. Cute kan berus gigi ni. Kenapalah dia orang tak buat berus gigi untuk dewasa cute cenggini? Kalau ada yang gambar pocoyo mesti msred beli untuk diri sendiri.
Dulu Abang Iffan dan Abang Ian msred ajar dia orang gosok gigi bila dia orang dah start tumbuh gigi. Umur dia orang belum setahun lagi waktu tu. Iman ni lambat sikit, gigi dah banyak tumbuh baru nak ajar gosok gigi.
Buat permulaan msred akan ajar dia gosok gigi tanpa ubat gigi sambil ajar dia meludah. Bila dia dah pandai meludah baru boleh gosok gigi dengan ubat gigi. Kalau ikut Abang Iffan dan Abang Ian, sekejap saja ajar dia orang dah pandai meludah, keluarkan ubat gigi dari mulut lepas dah siap gosok gigi.
First time Iman gosok gigi dia eksaited. Harap janganlah mula-mula saja rajin lepas tu nanti Iman dah tak minat gosok gigi. Memanglah kena babab.

6 comments:

shiema sufian said...

Alahaaaai comelnyeee. mesti dia akan eksaited punya lah (: gosok gigi elok elok ye iman, jangan malas malas. nanti baru gigi lawa (:

MaryaYusof said...

As salam Ms Red,

Teruja baca entry ni sebaaab, my Iman pun sama jgk, dulu sy belikan utk die the same type of tooth brush...hehehe... Cute kan... Lembut sgt... :D

mamavogue said...

Wah dah bole geng ngan Hakim ni..

hana szied said...

so cute oke ! nak gmbar mashimaroo!!

Aesya Zealous said...

shumel jerrr

Boni JLL3 said...

bertuah kanak2 zaman sekarang.. zaman saya dulu guna kayu sugi je

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno