October 15, 2012

THANKS TO IAN SYAMIE

Assalamualaikum.....

Last week, eh salah. Last two week hari Khamis msred cuti. Hajat dihati nak menyelesaikan segala urusan tertunggak dah berapa lama dah. Akhirnya dapat jugak diselesaikan.

Pagi-pagi mandikan dan siapkan si Ian. Kali ini msd pilih Ian untuk temankan msred keluar untuk aktiviti yang membosankan kalau keluar sorang memang boleh buat msred bosan dan stress.

Memula pergi JPJ kat Padang Jawa. Nak tukar gambar lesen. Gambar lama gambar waktu muda. Nak tukar gambar waktu dah sedikit tua sekarang ini. Nasib baik sekejap saja, tak sampai setengah jam. Msred yang bosan tak boleh nak main game kat tab sebab kalah berebut dengan Ian.



Second, pergi Tabung Haji, nak buka akaun. Dah tua baru nak buka akaun, bila dapat giliran nak pergi Haji nya tak tahulah. Tak sempat nak ambil gambar di Tabung Haji. Bukan sebab urusan selesai cepat, tapi sebab malas nak ambil gambar.

Third, pergi pulak JPN nak ambil ic baru, hari tu pergi tukar gambar juga. Gambar waktu muda nak tukar kepada gambar waktu sedikit tua. Malas nak lunch dulu takut kat JPN ramai orang lambat pulak habis nanti. Belikan Ian Waffle je. Laju je dia makan sorang. Msred mintak sikit dia tak layan.




Balik rumah lepas lunch dan tunaikan tanggungjawab, apalagi, tidurlah. Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni msred dapat penyakit suka sangat tidur. Tanda penuaan kah?

Note : Thanks to Ian Syamie sebab temankan mama keluar.

- Posted using BlogPress from my iPad

October 02, 2012

BILA LELAKI TEMAN PEREMPUAN SHOPPING

Assalamualaikum....





Iffan yang meng offer kan diri nak tolong bawakan. Msred kata bak sini mama bawak separuh. Iffan kata, tak payah. Biar Iffan bawak semua.

Alahai.... Bertambah hensem lah boyfriend msred ni.

Ini bukan kes penderaan anak ok. Ini kes si hensem ni nak tunjuk macho kat msred aka nak minta belikan Vitagen.


- Posted using BlogPress from my iPad

September 28, 2012

TENTANG DIA

Assalamualaikum.....

Kisah tentang Dia. My SIL, si Lawyer yang baik hati. Last Sunday msred pergi wedding Reception Dia di Petaling Jaya. Msred pergi dengan Iman Zary Haqimie saja. Berdua. Tumpang abang ipar msred.








Tak dapat nak upload gambar Dia banyak-banyak sebab quality gambar kurang memuaskan. Snap pakai handphone Nokia 3310 je. Errr? Ada satu gambar dari jauh ni bolehlah upload kat sini. Lagi pun sebenarnya msred belum minta izin my SIL untuk upload gambar dia di sini.

Cun sangat Dia hari tu. Dah macam minah arab dah. Dahlah kulit cerah, pakai baju red colour, lagilah berseri-seri. Warna favorite msred tu.

Congrats yea my dear SIL. Semuga berkekalan bahagia sampai bila-bila dan diberkatiNya. InsyaAllah.


Berapa kali dah mama cakap jangan minum air sejuk banyak-banyak. Iman ni tak mau dengar cakap mama la. Babab jugak kang. Dahlah lepas tu Iman sakit perut.


Trend sekarang ni kat kenduri kawen orang letak kiosk eskem. Tersangatlah sukanya msred.



Sesiapa yang nak jemput msred ke wedding dia make sure ada kiosk eskem ok. Kalau boleh Magnum ke?

- Posted using BlogPress from my iPad

September 15, 2012

KESIAN SAYA

Assalamualaikum.....
Hari Isnin nanti kan cuti. Sepatutnya dapat cuti 3 hari kan. Tapi disebabkan saya kene keje half day hari ini, hari Sabtu, maka cuti saya jadi 2 hari setengah je. Untunglah siapa yang cuti 3 hari. Yang cuti 4 hari tu?
Tapi nasib baik kejap lagi ada open office. Boleh makan lemang sate dan segala macam.
Sesiapa nak jemput saya ke rumah terbuka petang nanti saya datang. Babai.

September 14, 2012

HAPPY BIRTHDAY HANDSOME

Assalamualaikum.....




Sembilan haribulan sembilan dua ribu dua belas hari itu, genap lah Iffan berumur 6 tahun. Sekejap saja anak sulung msred dah enam tahun. Bukan dia saja bertambah umur, mama dia pun dah bertambah.
Hari Sabtu 8.9.2012 sambut birthday Iffan di rumah MIL sebab Iffan share birthday dengan anak buah msred yang cun comey ni, Nur Adnin. Adnin lahir 8hb Iffan pulak lahir 9hb tahun yang sama. Tiap tahun mesti sambut birthday sama-sama. Sweet je.



9hb pulak atok Iffan sebelah msred belanja makan Pizza Hut. Tak plan pun nak pergi makan, tiba-tiba je atok kata ok nak belanja makan. Iffan pun pakai baju duduk rumah je. Tak pelah, janji handsome.



Doa supaya anak taat kepada Allah. Surah Al Baqarah ayat 128.

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

- Posted using BlogPress from my iPad

September 07, 2012

OPEN HOUSE MERDEKA, RAYA KALI KEDUA

Assalamualaikum.....

Minggu kedua Syawal hari itu, start 8 Syawal msred buat puasa enam. Alhamdulillah dapat habiskan hari Jumaat Merdeka hari tu. Kebetulan hari last msred puasa enam tu ada open house di rumah bapa saudara msred, Pak Cek, di Putrajaya. Dia buat petang. Sampai situ dalam pukul 6 pm. Buka puasa kat situ, malam tu terus raya kali kedua.


Sampai-sampai je rumah Pak Cek, Iffan, Ian dan Iman terus terkam kueh raya dan makan dengan rakusnya tanpa segan. Habis muruku tu satu bekas kueh raya dia orang habiskan. Nampak tak?




Last-last tuan rumah refill muruku tu balik, tapi bukan dalam bekas kueh raya tu, dalam pinggan terus. Banyak pulak tu. Hahaaa.... Terasa macam kena perli pulak. Hamek kau.



Sempat lagi ni kalau nak buat puasa enam. Tapi non stop la. Buatlah, tak rugi.

- Posted using BlogPress from my iPad

September 06, 2012

RAYA IN RED

Assalamualaikum....

Hari ini dah 19 Syawal, msred baru nak upload gambar raya. Itu pun tak banyak, sikit saja. Mood raya tahun ini kurang sikitlah. Gambar 1 Syawal hari itu, diambil kat rumah mak msred di Shah Alam. Pagi raya kat Shah Alam. Tengahari baru bergerak ke rumah Mak Lang di Negeri Sembilan.













Setelah bertahun tak merasa raya di kampung, tahun ini msred berpeluang bawak Iffan, Ian dan Iman beraya di kampung. Msred pun terlebih eksaited sikit. Oleh sebab itu, bila sampai je kat kampung msred paksa Iffan, Ian dan Iman bergambar kat luar tengah panas tu, nak ambil gambar kampung sebab nak tunjuk kat kengkawan yang tahun ini msred berjaya beraya di kampung, walaupun sekejap saja. Lewat petang tu bertolak pulang semula ke Shah Alam.



Theme colour tahun ini sudah tentu pilihan msred. Ashik ikut pilihan Iffan je, kali ini msred yang pilih.

- Posted using BlogPress from my iPad

September 05, 2012

REVIEW BLOG MEREKA 5



Assalamualaikum....

Di dalam entry ini msred ada janji nak review blog yang memberikan jawapan betul pada cabaran meneka gambar. Post ini akan di lekatkan di atas selama seminggu.
Review Blog Mereka 2 
Review Blog Mereka 3
 
Review Blog Mereka 4
Nak sambung baki blog yang nak direview. Maaf sekali lagi lambat sikit. Ini yang terakhir. Ada tiga lagi blog yang akan direview.


Blog yang pertama, Miss Bitt @ Colour of Bitt. Mama vogue kepada Iskandar dan Ismeth yang handsome. Ada macam-macam dlam blog Miss Bitt ni termasuk resepi. Gambar-gambar yang di ambil pun cantik-cantik.


Blog yang kedua, Cik Merah itu Jambu @ Merah itu Jambu. Pelukis doodle yang sangat comel. Dua-dua sekali, pelukis dan doodle nya dua-dua comel. Siapa nak doodle comel boleh tempah kat sini. Bride to be.



Blog yang ketiga dan terakhir, Cik Iza @ Taip, Tekan, Tulis Tentang Aku. Blog personal milik Mama vogue. Sangat suka header dia yang elegance. 





Dah habis dah. Nak pergi sambung raya, erk...salah... sambung buat kerja opis.



Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno