November 29, 2011

ORANG MACAM INI BAHAYA DIBUAT KAWAN

Salam you alls,

Aku baru sampai pejabat. Punggung pun belum letak lagi atas kesrusi. Kau dah datang bertandang ke meja aku.

Kau : Kau tahu tak yang Shima tu dalam diam-diam dah bercerai dengan laki dia?

Aku : Shima mana ni?

Kau : Shima, kawan aku. Yang selalu lunch dengan aku tu. Dia lah. Dia cerita kat aku yang sebenarnya dia dah bercerai dengan laki dia. Tapi dia tak nak budak office ni tahu. Dulu berlagak bila orang kata dia dengan laki dia loving couple lah, sweet la. Sekarang, apa dah jadi? Laki dia cari lain.

Aku : Erm.

Kau meneruskan umpatan kau terhadap kawan kau sendiri kat aku. Aku terpaksa buat-buat dengar. Dalam hati aku tertanya-tanya. Kalau kau boleh mengumpat kawan rapat kau belakang dia kat orang lain, padahal bila depan dia kau baik sangat, kau jugak boleh umpat aku belakang aku kat orang lain kan?

Bahaya kan orang macam ni?

- Posted using BlogPress from my iPad

November 27, 2011

DIA CAKAP LELAKI LAGI MANJA DARI PEREMPUAN

Salam you alls,

Penceramah : Siapa yang lebih manja? Lelaki ke perempuan?

Lebih separuh dari isi dewan cakap lelaki. Kebanyakannya perempuan yang cakap lelaki. Ada juga segelintir lelaki yang mengaku lelaki lagi manja dari perempuan. Segelintir lelaki kata perempuan lagi manja. Dan kebanyakan lelaki lain diam tak menjawab pertanyaan penceramah tersebut.

Itulah senarionya. Hari itu pejabat msred ada buat sessi motivasi bertajuk Rahsia Tarikh Lahir, yang membincangkan potensi kerjaya mengikut tarikh lahir. Penceramah itu ada bertanya, siapa lagi manja, lelaki atau perempuan? Suara gamat mengatakan lelaki. Penceramah itu sendiri pun bersetuju, memang lelaki lebih manja berbanding perempuan.(Penceramah itu lelaki yea).

Msred setuju jugaklah, sebab sudah lihat sendiri, melalui pengalaman sendiri. Contoh yang sangat ketara adalah, bila sakit.

Lelaki kalau demam selalunya tak boleh bangun dah. Nak buat apa pun tak larat. Nak mandi pun tak larat dah. Terbaring sahaja. Perempuan pulak, kebanyakannya kalau demam sekalipun, masih mampu bangun. Masih mampu buat kerja yang ringan-ringan. Masih boleh bangun mandi. Ini kebiasaan yea. Bukan semua tapi kebanyakannya.

Well, girls. Setuju ke lelaki lagi manja dari perempuan?
Guys. Betul ke lelaki lagi manja?

November 22, 2011

KENAPA SAYA TAK SUKA AWAK

Salam you alls,
Dalam suratkhabar Metro semalam ada artikel pasal perokok tegar Malaysia membelanjakan RM 15 juta sehari untuk membeli rokok. Sehari ok. Perokok ini nampaknya sangat ketagih dengan rokok dan sanggup berhabis duit untuk membeli rokok. Mereka ini sanggup tak makan untuk membeli rokok.




Mungkin ada yang cakap lelaki merokok ni macho, cool (ada ke?). Tapi msred nampak tak macho atau cool pun. Tak suka, kenapa?
Kenapa saya tak suka awak wahai perokok tegar?
1. Selalu bau busuk. Asal lalu kat sebelah awak, saya kena tutup hidung (kalau saya kurang ajar) atau tahan nafas ( kalau saya tak sampai hati nak kurang ajar dengan awak). Dahlah pakai minyak rambut yang bau ntah apa-apa entah, minyak wangi lagi. Bila bau minyak rambut, minyak wangi bercampur dengan bau rokok, masyaAllah. Nak muntah.
2. Kotor. Biasanya hujung jari dan kuku perokok ini kotor. Kalau pasangan kita tu perokok tegar, bayangkan tangan kotor dia pegang tangan tangan kita. Terasa macam segala kotoran kat kuku dia melekat kat tangan kita. Wek...nanti boleh kena infection dan penyakit.
3. Gigi tak berapa nak bersih. Orang kata kalau kuat merokok gigi boleh jadi kuning dan berkarat. Kotor. Buka mulut saja, dah lah nampak kotor, bau pulak buat kita terpaksa tutup hidung. Memanglah malas nak layan dia berbual. Please dont talk to me. Go away.
4. You look so stupid and act like one. Kalau dalam poket ada RM 20 saja lagi, perokok tegar ini lebih rela beli rokok dari pergi makan walaupun perut lapar gila dari semalam tak makan. Doesnt that look stupid? Dahlah merokok tak menjaga kesihatan langsung, perut pulak dibiarkan kosong. Maka datanglah segala penyakit dengan mudahnya hinggap kat badan. Lepas itu cepatlah mati.
Tapi tak apalah. Wahai perokok tegar, teruskanlah merokok. Malas dah nak halang.

November 21, 2011

MAHALNYA NAK KAHWIN

Salam you alls,
Bila dah masuk cuti sekolah, setiap hujung minggu pasti ada rumah yang buat kenduri untuk mengahwinkan anaknya. Kadang-kadang satu taman itu ada 2 3 majlis resepsi. Musim kahwin. Seronok pergi tengok pengantin. Kalau jadi pengantin lagi seronok.
Belanja kahwin? Kalau tengok gahnya majlis resepsi sekarang ini, terfikir, berapa banyak RM lah yang telah dihabiskan untuk memastikan semua tetamu memuji pelamin, memuji hidangan, memuji door gift, memuji persalinan pengantin. Kalau boleh semua nak perfect dan gah, supaya tetamu ingat majlis resepsi kita. Untuk itu, pasti berhabis banyak RM kan?
Kalau difikirkan balik, belanja yang wajib untuk bernikah adalah belanja mas kahwin dan kenduri kecilan yang bertujuan untuk menghebah pernikahan kita. Sekarang ini untuk perkara wajib iaitu resepsi yang sederhana dan mas kahwin, RM 20 000 ke RM 30 000 pun dah mencukupi. Belanja untuk yang tak wajib ini yang membuatkan belanja kahwin menjadi sangat mahal. RM 50 000 ke RM 200 000 dah menjadi biasa.
Kasihan pihak lelaki. Kalau mampu tak apalah. Kalau kerana nak majlis resepsi se gah majlis resepsi puteri raja, terpaksalah pihak lelaki menanggung beban. Kalau tidak sampai berhutang tak apa. Kalau sampai berhutang, berbaloikah?
Apa yang penting, kita mahu kehiduoan kita selepas berumah tangga jadi sangat gah, supaya keredhaaan Dia dapat kita capai. Kalau kehidupan berumahtangga jadi susah sebab hutang kawin atau tak cukup duit untuk menampung perbelanjaan disebabkan semua simpanan dah habis digunakan untuk majlis nikah dan resepsi, macamana nak bahagia? Macamana nak mencapai keredhaan Dia dalam berumahtangga?

November 20, 2011

GAMBAR PERNIKAHAN ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA AYOB

Salam you alls,
Ada sesiapa tak kenal Mr ZA? Mr Zahiril Adzim? Yang berlakon cerita Juvana, jadi juvana. Bekas student Aswara. Cerita pertama dia yang msred tengok, drama bersiri bertajuk Kami, lakonan bersama Liyana Jasmay dan Juliana Evans. Dalam cerita itu dia memegang watak sebagai drug dealer kecilan. Since then, msred memang suka dia, sebab lakonan dia superb.
Cerita kedua lakonan dia msred tengok Ghost, lakonan bersama Sheryl Samad. Tapi dalam cerita itu dia jadi extra saja. Then msred tengok movie pertama dia, Kami The Movie.
Hari ini 20.11.2011, Zahiril Adzim dan Shera Ayob selamat diijabkabulkab dengan sekali lafaz.
Zahiril Adzim mengenakan sepasang baju melayu putih dan Shera Ayob mengenakan kurung moden rekaan Hatta Dolmat, pereka terkenal Malaysia.
Sungguh sweet pasangan ini kan? Sama cantik sama padan. I like.... Congratulation to both of you. Muga kekal bahagia dan ceria selalu.

THE TWILIGHT SAGA BREAKING DOWN PART 1

Salam you alls,

Peminat tegar movie The Twillight Saga mesti sedang tunggu cerita The Twillight Saga Breaking Down Part 1 release 24 November ni kan? Ramai yang dah follow cerita ini dari mula lagi. Mesti tak sabar nak tunggu cerita ini release next week.



Mesti nak tahu apa akan jadi dengan perkahwinan Edward dan Bella? Betul ke baby mereka akan menjadi ancaman kepada Edward dan Bella? Selamatkah baby mereka dari dibunuh?

Agaknya berapa kutipan cerita ini di Malaysia nanti? Di US, The Twillight Saga Breaking Down Part 1 berjaya kutip USD 72 million pada hari pertama tayangan.

After coming in second all-time for highest midnight ticket sales with $30.25 million, the film went on to score a total of $72 million domestically yesterday, according to The Hollywood Reporter (more concrete numbers will be unveiled on Monday).

This puts Breaking Dawn - Part 1's opening day third on the list of highest opening day figures ever, following Harry Potter And The Deathly Hallows: Part II and The Twilight Saga: New Moon (which BD1 closely follows by a margin of less than one million).




Siapa nak pergi tengok?

- Posted using BlogPress from my iPad

November 18, 2011

TAK KESAL TINGGALKAN

Salam you alls,

Ramai diantara rakan blogger msred memegang status student, high school dan IPT. Seronok kan zaman belajar ni, especially zaman kolej, zaman Universiti. Seronok belajar sama kawan-kawan, lepak dengan kawan-kawan, shopping dengan kawan-kawan, belajar jadi matang dengan kawan-kawan. Happy sahaja tampa perlu terlalu memikirkan tanggungjawab selain dari sebagai pelajar.

Waktu ini kita bukan sahaja perlu belajar akademik, kita buat silap, belajar dari kesilapan dan grow wiser. We are allowed to make mistake in order to grow wiser. But please dont make any mistake twice.

Waktu ini kita enjoy, mula kenal cinta sama ada atas kemahuan atau tidak. Ada yang memilih untuk bercinta dan ada yang memilih untuk tangguhkan bercinta dulu. Mahu fokus pada study. But please choose wisely.

Kadang-kadang msred rindu nak balik zaman study dulu, seronok. Komitmen tak banyak dan berat macam sekarang, kepala kurang pening dan hati selalu happy saja.

Tapi msred tak pernah kesal tinggalkan zaman itu dan berada di mana msred berada sekarang. Sebab msred sangat happy dengan apa yang msred ada sekarang. My precious.... My life.


- Posted using BlogPress from my iPad

November 17, 2011

PUTUS CINTA, BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN

Salam you alls,


LELAKI

Hari break up....


Selepas seminggu...


Selepas sebulan....


PEREMPUAN



Hari break up....


Selepas seminggu....


Lepas sebulan....
Note : Benarkah?

November 16, 2011

THE ADVENTURES OF TINTIN

Salam you alls,

Ceritta action adventure arahan Steven Spielberg. Kisah mengenai pengembaraan Tintin, seorang wartawan dan Kapten Haddock mencari harta karun yang terpendam di dasar laut. Harta tersebut kepunyaan nenek moyang Kapten Haddock. Tapi, macam cerita pencarian harta karun yang lain, mesti ada bad guy yang sibuk cari harta yang sama. Twist nya cerita ini, kita akan sangka bad guy itu cari harta karun tersebut sebab nak kan harta. Tapi tak, ada sebab lain. Apa yang lain? Sila lah tengok sendiri.


Semalam pergi tengok dengan si kecik kiut Iffan dan Ian di TGV Sunway Pyramid. Personally, msred suka cerita ini. Mula-mula ingat meti cerita ini tak best sebab ingat ini cerita untuk budak. Tapi rasanya oarang yang lebih dewasa pun boleh tengok. It's a fun adventure. 3D pun cun. Tak rugi tengok.

Msred kasi 3  1/2 bintang berkelipan.

Note : Ticket ini adalah pemberian Nuffnang dan TGV Cinemas sempena Birthday msred hari itu. Dapat 4 ticket. Dua dah guna, tengok cerita The Things. Thanks again Nuffnang and TGV Cinemas.

THE ADVENTURES OF SI KECIK

Salam you alls,

Semalam msred cuti [ponteng kerja] dan bawa si kecik kiut Iffan dan Ian pergi Sunway Pyramid. Oleh sebab nak bawak si kecik kiut tengok cerita The Adventure of Tintin, msred pun sengaja pergi naik komuter, kononnya nak adventure lah.

Si kecik kiut Iffan, ini second time naik komuter. Ian ini first time lah. Teruja betul dia orang. Ian ashik tanya, bila tatapi nak sampai? Tatapi dalam bahasa Ian bermaksud, keretapi.
Stesen Komuter Shah Alam

Dalam komuter, si kecik kiut berdua diam saja. Tak tahulah nervous ke atau menghayati pemandangan dalam komuter dan di luar komuter.



Sampai di Stesen Komuter Subang Jaya, kebetulan ada bas pergi Sunway Pyramid. Tiba-tiba saja msred rasa nak bawa si kecik kiut naik bas sebab dia orang tak pernah naik bas. Biasalah, dia orang mestilah seronok, benda baru.


Sementara tunggu tayangan cerita The Adventure of TinTin pukul 2.3o pm, main di playground, then lunch dulu. 




Pukul 2.30 baru masuk wayang, lampu dah padam. Masuk merabalah dalam gelap tu cari kerusi. Nasib baik tak ada kejadian memalukan.
depan pintu cinema room.
Habis cerita, terus  balik. Masing-masing dah tak ada mood nak bergambar sebab kepenatan. Msred tanya si kecik kiut, best tak ceritanya? Dia orang kata, best sangat. Macam faham ceritanya, hheee....

Note : Seronok habiskan masa dengan anak-anak.

November 14, 2011

KAMU PUNCANYA

Salam you alls,

Msred ada banyak hobi masa lapang atau cara nak menghabiskan masa terluang. Masa zaman anak dara sweet msred menghabiskan masa terluang dan masa yang sepatutnya digunakan untuk study dengan aktiviti berikut....

1. Main PC games,PS2, game snake kat handphone, The Sims. Kadang-kadang pergi kedai game main race car dengan mr bf.

2. Baca novel. Masa sekolah suka baca novel cinta jiwang bila dah masuk U disebabkan main language nya BI, mula belajar baca novel BI dan jangan harap beli cerita cinta lagi. Cerita actioan, adventure pulak.

3. Menulis. Ya msred suka menulis sebab perasan daya imaginasi msred tinggi dan perasan msred tergolong dalam kaegori orang kreatif. Pembaca setia karya msred adalah mr bf itu pun sebab kena paksa baca lepas tu kena paksa cakap best.

4. Sangat suka tengok wayang. Duit PTPTN habis banyak sebab pergi tengok wayang tiap-tiap minggu, Hujung bulan saja makan maggi tiap hari dan bila balik rumah buat muka kesian kat mak.

5. Paling suka tidur petang lepas lunch sebab time ni memang mata masyaAllah berat gila tak tahu berapa ekor setan bergayut. Itu sebab suka ambil kelas pagi je tak suka kelas petang.

Tapi bila dah ada korang bertiga ni, masa msred nak buat semua aktiviti kegemaran ini jadi terbatas. Ashik melayan korang saja. Kadang-kadang rindu jugak nak jadi anak dara balik supaya boleh buat sesuka hati dengan masa kita. 

Tapi entah kenapa, walau macamana packnya jadual harian msred dengan aktiviti wajib msred buat, menguruskan korang bertiga, msred tak akan tukar korang bertiga dengan apa keadaan sekali pun. Msred tetap rasa macam nak mati kalau korang bertiga tak ada. Magic la korang ni. Sayang sangat kat korang.


Note : Iffan, Ian, Iman.... I will always treasure you. 

BOSAN FACEBOOK? LAYAN FACEFOOD PULAK

Salam you alls,

Kalau sesiapa tahu kat mana Restaurant ini, bagitahu lah msred. Boleh pergi lepak sini makan waffle ( ye la tu). Rasanya bukan di Malaysia ni.

November 13, 2011

DIA REQUEST MEE KICAP LA

Salam you alls,
Hari Ahad, har bermalasan. Msred sengaja biar si kecik kiut bertiga bangun lambat sebab msred nak melayan mata yang ngantuk melampau hari ini. Bila bangun saja, msred tanya si kecik kiut nak breakfast apa? Iffan cakap, nak makan mee kicap. Ian pun nak makan min ( min=mee dalam bahasa toddler).

Untuk tidak menghampakan si kecik kiut, maka msred pun masaklah mee kicap. Msred suka masak mee guna pasta (yang biasa orang buat spagheti tu) daripada mee kasar yang biasa tu sebab, pasta lebih berkhasiat dari mee kasar biasa.

Mula-mula rebus pasta selama 10 minit, toskan. Tumis bawang putih, bawang merah, sos tiram dan sedikit serbuk belacan. Then masukkan pasta tadi. Masukkan secawan air, kacau. Bila dah nak masak msred masukkan sedikit tepung jagung yang dah dicampur air. Kacau kejap, then angkat. Dah masak. Senang kan? Ini lah hasilnya.

Lauk yang paling simple tapi sangat digemari si kecik kiut dan termasuk msred jugak, telur goreng.


Note : Rasanya sedap sangat sampai menjilat sudu. Percaya tak? Ngehehee.....

November 11, 2011

SAYA PUN TAK INGAT NAMA AWAK

Salam you alls,

Funny saying : Dont worry, i forget your name too.

Pernah tak jumpa kawan lama yang dah lama kita tak jumpa. Kita ingat nama dia tapi dia lupa nama kita. Rasa kecil hati tak? Ada yang tak kisah tak rasa kecil hati pun, ada yang rasa kecil hati. Kita ingat nama dia dia tak ingat nama kita.

Lain kali kalau jadi macam ni, kita buat-buat lupa nama dia dan kita cakap kat dia.... "Dont worry. Saya pun tak ingat nama awak." dengan nada sinis.

Sebenarnya nak cerita pasal kejadian seumpama ini yang berlaku pada msred. Tapi the other way around. Msred yang tak ingat nama dia.

Ada pernah sekali terjumpa kawan masa sekolah yang dah lebih 10 tahun tak jumpa. Msred tahu msred kenal dia. Msred ingat dia tapi kepala otak msred waktu tu betul-betul tak boleh nak recall nama dia. Yang buat stress tu dia ingat nama msred. Borak-borak kejap. Tiba-tiba msred dapat idea.

Msred buat-buat tanya apa nama facebook dia. Nasib baik dia jawab,

" Nama penuh aku la, ( dia pun sebut nama dia )."

Ngehheeee.... Dah ingat balik dah nama dia. Nasib baik lah dia tak tahu msred lupa nama dia. Kalau tak mesti dia kecik hati.

Note : Erk.... Betul ke dia tak perasan yang msred tak ingat nama dia? Macamana kalau sebenarnya dia perasan msred tak ingat nama dia?

TARIKH KERAMAT

Salam you alls,

11.11.11

Hari ini ada 3 orang kenalan msred yang akan bernikah dan ada seorang yang buat majlis resepsi. Hari ini juga ada ramai yang lagi pasangan yang akan bernikah dan buat majlis resepsi mereka.

Berebut orang nak buat majlis hari ini, 11.11.11. Siapa nak buat majlis resepsi kat rumah sahaja, kenalah cek kalau ada jiran-jiran dekat yang buat majlis resepsi hari ini juga. Ye la, nanti susah pulak jiran nak datang kalau ada 2 3 resepsi di tempat yang sama dan waktu yang sama.

Yang nak buat majlis resepsi kat hotel, memang kena tempah awal-awal sebab ramai yang nak tarikh ini untuk majlis resepsi mereka. Mesti ada yang kena berebut. Agaknya bayaran resepsi untuk tarikh hari ini jadi mahal sikit kot.

Pada yang tak dapat buat majlis hari ini 11.11.11 sebab hotel dan dewan dah penuh time dia orang nak tempah hari itu, pilihan kedua adalah tarikh 20.11.11. Ada juga kenalan msred adakan majlis nikah dan resepsi mereka pada tarikh 20.11.11. Dan ada ramai pasangan lain yang turut sama buat majlis pada 20.11.11.

Best juga kalau nikah atau resepsi kita dapat buat pada tarikh cantik macam ni. Tapi competition banyak.

Note : Ada tak orang plan nak melahirkan baby dia hari ini, 11.11.11?

November 10, 2011

DAH BAGITAHU DIA BELUM?

Salam you alls,

Cuba you alls list kan orang kesayangan you alls. Tak kisahlah siapa. Mak, abah, siblings, friends, BFF, husband, wife. Siapa yang betul-betul kita sayang, yang memang penting dalam hidup kita. Kira macam kalau dia orang tak ada dalam hidup kita, rasa macam tak sempurna. Macam kurang best.

Dah list kan? Listkan kat dalam hati saja cukup. Dah siap?

Hari ini atau minggu ini, dah bagitahu orang kesayangan kita ni yang kita sayangkan dia? Mesti bagitahu kat pasangan saja kan? Mak abah dah bagitahu? Siblings?

Bagitahulah pasangan kita yang kita sayangkan dia, eratkan hubungan.

Bagitahulah mak abah kita sayangkan dia, biar dia tersenyum, senang hati mak abah.

Bagitahulah adik beradik kita sayangkan dia, biar kekal kemesraan.

Bagitahulah BFF dan kawan kita sayangkan dia, biar dia rasa berbaloi sayangkan kita.

Lepas kita cakap sayang kan dia orang, kita tunjukkan dengan perbuatan pulak. Biar ada keyakinan dalam hati mereka yang kita memang betul sayangkan mereka. Buatlah selalu, cakap dan tunjukkan sayangkan kita pada mereka. Berbaloi. Betul berbaloi.

Note : Pada Dia, dah tunjukkan kita sayang kan Dia?

MACAMANA NAK BASUH BRA

Salam you alls,

[ ENTRI UNTUK GIRLZ ]

Dalam entri kali ini msred nak share tips nak make sure bra kita tak rosak kalau kita basuh guna washing machine.

Mula-mula ketatkan strap bra supaya tak tersimpul dalam washing machine waktu kita basuh. Lepas tu sebelum masukkan dalam washing machine, masukkan bra dalam washing net macam dalam gambar bawah ini. Ini dapat mengurangkan preasure pada bra pad dan dapat mengekalkan bentuk bra yang ada pad.

google
Kalau kita basuk bra yang ada material lembut nacam satin ke, kalau taknak kain satin tu rosak cepat, set kan washing mode pada 'Delicate' cleaning. Tapi yang ini msred malas sikit buat sebab tak banyak pun kain yang delicate.

Kalu kita beli bra mahal-mahal macam kat La Senza, kena lah jaga supaya tahan lama, kan?


BILA TIDUR SORANG LAGI

Salam you alls,

Dulu masa muda-muda, masa belum kahwin, di rumah mak msred ada bilik sendiri. Tidur sorang-sorang queen size bed.

Habit, suka ada banyak bantal. Walaupun tidur sorang, msred suka kalau ada banyak bantal atas katil. Satu letak belah kanan, letak belah kiri. Kat kaki pun ada. Senang nak peluk-peluk bantal. Pusing kanan ada bantal nak dipeluk, pusing kiri pun ada bantal nak dipeluk. Kaki suka letak atas bantal. Kadang siap letak stuffed toys lagi, patung tiger kesayangan msred.

Entah apa yang best pun tahu. Tapi memang rasa selesa kalau ada banyak bantal. Tapi yang pelik, kat kepala tak suka letak bantal. Tak suka tidur kepala tinggi, nanti berdengkur. Ngeheeee....

Lagi satu habit, kaki mesti nak goyang-goyang. Mesti nak goyang, kalau tak, tak boleh lelap (Over kan?).

Tapi bila dah kahwin, dah tidur berdua, mr bf tak kasi letak bantal banyak-banyak atas katil. Dia cakap, kalau terasa nak peluk sesuatu peluk je dia. Hahahaaa..... Malu-malu kucing pulak bila dengar dia cakap cam tu.

Apa habit you alls bila tidur atau bila nak tidur ke?

November 09, 2011

TANDA KEMATANGAN KITA

Salam you alls,

So, kesimpulannya anda sudah matang ke belum?

November 08, 2011

BILA TIDUR SORANG

Salam you alls,

Msred tak suka tidur sorang-sorang waktu malam. Bukan sebab sunyi ke atau yang seumpamanya. Msred ni penakut melampau.

Tuntutan kerja mr bf selalu membuatkan msred kena tidur sorang malam-malam. Tak suka. Msred takut hantu, takut perompak, takut perogol, takut ular, takut macam-macamlah.

Asal kena tidur sorang je mula la fikir bukan-bukan, fikir yang menakutkan. Mula lah terbayang macam-macam dan segala macam bunyi mulalah bermain di telinga msred. Bunyi jiran buka pagar rumah dia pun msred dengar macam ada orang nak pecah rumah msred.

Kalau kena tidur sorang selalu tak dapat lena betul-betul. Ashik terjaga je. Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi. Semua mimpi yang menakutkan. Bila dapat mimpi yang buat msred rasa takut, msred mesti bangun pasang lampu. Taknak tutup dah sampai pagi. Kalau mr bf balik time msred tidur tengok lampu menyala, dia tau dah. Tadi msred mesti mimpi menakutkan.

Kesimpulannya, tak suka tidur sorang waktu malam. Maka si kecik kiut Iffan akan di ajak teman msred tidur. Ngeheee..... Patutnya mama temankan anak tidur, ni anak pulak teman mama tidur.

SURAT UNTUK DIRI SENDIRI

That which will not kill you.... Will only make you stonger.
Friedrich Nietzche

Setiap kita yang hidup ini mesti ada ujian untuk kita disediakan oleh Dia. Bila kita diuji janganlah ada rasa marah atau putus asa. Tempuhlah dengan tabah dan sabar. Jadikanlah ujian itu sebagai penguat semangat dan jangan sampai ia menumpulkan semangat dan kepercayaan kita.

Jangan benarkan rintangan membunuh jiwa kita, sebaliknya pastikan ia dapat membuatkan kita jadi lebih kuat untuk menempuh rintangan lain yang mendatang.

This is a note to myself...... I want to be as soft as a wind, as strong as a wind.

- Posted using BlogPress from my iPad

CARA PAKAI TONER YANG BETUL

Salam you alls,

Setiap malam sebelum tidur, kita mesti ada rutin kita sendiri kan? Ramai yang rajin follow rutin yang dia dah tetapkan. Ada juga yang kadang-kadang ikut, kadang-kadang tak. Bila dah penat sangat, terus tidur.




Rutin msred sebelum tidur lepas semua kerja rumah dah settle, biasalah.


1. Gosok gigi.... Kadang-kadang flos, tapi selalunya tak.
2. Cuci muka.... Kenalah nanti naik jerawat pulak.
3. Toner.... Sebab muka berminyak, memang kena pakai toner....
4. Creame malam.... Nak bagi lambat nampak tua, tepek banyak-banyak.... Hheeee
5. Mesti nak sembur minyak wangi.... Tapi sebab nak bawa tidur je, pakai yang murah je...
6. Bismillah..... Tidur...heaven betul....



Sebenarnya nak cerita pasal toner je. Nak bagi tips macamana nak pakai toner dengan cara yang betul. Ramai yang tak tahu cara pakai toner yang betul terutamanya adik-adik yang baru belajar nak pakai toner.

Cara nak pakai toner.... Selepas cuci muka dengan bersih, tuangkan beberapa titik toner atas kapas muka. Ramai yang sapu kapas bersama toner tu kat kulit muka. Siap sapu kuat-kuat lagi. Cara ini tak digalakkan terutamanya pada muka yang berminyak dan senang naik jerawat. Sebab cara ni akan buat kulit muka lagi berminyak. Fungsi toner pun untuk menutup liang roma yang terbuka masa kita cuci muka. Bukan nak bersihkan muka. Kapas tu kita cuma dab je kat kulit muka, bukan sapu kuat-kuat. Just tenyeh-tenyeh kat muka tak perlu kuat-kuat. Sebelum pakai cream tunggu sekejap sampai toner tu betul-betul meresap ke dalam kulit, then baru sapu Cream.

Kadang-kadang Msred pun bila time penat gila cuma buat step 1 dan 2 lepas tu terus step 6. Tapi jarang skip rutin ni. Selalunya mesti buat. nak cun kenalah rajin kan?




November 07, 2011

SEDAP BETUL LAUK LUNCH HARI NI

Salam you alls,

Hari kedua hari raya Aidiladha. Disebabkan pagi tadi kena menyelesaikan satu urusan rasmi, pagi dah keluar lewat tengahari baru balik. Penat sangat nak masak tengahari. Nak keluar pergi beli lunch pun dah malas. Dengan sepantas kilat msred pun masaklah nasi dan lauk emergency nak cepat siap.

Waktu makan dengan si kecik kiut Iffan dan Ian, Iffan tak berhenti puji....

" Hari ni mama masak sedaplah."

Selang seminit Iffan puji lagi....

" Ermmm... Sedapnya lauk ni."

Kembang kempis hidung msred menahan gelak bila dengar Iffan puji masakan msred. Bukan bangga, tapi kelakar sebab......

Taaaadaa....... Ni lah masakan msred yang si kecik kiut Iffan suka sangat tu....

Google

Telur goreng. Ngehehee.... Kenapa budak kecik suka makan nasi, telur goreng dengan kicap?

November 06, 2011

BERKORBANLAH UNTUK SALING MENYAYANGI

Salam you alls,

Ibadah korban jika diniatkan semata-mata kerana Allah akan diberi ganjaran yang banyak termasuk yang cuma diketahui oleh Allah SWT. Banyak kebaikan ibadah korban ini. Kalaulah masyarakat kita suka berkorban kerana Allah dan sentiasa berkorban selagi mampu, insyaAllah akan lahirlah masyarakat yang penyayang dan rapat hubungannya. Akan terhapuslah masyarakat yang pentingkan diri sendiri dan penindasan sesama insan. Akan berbahagialah ahli masyarakat itu. Nikmat kan?

Selamat hari raya Aidiladha dari msred dan mr bf, si kecik kiut Iffan Daniel, Ian Syamie dan Iman Zary Haqimie.

November 05, 2011

NENEK KEPADA 4 CUCU LUPA ESOK RAYA

Salam you alls,

Nenek kepada empat orang cucu ni pergilah pasar tani hajat di hati nak beli lauk segar. Bila sampai pasar tani, dilihatnya ramai sungguh manusia yang datang untuk membeli bahan untuk memasak. Lebih ramai dari biasa. Di gerai menjual daging ada yang beratur untuk beli daging. Hari sudah mula panas.

Nenek itu berkata dalam hati...

" Lain harilah aku pergi pasar beli lauk. Malas rasanya nak bersesak dengan orang ramai kat pasar ni. Dahlah hari dah panas."

Maka nenek itu pun baliklah. Di rumah dia bercerita pada anak-anaknya tentang ramainya orang di pasar tadi, ramai dari biasa. Diceritakn juga yang dia malas nak bersesak di pasar lalu mengambil keputuan nak pergi pasar beli lauk hari lain saja.

Nenek itu berkata dihujung ceritanya...

" Kenapalah agaknya tiba-tiba hari ini ramai betul orang dekat pasar tu?"

" Ye lah. Ramai orang nak beli daging nak buat rendang. Esok kan raya." anaknya cakap.

"Hah! Esok raya? Alamak, mak  lupalah esok raya haji. Ya Allah, macamana mak boleh lupa ni. Habislah. Mak tak beli daging lagi ni nak buat rendang."

Nenek kepada empat cucu itu mula mengelabah.

Anaknya terkejut. Ada ke orang terlupa esok nak raya?

Inilah pertama kali seumur hidup msred jumpa orang lupa esok nak raya, esok nak raya Aidiladha. Dapatkah nenek itu dan keluarganya makan rendang daging esok? Just wait and see.

Note : Nenek itu merupakan nenek kepada anak-anak msred.

THANK YOU TO LA SENZA AND NUFFNANG

Salam you alls,

Dah lama blog msredcheesecake ni sunyi daripada kehadiran CPM campaign. Bila tengok kat Nuffnang, tiba-tiba perasan ada satu CPM campaign yang akan menghasilkan BE bila dah habis campaign tu nanti. 

CPM dari La Senza Malaysia. Thank You very much La Senza for this campaign.



Suka sangat dapat iklan La Senza sebab msred memang suka product dia dari muda-muda dulu sebelum kawin sampailah sekarang ni masih suka lagi especially dia punya lingerie dan Pj's dia. Trendy and comfy. Best.

Thanks again Nuffnang and La Senza. Love and hugs.

November 04, 2011

HAJAH MSRED, ALIM KE?

Salam you alls,

Tadi hari Jumaat, buat pertama kalinya msred ke pejabat memakai sepasang jubah hitam dan pashmina merah. Pertama kali seumur hidup msred pergi pejabat pakai jubah. Dan ini kali kedua msred pakai jubah.

Inilah rupa msred dan jubah serta pashmina. Ok tak?

Mesti you all cakap ok. Hheee.....

Adik-adik di pejabat msred memberikan pelbagai komen bila pertama kali melihat msred pakai jubah. Ada 3 komen yang popular.(takleh blah, hheeee)......

'akak macam hajah lah.'

'akak nampak macam orang alim la.'

'akak macam orang arab la.'

Untuk pengetahuan you alls, memang msred dah agak adik-adik kat pejabat mesti terkejut tengok msred pakai jubah. Maklumlah first time. Tapi ketiga-tiga komen di atas memang msred tak sangka langsung akan msred terima dari adik-adik msred kat pejabat. Paling tak boleh blah, yang cakap msred nampak macam orang alim tu. Jauh sangat lagi nak sampai ketahap itu.

IHDINAS SIRATAL MUSTAQIM

Salam tou alls,

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Sepanjang umur kita, berapa kali kita terpaksa membuat pilihan terbaik antara pelbagai pilian? Berapa kali kita berhenti sejenak disimpang jalan menimbang jalan mana yang terbaik? Adakah pilihan kita dibuat berlandaskan panduan yang Dia telah tetapkan?

Sepanjang umur kita, berapa kali kita tersilap pilih jalan? Berapa kali kita mengakui kesilapan kita itu? Berapa kali kita sedar dan ambil iktibar supaya kesilapan serupa tak berulang?

Bila keputusan telah dibuat untuk sentiasa memilih jalan mendekati Dia, berhati-hatilah membuat pilihan agar kita sentiasa bertambah dekat dengan Dia. Jangan semakin lama hidup, kita semakin menjauhi Dia. Rugilah kita.

November 03, 2011

CIK GADIS UNGU, SILA BACA

Salam you alls,

Tag game yang melibatkan 11 soalan hari tu belum berakhir, Kali ni Cik Gadis Ungu pulak nak tanya soalan berikut...

1. Nama panggilan dalam family.
Mama... hheeee.

2. Kerja di mana?
Jabatan Perangkaan ....

3. Apa yang buat bangga dengan diri sendiri?
Suka berbaik dengan semua orang termasuk yang tak suka msred.

4. Make up wajib pakai?
Foundation dan lip gloss.

5. Artis kegemaran?
Zahiril Adzim, Liyana Jasmay.

6. Nak kawen umo bape?
Nak kawen umur 22 tapi lambat laku, umur 27 baru ada orang pinang. Hhheee

7. Tempat nak sangat pegi?
Disneyland Jepun.

8. Insan paling disayangi.
My mom, mr bf dan anak2.

9. Jenis orang macamana?
Penyabar, tak suka gaduh dan stress...

10. Rupa paras penting ke?
Penting, tapi bukan paling penting.

Thanks Cik Gadis Ungu sudi tag msred. Thanks pada yang sudi tag msred yea. Tag yang sebelum ni ada kat sini.

November 02, 2011

KENAPA KITA JATUH CINTA?

Salam you alls,

Kalau orang tanya kita, kenapa kita jatuh cinta? Apa yang buat kita suka kat pasangan kita tu? Boleh jawab tak? Kalau boleh jawab, apa jawapannya? Kenapa ada rasa cinta kat pasangan kita tu?

Kalau tanya msred kenapa msred jatuh cinta dengan mr bf, msred selalu jawab, 'Entah. Tak tahulah.'

Memang tak tahu kenapa. Nak kata dia hensem, biasa je. Nak kata kaya pun tak. Berpangkat? Pun tak juga. Nak kata pandai, msred lagi pandai dari dia. Kelakar? Pun msred lagi kelakar dari dia.

Tak tahu keistimewaan dia yang mana yang buat msred terpikat kat mr bf. Tapi kat mata msred, dialah lelaki paling best, paling hensem dan paling pandai. Kalau orang lain pandang tak hensem, msred pandang hensem je.

Orang kata, kalau dah suka tempang pun kita nampak hensem. Betul ke?

Orang juga pernah tanya, perlu ke ada sebab untuk jatuh cinta?

- Posted using BlogPress from my iPad

November 01, 2011

BILA DITANYA SAYA AKAN JAWAB

Salam you alls,


Di tag oleh Cik Hira, Cik Kartun dan Cik Kotak Bulat untuk menjawab 11 soalan. Msred tak dapat kesan mana asal tag game ini, tapi tak kisah, join gak sebab interesting. Siapa nak tahu rahsia msred, sinilah ianya tertulis. Hhheeee..


Syarat tag game ini adalah...


1. You must post these rules
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No tag backs.
7. No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you're reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.


Mengenai msred...
1. msred cuma nama maya
2. separuh baju msred dalam almari kaler merah
3. claustrophobic
4. belajar berenang tapi tak lulus sebab takut air
5. tak suka nombor
6. cheese lover
7. suka cerita horror dan action
8. pernah bela syrian hamster
9. pernah kena gigit dengan syrian hamster, kena ambil injection untuk elakkan jangkitan
10. darah jenis o+, darah donnor
11. tak pernah derma darah, penakut.



Cik Hira tanya sebelas soalan ni....
1. Ada teman istimewa? Kenal dimana?
Ada sorang. Ngegeheee.... kenal kat sekolah menengah kat shah alam.

2. Perkara lucu yang pernah dibuat?
Pertama kali pergi rsya haji kat rumah mak mertua pakai jeans dan t shirt. Semua orang pakai baju kurung. Masa tu raya haji dekat dengan Christmas. Msred kena perli, sambut raya haji ke Christmas ni....malu. Ada yang lagi malu, tamau citer.


3. Majlis perkahwinan impian?
Dah buat sebelum ni. Tak kisah sangat majlis macamana, janji ikut syarat.

4. Perkara yang nak sangat buat tapi tak ada peluang?
Nak join advertising company.

5. 5 benda kesayangan?
Handphone, digital camera, i pad, my memories and my loved ones trust.

6. Blog Cik Hira perlukan perubahan ke?
Honestly, msred suka blog Cik Hira yang ringan dan tak penuh dengan widget yang tak perlu. Header kot kasi cute lagi.

7. Perkara paling sweet pernah bagi or buat untuk pasangan?
Present yang boleh bukak hanya lepas sembilan bulan sahaja.

8. Impian yang masih belum tercapai?
Berada di landasan yang betul, seperti yang Dia kehendaki.

9. Pengguna talian apa?
Celcom.

10. Suka kanak-kanak?
Suka sangat, pernah berangan nak buka nursery.

11. Something to say to Cik Hira after being tagged?
Thanks sudi tag msred. Teruja. Seronok rasanya jawab soalan ini, rasa macam artis kena interview pulak. Hehheee...


Cik Kartun tanya 11 soalan ini pulak,
1. Asal mana?
Selangor

2. Anak nombor berapa?
Sulung.

3. Nama panggilan di rumah?
Mama... ngeheee

4. Status?
Married.

5. Nama manja panggilan pasangan?
Tak ada nama manja...

6. Hadiah paling bermakna dari pasangan?
Cincin kahwin.

7. Perkara tak boleh dilupakan?
Tukar status dari cik ke Puan, then ke mama.

8. Perkara negatif dan positif dalam diri?
Positif, tak suka bermusuh atau bergaduh. Negatif, hard to trust others.

9. Kalau putus dengan pasangan, akan berhubung baik?
Harap tak lah, kalau putus juga, tak mahu bermusuh. Tak ada faedah.

10. Buat ape kalau kecewa?
Makan.

11. Sahabat suka dan duka?
Tak ada bff.

Cik Kotak Bulat tanya ini pulak..
1. Satu perkataan gambarkan blog KB?
Panda?

2. Pendapat tentang entry KB?
Interesting.

3. Percaya tak iklan sabun kat TV?
Percaya seadanya...

4. Maharaja lawak mega tak best?
Msred tak tengok pun... tak tahu lah best ke tak.

5. Kalau kena hidup kat pulau seumur hidup, 3 benda yang akan dibawa?
Sorang je ke KB? Msred tak boleh tinggalkan anak2. Mati msred nanti.

6. Tips dapat ramai follower?
Msred tak ada tips. Msred cuma join segmen atau contest je. Entri kena memenuhi citarasa target reader.

7. Berapa lama nak recover dari frust bercinta?
Msred tak pernah rasa frust bercinta.

8. Pernah jatuh cinta, minat rakan blogger? 
Jatuh cinta tak pernah, minat ada...

9. KB sombong?
Dengan msred tak ada pulak rasa sombong. Ok je.

10. Pernah kencing dalam seluar? 
Pernah...

11. Income Nuffnang sekarang?
< RM 1000.... ngeheheee. Ngada la KB ni...

Soalan untuk mereka yang msred tag....
1. Perkataan atau ayat yang sering anda gunakan?
2. Anda jenis left brain atau right brain?
3. Adakah anda seorang yang setia?
4. Describe yourself in 3 words?
5. Coffee? Tea? Or Milo? Which one is you?
6. Apa perkara paling buruk sekiranya pasangan anda lakukan yang boleh buatkan anda terus tinggalkan dia?
7. What is your worst nightmare?
8. Sehari berapa kali anda gosok gigi?
9. Adakah anda addicted to something? Apa dia?
10. Movie yang paling tak best?
11. If you decide to join this tagging game, why?

Sekarang, msred nak tag...
Zahidah, Queen Teratai, Pendamba mawar, teratak hati, Eyqa, Era kecik, Arelan, Cik Aja, Cik Mimie, Cik Zana, Cik Ayu.  Have fun you alls.

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno