January 16, 2012

DIA TAK SETUJU

Assalamualaikum...

Kesinambungan isu menghantar ibu bapa ke Day Care. Bukan hantar terus, tapi hantar disiang hari waktu kita bekerja, bertujuan untuk menjaga kebajikan ibu bapa kita dan keselamatan mereka sewaktu kita bekerja.

Mak msred tak bersetuju kalau anak-anak hantar ibu bapa ke Day Care. Bukannya msred ada cita-cita nak hantar mak ke Day Care. Cuma kita orang berbual pasal topik ini minggu lepas. Msred memang faham kenapa dia tak nak dihantar ke Day Care. Msred pun tak suka nak hantar dia ke situ sebab nanti msred dah tua pun tak nak anak hantar msred ke Day Care. Kalau boleh dielakkan memang akan dielakkan.

Msred cakap dengan mak, kalau mak sihat, bolehlah msred tinggalkan dia di rumah sorang-sorang waktu msred bekerja. Tapi macamana waktu dia dah tak kuat lagi dan kalau dia selalu sakit-sakit. Tak kan nak tinggalkan dia sorang-sorang di rumah. Bahaya tu. Masalahnya, mak msred tak suka ada maid di rumah. Dia tak suka ada orang lain dalam rumah, dia kurang percaya dan rasa tak selesa. So, mak tak nak pergi Day Care dan tak nak maid. Camana?

Kalaulah msred tak bekerja, bolehlah msred jaga sendiri mak. Tak payah orang lain jaga.

- Posted using BlogPress from my iPad

9 comments:

saffiya_aleesya @ echa said...

entah laa bila jadi macam ni jadi serba salah..kdg2 org yg tak berada dlm situasi tu boleh laa senang bercakap tapi kalau kita mngalami masalah tu bila kita bekerja dan dalam masa yang sama parents kita nak jaga..memang serba salah..agak berat gak isu ni pada saya..

aReLaN said...

hmmm...memang dilema tu.kalau ade masa n leh jge,mmg dah jaga sndri kan.tp nk wat cmne dh keje.

Jaa said...

erm, saya pernah jugak rasa keadaan camni..terpaksa tinggalkan mak saya sorang2 kt umah sebab saya kerja masa mak saya datang ke rumah saya... nak tinggal dia sorang2 kt kg pun susah hati jugak...

QueeN TerataI said...

betul la msred.. kita perlu bekerja.. bknlah kita xnk berkorban utk jaga ibu atau bapa kita tp keadaan ekonomi skrg ni nak harapkan suami serog je yg bekerja mmg tiada kemampuanlah kan.. lg2 kalau dlm masa yg sama kita jaga org tua.. erm.. as 4 me pun mmg x setuju la nak hantar ibu atau bapa ke day care ni tapi apa lg solution yg ada??

Anak Wak Mail said...

msred berhenti la kerja nanti jaga emak..;)

hehe,,saya pon xnak anak2 saya anta saya ke situ bila dah tua nanti,,walaupon cuma waktu bekerja je..

Pendamba Mawar said...

tu la.. hurm upah bibik siang hari la.hehe

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

x rs ke benda ni mcm berpusing..


ms kita kecik mak kita hantar kita pi day care (taska) sbb diaorang kena kerja..


bila kita besar kita lak hantar mak kita tu pi day care sbb kena kerja..


kerja tu bila-bila blh cari ganti tp mak kita x blh cari ganti..pd pendapat sy sementara kita blh berkhidmat utk mak kita jagalah dia sendiri..(in case dia tak nak maid atau tak nak pi day care)



kalau suami yg baik misti dia izinkan utk kita jaga mak sementara dia berusha lebih utk tampung ekonomi rumahtangga..


insya-allah kalau niat kita baik (nk jaga mak) mesti Allah akan permudahkan urusan kita..



just pendapat sy yg jahil :)

aimie amalina said...

emmm..mang ssh keadaan akak ni, sy paham..

sebab makcik sy pon cm akak, jaga opah aka mak die, tapi die x pe jugak sebab die x kawen lagi..dan tmpat keje mang dekat jugak dgn rumah

mang byk jugaklah makcik amik cuti sebab nak jage opah..

emm..may be, buat sementara waktu ni, akak bole kerap2 kol mak kat umah, tye die wat pape, then x yah la die wat pape kat rumah kan..dok rehat je.. :)

mungkin cm tu jelah cara sebab akak pon keje kan..

KaK LimAh Si SupiR said...

xpe msred..insya allah mak msred blh jage dri n xd pape yg jadi ^_^

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno