January 16, 2012

CIKGU PAKSA BUDAK BELAJAR

Assalamualaikum.....
Dah masuk minggu ke tiga Iffan Daniel mula bersekolah di kindergarten. Masih bersemangat bangun pagi dan bersiap untuk ke kindy. Senanglah msred, tak payah paksa dia bangun pagi pergi sekolah.
Salah satu habit dia sejak join kindy ni, Iffan rajin lukis gambar cikgu yang sedang mengajar. Msred balik kerja je dia tunjuklah gambar cikgu yang dia lukis. Suka sangat dia dengan cikgu dia tu. Sampaikan dia tukar cita-cita nak jadi angkasawan sebelum ni kepada nak jadi cikgu.
Lagi satu habit dia, Iffan tersangatlah rajinnya jadi cikgu kat rumah, mengajar murid dia. Siapa lagi kalau bukan adik dia, Ian Syamie. Kadang-kadang Ian malas nak layan Iffan, Iffan akan paksa Ian belajar.
Iffan akan cakap.... " Meh sini abang ajar A B C. Kalau tak nak abang babap nanti. Macamana nak jadi pandai macam abang kalau tak nak belajar."
Kesian Ian kena melayan abang dia yang perasan dia cikgu. Hhheee......
Note : Kat rumah takde white board ke black board ke. Iffan guna kalender lama yang besar tu sebagai white board. Seb baik dia tak guna dinding rumah jadi white board.

19 comments:

KaK LimAh Si SupiR said...

bgs laa iffan ni :P

Iffah Afeefah said...

amboi die lak jd cikgu ni eh

Juliet_iRa~" said...

comelnyaaa iffan..ngee

:)

ada bakat ni..ahaha

aimaniman said...

sama je,.. anak akak plak yg sekolahnya kakak, so sikit punya garang ke ajar siadik.. dah le adik tu pelat.. teruk adik kena cubit dengan cikgu garang...

Pendamba Mawar said...

nasib baik bukan mama dia yang jadi cikgu.keke

Kalamhati said...

bagusnya diaa..=)

QueeN TerataI said...

bijak abg iffan ni... insyaAllah dh besar nnt akan jadi anak yg pandai...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bagus!!! ada bakat jadi cikgu..

Hawa Ahmady said...

haha.. dapat bayangkan.. mesti cute Iffan jadi cikgu..:)

Hawa Ahmady said...

haha.. dapat bayangkan.. mesti cute Iffan jadi cikgu..:)

aReLaN said...

belikanlah whiteboard satu.baru la best dia nak mengajar.hehehe

Miss Nadya said...

kreatifnye anak akak...adeyh...comel jerk tengok..:)

p/s :: hehe..plumba kereta tak silap si nico tu..:)

Puan Kutu said...

kehkeh kelakar la iffan nie..garang betulnak babap adi dia...

bagus tu cikgu nie satu profesion yg sgt mulia..

klu conteng dinding kena babap dengan ibu plak..haha..

fazrulnoor said...

seronoknya tgk dia

cik fadh said...

bagus iffan . da ade tokoh nk jd cikgu dar tu..hehe

IntaNBerliaN said...

kreatif.. guna kalendar jd white board.. mmg bagus lah ;-)

nurfauzi said...

lagi 'seronok' kalau dinding jadi papan tulis.

cik Kartun said...

mcm adik CK yg b0ngsu.. tapi ank murid yg malang ilah kami skluarga sndri jadi ank murid die. dah die yg b0gsu =.='

Ezad Skytech said...

bagus la macam tu....tapi kesian kat Ian la kan msred...kena paksa...hee~

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno