January 18, 2012

TAK BUAT PUN KENA PUJI

Assalamualaikum...

Malam ini disebabkan msred malas penat sangat nak masak untuk dinner, msred beli saja. Dinner yang simple.
Lagi pun frust sebab kat pejabat tadi boss baru saja announce yang kita orang tak boleh cuti Chinese New Year ni. Kena kerja dari Sabtu sampai Selasa. Memang tak ada cuti langsung. Di wajibkan kerja sebab boss nak habiskan projek ni cepat.
Dinner msred dan keluarga malam dimasak oleh cook kat KFC Section 18 Shah Alam. Jauh dapurnya.
Ini bukan Iffan.... Ini Iman.
Sebenarnya msred nak cerita pasal si Iffan. Iffan ni kalau msred masak dan dia suka dengan masakan msred tu, dia akan puji. Dia suka cakap.... " Emmm... Sedapnya mama masak." banyak kali sampailah habis dia makan. Berkali-kali dia cakap macamlah msred masak sedap sangat. Hheee.....
Masa makan tadi pun Iffan pujilah, " Emmmm.... Sedapnya mama masak." banyak kali. Mula-mula msred biar kan aja dia puji msred masak KFC tu sedap, sambil tersengeh-sengah. Tapi last-last msred cakaplah.... " Iffan, tu mama belilah, bukan mama masak."
Sekali Iffan cakap.... " Emmm.... Sedapnya mama beli." Pulak?

14 comments:

IntaNBerliaN said...

hahaa.. comellah iffan nih!! pandai ckp.. hihii

Iffah Afeefah said...

haha iffan ni pandai jela

shera haifa said...

hehe. amik hati..:)

Farah Hanis said...

Haha, die ikutkan je ape orang buat.comel jeeee.

http://raksasapurple.blogspot.com/2012/01/when-flyingman-meets-raksasa-2.html

Ezad Skytech said...

iffan ni pandai ambil hati msred la..hee~

Pendamba Mawar said...

ini budak kecik sulah pandai ma..hahaha

diana said...

mulut manis rupanya dia..hhahah

Miss Nadya said...

adoi...tergelak nad baca entry ni...comel anak akak..:)

selamat bekerja ye kak..sabar2..:)

nad pon cuti 2 hari sebab data untuk pilhan raya xsiap ag..:(

Puan Kutu said...

haha mmg pandai ambil hati mama..aiman pulak klu sedap ayat dia "sedap la ibu msk nie..ibu nie msk macam masterchef malaysia..esok ibu buat macam nie lg tau.."keke

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kiki..emm sedapnye kfc masak..haha

nuyui a.k.a miss YUI said...

hikhik..pndai dia memuji walau hnya beli..ngeh3..

ibuhebat said...

hehehe.. senyum je dgn gelagat anak2.. anak saya pulak kalo sedapt dia kata, "sedapnya ibu masak.. ibu masterchef eh? ibu masak resepi?" pastu buat gaya2 nak komen mcm juri masterchef.. sabo je lahhhh

QueeN TerataI said...

baguslah tu msred.. iffan puji msred pandai memilih makanan yg dibeli. hehehehe bijak iffan yer

hotbabes said...

haha.. kelakar lah my nephew nie.. ;)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno