October 28, 2011

NIAT NAK MENGELAK ZINA

Salam you alls,

Seronok kawen ni. Semua orang nak kahwin. Hampir semua orang suka sangat kahwin. Happy betul kalau dapat kahwin. Baguslah. Rasul kita pun suruh kita kahwin. Eloklah kalau kita kahwin. Dapat menyambung zuriat.

Apa niat kita nak kahwin? Nak dapat anak? Nak hidup bersama dengan orang yang kita cinta? Nak bina keluarga? Nak menghalalkan yang haram?

Ada macam-maca sebab kita kahwin. Tapi kebelakangan ini, alasan popular pasangan muda terutamanya, untuk berkahwin adalah untuk mengelakkan zina. Daripada kita lakukan maksiat, lebih baik kita kahwin.

Ada juga yang belum cukup duit nak buat kenduri kahwin, minta keluarga cepatkan majlis kahwin dengan cara sederhana. Lebih baik dicepatkan daripada ditangguh sebab takut kalau dilambatkan boleh mengundang zina.

Niat berkahwin awal untuk mengelakkan zina ini bagus. Baik niat tu. Tapi biarlah itu bukan niat utama atau satu-satunya niat berkahwin.

Cuba bayangkan kalau kita berkahwin cuma kerana nak elakkan zina. Akan tercapaikah matlamat perkahwinan dalam Islam yang lain? Kalau niat berkawin pun sebab nak cepat-cepat menghalalkan seks, akan terpeliharakah tujuan utama Islam menyuruh kita berkahwin agar dapat kemuliaan dari Islam dari perkahwinan? Alhamdulillah, bila kita berkahwin, seks jadi halal. Tapi kejarlah juga matlamat lain perkahwinan menurut Islam. Jangan sebab nak menghalalkan seks sahaja.

Matlamat perkahwinan menurut Islam
1. Mendapat kemuliaan dari Islam dengan perkahwinan
2. Mencari ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan
3. Perkahwinan menyempurnakan Iman
4. Meletak syahwat ditempat yang halal
5. Membina generasi yang gemilang

Cuba check matlamat perkahwinan dalam Islam. Sama tak dengan matlamat kita berkahwin atau nak berkahwin?

- Posted using BlogPress from my iPad

October 27, 2011

JANGAN BUAT TAK NAMPAK

Salam you alls,

Rasanya kita semua tahu apa tanda-tanda cinta pasangan kita dah berkurangan atau dah beralih arah kan? Tanda-tanda biasa termasuklah bila kita call selalu tak angkat. Bila kita sms tak berbalas, kalau berbalas pun pendek-pendek je. Bila ajak dating selalu kata busy lah, kereta rosaklah, malaslah, tak sihatlah. Bila kita cakap dia ashik nak marah-marah je. Dia mula hilang-hilang tak dapat dikesan dimana keberadaan dia. Kalau nak jawab call depan kita suka sorok-sorok dan mengelabah semacam.

Rasanya kita semua boleh nampak tanda-tanda ni dan boleh faham kenapa pasangan kita tiba-tiba berperangai tak sama macam dulu. Persoalannya, kenapa ramai diantara kita suka buat-buat tak nampak, ignore hint yang sangat terang ni dan terus berharap pada cinta yang dah berubah? Kenapa kita masih berharap agar semua kekalutan ini berlalu dan kembali macam biasa, macam masa mula-mula bercinta dulu?

Denial. Hati kita menolak apa yang akal cuba bagitahu kita yang cinta pasangan kita dah mula berubah. Kita ignore semua hint-hint ini sebab kita mahu mengelak perpisahan. Kita tahu betapa pahitnya perpisahan dan kita menolak untuk menempuhnya. Maka kita terus buat-buat tak nampak apa yang berlaku dengan harapan ianya akan berlalu dan selesai sendiri. Wajarkah kita terus seksa hati kita dan hati pasangan kita itu?

Pahit, pedih. Pasti akan kita rasa bila berpisah. Risiko bercinta. Tabahlah hadapi. Jatuh tak apa tapi kita mesti bangun semula. Kalau benar cinta sudah tiada, lepaskan dia dari hati kita, biar dia pergi. Maafkan dia dan jangan ada dendam. Biarkan dia pergi.

October 26, 2011

JIRAN SAYA MEMANG AMBIL BERAT BILA....

Salam you alls,

Time ni lah jiran saya amat ambil berat tentang saya. Time macam ni lah.

Jiran saya memang ambil berat bila....

1. Ada lelaki datang naik motor rumah time husband dia tak ada rumah pergi kerja, sangka mesti ni boyfriend gelap dia...... Padahal itu cousin dia dan husband dia tahu cousin dia nak datang.

2. Time kereta kena tarik kat depan rumah dengan tow truck, sebok tanya kenapa kereta kena tarik, dah berapa bulan tak bayar? ..... Padahal kereta rosak teruk enjinnya tarik nak bawa ke bengkel.

3. Bila kita nak renovate rumah, sebok tanya nak buat macamana, besar ke tak? Kalau besar sampai ke tepi pagar senang nak report kat Majlis Badaran biar kita kena saman sebab tak dapat kelulusan.... Padahal hari tu dah dapat kelulusan dah.

4. Bila terdengar bunyi bising dari rumah, sebok tanya bergaduh laki bini ke, kenapa bergaduh? ...... Rupa-rupanya handphone isteri dia hilang, sebok bising-bising cari handphone je.

5. Bila polis datang rumah mula sebok tanya-tanya kenapa ada polis tu, siapa yang kena tangkap? ..... Padahal polis datang sebab tadi buat report semalam rumah kena pecah pencuri.

Tapi yang peliknya, kenapa bila anak dia tak ada kat rumah sebulan sebab sedang bertarung dengan penyakit di hospital tak ada jiran yang perasan dan jangan harap ada yang tahu anak dia sakit teruk? Kenapa tak ada seorang jiran pun yang tahu?

Note : Berdasarkan pemerhatian, bukan pengalaman sendiri.

- Posted using BlogPress from my iPad

October 25, 2011

LEBIH BAIK REDHA DARI PASRAH

Salam you alls,

Bila kita diturunkan ujian oleh Nya, kita dikehendaki redha dengan ketentuannya Nya. Benar-benar redha dan menerima apa saja nikmat dan musibah dari Nya dengan rasa senang dan tidak ada rasa putus asa atau kesal.

Tak ramai diantara kita yang mampu redha sepenuhnya menerima musibah yang datang. Walau pun ramai yang mengatakan kita redha, tapi hati tak sepenuhnya menerima dengan senang. Kita cuma pasrah terima ujian tersebut.

Redha dan pasrah ini berbeza.

Redha itu apabila kita tidak mempersoalkan, 'kenapa' kita ...... , 'Macamana kalau' kita..... setiap kali didatangi ujian. Kita terima dengan senang ujian untuk kita dan kita hadapi dengan baik.

Pasrah itu bila kita terima tapi masih mempersoalkan 'kenapa' dan 'macamana kalau' dan masih menangisi nasib malang yang menimpa. Kita terima tapi tidak memaafkan sepenuhnya sesiapa yang menyakiti kita. Kadang-kadang dimulut kita kata redha tapi jauh disudut hati kita rasa kesal dan menangis. Pasrah.

Cuba renungkan. Betul ke setiap kali mulut kita kata redha, hati kita juga redha? Atau hati kita cuma pasrah, terpaksa menerima sahaja apa yang telah ditentukan?

October 24, 2011

SAYA MINTA MAAF

Salam you alls,

Baru pagi tadi post entry yang mengembirakan hati msred bila follower blog msredcheeecake ini dah ada follower yang ke 666, di sini.

Tengahari buka blog tengok follower dah jadi 665. Maknanya ada follower yang unfollow blog msredcheesecake ini pagi tadi. Kalau si dia unfollow sebab dah memang tak nak follow blog ini, tak apalah. Tak ada paksaan. Tapi kalau si dia unfollow sebab tanpa sengaja msred menyinggung perasaan dia, msred  minta maaf yea.

Sebelum ini pun msred perasan ada yang unfollow blog msredcheesecake ini. Pada mereka pun msred nak minta maaf kalau ada yang tersinggung atau terkecil hati dengan msred. Tak ada niat nak kecilkan hati sesiapa.Minta maaf yea.

Dan pada blogger-blogger lain samada follower, silent reader atau sekadar singgah blogwalking ke sini, kalau ada yang terasa hati, msred minta maaf yea.

HAWA TAK SUKA ORANG BELI TIKET SPOT TOTO

Salam you alls,

Spot toto? Memang best kalau kita beli, menang first prize yang juta-juta tu. Boleh jadi gila tengok kosong banyak sangat tertulis kat cek yang bakal kita cash kan. Kadang-kadang, ada yang jadi gila sebelum sempat dia belanja sakan duit kemenangan dia tu. Kesian. Dah menang, gila pulak. Last-last tak dapat jugak jadi kaya.

Belum apa-apa tuhan dah tunjuk keburukan nombor ekor. Banyak keburukannya, namanya pun haram. Tapi kenapa masih ramai yang rasa seronok bila beli nombor ekor ni? Melayu Islam pulak tu.

Cik Hawa Ahmady tak suka ok orang yang beli nombor ekor ni. Awek cun ni, kalau ada sesiapa yang nak takel buat perangai elok-elok sikit. Jauhkan segala yang haram tu termasuk nombor ekor. Cik Hawa jugak tak suka perokok.

Tadi baca entry dia. Kat sini la, kat tempat Cik Hawa Ahmady.




Cik Hawa tak beli nombor ekor, cuma dia pemegang nombor 666 sebagai follower bolg msredcheesecake ini. Welcome to the club Cik Hawa.

Note : Msred pun tak suka pembeli nombor ekor. Benci. Wek....

- Posted using BlogPress from my iPad

October 21, 2011

DAH SEPULUH TAHUN BERSAMA

Salam you alls,

Jaket jeans dah berumur 10 tahun. Dah sepuluh tahun berada dalam simpanan msred. Sangat sayang nak buang.


Msred beli masa study kat universiti dulu. Buat pakai pergi kelas. Kalau rasa baju yang msred pakai tu seksi sangat nak pergi kelas, msred sarungkan jaket ni. Kalau rasa sejuk sebab hujan ke, msred pakai jaket ni. Senang sebab jaket ni boleh pakai dengan semua jenis baju. Even kalau msred pakai casual dress pun msred suka pakai jaket ni kalau rasa sejuk.


Masih elok sampai sekarang. Memang tak nak buang. Akan simpan dan pakai sampailah ia koyak memang dah tak boleh pakai, baru buang. Sayang sangat. Walaupun sekarang ni orang tak pakai sangat dah jaket jeans ni, msred tak kisahlah. Pakai jugak. Kalau nak kata out of fashion pun tak pe, janji msred selesa pakai.

Nak letak gambar msred time study dulu pakai jaket ni tapi tak boleh sebab waktu tu tak bertudung.

Note : Gambar diambil di TGV Sunway Pyramid. Pop corn tu msred makan sorang.

- Posted using BlogPress from my iPad


October 20, 2011

MOVIE : THE THING

Salam you alls,

Hari selasa malam hari tu, msred pergi layan movie kat TGV Sunway Pyramid dengan adik msred. Tengok cerita The Thing.


Pasal sekumpulan saintis jumpa kapal angkasa yang terhempas kat Antartika. Ada satu alien yang yang survive. Alien tu sangatlah tak hensem.

Tipikal. Lebih kurang sama dengan cerita alien yang lain. Alien ni boleh copy manusia dan bertukar rupa menyerupai manusia yang dicopynya tu. Untuk mengelakkan alien tu keluar dari Antartika dan membiak kat luar, kumpulan saintis tu nak tak nak kena musnahkan alien tu, baru boleh balik.


Sempat pergi usha Nokia N9. Memang gempak sey. Tak beli, amek phamplet je buat kenangan.

Apa kesudahannya? Tengok sendiri.

Yang best, cerita ni memang boleh buat msred terkejut 2 3 kali jugaklah. Nasib baik tak terjerit kat dalam wayang tu. Ayu kena kontrol ni, tak boleh jerit-jerit tak tentu arah.



Bintang, msred bagi 3.


- Posted using BlogPress from my iPad

October 19, 2011

SEKALI SEKALA PLEASE SAY NO

Salam you alls,

Kalau kawan-kawan minta tolong, kenapa kita perempuan ni susah nak cakap tak boleh?

Kalau teman serumah minta tolong hantarkan ke sesuatu tempat sebab kita ada kereta, walaupun kita sendiri pun jadual tengah penuh nak selesaikan urusan yang banyak, kenapa kita perempuan ni susah nak cakap tak boleh?

Kalau boyfriend nak pinjam duit walaupun kita pun tengah sesak, kenapa kita perempuan ni susah nak cakap tak boleh?

Perempuan ni memang fitrahnya dijadikan dengan hati yang lembut, mudah kasihan, tak sampai hati nak lihat orang lain sedih atau susah. Sifat ini memang ada pada setiap perempuan. Tuhan bagi sifat ni pada perempuan sebagai persediaan untuk menjadi isteri dan ibu yang penyayang. Kalau perempuan tak ada sifat ini, macamana nak jadi isteri dan ibu yang baik. Perempuan memang kena ada sifat ini. Semua perempuan ada.

Cuma yang membezakan, ada perempuan yang kuat hatinya nak kata tak boleh kalau orang minta tolong, dan ada yang hatinya tak cukup kuat untuk cakap tak boleh.

Perempuan yang hatinya tak cukup kuat nak cakap tak boleh ni, yang bilangannya memang ramai di luar sana, hati-hati dengan orang sekeliling. Sekali sekala belajarlah cakap tak boleh kalau anda ada alasan yang munasabah. Jangan benarkan orang lain mempergunakan kebaikan kita ni untuk kepentingan tak munasabah dia orang.

Terutamanya permintaan mengarut yang sangat pentingkan diri sendiri dari lelaki. You alls mesti tahu maksud msred kan? Perkara yang lelaki sangat suka minta dari girlfriend dia orang. Permintaan yang sangat tak munasabah yang boleh membawa banyak keburukan.

Permintaan yang ini, please say NO. Please say NO. Please.


- Posted using BlogPress from my iPad

October 18, 2011

JANGAN MENGATA STRANGERS

Salam you alls,

Fenomena kecil ni sering terjadi dalam kehidupan kita, di mana kita mengata atau mengumpat seseorang yang kita tak kenal.

Contohnya kita jumpa mamat ni kat pasar malam punyalah selekeh berpakaian. Kita pun mengutuklah cara dia dress up. Lepas tu kita teruskan hidup macam biasa. Dosa kita mengata mamat tu, macamana kita nak tebus? Kita tak kenal dia. Kalau tiba-tiba suatu hari nanti kita kesal mengata dia dan nak minta maaf, macamana nak cari dia? Macamana nak langsaikan hutang kita?

Tu baru seorang. Kalau seminggu kita mengata 10 orang yang kita tak kenal yang kita jumpa kat mana-manalah, bayangkan berapa banyak hutang maaf kita? Nak kumpul berapa banyak? Bahaya kan? Benda kecik je, akibatnya boleh bawa sampai kemati.

Kalau jumpa sesiapa pun di mana-mana kita berada, hati-hati dengan hati kita. Jangan sampai kita mengata dia. Kalau nampak cacat cela dia kat mata kita, ignore. Ingat je kita pun ada kelemahan yang orang lain nampak. Kalau kita tak nak berhutang maaf dengan orang, jaga hati kita, mulut kita.

VANILLA COKE MEMANG HEAVEN

Salam you alls,

Siapa yang tak suka minum air gas. Ramai yang suka. Mungkin ada segelintir yang tak suka. Rasanya lebih ramai yang suka.

Msred suka. Tapi selepas pregnancy yang kedua, tahap ketagihan msred pada coke meningkat. Masa pregnant, tak tahu kenapa msred addicted dengan Vanilla Coke. Kalau boleh hari-hari nak minum. Kalau tengok orang minum memang terliur, tak tahan nak jugak minum. Macam orang tak pernah jumpa coke dibuatnya.

Addiction itu terus melekat pada msred. Itu masalahnya. Sampai sekarang msred sangat suka minum Vanilla Coke. Tak de lah melampau macam masa pregnant dulu. Tapi tekak ni nak selalu minum Vanilla Coke. Tak boleh nak berhenti dah.

Mak msred pun risau tengok msred banyak sangat minum Vanilla Coke. Setiap kali msred minum atau cakap nak minum, mak msred mulalah sesi membebel memberi contoh penyakit-penyakit ngeri yang msred boleh dapat kalau terlebih minum air Coke ni. Kadang-kadang siap dengan contoh pesakit sekali. Orang tu banyak minum air gas. Dia sakit teruk bla... Bla..... Bla.... Orang tu suka sangat minum air gas, sekarang masuk hospital sebab sakit..... Bla..... Bla.....

Msred memanglah takut dan tak nak terkena penyakit disebabkan addiction msred pada Vanilla Coke ini. Tapi selalu kalah pada nafsu. Msred selalu cakap pada mak bila dia cuba menakutkan msred,

" Mak ni jangan lah doakan peah( bukan nama sebenar) dapat penyakit teruk-teruk tu. Mak doakan lah peah supaya sihat je tak sakit-sakit."

" Sebab mak tak nak kau kena sakit teruklah mak bising tak kasi kau minum air gas tu." Mak mesti jawab macam tu.

Orang kata kalau kita tak dengar cakap mak kalau dia suruh jangan buat sesuatu tu, nanti kita akan dapat musibah dari sesuatu yang kita buat tu. Balasan sebab tak dengar cakap mak. Msred memanglah nak kurangkan. Tapi belum jumpa jalan yang boleh msred ikut. Jalan nak kurangkan banyak, tapi semuanya susah msred nak ikut.

JAGA-JAGA BILA BERSOSIAL

Salam you alls,

Ke mana-mana kita pergi, kita akan berhubung dengan rakan-rakan, sama ada yang dah lama kenal atau yang tak pernah kenal atau yang baru kenal. Apa pun kita buat, biasanya akan melibatkan perhubungan dengan orang lain. Di pejabat, kolej, sekolah, kedai makan, kedai baju, kaunter pertanyaan, bank. Mana-manalah. Mesti kena berhubung atau berurusan dengan manusia.

Dalam pergaulan tak kira siapa, kita kena hati-hati bertindak, hati-hati bercakap supaya tak ada sesiapa yang terasa atau berkecil hati. Kadang-kadang apa yang kita cakapkan, guraukan, kita ingat tak ada apa-apa tapi rupanya ada hati yang tersinggung. Ada hati yang marah.

Kalau kita tahu dia marah kita boleh minta maaf, habis hutang. Kalau kita tak tahu dia marah, macamana nak minta maaf? Maka kita akan berhutang dengan dia. Kalau sampai bia-bila kita tak tahu dia marah, sampa bila-bialah kita berhutang dengan dia. Bahaya kan?

Pergaulan dengan seseorang yang kita kenal memanglah kita kena jaga. Dengan orang yang kita tak kenal dan mungkin tak akan jumpa lagi pun kita kena jaga. Apa yang kita lakukan dan tuturkan biarlah yang baik-baik sahaja. Kalau takut kita menyinggung perasaan orang lain sama ada sedar atau tak, kita kurangkanlah bercakap benda ak berfaedah. Bila kuang bercakap, kuranglah kemungkinan nak kecilkan hati orang. Banyakkanlah bekerja dari bercakap, lebih banyak faedah. Kan! Kita cuba yea.

October 17, 2011

SURPRISE GIFT FROM NUFFNANG AND TGV CINEMAS

Salam you alls,

Happy belated birthday to beloved, me myself. Yang ke berapa? Kira sendiri. Pandai-pandailah you alls cari formula nak kira. 

You alls takde yang bagi present pun kat msred. Tak tahu macamana nak bagi, ye tak? Tak kisahlah. Msred tetap happy sebab Nuffnang dan TGV Cinemas pakat-pakat bagi surprise birthday gift kat msred. 4 Complimentary Pass. Dapat tengok movie free lagi lah. Ni yang sayang kat Nuffnang dan TGV ni.




Thank You Very Much Nuffnang and TGV Cinemas. HUGS.

Note : Nak tengok cerita apa ni?

DIA TAK MAHU TERIMA SAYA

Salam you alls,

Kalau nak tahu siapa unfriend kita kat Facebook boleh download Unfriend Finder. Dia akan listkan siapa yang unfriend kita dan siapa yang belum accept friend request kita. Click Install kat atas sebelah kanan tu.


Kalau ikut application ni, tak ada sesiapa yang unfriend msred. Tapi ada 10 friend request dari msred yang belum di approve oleh kawan lama msred. Kenapa lah agaknya dia orang tak approve msred? Hrmmm.... 

Tapi tak apa,tak ada lah nak rasa marah ke. Bersahabat biar jangan ada paksaan.Biar ikhlas kan?


You alls tak nak check ke? Tak tertanya-tanya ke siapa agaknya yang unfriend kita kat Facebook? Tapi kalau dah tahu, janganlah serang dia pulak.

October 16, 2011

HARI INI MAIN KERETA

Salam you alls,

Seperti weekend yang lepas,walau macamana penat pun msred tetap akan cari masa untuk bermain dengan si kecik kiut. Hari ini msred ajak si kecik kiut Iffan dan Iman main kereta. Tapi sebelum boleh main, si kecik kiut Iffan kena belajar dulu. Belajar apa?

RA RI RU
SA SI SU

Belajar mengeja. Tengoklah muka dia tengah mengeja.


Lepas si kecik kiut Iffan belajar, tak lama pun 15 minit je, baru boleh main kereta. Tak tahulah apa yang seronoknya main susun kereta tu. Msred layan je.


Waktu macam nilah msred suka berbual dengan Iffan. Tanya dia suka buat apa? Dah besar nanti nak jadi apa? Suka kaler apa? Esok nak buat apa? Borak je apa-apa. Janji msred berbual dengan dia, supaya Iffan tak rasa malu nak bercerita apa-apa dengan msred. Supaya dia tak berahsia dengan msred bila dia besar nanti. Lagipun, boleh merapatkan hubungan mama dan anak.



Si kecik kiut Iman juga sebok nak main kereta dengan abang Iffan.


Note : Pada Mr Hensem yang nak join bloglist msred, klik sini yea.

MAHU BUAT BLOGLIST BARU

Salam you alls,

Nak buat bloglist baru. 10 orang blogger lelaki dan 10 arang follower perempuan. First come first serve. Tutup lepas cukup 20 blogger. Syarat, mesti follow blog ini. Berminat tinggalkan url blog di entry ini.

Thanks yea.

UPDATE : GIRLZ 10 ORANG [TUTUP]
                   BOYZ 8 ORANG


Bloglist Title, Girlfriens dan boyfriens. Dah siap buat kat sidebar sebelah. tunggu lelaki cukup 10, lagi 2 orang.





SEMALAM

Salam you alls,

Semalam, hari Sabtu, 15/10/11, msred kena kerja full day 8am to 5 pm. Msred paksa si kecik kiut Ian teman msred pergi office. Kurang sikit budak mak msred nak kena jaga. Dah lah weekend hari rehat, mak msred kena tolong msred jaga si kecik kiut. Kalau msred bawa sorang, senanglah sikit mak msred. Dan sebab si kecik kiut Ian paling naughty, dialah terpilih untuk ikut msred pergi office supaya kurang sikit pening kepala mak msred.

Pagi tu, macam biasa, si kecik kiut Ian dikerumuni peminat. Kawan pejabat msred ramai yang minat dengan dia. Lepas habis melayan peminat, si kecik kiut Ian layan main game saja. Then kita orang breakfast kat Bistro.

Lepas breakfast, layan main game lagi. Nasib baik ada game, kalau tak mesti Ian bosan. Lunch kat KFC. Requested by si kecik kiut Ian. Ngada budak tu.

Lepas lunch, kat office si kecik kiut Ian dah mula buat muka bosan. Main game sekejap, lepas tu dia terus tidur sampai pukul lima. Kesian dia penat pergi office. Bila msred kejut dia dan cakap nak balik dah, barulah dia buat muka happy balik. Tak sabar dia nak balik.

Note : Sepatutnya msred post entry ni semalam tapi disebabkan energy dah kritikal, tak dapat nak post. Balik lepas uruskan si kecik kiut bertiga mandi, makan dan prepare untuk tidur, dengan msred sekali terus pengsan.

October 14, 2011

BELAJAR UNTUK MENGAJAR

Salam you alls,

Menabung amalan menguntungkan. Betul kan? Siapa pandai menabung memang beruntung. Siapa berani menabung memang beruntung.

Dulu masa muda-muda, biasalah shopaholic. Susah betul nak menabung. Jangan kata susah nak ada balance dalam bank setiap hujung bulan, nak cukupkan sampai hujung bulan pun susah. Cepat sangat habisnya duit belanja yang PTPTN dan mak bagi. Rasanya masa muda-muda, time study, time kemaruk nak bergaya dan enjoy life, memang tak ramai yang menabung.

Tapi bila dah senior ni, barulah pandai, bersemangat dan berjaya menabung. Masa awal-awal menabung, sebab nak kawen. Bila dah kawen, menabung untuk menyambut orang baru (baby msred la). Sekarang ni menabung sebab nak tunjuk kan contoh baik pada si kecik kiut bertiga. Nak ajar mereka menabung.

Kalau sebelum ada si kecik kiut bertiga, msred simpan small change, syiling dalam tabung msred. Sekarang, semua duit syiling bagi kat si kecik kiut untuk disimpan dalam tabung masing-masing. Si kecik kiut Iffan dan Ian memang suka betul simpan duit dalam tabung masing-masing. Harap-harap biarlah mereka suka menabung sampai ke besar. Melentur buluh senang lagi kalau dari rebung. Kalau dah jadi buluh baru nak lentur, payahlah.

COFFE MATE MEMANG NGAM DENGAN NESCAFE

Salam you alls,

Msred baru saja bercita-cita nak kurangkan caffeine intake, nak kurangkan minum Nescafe (msred addicted to Nescafe). Tapi bila ada iklan Coffee Mate kat blog ni, ingatan msred pada Nescafe bertambah kuat. Ikalan ni bukan di blog msred saja, di mana-mana blog msred pergilah. Msred kalau buat Nescafe mesti dengan Coffe Mate, tak suka pakai susu pekat. Manis sangat. Nescafe mesti kapel dengan Coffee Mate. Coffee Mate mesti dengan Nescafe.

Asal nampak iklan Coffe Mate ni je, msred teringat Nescafe. Makin kuat keinginan untuk meneguk Nescafe Kaw di kedai mamak. Nampaknya, hajat nak kurangkan minum Nescafe terpaksa ditangguh seketika sehingga faktor-faktor luaran yang boleh menggagalkan rancangan mulia msred ni berada jauh dari blog msred.

Note : Tadi breakfast dengan Nescafe Kaw panas. Memang layan.

October 13, 2011

LELAKI TAPI KENA PANGGIL KAKAK

Salam you alls,

Masa msred pregnant kan si kecik kiut Ian, semua orang meramalkan msred akan dapat baby girl. Mak msred, mertua even kawan office pun confident msred akan dapat baby girl. Sebab apa?

Sebab msred rajin melaram dan perut msred bulat. Orang tua kata, kalau time pregnant kita suka make up, kemungkinan kita dapat baby girl tu tinggi. Dan ada jugak yang cakap kalau perut kita bulat dan lebar je ke tepi, dapat baby girl. Oleh sebab msred memang suka melaram dan berperut bulat time pregnant tu, semua orang confident msred dapat baby girl. Tak ada sorang pun yang jangka msred akan dapat baby boy.

Sekali bila keluar, boy. Msred tersengeh je lah bila teringat jangkaan keluarga dan kawan-kawan. Tak kisah dapat baby girl ke boy janji sihat dan sempurna sifat.


Tapi tak tahu kenapa, si kecik kiut Ian ni kalau pergi mana-mana mesti orang panggil kakak. Banyak kali dah si kecik kiut Ian kena panggil kakak. Macam perempuan ke si kecik kiut Ian ni? 

SPONTANEOUS THURSDAY

Salam you alls,
If you are single, make the best of it.
It doesn't mean that you are not good enough for anyone.
It means no one's good enough for you.

SEDANG SERABUT

Salam you alls,

I need to reorganize my mind. Isi kepala tidak tersusun dengan baik. Serabut. Perlukan masa untuk susun semula isi kepala supaya kurang serabut. Supaya dapat fokus semula. Kalau kepala tidak fokus, semua kerja tidak dapat dibuat dengan sempurna.

The Art of Clean Up by Ursus Wehrli.

PAGI LAGI DAH MABUK

Salam you alls,

Dua hari msred cuti, Selasa dan Rabu lepas, menguruskan hal kereta dan bank. Penat kehulur kehilir tengah panas. Walaupun naik kereta, tapi bahang dari luar terasa jugak. Penat sangat sampai malam semalam pukul 9 pm dah flat, pengsan. Jarang msred tidur awal.

Pagi tadi nak bangun pun punyalah susah. Dengan rasa 100% terpaksa, mata tak boleh buka lagi, bangun lah menuju ke bilik air. Macam biasalah kan, gosok gigi dulu. Mata tertutup, ambillah berus gigi, bubuhlah ubat gigi. Tiba-tiba bila terasa lain macam je ubat gigi msred, mata pun terbuka.

Laa....ni bukan ubat gigi. Ni facial cleanser untuk muka. Nasib baik msred tak gosok gigi dengan pencuci muka itu. Kalau tak, pasti gigi msred bebas kedut dan bebas jerawat serta jadi cerah gebu.

Note : Kalau terambil ubat gigi nak cuci muka, macamana? Apakah akan terjadi pada muka msred?

October 12, 2011

DI MANA KUATNYA SARANG BURUNG?

Salam you alls,

Sering juga bermain difikiran. Kenapa sarang burung ini, yang cuma diperbuat dari ranting kayu, dedaun, kertas, bulu burung, lumpur, pasir dan macam-macam benda kecil lain, dapat bertahan walau berkali hujan dan ribut datang melanda?

Kalau kita lihat bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sarang ini, rasanya tak sekuat mana. Tapi tetap utuh melawan kuatnya angin dan lebatnya hujan. Kenapa?

Kekuatannya terletak pada asas pembuatanya. Lumpur, pasir dan tanah yang digunakan dapat mengukuhkan ikatan ranting kayu dan dedaun meneguhkan wujudnya sarang ini. Walau badai melanda, ia tidak akan musnah dengan mudah dengan adanya asas yang kuat ini.

Kita patut mencontohi fenomena alam ini dalam membina sebuah keluarga yang kukuh. Di dalam zaman yang serba pantas dan dipenuhi dangan pelbagai ranjau dan halangan, sangat penting untuk kita membina keluarga kita dengan asas yang tepat dan yang kuat.

Apa asas yang tepat dan kuat untuk keluarga kita? Bagi msred, sayang, cinta dan setia kita pada Dia pasti akan dapat menjadi asas yang paling sempurna untuk mana-mana keluarga sekali pun. Pasti segala ranjau yang datang dapat dihadapi dengan sempurna. Banyak masalah dapat dikurangkan.

Apa yang kita dah buat untuk kukuhkan institusi keluarga kita? Dah cukup kuatkah? Kita usaha ok.

October 11, 2011

TAK PANDANG LELAKI BAWA MOTOR

Salam you alls,

Handsome tak lelaki bawa motor berkuasa tinggi macam ni? Nampak macho tak? Nampak macam hebat saja kan?

Msred pun suka juga tengok lelaki bawa motor berkuasa tinggi, pakai pulak full face helmet. Memang nampak class dan macho. Kalau kurang handsome pun bila duduk atas motor berkuasa besar, pakai jaket rider, mesti nampak macam handsome saja.

You alls suka ke?

Msred suka tengok saja lah. Kalau kena takel dengan mat motor memang msred tak layan. Bukan sebab merendahkan orang yang bawa motor. Tapi msred memang fobia motor. Takut. Walau pun tak pernah jatuh motor, tapi msred pernah kena langgar dengan motor. Nasib baik tak mati ke OKU ke. Syukur selamat. Tapi tak tahu kenapa kejadian itu meninggalkan kesan dalam diri msred. Terus fobia motor.

Pernah mr bf ajak msred dating naik motor. Pinjam motor abang dia. Nangis msred dalam hati. Tak nak. Tapi terpaksa juga naik. Nak jaga hati mr bf punya pasal. Sepanjang masa atas motor itu memanglah msred kecut perut. Bila selamat sampai, terus bersyukur gila. Lega. Tapi itulah first time dan last time mr bf bawa msred naik motor.

Sebab msred cakap pada dia, msred fobia naik motor, tak nak naik motor. Lebih rela susah sikit keluar naik bas atau lrt daripada naik motor. Kalau dia nak ajak msred keluar naik motor lagi, msred tak nak. Muktamad.

Hahaaa..... Walaupun kejam bunyinya, tapi oleh sebab tahap fobia msred nak naik motor itu tinggi, maka terpaksalah msred cakap macam itu pada mr bf. Nasib baik dia tak break dengan msred dengan alasan msred mengada.

October 10, 2011

SIAPA YANG PALING BODOH?

A blonde was down on her luck. In order to raise some money, she decided to kidnap a kid and hold him for ransom. She went to the playground, grabbed a kid, took him behind a tree and told him,

" I've kidnapped you."

She then wrote a note saying,

" I've kidnapped your kid. Tomorrow morning put $10,000 in a paper bag and put it under the pecan tree next to the slide on the north side of the playground. Signed, A Blonde."

The blonde then pinned the note to the kid's shirt and sent him home to show it to his parents. Next morning the blonde cheked and sure enough, a paper bag was sitting beneath the pecan tree. The blonde open the bag and ound the $10,000 with a note that said,

" How could you do this to a fellow blonde?"

Question : Siapa yang paling bangang?

- Posted using BlogPress from my iPad

ELAKKAN DARI TERUS RUGI

Salam you alls,

Setiap dari kita yang hidup,
Akan terus bertambah usia,
Tak akan dapat berhenti,
Sehingga badan benar-benar berehat,
Berehat terus...

Alangkah ruginya bila usia bertambah,
Kita masih tak pasti arah tuju,

Alangkah ruginya bila usia bertambah,
Kita masih mengejar yang sia-sia,

Alangkah ruginya bila usia bertambah,
Kita masih cinta yang tidak kekal,

Alangkah ruginya bila usia bertambah,
Kita masih percaya pada janji dunia,

Alangkah ruginya bila usia bertambah,
Kita masih mengulang silap yang sama,

Alangkah ruginya bila usia bertambah,
Kita masih menduakan cinta Dia,

Alangkah ruginya bila usia bertambah,
Kita masih belum jumpa jalan kekal bahagia,
Bila di sana nanti......

October 08, 2011

BILA TENGAH MALAM

Salam you alls,

Ni dah pukul 12 am. Waktu yang sangat sesuai untuk tidur merehatkan badan setelah penat seharian menunaikan tanggungjawab kita. Waktu yang sesuai untuk muhasabah diri sebelum tidur, mencari silap dan mencari jalan memperbetulkan kesilapan.

Kalau belum mahu tidur, Iqra. Bacalah buku-buku atau majalah-majalah yang boleh membawa kita kearah kebaikan samada mendekatkan dir kita dengan tuhan atau yang dapat memberikan kita ilmu.

Waktu malam macam ni, jangan sesekali kita gunakan untuk sengaja membawa kita ke lembah maksiat. Jangan kita sengaja cari caa untuk melakukan dosa. Jangan sampai tersilap langkah yang akhirnya akan merenggangkan lagi kita dari tuhan.

Kalau berada diluar, pulanglah ke rumah. Lebih selamat, insyaAllah. Kalau masih mahu diluar, hati-hati dengan godaan maksiat yang bertambah hebat diwaktu-waktu begini. Jauhkan. Jangan sampai kita kecewakan tuhan, kecewakan ibubapa. Hati-hati di luar yea. Selepas selesai urusan, segeralah pulang.

Kita saling mengingati.

October 07, 2011

HOT BABES TU SISTER IN LAW AKU LAH

Salam you alls,

Malam ini msred nak blogwalking sambil main game. Boleh ke? Weekdays sibuk kan diri dengan kerja dan keluarga, pra weekend ni msred nak blogwalking dan main game puas-puas. Si kecik kiut bertiga pun dah tidur, apa lagi, on projek lah.

Tapi sebelum pergi marathon ke blog rakan-rakan, msred nak introduce hot babes ni. Msred tak boleh nak cerita lebih-lebih pasal dia sebab msred tak minta kebenaran dia nak promote blog dia. Msred memang sengaja tak nak bagi tau dia msred nak promote blog dia. Kalau dia marah lantaklah. Tak takut. Hehehee....


Hot babes baru belajar nak berblogging. Supportlah dia. Cun orangnya, berhijab, bersopan, pandai dan rajin masak. Hot Babes juga adalah seorang driver yang berhemah. Apa kena mengena? Pandai-pandailah you alls kene-mengenakan.



DAH PUKUL 4.30 PETANG

Salam you alls,

Di pejabat. Dah 4.30 pm dah.

Cik puan pun meletakkan pen ke atas meja. Mengeliat kecil, betulkan pinggang yang dah lenguh. Regangkan kaki yang dah macam nak kebas.

Kertas-kerta berterabur atas meja mula di kemas rapi, supaya tak berselerak meja. Alat tulis disimpan di dalam laci. Fail-fail disusun semula di atas rak almari. Kertas bungkusan gula-gula di atas meja dikutip lalu dimasukkan ke dalam tong sampah. Meja dah rapi. Senyum.

Cik Puan mengambil mug yang dipakai tadi untuk membancuh Nescafe 3 in 1 Strong. Melangkah menuju bilik air. Mug yang kotor dibasuh. Selesai, masuk pula ke bilik air kecil untuk menunaikan hajat. Lega. Basuh tangan. Ambil mug. Berjalan semula ke meja. Mug disimpan dalam laci.

Cik Puan ambil handphone di atas meja, masuk kan dalam beg tangan. Pastikan semua barang yang sepatutnya ada di dalam beg tangan sudah dimasukkan.

4.50 pm. Semua dah kemas. Meja dah rapi, beg tangan dah kunci. Ada 10 minit lagi sebelum pukul 5pm, nak punch out, nak balik. Lepak sekejap gossip dengan office mate. Tepat pukul 5pm, terus berebut punch out.

Question : Kenapa kena ambil masa 30 minit nak get ready nak balik pejabat?


- Posted using BlogPress from my iPad

DUIT ATAU BAHAGIA?

Salam you alls,

" Bestnya kalau ada banyak duit. Boleh buat macam-macam."

Ramai diantara kita suka, pernah cakap macam tu kan? Kita selalu berangan ada duit banyak. Berangan bila dah habis study nanti nak kerja besar. Berangan nak kawen dengan orang kaya. Kalau dah ada duit banyak nanti, nak beli itu ini. Semua nak beli, semua nak buat.

Seronok berangan banyak duit ni. Lagi seronok kalau kita betul-betul ada banyak duit. Nak buat apa pun senang. Tak payah nak susah-susah fikir nak budget perbelanjaan. Kita tau spend je ikut suka.

Tapi, kalau terpaksa pilih satu saja antara banyak duit dan dapat hidup bahagia dengan keluarga tersayang, mana yang kita pilih?

Kalau kita beruntung boleh pilih dua-dua, tentu kita pilih dua-dua. Dahlah ada banyak duit, dapat hidup happy dengan family pulak. Memang heaven.

Ada segelintir yang masih dapat hidup bahagia dengan keluarga walau pun dikurniakan rezeki yang melimpah. Tapi banyak keadaan sekarang ini, kita terpaksa sacrifice kebahagiaan kita dan keluarga untuk kejar duit yang banyak. Maknanya kita boleh dapat duit banyak tapi dalam masa yang sama, susah nak kekalkan kebahagiaan kita dan keluarga.

Kalau kita cuma boleh pilih satu saja, nak yang mana? Hidup bahagia dengan keluarga atau nak duit bertimbun?


- Posted using BlogPress from my iPad

October 06, 2011

TUMPUAN SELALU TERGANGGU

Salam you alls,

Di pejabat, bagi yang sudah bekerja, berapa lama you alls boleh continuosly buat kerja dengan baik sebelum start rasa bosan ke penat ke atau malas? Satu jam? Setengah jam? Sepuluh minit?

Msred paling lama pun boleh 100% fokus pada kerja 20 - 30 minit je. Kerja dengan tekun, kepala mengadap komputer, tak sedar apa yang berlaku disekeliling. Lepas 20 minit mulalah telinga nak dengar gossip budak sebelah, mata nak pandang orang lain buat apa. Dah tak boleh fokus dah. Fokus tinggal 50% je.

You alls bila fokus dah mula kurang you all buat apa? Teruskan jugak buat kerja sambil mendengar dan memerhati sekeliling atau berhenti seketika?

Msred biasanya berhenti kejap, kacau budak sebelah dalam 5 minit, lepas tu sambung buat kerja. Biasanya fokus akan naik balik. Macam tu lah msred buat kerja, bila tumpuan mula terganggu, berhenti kejap, relax kemudian sambung buat kerja balik.

Ada kawan pejabat msred boleh buat kerja satu jam non stop. Mesti daya tumpuan dia tinggi. Tumpuan msred senang terganggu. Masa study dulu pun macam tu. Tu yang lebih banyak main dari study.

Penyakitkah?


- Posted using BlogPress from my iPad

AIRMATA MAK MAHAL, KENAPA KITA NAK BUANG-BUANG

Salam you alls,

Mak tabah besarkan kita. Kita sakit dia jaga. Kita sedih dia pujuk. Kita takut dia peluk. Kita kecewa dia bagi semangat. Kita jatuh dia hulur tangan. Kita berjaya dia tepuk tangan. Kita marah dia mengalah. Kita merajuk dia belai.

Apa pun jadi, mak tetap tabah. Air mata mak memang susah nak tumpah. Kecuali kalau dia benar-benar terluka. Mahal harga air mata mak.

Kalau kita sayang dia, hargai perih dia besarkan kita, jangan kita buang-buang air mata mak. Mahal tau. Rugi kalau kita buang. Kita tak boleh ambil balik. Tak boleh ganti balik. Jangan bagi airmata mak menitis.

Tapi kalau menitis juga, jika ada penyesalan, kita ganti semula. Kita gembirakan dia semula. Kita pulangkan senyuman dia. Kita kembalikan ceria matanya. Kalau boleh, buatlah dia lebih gembira dari dulu. Sentiasalah ada disisi mak, macam dia buat kat kita dulu.

Kalau anak-anak sekarang sayang dan hargai mak, msred rasa, banyak masalah sosial yang masyarakat kita hadapi sekarang dapat kita elakkan.


- Posted using BlogPress from my iPad

October 05, 2011

BOLEH KE KITA BUAT MACAM MAK BUAT?

Salam you alls,

Mak dan kakak sedang makan kentang goreng. Tinggal satu saja lagi dalam pinggan. Mak ambil,baru masuk mulut. Kakak jerit, MAK, KAKAK NAK KENTANG GORENG TU. Mak terus keluarkan dari mulut dan bagi pada kakak.

Dah dua hari kakak demam. Dah dua hari mak tak cukup tidur jaga kakak. Dah dua hari mak cuti tak masuk office. Malam, mak baru nak terlelap sebelah kakak, kakak cakap, MAK. KAKAK DAHAGA. TAK NAK AIR KOSONG. NAK AIR REBINA. Mak tanpa berlengah terus bangun ke dapur buat air untuk kakak.

Mak baru balik kerja, terus masak untuk makan malam. Lepas masak, mandi. Kemudian layan abah dan kakak makan. Basuh pinggan dan kemas dapur. Mak baru nak duduk tengok tv kakak cakap, MAK. AJARLAH KAKAK MAIN PIANO. Mak terus bangun dan mula mengajar kakak main piano.

Lepas main piano, mak bawak kakak ke bilik untuk tidur. Lepas dah selimutkan kakak, mak masuk bilik air. Gosok gigi dan cuci muka. Mak pun baringlah kat katil nak tidur. Esok kerja. Kakak datang bilik mak dan cakap, MAK. KAKAK TAK BOLEH TIDUR. TAKUT. MAK JOMLAH DODOIKAN KAKAK. Mak terus bangun, dodoikan kakak sampai dia lelap. Kemudian baru mak tidur.

Mak keluarkan sedikit simpanan dia nak beli supplement untuk menambah tenaga. Kebelakangan ini mak selalu rasa penat dan kurang bertenaga. Di shopping complex kakak cakap, MAK. KAKAK NAK TOYS TU. Sambil menangis nak beli permainan yang dah lama kakak minta. Berharap sangat. Mak tak sampai hati, terus belikan permainan kakak. Bulan depanlah beli supplement tu.

Mak boleh buat macam ni untuk kita anak dia ni tanpa bersungut dan meminta balasan. Kita boleh ke buat buat macam ni untuk mak kita dangan senang hati? Yakin ke boleh?



SEBAB KENAPA PROGRAM DIET SELALU GAGAL

Salam you alls,

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, badan msred yang agak-agak chubby ni susah sangat nak kecil. Teringin juga nak badan macam muda-muda dulu. Ada lah dua tiga kali try nak mengawal kuantiti pengambilan makanan dengan harapan dapatlah badan yang kecil molek semula.

Tapi usaha msred selalu gagal. Sebabnya, inilah dia....

1. Tak tahu kenapa kalau mak msred yang masak mesti kena makan dua pinggan, lebih dari biasa. Mak msred masak memang kenalah dengan anak tekak, sedap je rasanya.

2. Msred ni pantang. Pantang nampak makanan sedap,pantang dengar dan pantang terbau. Terus layu selera mula berkobar memaksa msred melupakan kuota kuantiti makanan yang sepatutnya dikurangkan.

3. Perut msred selalu melampau laparnya. Dahlah kalau lapar macam orang kebulur, lapar pulak 2 jam sekali. Macamana nak kawal pemakanan? Kalau dah lapar tak makan nanti masuk angin.Msred ada gastrik yang agak kronik. -Alasan- 

Inilah tiga sebab utama kenapa msred dapat mengekalkan bentuk badan yang chubby sampailah kehari ini. Grrrr..... Tak tahu nak marah siapa.

I PHONE 4S, MODEL BARU I PHONE

Salam you alls,

Apple Inc mengumumkan telefon pintar terbarunya, I Phone 4S pada msjlis pelancaran di California awal pagi ini. Dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel, rakaman video 1080p definasi tinggi HD, memori 1GB RAM, pemprosesan dwi teras A5 seperti yang terdapat dalam I Pad 2 yang membuatkannya beroperasi dengan lebih pantas serta grafik permainan video tujuh kali lebih pantas dari I Phone 4.



Selain itu, Apple turut memuatkan aplikasi baru 'Pembantu Peribadi' yang diberi nama Siri yang memberi respon kepada soalan dan arahan lisan seperti " Do i need an umbrella today?" sebelum telefon pintar itu memaparkan ramalan cuaca semasa.

Telefon pintar baru ini juga dilengkapi dengan sistem pengoperasian IOS 5 yang berupaya menyelaraskan kandungan tanpa perlu menghubungkan telefon kepada Mac atau Windows.

I Phone 4S akan mula dijual pada 14 Oktober di Amerika Syarikat, Kanada, Autralia, Perancis, UK, Jerman dan Jepun dan dinegara lain pada 28 Oktober.

Pengumuman dibuat ketua pegawak eksekutif baru Tim Cook pada maj
Is pelancaran pertamanya selepas mengambil alih dari pengasas Apple, Steve Jobs yang bersara atas sebab kesihatan Ogos lalu.

Maklumat lanjut, www.apple.com/iphone/

-Posted using BlogPress from my iPad

WORDLESS WEDNESDAY

ADA APA DENGAN AIR TANGAN MAK

Salam you alls,

Msred baru saja pasang angan-angan nak diet, mengawal quantiti makanan yang diambil. Tapi belum start dah melanggar pantang. 

Dinner tadi mak msred masak gulai daging kegemaran msred. Selalu msred makan setengah atau satu pinggan je. Tapi tadi msred makan dua pinggan tau. Orang kata air tangan mak kalau masak memang sedap. Tak tahulah apa kaitan air tangan mak dengan makanan jadi sedap melampau. Tapi kalau mak msred yang masak memang sedap kat anak tekak msred ni. Mak masak cekodok sayur pun sedap gila msred rasa. 

Kalau kat rumah mak, memang msred tak akan dapat nak diet. Mak masak je msred lah orang yang akan makan lebih dari biasa. Sedap sangat. - macam bodek mak je-.

Hari ni mesti naik satu kg lagi. Semua berpunca dari mak msred. -Erk.... bukan berpunca dari nafsu makan msred ke?-

October 04, 2011

AURA ARTIS BOLEH BUAT KITA JADI TAK BETUL

Salam you alls,


Kalau artis Malaysia ni, tak kiralah penyanyi ke, pelakon ke, tak ada yang msred betul-betul minat gila. Msred bukan die hard fan mana-mana artis.


Ada artis yang msred minat dan kagum, tapi tak adalah melampau sangat. Minat juga kat Yana Gangster, Liyana Jasmay dan Zahiril Adzim. Tak adalah sampai setiap cerita dia orang msred nak tengok. Minat gitu-gitu je.


Tapi hari tu masa msred sedang lepak makan kepsi kat Extreme Park Section 23 Shah Alam, terserempak dengan artis sorang ni. Msred dan kawan msred ni memang tak minat pun dengan pelakon lelaki ni. Tak pernah pun rasa dia handsome. Biasa-biasa saja.


Tapi waktu nampak dia hari tu, tiba-tiba rasa dia handsome, charming dan menarik. Padahal tengok kat TV takde pulak terasa macam itu. Waktu jumpa dia je tiba-tiba rasa macam dialah lelaki paling handsome di Malaysia ni.


Konfius betul dengan effect aura artis lelaki ni kat msred dan kawan msred. Tak minat boleh bertukar jadi minat. Tapi time jumpa tu je lah terasa macam minat pelakon lelaki ni. Lepas tu back to normal balik.


Note : Pelakon lelaki itu adalah bekas pelajar UITM Shah Alam, Farid Kamil.




- Posted using BlogPress from my iPad

SCRAPBOOK PAGE 3

Salam you alls,

I am blessed to have you in my life. Nothing can compare my love to you. I'll treasure you for the rest of my life, even after your love to me being replaced with someone else. 

Please stays brothers until forever and love each other, my dear handsome boys.



Gambar ni diambil waktu pergi shopping di Subang Parade waktu minggu pertama raya 2011 hari tu. Susah nak tengok si kecik kiut berdua ni hugging each other, nampak je dia orang hugging, terus msred snap. So sweet. Suka sangat gambar ni.

Lagi contoh scrapbook.

NASIB BAIK TAHU SEBELUM KAHWIN

Salah satu risiko hubungan cinta antara lelaki dan perempuan adalah bila salah seorang daripada pasangan curang.


Jangan ditanya kenapa cinta yang pada mulanya kuat pada pasangan boleh beralih arah pada orang lain. Akan ada macam-macam versi jawapan daripada orang yang pernah curang ni. Jawapan yang kadang-kadang ak masuk akal dan ada juga jawapan yang sangat mementingkan diri sendiri.


Tapi ada kebaikannya juga. Eloklah kita tahu sebelum kita kahwin dengan dia, yang pasangan kita yang curang ni memang jenis yang tak boleh pegang pada janji dan tak mampu untuk jujur sayangkan kita seorang saja.


Memang pahit dan menyakitkan. Kalau kita tahu sebelum kahwin, kita boleh break, take time to recover dan bounce balik. Bangun semula, teruskan hidup sebagai orang yang bertambah kematangannya.


Kalau something like this happen after marriage? Lagi sakit nak hadap. Kalau tak cerai, seksalah hidup kita dengan pasangan macam ni. Kalau cerai, bukan saja menyusahkan diri kita, malah orang lain juga termasuk anak-anak.


Kalau time bercinta kita diduga begini, apa kata kita anggap tuhan nak tolong kita dengan menunjukkan perangai sebenar pasangan kita sebelum kita mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dia. Redha dengan ketentuan dia dan teruskan hidup dengan lebih baik lagi.


Be strong my friends.


- Posted using BlogPress from my iPad

October 03, 2011

KAU CARI JODOH KAU SENDIRI BOLEH?

Salam you alls,

Pernah jugak dulu ada kawan-kawan perempuan yang minta msred tolong kenalkan dia orang dengan kenalan lelaki msred, nak dibuat boyfriend dan kalau ada jodoh, nak buat suami. Masa tu msred anggap itu semua itu cuma gurauan, tak serious.

Baru-baru ni ada kenalan yang minta tolong msred cari kan jodoh untuk dia. Macam biasa, msred gelak je sebab anggap dia bergurau, tak berapa nak serious. Tapi kenalan msred ni dengan muka serious merenung maa msred.

" Aku serious ni. Stress dah ni mak aku asik bising je tanya aku dah ada boyfriend ke belum. Kau tolong aku ek?"

Speechless msred. Hilang senyuman dan tawa msred. Muka msred pulak bertukar jadi serious.

Setelah berkira-kira selama beberapa minit, msred pun jawablah permintaan kenalan msred tu. Lebih kurang ginilah maksudnya.

" Jodoh ni bukan perkara main-main atau perkara kecik. Ini lifetime commitment. Kau nak hidup dengan dia bukan setahun dua, kalau boleh nak seumur hidup. Terus-terang aku tak nak tolong kau. Tak berani. Macamana kalau orang yang aku kenalkan kat kau tu after several year of marriage, turn out to be a jerk. Macamana kalau dia kaki pukul, penagih atau kaki perempuan? Apa aku nak jawab dengan kau. Walaupun kau tak salahkan aku, aku tetap akan rasa bersal. Hati aku tetap tak kan tenang tengok kawan aku derita disebabkan lelaki yang aku kenalkan. Risiko tu besar buat aku dan aku tak sanggup nak tanggung kalau benda buruk jadi kat kau."

Kenalan msred tu jawab,

" Jauh benar kau fikir. Aku tak de pun fikir sampai cam tu." Dia pun terdiam.

Tak tahulah dia stress sebab msred tak nak tolong dia ke atau dia fikirkan kebenaran apa yang msred cakap tu. Harap dia tak marah msred. Mungkin betul msred selfish sebab tak mahu tanggung kalau apa-apa perkara buruk terjadi kat dia. Kalau you alls, rasa apa yang msred cakap tu selfish ke tak?

- Posted using BlogPress from my iPad

PERKARA YANG TAK SEPATUTNYA DIBUAT WAKTU FIRST DATE

Salam you alls,

Setiap orang yang sedang bercinta sekarang ni mesti pernah pergi first date. Yang bukan sedang bercinta pun mungkin pernah ada first date.

Masa first date mesti nervous kan? Kalau biasa kita bersiap nak keluar ambol masa setengah jam je, tapi bila nak pergi first date jadi dua jam. Kalau biasa kita nak pilih baju nak keluar senang je, tapi bila nak pergi first date jadi blur, semua baju tiba-tiba nampak tak cantik je. Stress.

Ada juga yang nak pergi first date relax je. Masa nak bersiap sama saja dengan hari biasa dan senang je nak pilih baju. Mesti dah biasa pergi first date. Dah pakar dah.

Untuk memastikan first date kita itu akan diikuti dengan second date, third date, jangan buat sesuatu yang tak masuk akal. Contohnya...

1. Baru first date dah sebok cerita dream wedding, nanti anak nak ada berapa dan yang berkaitan. This is a big no-no. Elok-elok mamat hensem atau awek cun tu dah shok kat kita, terus potong. Takut dengar perkataan komitmen sepanjang hidup tu.

2. Janganlah jadikan pasangan first date kita tu sebagai kaunselor cinta. Yang pergi cerita semua keburukan bekas kekasih kita kat dia buat apa? Terus dia takut kalau hubungan yang cuba nak dibina ni tak kekal nanti kita mesti buruk-burukkan dia kat orang lain. Lagipun nanti dia ingat kita masih belum lupakan ex kita tu.

3. Yang pegi cerita details semua tentang kita tu buat ape? Cerita sikit-sikit dan yang penting yang boleh buat dia interested nak ajak kita second date. Jangan tipu, nanti backfired kat kita balik. Trust me on this. Jangan pretend to be someone else. Like kita smoker tapi cakap kita tak pernah merokok. Nanti kan dia tahu jugak eventually.

4. Jangan overdress atau over makeup terlampau. Kebanyakan lelaki walaupun suka tengok kita melaram dan make up semua, tapi dia mereka lebih selesa dengan yang natural. Perempuan pulak memang fashion critic. Kalau lelaki overdressed memang tak hensem.

5. Tolonglah jangan lambat sampai untuk first date. Tak ada siapa suka menunggu lama-lama kat kedai makan ke, kat depan pintu masuk wayang ke. Dan untuk date-date yang seterusnya pun janganlah lambat. Kita tak suka menunggu, orang lain pun sama ak suka jugak.

Note : Anda digalakkan memakai minyak wangi tetapi jangan sesekali sembur sampai lima kali, kecuali minyak wangi tu memang bau dia tersangatlah lembutnya.

- Posted using BlogPress from my iPad

BIAR MUKA BURUK ASAL HATI GEMBIRA

Salam you alls,

Kita selalu rasa kekurangan bila melihat perempuan yang mempunyai rupa dan penampilan yang menarik. Kadang-kadang kita rendah diri dan ada yang sampai rasa malang sebab kita tak secantik si jelita. Kita akan cakap bertuahnya dia sebab dijadikan cantik paras rupa.

Sejauh mana benarnya sangkaan kita ni? Betul ke semua si jelita ni bertuah? Bahagia ke mereka?

Kita selalu membuat andaian si jelita ni pasti happy sebab mesti semua orang suka kawan dengan dia, semua orang suka nak tolong dia dan apa yang dia buat mesti mendapat sokongan orang sekeliling.

Tak semua. Bukan semua si jelita yang bernasib baik begitu.

Ramai yang tak happy sebab orang tak ikhlas berkawan dengan dia. Semuanya nak mempergunakan aset yang dia ada. Orang-orang yang tolong dia selalu menambil kesempatan terhadap dia. Dan dalam apa jua yang dia buat, sokongan yang diberi mesti ada balasan yang diharapkan.

Tak semestinya kalau kita dianugerahkan dengan rupa yang cantik maka kita akan bahagia. Kadang-kadang yang kurang jelita itu lebih bahagia.






Biar rupa kurang jelita tapi hati sentiasa bahagia dan ceria selalu. Barulah muka berseri-seri. Daripada muka jelita tapi disebabkan selalu stress muka pun hilang seri.

- Posted using BlogPress from my iPad

TAK ADE DUIT KECIK LA

Salam you alls,

Dalam beg duit msred selalunya mesti ada duit pecah. Kadang-kadang je tak de duit kecik, ada duit besar je.

Pagi tadi sebelum ke pejabat, singgah beli kueh kat gerai di kawasan perumahan msred. Akak tu jual makanan kat depan rumah dia je. Tak sengaja, msred memang tak ada duit kecik. Cuma ada note RM 50 je.

Dalam hati memang rasa bersalah sebab pagi-pagi lagi, akak tu pun baru buka kedai, msred dah bagi dia duit besar. Takut juga kalau akak tu marah bagi duit besar pagi-pagi ni.

Msred bayarlah harga kueh tu sebanyak RM 2 dengan note RM 50 tu. Seperti jangjaan msred, akak tu dengan nada suara yang tinggi marah msred. Dia tanya,

" Tak de duit kecil ke? Duit syiling ke? "

Msred jawablah " Tak ada, sorry." Memang tak ada pun.

Lepas tu dia bersungut-sungut masuk dalam rumah dia cari duit kecik. Bila dia keluar, dia bagi balance duit msred sambil cakap,

" Lain kali kalau datang pagi-pagi tolong bawak duit kecik. Kita orang belum ada duit kecik lagi pagi-pagi."

Msred cuma cakap sorry, lepas tu blah je.

Bukan ke sebagai peniaga dia kena sentiasa bersedia dengan duit kecik tak kiralah pagi ke malam ke? Bukan tanggungjawab dia ke? Salah ke msred?


- Posted using BlogPress from my iPad

GAMBAR RESEPSI NABIL DAN NAZIRAH DI I-CITY SHAH ALAM

















Rotikaya

-Posted using BlogPress from my iPad

SWIMMING SEJUK, KAMBING PANAS

Salam you alls,

Petang tadi, msred pergi rumah adik msred, Aunty Nunun kepada si kecik kiut bertiga msred tu. Sampai je adik msred ajak swimming kat bawah apartment dia. Manalah msred plan nak swimming, so si kecik kiut bertiga tu pakai je baju apa yang ada dalam beg dia orang.



Seronok betul budak kecik kiut bertiga tu swimming-swimming. Sampai bibir, jari kecut dan biru. Dah kena jerit 2 3 kali baru dia orang naik.

Bila dah habis swimming, perut mulalah lapar. Msred yang tak swim pun terasa lapar. Adik msred dah siap masak kambing bakar dan ayam bakar. Terbaeklah.





Kambing panggang tu msred makan sepuas hati. Adik msred tau dah, kalau msred datang rumah dia mesti request kambing panggang. Dia je yang sama macam msred gila makan kambing. Balik malam tu kekenyangan. Malam dah tak payah masak dah. Si kecik kiut bertiga, lepas main kejap terus tertidur kepenatan.

Note : Elok jugak makan kambing lepas swimming, boleh memanaskan badan balik lepas kesejukan swimming.

- Posted using BlogPress from my iPad

October 02, 2011

BENDA BARU MEMANG BEST

Salam you alls,

Msred dalam proses tukat make up blog msredcheeecake ni. 90 % dah siap. Tapi kena sambung malam nanti sebab msred nak pergi raya.

Erk... raya dah habis yea? Hhheee.....

Orang lain dah berkurun tahu buat header transparent, msred baru tahu. Baru dapat belajar tadi. Kesian msred ketinggalan. Ni lah header baru msred yang teramat simple tapi kiut. Memang best perasaan ada header baru yang kiut ni.



Note : Doodle itu hadiah dari seseorang. Msred bagi doodle tu nama Kiru. Miss Kiru. 


BUDAK SEKOLAH RENDAH LAGI PANDAI DARI CIKGU

The Smartest Kid in First Grade


A first-grade teacher was having trouble with one of her students. The teacher asked, "Harry what is your problem?" Harry answered, "I'm too smart for the first-grade. My sister is in the third -grade and I'm smarter than she is! I think I should be in the third-grade too!"

The teacher had had enough. She took Harry to the principal's office.

While Harry waited in the outer office, the teacher explained to the principal what the situation was. The principal told the teacher he would give the boy a test and if he failed to answer any of his questions he was to go back to the first-grade and behave. The teacher agreed.

Harry was brought in and the conditions were explained to him and he agreed to take the test.

Principal: "What is 3 x 3?"

Harry: "9".

Principal: "What is 6 x 6?"

Harry: "36".

And so it went with every question the principal thought a third-grade should know. The principal looks at the teacher and tells her, "I think Harry can go to the third-grade."

The teacher says to the principal, "Let me ask him some questions?"

The principal and Harry both agree.

The teacher asks, "What does a cow have four of that I have only two of?"

Harry, after a moment, "Legs."

Teacher: "What is in your pants that you have but I do not have?" The principal wondered, why does she ask such a question!

Harry replied, "Pockets."

Teacher: "What does a dog do that a man steps into?"

Harry: "Pants"

Teacher: What's starts with a C and ends with a T, is hairy, oval, delicious and contains thin whitish liquid?

Harry: Coconut

The principal's eyes open really wide and before he could stop the answer, Harry was taking charge.

Teacher: What goes in hard and pink then comes out soft and sticky?

Harry: Bubblegum

Teacher: What does a man do standing up, a woman do sitting down and a dog do on three legs?

The principal's eyes open really wide and before he could stop the answer.

Harry: Shake hands

Teacher: Now I will ask some "Who am I" sort of questions, okay?

Harry: Yep.

Teacher: You stick your poles inside me. You tie me down to get me up. I get wet before you do.

Harry: Tent

Teacher: A finger goes in me. You fiddle with me when you're bored. The best man always has me first.

Principal was looking restless and bit tense.

Harry: Wedding Ring

Teacher: I come in many sizes. When I'm not well, I drip. When you blow me, you feel good.

Harry: Nose

Teacher: I have a stiff shaft. My tip penetrates. I come with a quiver.

Harry: Arrow

Teacher: What word starts with an 'F' and ends in 'K' that means a lot of excitement?

Harry: Firetruck

The principal breathed a sigh of relief and told the teacher, "Put Harry in the fifth-grade, I missed the last ten questions myself."


Note : Orang tua ni suka pikir yang tak elok je....
Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno