January 05, 2012

SAYA MESTI TERUSKAN HIDUP

Assalamualaikum....

When one door of happiness closes, another opens, but often we look so long at the closed door that we do not see the one that has been opened for us.


- Helen Keller

Si Gadis sedang bersedih. Hancur hatinya bila cinta dua hati akhirnya terpisah. Bukan kerana benci keluarga Si Lelaki atau tiada restu keluarga Si Gadis. Cuma kukuh cinta mereka goyah akibat sentuhan gadis lain.

Si Gadis jatuh, terduduk. Tak berhenti merenung di mana silap, apa yang kurang? Hanya kerana sentuhan lembut gadis lain, sekukuh batu cinta mereka berderai juga.

Tak berhenti merenung dalam. Terus terduduk, tiada daya mahu bangun lagi. Si Gadis menolak untuk dibantu, tangan dihulur dibiar. Lebih rela duduk bersimpuh kemas, dari gigil lutut cuba berdiri semula.

Alangkah ruginya pintu bahagia yang baru terbuka dibiar sepi. Hati keras mahu terus merenung pintu duka.

Jika mahu terus rugi, wahai Si Gadis yang kecewa, teruskanlah duduk bertimpuh. Teruskanlah kemaskan simpuhmu sampai selesa, dan akhirnya tak boleh berdiri lagi.

Note : Pada 'Si Gadis' yang kecewa, janganlah terus kecewa. Bangunlah. Bagaimana kuat sekali pun gigil lutut mu, bangunlah.

- Posted using BlogPress from my iPad

8 comments:

fazrulnoor said...

yup..teruskan...bangunlah...teruslahhh

LINDAHERY said...

linda kdg2 meluat bila tgk 'gadis' mcm tu .. mcm lah xde lelaki lain dlm dunia ni..patutnya dia bsyukur sbb dia boleh dapat lelaki yg lebih baik dari sblm ini ...mmg la sedih bila putus kan . tp xkan lah sebab seorg lelaki dia terus 'jatuh terduduk' .. aduhai ..

mizzkechique said...

gagal sekali xbermkna ggl selamanya.. =)

aReLaN said...

hmmm...si lelaki bukan hanya si dia sorang.kalau dah bukan dia untuk kita,ada la tu yg lebih baik menanti di luar sne kan.jgn terus diselubungi kecewa sebab bahagia menanti

QueeN TerataI said...

life must go on... sedih dan duka hari ini pasti ada gembira utk masa depan.. tp kenalah berusaha utk mencapai kegembiraan itu... meratapi kekecewaan tidak membawa apa2 manfaat.

Rawlins Ichigo Takashi Lutz said...

Sian Si Gadis
Tapi hidup mesti diteruskan kerana tiada cinta yang kekal melainkan padaNya
Kena insaf yang itu
Menjawab kepada komen msredcheese kat entry saya...cepat amik satu PB kat saya ek...hehehhehe
Wanita dan Selulit

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

jangan patah semangat .. hidun ini banyak yg indah betul tak??

aimie amalina said...

tak tahu kenapa sy mcm suke suara2 yg menyuruh gadis itu bangun

spirit2 come to me :))

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno