January 04, 2012

MAKSUD SAYA CINTA KAMU

Assalamualaikum.....

Seronok bila dengar si dia cakap, 'saya cinta kamu' kat kita. Rasa macam melayang-layang. Lebih-lebih lagi kalau itu pertama kali dia ucapkan cinta pada kita. Hati mula pasang angan-angan. Ada yang jauh sampai ke fasa kahwin.

Kalau dia ikhlas ucapkan cinta pada kita dan tak ada maksud tersembunyi memang best, memang beruntung. Tetapi, kebanyakan (bukan semua) pasangan kita ucapkan cinta kerana ada agenda tersendiri. Kalau difikirkan memang menakutkan tapi itulah kenyataannya.

Ada perempuan yang mulut cakap 'I love you' tapi dalam masa yang sama hati kata...

.... Sebab duit kau banyak, bolehlah aku hidup senang tak payah fikir nak kerja.
.... Sebab kau ada kuasa, bolehlah aku gunakan kau untuk majukan kerjaya aku.
.... Sebab kau ada kereta, bolehlah kau hantar aku pergi kelas setiap hari.
.... Sebab kau ada abang yang handsome, bolehlah aku rapat dengan abang kau.

Ada lelaki yang mulut cakap 'I love you' tapi dalam masa yang sama hati kata....

.... Sebab body kau cun, aku nak pegang-pegang.
.... Sebab kau bodoh, bolehlah aku tipu duit kau.
.... Sebab kau cantik, bolehlah aku tayang kau kat kawan-kawan aku, boleh berlagak sikit.
.... Sebab kau dara lagi, bolehlah aku....

Spesis ini memang menakutkan, tapi kita kena terima hakikat yang mereka wujud dan semakin bertambah. So, kita kena berhati-hati dengan perkataan cinta ini. Jangan sampai makan diri.

Note : Spesis yang bila dia cakap 'I love you' dan dalam hati kata, 'ikhlas kerana Allah' tak tahulah seramai mana yang tinggal? Jangan biarkan spesis ini pupus.


- Posted using BlogPress from my iPad

17 comments:

pena rozie said...

Memang pyh & susah nak cari yg betul2 ikhlas & jujur pd zaman sekarang ni...

Anum said...

ayuh jgn biarkan

aimie amalina said...

huuuuu
betol tu kak
ssusah kan nak agak
kalau hati tu halimunan
senng jek nk predict org kan

aleen aiden said...

astaghfirullah..mintak dijauhkan dengan mereka2 yang punya hasrat tak baik ni..

jedi said...

memacam. Tapi biarlah bercinta seikhlas hati dan sejujurnya serta landaskan Islam.

era kecik said...

hurm . sesetengah remaja sekarang ni , bila seseorang lelaki dah cakap ' i love u ' . haiyoo, bukan main terbuai lagi perasaan si perempuan tu . sampai tak fikir yang lelaki tu baik ke buruk perangainya . ataupon ad niat tersembunyi ke ?.

> baik berhati - hati .

Rtp Farra Arisha said...

keep praying the good only for the safety of our lives in the future...may all these may not be happening in ours too!

Pondok Usang said...

owh.. byk sebab rupenye ye... susah nak nak cari org yg jujur dan budiman kan..

mohamad ridhwan said...

menakutkan sahaja akak :)

" aku mencintainya kerana engkau isteriku :)"

yua said...

ingin dapat bakal suami yg ikhlas mengucapkan 'i love u' ... :)

Cik Pulau said...

susah nak sebut ayat keramat tu..
hhuhu.. hope dapat sebutnya untuk insan yang bergelar suami nt..hihihi

QueeN TerataI said...

betul tu msred.. ungkapan i love u tu sendiri dah jd x bermakna sbnrnya.. bg sesiapa yg mudah sgt utk ucapkan i love u tu la yg kena lebih berhati-hati krn perkataan ini kebiasaannya terlalu sukar utk dilafazkan oleh mereka yg benar2 mencintai ikhlas krn Allah SWT...

Ct Aja said...

setuju kak... ssh kan nak baca hati org ni yg mane ikhlas krn Allah..

Juliet_iRa~" said...

btol2..setuju..

kena hati2 dgn org mcm ni..;)

KaK LimAh Si SupiR said...

kalo blh bace hati dye, kan senang

Adylia Qarissa said...

cinta itu buta :)

fazrulnoor said...

salam tuan rumah,

bagi saya walau ade lelaki mcm tu, tp selagi dia x ckp depan2, dia masih ok. sebab kadang2 dlm hati tu hasutan je..tp laki tu berjaya kawal dan akan jadi laki yg baik juga lepas dia kawen..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno