September 30, 2011

CARING ITU INDAH

Salam you alls,

Pada fitrahnya, kita manusia ini memang dijadikan berkeinginan untuk disayangi. Kita suka betul kalau ada orang yang sayang. Lebih-lebih lagi kalau orang itu merupakan orang kesayangan kita. Tak kisahlah siapa. Mak abah ke, adik beradik kita ke, kawan-kawan kita ke atau sesiapa pun. Rasa seronok kalau ada orang ambil berat tentang kita.

Kita pun mesti rasa seronok kalau dapat ambil berat hal orang kesayangan kita. Kita ambil tahu perasaan dia, masalah dia dan keinginan dia. Kemudian kita cuba gembirakan dia, cuba berkongsi masalah dia dan cuba tunaikan keinginan dia.

Apa kita dapat kalau kita ambil berat orang kesayangan kita?

Kita pasti rasa puas dan gembira kalau kita berjaya buat dia rasa gembira, kalau kita berjaya tolong selesaikan masalah dia dan kalau kita berjaya penuhi keinginan dia. Setiap kali orang kesayangan kita itu tersenyum bahagia bila kita ambil berat, mesti timbul rasa kepuasan dalam diri kita. Then, kita pun boleh tersenyum bahagia bersama.

Indah kan?

Note : Kalau ada orang ambil berat hal kita, kita pun ambil berat lah hal dia supaya boleh tersenyum sama-sama.


SCRAPBOOK PAGE 2

Salam you alls,

Lagi scrapbook page yang msred buat di pejabat waktu rehat pagi tadi. Gambar ni diambil di rumah adik msred di Seputih, KL waktu first week raya hari tu. Gambar si kecik kiut bertiga dan kazen dia orang, Adam (baju merah) yang merupakan anak kepada adik msred.


Mereka ni kalau berjumpa memang riuh. Cakap kuat-kuat, suka buat bising. Memang happening kalau mereka ni berkumpul. Seronok layan dia orang, but at the same time pening sebab bising sangat.

Lagi contoh scrapbook page.

NAK BELA KUDA

Salam you alls,

Selain dari kucing dan syrian hamster, msred suka kalau dapat bela kuda. Msred sangat suka kuda, haiwan yang penyayang dan suka berlari. Kuda putih cantik, macam kat bawah ni.


Tapi kuda hitam lagi kuat lari dan kebiasaannya baka kuda yang baik adalah kuda hitam.


Fakta mengenai kuda,


1. Kuda ni dia besar, tapi sebenarnya dia tak tahu pun dia besar..


2. kalau kita sedang tunggang dia, tiba2 terjatuh, dia akan sedaya upaya


mengelak untuk terpijak kita.. Kalau dia terpijak jugak, makna dia memang


sangat2 tak sengaja...


3. Sama macam binatang lain, kuda sangat penyayang kalau kita sayang dia..


4. Kita jangan takut kat dia.. Kalau kita takut nanti dia pun takut jugak.. Kalau

kita friendly, dia pun friendly lah..


5. Deria bau kuda sangat kuat. Contoh kalau tuan dia datang.. Dari jauh dia

dah tau tuan dia dah datang...


6. Pegang jambul kuda adalah sunnah..


7. Ramai orang kata, jangan lalu belakang kuda nanti kena tendang..

Sebenarnya salah.. Boleh lalu belakang kuda dengan syarat kena bagitau dia..

Kena tepuk2 sikit belakang dia, untuk bgtau dia, ada orang kat belakang kau ni

haa.. Kalau tak dia terkejut, sebab tu dia tendang kita..


8. Bawah tapak kaki kuda tu kena pasang ladam sebab tapak kaki kuda sangat


sensetif..



9. Paku yang digunakan untuk pasang ladam adalah sepanjang 2 inci.. Dan

ketuk guna tukul besi!


10. Daging kuda panas. Kalau kita makan, nanti jadi panas.. Macam makan

durian laa..


11. Kuda cepat membesar. Umur 3 tahun je dah besar tinggi.. 


12. Panjang tali yang tempat letak kaki tu mesti sama panjang dengan lengan

kita..



Note: Ada sesape nak sponsor msred beli kuda?

September 29, 2011

BENCI DAN DIBENCI

Salam you alls,

Masa sekolah dulu, apa subjek kegemaran you alls? Subjek yang paling tak best pulak?

Msred tak suka matematik. Tak suka nombor dan tak suka formula. Msred tak bodoh matematik, selalu dapat keputusan baik sampailah masa di universiti pun keputusan paper finance baik.

Cuma bila kena study matematik, kena bermain dengan nombor tu memang tak best. Bosan dan bosan. Benci pun ada. Bila tengok nombor je mula buat muka. Bila kena buat kerja yang melibatkan nombor je mula rasa malas. Sampaikan masa sekolah bertekad nanti dah kerja nanti tak mahu kerja di jabatan yang melibatkan nombor.

Symptom tak ngam dengan nombor yang msred alami adalah kepala hotak msred ni memang payahlah nak hafal nombor telefon penting. Nombor telefon boyfriend pun ambil masa yang lama nak hafal. Nombor telefon sendiri pun masa baru beli memang lama lah nak hafal. Nombor plat kereta boyfriend lambat nak hafal. Nombor kereta sendiri pun lambat hafal. Asalan kena hafal nombor lembap je kepala hotak msred ni. Bila tengok nombor je stress.



I hate numbers and numbers hate me.

Bukan msred je tak ngam dengan nombor. Nombor pun tak suka dengan msred. Nombor-nomor penting susah sangat nak melekat dalam kepala hotak. Selalu je dia hilang. Stress.

Tapi yang kelakarnya, punyalah tak suka nombor dan tak suka kerja-kerja yang melibatkan nombor, sekarang ni bila dah kerja, hari-hari main dengan nombor. Tak boleh lari. Msred kerja di Statistic Department. Hari-hari jumpa nombor banyak tak hengat. Hadap jelah. Padan muka msred.


- Posted using BlogPress from my iPad

LELAKI METROSEXUAL GAY?

Salam you alls,

Kebanyakan perempuan memang mementingkan penampilan dan mahu sentiasa kelihaan menarik. Mengamalkan rutin penjagaan kecantikan sama ada muka atau badan. Sama dengan lelaki metrosexual.

Lelaki metrosexual (LM) mengamalkan cara hidup yang sangat urban. Mementingkan gaya dan penampilan. LM ini suka mengamalkan rutin penjagaan muka dan penjagaan badan. Berbeza dengan lelaki yang lain, mereka amat mementingkan rutin ini dan sanggup berhabis wang ringgit ke pusat facial, gym dan salon rambut.

Golonan LM ini sekarang sudah tidak segan untuk mengaku tabiat mereka yang rajin cuci muka, toner dan melembap muka. Kalau dulu mereka malu nak mengaku sebab akan di cop lelaki lembut dan bukan lelaki sejati. Ada juga yang menganggap mereka lelaki gay.



Lelaki metrosexual bukan gay. Mereka mempunyai kecenderungan sex ang normal sama seperti lelaki lain. Mungkin kerana tabiat mereka yang selalu menjaga penampilan dan gaya penampilan mereka yang dikatakan serupa dengan penampilan golonan lelaki gay.

Lelaki metrosexual juga bukan lelaki lembut atau tak macho. Mereka cuma gemar menjaga penampilan dan amat suka melaram macam perempuan ang suka melaram. Itu bukan bermakna mereka lelaki lembut. Mereka sama gagah macam lelaki lain.

You alls kisah ke kalau boyfriend you all lagi rajin cuci muka dari you alls? Kisah ke kalau boyfriend you alls metrosexsual? Msred tak kisah kalau mr bf lagi rajin cuci mua dari msred.

Note : Ada segelintir lelaki metrosexual yang gay, tapi bukan semua.

- Posted using BlogPress from my iPad

BULIMIC

Salam you alls,

Kebanyakan perempuan suka kelihatan kurus, mahu kurus dan berusaha untuk kurus. Dari segi kesihatan, memang kita digalakan berada dalam lingkungan ideal weight kita mengikut kadar BMI badan kita. Ini adalah untuk mengelakkan badan kita dari mudah mendapat penyakit obes atau penyakit berkaitan obesiti.

Tapi kebanyakan perempuan nak kurus bukan kerana kesihatan tapi supaya kelihatan cantik. Itu pasal ada yang menggunakan cara yang salah untuk kurus.



Bulimic adalah salah satu masalah amalan pemakanan yang salah ( eating disorder ). Pengidap bulimia biasanya akan makan dan suka makan dalam kuantiti yang banyak lepas tu akan rasa bersalah sebab makan banyak kemudian akan cuba mengeluarkan semula makanan yang dah dimakan. Kebanyakannya akan paksa diri untuk muntah dan ada yang mengambil laxative yang memaksa kita untuk buang air besar.



Masalah ini di Malaysia tak banyak sangat tapi dikatakan trend ini mula menular dikalangan remaja. Bulimic ini bahaya dan boleh membunuh kalau tak dikawal. Masalahnya pengidap bulimia ini selalunya merahsiakan masalah mereka. Kita susah nak kesan bulimic ini. Susah nak tolong pesakit bulimia ini.

Note : Dulu time study pernah syak roomate msred yang kejap kurus kejap berisi bulimic sebab dia selalu hilang bila lepas makan dan tak suka tengok diri sendiri kat cermin.

- Posted using BlogPress from my iPad

LUAR CANTIK DALAM CANTIK KE?

Salam you alls,

Macam-macam cara yang dilakukan oleh perempuan agar lelihatan cantik. Sanggup berhabis duit, masa dan tenaga berusaha untuk kelihatan cantik.

Duit banyak dihabiskan dengan membeli set perawatan muka agar muka jadi cerah, gebu dan bebas jerawat. Rajin pergi facial nak bagi muka nampak tegang dan muda selalu.

Setiap minggu pergi gym atau jogging di tasik untuk memastikan body sentiasa slim dan cun. Sanggup berhabis duit beli creame anti selulit, pembakar lemak dan melembap kulit supaya nampak cerah gebu buat orang geram nak pegang.

Tapi berapa banyak RM, masa dan tenaga dihabiskan untuk mendapatkan kecantikan dalaman yang sejati?

Kenapa tak mahu habiskan masa dengan membersihkan hati supaya terpancar di muka kemuliaan, kebaikan dan keikhlasan hati? Perasaan negatif dalam hati boleh membuatkan kita nampak tua.

Kenapa tak mahu berhabis duit beli buku keagamaan dan belajar macamana nak ikhlaskan hati teruskan hidup dijalan yang betul supaya hati sentiasa tenang, happy dan sentiasa tersenyum?

Kenapa tak mahu guna tenaga untuk mengambil wuduk dan sembahyang supaya hati jadi bersih dan muka jadi berseri? Sembahyang merupakan salah satu rutin senaman yang baik, yang diakui oleh pakar.

Bagi msred tak salah kalau kita rajin jaga kecantikan luaran. Islam pun tak mahu kita kotor atau comot dan tak kemas. Tapi apa kata kita seiringkan kecantikan luaran kita dengan kecantikan dalaman. Kalau dapat kecantikan dalaman lebih dari kecantikan luaran lagi best.


- Posted using BlogPress from my iPad

SPONTANEOUS THURSDAY

Salam you alls,


PRETENDING TO BE HAPPY 
WHILE WE ARE NOT 
IS HARD TO DO AND PATHETIC.

September 28, 2011

CINTA SEJATI BERUBAH JADI CINTA PALSU

Salam you alls,

Permulaan hubungan lelaki dan perempuan pastinya dengan cinta sejati. Saling berjanji dan percaya hubungan cinta ini akan berkekalan. Memang tak ada niat nak mempermainkan perasaan sayang, tak ada niat nak curang. Semuanya mahu dan saling berusaha agar hubungan cinta yang terjalin kekal sejati hingga keakhirnya.

Permulaannya memang begitu. Cinta sejati tak berbelah bahagi. Tetapi dengan cara hidup zaman sekarang yang di kiri kanan, atas bawah dipenuhi dugaan dan cabaran, cinta sejati dengan mudahnya boleh berubah jadi cinta palsu.

Lelaki dan perempuan bebas bergaul dan bebas membuat pilihan dan tak takut kalau memilih jalan yang bertentang arus dengan yang sepatutnya. Kalau zaman dulu, kebebasan terbatas maka penglihatan kita pun terbatas. Perempuan tak bebas keluar sesuka hati macam sekarang. Jadi lelaki kurang pilihan kalau mahu curang. Perempuan yang lebih selalu di rumah tidak bebas melihat sekeliling, peluang untuk curang itu jarang timbul.

Kebebasan pergaulan sekarang memudahkan cinta sejati berubah jadi cinta palsu. Itu adalah harga yang harus dibayar untuk kita menikmati kebebasan. Mengekalkan cinta sejati jadi sukar bila pergaulan kita tiada batasnya.


- Posted using BlogPress from my iPad

TAK DAPAT TIDUR NYENYAK

Salam you alls,

Di pejabat msred sekarang ini sedang menyelesaikan satu projek besar yang betul-betul memerah keringat para pekerja. Sangat banyak kerja. Next month mungkin start OT setiap hari termasuk hari Sabtu atau Ahad.

Untuk menyiapkan projek ini sebelum dateline, bos telah setkah KPI yang kalau diikut memang boleh settle projek ni on time, tapi KPI tersebut memang tak masuk akal. Msred memang jenis yang suka capai KPI atau target kerja msred. Hari-hari stress nak capai target sampai terbawa-bawa ke rumah.

Malam memang susah nak tidur sebab kadang-kadang teringat kerja yang banyak, risau kalau tak dapat capai target.





Bila tak cukup tidur, kat pejabat mula kepala ashik buat head banging atau gig je. Minum Nescafe pun dah tak jalan. Ngantuk je.

Sekarang ni msred macam gambar kat atas tu lah. Bila kat rumah waktu malam susah nak lelap. Bila di pejabat pulak ashik teringat nak balik rumah nak tidur sepuas-puasnya.

Macamana nak fokus? Kerja pun tak fokus, tidur pun tak fokus. Lama-lama nanti kena register kat hospital sakit jiwa pulak.

Note : Orang kata jangan bawak balik urusan kerja balik rumah. Kerja pejabat tinggal kat pejabat je.

- Posted using BlogPress from my iPad

SAYA BUKAN BAWAH UMUR

Salam you alls,

Baru-baru ini adalah msred terpaksa kena buat urusan rasmi. Urusan ini memerlukan orang yang menguruskannya cukup umur atau berumur lebih 18 tahun.

Msred dan adik ipar msred pun berjumpalah orang yang akan bantu kami uruskan urusan rasmi tu. Orang tu tanya, siapa yang responsible untuk urusan tersebut. Msred pun mengakulah.

Dengan konfidennya orang tu cakap lebih kurang macam ini,

" Orang yang nak uruskan hal ni kena cukup umur. Kalau belum cukup umu tak boleh."

Msred pun cakap,

" Ok, saya tahu tu."

Orang tu pandang msred pelik. "You dah cukup umur ke?"

Adik ipar msred terus ketawa the tolong explain kat orang tu, " Miss, dia ni dah terlebih umur dah. Dah anak 3 dah."

" Oh ye ke? Sorry sorry. Saya ingat you under age lagi." orang tu buat muka terkejut.

Msred tersengehlah perasan nampak muda dari umur sebenar. Sebelum ni adalah orang sangka umur msred lebih muda dari umur sebenar, tapi takde lah melampau sampai ada yang ingat msred under age. Agaknya mata orang tu memang tak berapa tepatlah penglihatannya. Mungkin dia lupa pakai contact lense kot.

Note : Ada yang dah termuntah ke menyampah baca entry msred? Sorry, takde niat nak bagi you alls annoyed. Saja nak melayan perasaan perasan muda ni.


- Posted using BlogPress from my iPad

AKU BUDAK NERD

Salam you alls,

Kebanyakan blogger yang msred kenal semuanya cun-cun belaka. Comel-comel belaka. Mesti you alls ni masa sekolah termasuk dalam golongan budak sekolah yang femes kan?

Msred tak termasuk dalam golongan cun atau pun femes. Budak sekolah masukkan msred dalam golongan nerd atau geek. Msred tak nak masuk golongan tu tapi dia orang yang pandai-pandai masuk kan msred dalam golongan nerd atau geek.





Msred masa budak sekolah dulu memang selekeh. Rambut macam tak sikat, muka pucat saja maam orang sakit dan msred pakai spek yang bingkainya bulat besar. Gila memang muka nerd la. Walau pun msred antara pelajar yang malas belajar, tapi disebabkan spek besar msred dia orang register msred dalam group nerd.

Kalau you alls tengok rupa msred masa sekolah mesti terkejut. Rasanya orang asli dalam hutan tu lagi cun dari msred. Masa sekolah memang malas betul nak melaram. Dahlah pakai spek besar, tu la pasal kena masuk group nerd.

Tapi tak tahu kenapa msred tak pernah kisah pun kalau orang nak panggil msred nerd ke geek ke. Lantaklah. Tak kuasa nak melayan.

Sekarang ni takde pulak yang panggil msred nerd ke geek ke. Agaknya sebab sekarang dah tak pakai spek besar lagi dan dah tak selekeh macam dulu.

Note : Kalau ada orang nak panggil msred nerd, betul tak kisah. Silalah.


- Posted using BlogPress from my iPad

BE YANG KE EMPAT DARI NUFFNANG

Salam you alls,

Semalam dapat BE lagi dari Nuffnang, Maxis Home Broadband. Thanks to Nuffnang and Maxis. Seronok tak terkira. Orang lain dapat BE lagi banyak dari msred tak kecoh, msred baru dapat sikit dah kecoh. 



Thanks again Maxis. 




Note : Msred pernah pakai Maxis broadband dulu, tapi dah tutup sebab office tak boleh pakai broadband. Tunggu Maxis buat plan untuk I Pad 2 Wifi. 

September 27, 2011

APALAH DOSA AKU

Salam you alls,

Kita manusia ini memang akan seringkali diuji dengan segala macam musibah. Ada yang berat musibah yang menimpa, ada yang kurang berat. Hanya iman dan kasih kita pada Dia yang akan tentukan bagaimana kita akan hadapi musibah yang menimpa.

Yang msred tak berapa nak faham sampai sekarang, kenapa ada sesetengah manusia yang ditimpa musibah akan bertanya, " Apalah dosa aku sampai aku diuji sebegini?"

Hebat sangatkah kita nak bertanya begitu? Apa baik sangatkah kita ini sampai merasakan yang kita ini tak ada dosa sampai dibalas dengan musibah? Msred rasa malu bila dengar ada yang berkata begitu. Msred malu nak bertanya begitu kalau msred ditimpa musibah.

Rasanya lebih elok kalau kita bertanya begini bila ditimpa ujian dan musibah,

"Adakah musibah ini balasan di atas dosa ku yang lalu? Agaknya dosaku yang mana? Pasti kesilapanku itu besar hingga tuhan menguji aku sebegini."

Adalah lebih baik begini jawapannya agar timbul penyesalan dan akhirnya akan timbul keinginan untuk memperbaiki niat dan tingkahlaku.

- Posted using BlogPress from my iPad

SCRAPBOOK PAGE 1

Salam you alls,

Selain berblogging dan main games msred suka buat scrapbook. Msred suka touch up gambar jadi lebih menarik. Bukannya setakat main edit gambar, tapi tambah macam-macam kat gambar tu supaya jadi lebih menarik. 

Sebelum ini msred buat scrapbook guna paper craft, main gunting-gunting, lekat-lekat, tampal-tampal. Tapi sekarang, disebabkan ruang waktu free msred sangat terhad, msred main digital scrapbook saja. Senang. 

Tadi di office, waktu rehat pagi msred tak turun breakfast, msred touch up lah gambar raya msred dengan mr bf. Nilah hasilnya. Simple jer. 



Contoh scrapbook page yang lain. Ada tak sesiapa yang suka buat scrapbook?







JANGAN SALAHGUNA BODY YANG CUN

Salam you alls,

Seronoknya kalau dapat body macam Lisa Surihani. Kurus, tinggi. Memang cun. Pakai baju apa pun mesti nampak cun. Kalau orang chubby tak boleh nak sukahati saja pakai baju apa-apa. Certain jenis baju, jenis cutting kita yang chubby tak boleh nak pakai, nanti nampak macam buah pear.

Ada seorang kenalan msred yang sama-sama chubby macam msred pernah cakap kat msred, kalau dia dapat body slim dan cun, dia teringin nak pakai skirt pendek. Tak adalah nampak selulit.

Terkejut sikit msred dengar. Msred balas lah balik lebih kurang macam ni lah maksudnya....

" Kau punya niat nak body cantik tu supaya kau dapat pakai seksi-seksi. Itu pasallah tuhan tak kasi kau kurus. Cuba niat kau nak kurus tak nak gemuk tu supaya senang kau nak bergerak, supaya kau tak senang dapat penyakit, insyaAllah tuhan bagi. Kalau niat kau dah tak betul macam tu, susahlah nak dapat."

Msred cuma nak cakap, kalau tuhan anugerahkan kita body yang cun melecun, jangan salahguna untuk tujuan yang tak baik. Kalau niat kita nak benda tak baik, benda tak baiklah yang kita dapat. Kalau kita niat nak kan benda yang baik, insyaAllah, benda yang baiklah kita dapat.

Msred sendiri pernah tersilap masa muda-muda dulu. Bila dah berumur ni kadang-kadang terasa malu dengan perangai msred masa muda dulu. Tak mahu seksi dah. Tak dapat apa pun.

- Posted using BlogPress from my iPad

September 26, 2011

SAYA CUMA GILA DUA KALI SAHAJA

Salam you alls,

Seumur hidup msred, cuma dua kali ni je msred gila. Tersengeh sorang-sorang, cakap sorang-sorang dan ketawa sorang-sorang. Kejap-kejap serius, kejap gelak balik.

Penyakit ni msred kena dua kali dah. First time masa kena lamar. Bila mr bf tiba-tiba bagitau msred dia nak hantar family dia pergi merisik msred, terus terkena penyakit gila dan simtom-simtom di atas. Satu hari tu sampailah keesok kan harinya, msred kejap-kejap gelak, kejap serius. Tersengeh dan bercakap sorang-sorang.

Mau tak happy. Nak kena pinang. Mana pernah msred kena pinang sebelum tu. First time tu kena pinang. Itu yang gila dua hari tu. Happy sebab dapat kawen dan happy sebab dah laku.

Second time masa disahkan pregnant anak first. Lepas doktor kata positif pregnant, dapat terus penyakit gila tu buat kali kedua. Tersengeh, cakap, tergelak sorang-sorang. Mr bf mula-mula dia layan je gila msred. Lepas sehari semalam msred sakit, dia dah mula annoyed. Dia cakap, " Sudah-sudah lah tu. Kang Menurun kat baby tu kang. Keluar nanti tersengeh, gelak sorang-sorang kang." Hampeh betul itu mr bf. Buat msred takut je.

Itulah dua kali msred kena penyakit gila ni. First time nak kawen, first time nak dapat baby. Lepas tu normal je sampai sekarang. Alhamdulillah.


- Posted using BlogPress from my iPad

AKU BUKAN AMOI

Salam you alls,

Seumur hidup msred, dah banyak kali amoi atau nyonya atau apek menegur msred dalam bahasa cina. Msred dengan pantas akan menggeleng kepala sambil cakap..... " Saya melayu, bukan cina." Dan selalunya akan dibalas begini.... " Aiya, soli a. Saya ingat you amoi tadi."

Dah biasa, kadang-kadang annoyed juga tapi dah biasa. Redha je.

Teringat kisah lama waktu msred bekerja disebuah travel agency di KL. Ada seorang awek ni yang bekerja di travel agency yang lain bertanya pada msred.

" Kau ni mesti ada keturunan cina kan? Nenek kau yea?" Dengan konfiden dia serkap jarang.

" Mana ada. Aku keturunan melayu sejati. Tak de cina lah." Dengan muka konfiden juga msred menyangkal sangkaan kawan msred ini.

" Ye la. Aku rasa kau ni memang ada keturunan cina. Mesti belah mak kau sebab mak kau pun macam cina." Tinggi betul tahap konfiden dia ni.

" Tak adalah. Belah mana-mana pun tak de keturunan cina." msred mula menegaskan nada suara msred.

" Ya ni, aku tau kau mesti ada campur cina ni." melampau betul konfidennya dia.

Last-last msred malas dah nak layan dia msred cakap, " Sukati kau lah" Angkat bendera putih tanda malas nak berbalah dah.

" Ha.... Kan aku dah cakap. Kau ni memang ada darah cina. Mata sepet je."

Dalam hati msred cakap.....

Ni siapa yang lagi tahu susur galur keturunan aku ni? Kau ke aku? Beria pulak bagitau aku yang aku ni ada campur dengan cina. Dahlah, malas nak layan kau.

Msred mulalah buat muka annoyed, tapi mulut diam saja.


- Posted using BlogPress from my iPad

SAYA TAK PAKAI DUIT RAYA ANAK SAYA

Salam you alls,

Last week hari Jumaat msred dengan si kecik kiut Iffan dan Ian pergi bank sebab nak aktifkan balik kad bank msred yang dah tak aktif. Kena bayar RM 8 untuk fees. Dalam beg duit msred ada note RM 50 je. Msred malas nak tukar duit tu. Kalau dah tukar nanti laju je habisnya.

Msred teringat duit raya yang msred simpan dalam sampul raya ada dalam beg msred. Msred keluarkan dua sampul. Dalam tu ada RM 5 setiap sampul. Ada awek duduk sebelah msred pandang je msred keluarkan duit tu. Dia senyum msred pun senyumlah.

Tiba-tiba msred terfikir, agaknya awek tu ingat msred keluarkan duit raya anak-anak msred kot. Tu yang dia pandang sambil tersengeh je. Nak je msred explain kat dia tu bukan duit raya anak msred. Tu duit raya yang msred nak bagi orang. Tu duit msred, bukan duit anak msred.

Tapj terfikir balik, perlu ke msred explain kat awek tu? Mana tau nanti msred susah-susah explain, dia cakap.... " Saya tak kata pun akak ambil duit raya anak akak. " Malu pulak nanti.

Note : Jangan pakai duit raya anak-anak kita. Tak baik tahu. Tak amanah tu.

- Posted using BlogPress from my iPad

TAK FAHAM LA

Salam you alls,

Bila lepak dengan kawan yang pandai melawak ni memang best. Pandai buat kita ketawa dengan cerita lawak dia. Dapat release tension. Dapat senyum selalu. Awet muda tu.

Tapi yang tak bestnya bila terjadi macam situasi ini. Cerita lawak dimulakan dengan dialog lebih kurang macam ni.

" Korang nak tahu tak? Kelakarlah...... ".

Habis je ayat tu dia ketawa. Sambung cerita balik dua tiga patah, lepas tu ketawa balik. Sambung cerita empat lima patah, ketawa berdekah-dekah. Berhenti kejap, ambil nafas sebab dah semput ashik ketawa saja. Sambung cerita dua tiga patah, ketawa sampai keluar air mata. Berhenti ketawa, sambung balik cerita. Last sekali dia cakap macam ni.

" Kelakarkan? "

Yang stressnya tu, kita langsung tak faham cerita kelakar yang cuba disampaikan. Yang kita dengar dari tadi lebih banyak ketawa kah kah daripada biji butir cerita kelakarnya. Last-last si pencerita saja yang dapat ketawa sukahati. Kita yang dengar ni blur saja tak dapat nak ketawa sama sebab tak faham langsung cerita kelakarnya.

Pernah jadi kat you alls? Stress tak?


- Posted using BlogPress from my iPad

DOA SEBELUM TIDUR


Salam you alls,

Sebelum tidur, selepas rutin menjaga kebersihan (cuci muka, gosok gigi), lepas basuh kaki, sewaktu baring tu bacalah doa sebelum tidur ni.



Ya Allah, dengan namamu hamba hidup dan dengan nama mu hamba mati.

Riwayat Muslim.

Muga Allah melindungi kita dari perkara buruk sewaktu kita sedang tidur.


- Posted using BlogPress from my iPad

September 25, 2011

MC DONALD FAMILY DINNER BOX

Salam you alls,

Malam ni msred dinner dengan si kecik kiut bertiga kat Mc D section 3. Msred order Family Dinner Box A. RM 29.90. Jimat dan mengenyangkan. Sesiapa yang follow blog msred mesti tahu msred memang chenta gila dengan Mc D.



You alls terliur tak? Heavenlah dapat makan makanan kegemaran. Alhamdulillah.




You alls dinner apa?

- Posted using BlogPress from my iPad

NAMA MANJA BILA BERCINTA DAN BILA DAH KAWEN

Salam you alls,

Seronok tengok kawan-kawan yang sedang bercinta bila bercakap dengan pasangan ada nama manja. B la, Yang la, BB la. Kebanyakan pasangan bercinta sekarang ni mesti ada nama panggilan manja untuk pasangan.Barulah mesra.

Msred terasa nak buat entry ni lepas melawat rumah Cik Kotak Bulat

Msred dan mr bf dari zaman bercinta sampai lah zaman dah jadi mama papa ni, tak de langsung nama manja. Dari mula kenal sampai sekarang panggil nama sebenar je bila bercakap. Masa mula-mula kawen dulu msred malu-malu tanya mr bf... dah kawen ni nak panggil abang ke? Msred pandang dia, dia pandang msred, lepas tu pakat-pakat gelak. Sebab dah terbiasa agaknya, kami lebih selesa terus panggil nama masing-masing je. Tak ada nak panggil nama manja ke. So, sampai sekarang nama panggilan msred dan mr bf adalah nama sebenar kita orang.

Note : Msred dan mr bf memang pasangan paling tak romantik dalam Malaysia ni. Betul, tak tipu. 

DI MANA ADA CINTA DI SITU ADA SETAN

Salam you alls,

Kalau tengok adik-adik yang baru jatuh cinta, yang sedang dilamun cinta memang sweet. Muka berseri saja, bibir sentiasa tersenyum, hati happy sepanjang masa, semuanya indahlah. Seronok jatuh cinta ni. Buat hati kita berbunga-bunga saja. Betul kan?

Bergnatung pada umur, harapan kita bila bercinta ni nak kekal lama, nak sampai naik pelamin. Tak nak lah terputus separuh jalan. Tak mahulah dikecewakan. Nak kekal. Baguslah kalau ada niat nak bersatu, nak sampai nikah.

Tapi, sementara nak tunggu nikah tu, banyak cabaran dan dugaan yang akan kita tempuh. Cabaran yang paling besar, nak melawan nafsu. Kita kena ingat, bila kita bercinta saja, setan teramatlah suka nak rapat-rapat dengan kita. Kalau tak bercinta pun dia rapat juga. Tapi bila kita bercinta ni setan mulalah pasang niat nak kita terlanjur. Setan waktu ni mulalah sebok nak suruh kita, pengaruh kita, buat apa saja sampai kita terlanjur, sampai termengandung, sampailah kita buang anak.

Berapa point kita dapat kalau setan ni berjaya? Bersentuh bukan muhrim, zina, anak luar nikah, bunuh. Sekaligus kita dapat semua dosa besar. Itu dengan tuhan. Dengan manusia? Hancur hati ibubapa. Memalukan keluarga. Ibubapa terpaksa sama tanggung dosa kita sebab nak tutup malu. Mungkin ada ibubapa yang terpaksa bersubahat buang anak luar nikah tu. Nauzubillah.

Bercinta memang nikmat. Heaven. Tapi, kita semua kena hati-hati. Pastikan si setan tu tak dapat capai matlamat dia nak menjatuhkan kita. Cari cinta yang diredhai oleh Dia, bercinta dengan cara yang halal. Pasti kekal bahagia, insyaAllah. Sama-sama kita berusaha.


- Posted using BlogPress from my iPad

THE BEST DIVORCE LETTER EVER


Dear Wife:

I’m writing you this letter to tell you that I’m leaving you for good.

I’ve been a good man to you for seven years, and I have nothing to show for it.

These last two weeks have been hell. Your boss called to tell me that you had quit your job today, and that was the last straw.

Last week, you came home and didn’t even notice that I had gotten a new hair cut, cooked your favorite meal, and even wore a brand new pair of silk boxers.

You came home and ate in two minutes, then went straight to sleep after watching all your soaps. You don’t tell me you love me anymore, you don’t want to have sex anymore or anything. Either you’re cheating on me or you don’t love me anymore.

Whatever the case is, I am gone.

Your EX – Husband

P.S. Don’t try to find me. Your SISTER and I are moving away to West Virginia together!

Have a great life!



Dear Ex-Husband:

Nothing has made my day more than receiving your letter. It is true that you and I have been married for seven years, although a good man is a far cry from what you’ve been.

I watch my soaps so much because they drown out your constant whining and griping. Too bad that doesn’t work. I did notice when you got a hair cut last week. The first thing that came to mind was, ‘You look just like a girl!’, but my mother raised me not to say anything, if you can’t say anything nice. And when you cooked my favorite meal, you must have gotten me confused with MY SISTER, because I stopped eating steak seven years ago.

I turned away from you when you had those silk boxers on because the price tag was still on them. I prayed that it was just a coincidence that my sister had just borrowed fifty dollars from me that morning and your new silk boxers were $49.99.

After all of this, I still loved you and felt that we could work it out. So, when I discovered that I had hit the lottery for Ten Million Dollars, I quit my job and bought us two tickets to Jamaica .

But when I got home you were gone. Everything happens for a reason, I guess

I hope you have the fulfilling life you always wanted. My lawyer said that with your letter you wrote, you won’t get a dime from me.

So take care.

Signed,

Rich and Free!

P.S. I don’t know if I ever told you this but Carla, my sister, was born CARL. I hope that’s not a problem.


- Posted using BlogPress from my iPad

September 24, 2011

RESEPI MILO AIS TABUR

Salam you alls,

Hari sabtu ni hari bersama si kecik kiut bertiga. Buat apa-apa pun dengan dia orang. Seronok ada anak ni. Penghibur hati, pengubat luka.

Dah lama tak buat milo tabur. Tiba-tiba rasa nak buatkan untuk si kecik kiut Iffan dan Ian. 

1. Mula-mula. msred masukkan satu sachet Milo Sejuk dalam cawan milo ni. Kalau pakai cawan yang lain yang besar size nya jangan letak air banyak. Nanti tak manis, tak best.


2. Lepas tu isi air sejuk setengah cawan, letak ais 4 5 ketul. Kalau nak buat blended, blend lah milo dan ais ni. Kalau tak nak biar aje macam ni.


3. Lapas tu taburlah milo sebanyak mana yang you alls suka. Untuk cawan size ni msred letak 2 sudu besar je. Lepas tu msred taburkan sedikit creamer. Ini optional untuk orang yang suka creamer je.

Lepas tu, baca bismillahirrahmanirrahim. Minum dengan sopan, jangan gelojoh. Nikmatilah kesedapan rasa coklatnya. Dah habis minum, Alhamdulillah. Dah, pergi basuh cawan.




Note : Si kecik kiut berdua ni berebut nak milo tabur msred. Itu tandanya milo tabur msred sedap. Hheee

INGIN MENGENALINYA DENGAN LEBIH DEKAT

Salam you alls,

Kadang-kadang keinginan untuk mengenali Dia dengan lebih dekat itu datang. Semangat. Cuba-cuba mencari jalan bagaimana nak mendekatkan diri dengan Dia. Jumpa. Usaha. Kadang-kadang yang diusahakan itu berjaya. Ada juga yang kurang berjaya.

Putus asa? Cuba dijauhkan. Mahu juga supaya semakin dekat dengan Dia. Mahu rapat. Supaya Dia suka. Supaya bahagia di sisi Dia.

Hari ini mahu teruskan berusaha. Mendekatkan diri dengan dia, supaya lebih mesra, agar ada bahagia. InsyaAllah. Harap Dia bantu.


- Posted using BlogPress from my iPad

MIMPI KENA PATUK ULAR

Salam you alls,

Tidur malam ni terganggu lagi. Sejak sekolah msred selalu mimpi ular. Dah lama tak mimpi ular, tadi mimpi ular. Tak suka. Takut sangat dengan ular. Dah tak boleh tidur dah. Ashik terbayang ular kat bawah katil je.

Tadi, kerana terlalu panat, tidur awal. Pukul 10 dah tidur. Tapi terjaga balik sebab mimpi ular. Mimpi kena patuk ular. Bangun je msred terus cek bawah katil kot-kot ada ular. Nasib baik takde. Fobia sebab dulu bilik msred pernah kemasukan ular. Dia tidur bawah katil msred. Pagi tu bangun nampak dia keluar dari bawah katil. Terus terbayang dan hati berkata.... ' semalam aku tidur sebilik dengan ular tupanya. Nasib baik tak satu katil. Fobia terus.

Orang kata kalau mimpi kena patuk ular maksudnya nak kena pinang. Anak dara bolehlah. Tapi kalau mak dara yang mimpi kena patuk ular? Nak kena pinang dengan siapa? Siapa pulak berani pinang bini orang?

- Posted using BlogPress from my iPad

September 22, 2011

STUN GUN HARAM

Salam you alls,

Pernah tak tengok alat di bawah ni? Stun gun. Alat ini boleh mengalirkan tenaga elektrik ke tubuh manusia kalau terkana badan dalam voltan yang tertentu. Ianya berupaya melumpuhkan seketika fungsi badan. Ada stun gun yang bervoltan agak tinggi dan berbahaya kepada manusia. Oleh sebab itu ia di 'haram' kan penggunaannya di Malaysia. Pemilik boleh didakwa dan dipenjara atas kesalahan memiliki.





Ramai pengguna adalah dikalangan perempuan, digunakan sebagai alat melindungi diri. Ianya boleh digunakan sebagai senjata kalau kita diserang penjahat. Tapi penggunaannya boleh membahayakan kalau penyerang berjaya merampas stun gun ini dari pemilik dan menggunakannya pada pemilik. Senjata makan tuan.

- Posted using BlogPress from my iPad

UCAPAN SELAMAT HARI JADI

Salam you alls,


No matter how many birthdays come and go, 
you'll always be my little boy







Happy first birthday Iman Zary Haqimie. 
You are my precious, my bundle of joy. 
I will treasure you, adore you not because i am your mama 
but because i love you so much and that is just what i want to do. 
May you have a blessed life my dear son.

mama...

Note : Marble Cheese Cake from Secret Recipe. 21 September 2011.

TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR



Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.

Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!


Gud nite my frenz. Sweet dream.

September 21, 2011

SAYA TAKUT DENGAN POLIS

Salam you alls,

Orang kata, lelaki nampak handsome kalau pakai seragam polis. Walaupun lelaki tu tak berapa handsome, tapi kalau dia pakai seragam polis, nampak handsome je. Betul ke? Agaknyalah.

Tapi msred takut dengan polis. Asal nampak polis je jantung berdebar. Rasa nak lari laju-laju sambil jerit berulang kali.....

"Saya tak salah, saya budak baik."

Tapi oleh kerana tak nak di cop gila oleh orang sekeliling, msred diam je.

Msred memang takut polis. Ni semua salah mak msred. Dari kecil, mak msred suka ugut msred, " Jangan nakal-nakal. Nanti polis amek dia. Polis suka amek budak nakal." Asal msred nakal je sikit, mak msred cakap macam tu. Dan setiap kali mak msred cakap macamtu, msred automatik berubah jadi budak baik. Sampai ke tua msred takut polis.

Walau macamana handsome pun polis tu pakai seragam, kat mata msred nampak garang je. Kalau nampak pistol dia ke, gari dia ke lagi kecut perut msred. Macam orang salah pulak. Tapi kalau Dato Yusof Haslam pakai baju polis msred tak takut.

Note : Jangan ajar budak kecil takut polis. Ajar dia cari polis kalau mama atau papa hilang.

- Posted using BlogPress from my iPad

KENAPA CINTA SIBER TAK BEST

Salam you alls,

Sekarang ni ramai pasangan bertemu di alam siber, berkenalan, bercinta dan ada yang sampai berkahwin. Kalau pertemuan di alam siber berakhir di alam perkahwinan, alhamdulillah. Dapat jodoh.

Ada orang suka cuba memulakan hubungan di alam siber. Berkenalan di facebook, twitter atau blog. Senang. Tak payah susah-susah keluar usha calon kat luar atau cuba-cuba buat blind date. Bila dah kenal, tak payah keluar dating, jimat kos. Dating kat facebook je.

Tapi ada juga yang tak bestnya cinta di alam siber ni. Kalau harijadi kita, tak merasalah nak hadiah yang bolek dipegang, dimakan atau dipakai. Semuanya dialam maya je. Kalau dapat hadiah rantai tak boleh pakai, hadiah coklat tak boleh makan, hadiah kereta tak boleh bawa. Sebab semuanya dalam bentuk grafik je.

Kalau nak dating jangan haraplah dapat pergi tengok wayang sama-sama. Video yang kita boleh tengok pun video gambar masing-masing waktu chatting pakai web cam. Saya tengok muka awak, awak tengok muka saya.

Nak suruh pasangan belanja makan tutti frutti, mimpilah. Tengok gambar je boleh. Kalau nak juga makan tutti fruitti tu, makan je gambar tu.

Itu yang tak best. Yang best, maksiat kurang, insyaAllah. Tak payah dating kat luar. Tapi jangan buat maksiat siber pulak. Kalau dah serasi, nikah je terus.


- Posted using BlogPress from my iPad

CURIGA ITU TIDAK SALAH

Salam you alls,

Orang kata bersangka baik dengan orang dan jangan cepat menuduh yang bukan-bukan. Tak baik kalau kita bersangka buruk pada orang. Macamana kalau sangkaan kita itu salah. Kesian dia.

Tapi secara peribadi, msred rasa tak salah kalau ada rasa curiga dan bersangka buruk dalam diri kita terhadap seseorang lebih-lebih lagi orang yang tak dikenali. Curiga itu boleh membuka mata hati kita dan membuatkan kita berhati-hati dengan orang disekeliling.

Zaman sekarang ini ada macam-macam jenis manusia, macam-macam jenis kelakuan dan macam-macam jenis penipuan. Selagi rasa curiga itu dapat melindungi kita dari manusia yang berniat tak baik, tidak melampaui batas dan beralasan yang rasional, tak salah kalau kita ada rasa curiga. Kalau rasa curiga itu tidak berasas langsung dan membuatkan kita gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita, haruslah kita double check rasa curiga itu sama ada patut atau tidak.

Note : Asal ada orang yang tiba-tiba buat baik dengan msred, hati msred mula berkata-kata, "Kenapa dia tiba-tiba baik dengan aku ni?"


- Posted using BlogPress from my iPad

WORDLESS WEDNESDAY : LOVE MARSHMALLOW

September 20, 2011

BE KETIGA NUFFNANG

Salam you alls,

Happy la msred hari ini. Dahlah semalam msred dapat tengok cerita pontianak hensem dalam cerita Fright Night free sebab Nuffnang bagi tiket special screening percuma. Hari ini dapat BE ketiga dari Nuffnang. Iklan Asustek Computer Malaysia.



Baru-baru ni iklan Asustek yang sebelum ni baru jadi ME. Ingatkan Asustek merajuk dengan msred. Sekali dia bagi lagi. Terima kasih Asustek, terima kasih Nuffnang.

CARA NAK HORMAT RAKAN SEKERJA

Salam you alls,

Antara golongan manusia yang kita akan sering jumpa dan duduk bersama adalah rakan sekerja atau rakan yang satu jabatan dan satu tempat kerja, satu tingkat dengan kita. Untuk memastikan kita dapat melakukan kerja kita di pejabat dengan baik, hubungan kita dengan rakan sekerja hendaklah dijaga.

Apa yang boleh kita lakukan supaya hubungan kita dan rakan sekerja kekal baik....

1. Selalu senyum, biar hati yang marah, jiwa yang stress akan rasa tenang.

2. Selalu bertegur sapa, biar dia tahu kita mahu berkawan baik dengan dia.

3. Rajin tolong apa yang patut, biar dia nampak betapa berharganya persahabatan dengan kita.

4. Hormat dia sebagai makhluk, biar dia rasa kita menghargai dia.

5. Pelawa dia makan sama atau bergossip sama atau tengok cerita yang didownload bersama, biar dia rasa seronok je kawan dengan kita.

6. Jangan over menyibuk sampai dia pakai panties kaler apa pun nak tahu, biar dia tahu kita hormat privacy dia.

7. Sekali sekala belanjalah dia makan cupcake ke, mekdi ke, biar perut dia kenyang. Orang selalu rasa hormat dengan orang yang buat dia rasa kenyang.

Banyak lagi cara yang boleh kita buat supaya hubungan kita denga rakan sekerja kekal harmoni. Nak tambah?

- Posted using BlogPress from my iPad

SAYA TAK NAK KAWAN AWAK KALAU...

Salam you alls,

Saya nak kawan awak. Saya suka nak kawan dengan awak. Tapi saya tak nak kawan awak kalau awak....

1. Pengotor
Ada ke patut tuala wanita yang awak dah pakai awak buang dalam tong sampah tanpa basuh dulu dan balut dengan paper. Tak naklah kawan awak.

2. Pemalas
Ada ke patut pinjam pinggan kita tak bagitau lepas tu dibiarkan selama 3 hari tak berbasuh. Punyalah malas sampai sanggup biar pinggan tu kotor berulat. Tak naklah kawan awak.

3. Penipu
Ada ke patut cakap kat pensyarah saya tak datang kelas sebab pergi tengok wayang walhal awak tahu saya terlantar dalam bilik demam. Tak naklah kawan awak.

4. Mengamalkan sistem 'barang dia barang aku jua'
Ada ke patut awak nak pergi dating, dengan selamba je ambil minyak wangi mahal saya lepas itu sembur satu badan. Ingat murah saya nak beli minyak wangi tu, lepas tu nak sponsor awak pulak. Tak naklah kawan awak.

5. Nak saya hormat awak tapi awak langsung tak hormat saya
Ada ke patut bila saya gurau kata awak dah berisi awak marah dan suruh saya belajar hormat awak sebagai seorang kawan, tapi awak dengan selambanya megutuk kata kulit muka saya buruk sebab ada banyak jerawat batu. Tak naklah kawan awak.

Note : Salah ke memilih kawan?


- Posted using BlogPress from my iPad

SEMALAM SAYA GEMBIRA, TERIMA KASIH NUFFNANG

Salam you alls,

Semalam, retired mat rempit ni temankan msred pergi tengok cerita Fright Night di e@Curve. Mr bf tak dapat temankan, so ajak je retired mat rempit ni.


Fright Night, cerita pasal seorang remaja lelaki ni dapat jiran baru yang merupakan seekor pontianak yang hensem. Mula-mula dia tak percaya jiran baru dia pontianak sehinggalah dia melihat sendiri pontianak hensem tu menghirup darah jirannya. Tiba-tiba remaja lelaki terasa yang dia bertanggungjawab menghapuskan pontianak hensem tersebut, sebelum pontianak itu mengganggu keluarga dan girlfriend kesayangannya.

Kesudahannya? Tengok sendiri.

Cerita pontianak yang tipikal. Berjaya menakutkan msred dan memaksa msred menutup mata dengan tangan setiap kali pontianak hensem tu muncul. Rupa pontianak tu macam Collin Farrell.

Retired mat rempit sependapat dengan msred, bagi tiga bintang.



Note : Thank you Nuffnang bagi msred tiket free. Nanti bagi lagi ok? Satu BE dah jadi ME. Nanti bagi BE lagi boleh?

DAH BALIK DAH

Salam you alls,

Sepanjang malam tak online langsung. Sebab apa? Sebab msred pergi tengok wayang cerita pontianak hensem, ditemani retired mat rempit. Dah gosok gigi, basuh muka, tepek creme malam. Bismillahhirrahmanirrahim......

Nak repair kulit muka sambil tidur.... Nite nite my dear friends.




- Posted using BlogPress from my iPad

September 19, 2011

KENAPA NAK BELA TOYOL?

Salam you alls,

Ini bukan toyol yang botak, pendek, tak suka pakai baju dan suka curi duit orang tu. Itu toyol gila RM namanya.




Ini kisah toyol yang selalu disembunyikan oleh pelajar kita di dalam poket seluar dan dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Ada sesetengah pelajar kita yang tak sempat habis mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan yang telah mengambil langkah mudah untuk memastikan mereka dapat menjawab soalan peperiksaan dengan membawa kertas nota kecil yang dilipat dan diseludup masuk ke dalam dewan peperiksaan. Tak tahulah dari mana asalnya nota kecik itu dipanggil toyol. Tapi itulah gelaran yang diberi kepada nota kecil yang diseludup masuk ke dalam dewan peperiksaan. Agaknya sebab nota kecil itu akan berkhidmat pada tuannya dengan cara yang salah, sama macam toyol. Dan saisnya juga kecil sama dengan toyol.

Kenapa perlu ada toyol ni? Kalau tak ada toyol ni tak lulus periksa ke? Kenapa sampai tak lulus? Kalau kita belajar dari awal, kita tentu sempat habis mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan. Bukannya susah kalau ulangkaji dari awal. Lagi senang sebab kita ulangkaji sedikit demi sedikit dalam sesuatu masa. Kalau kita ulangkaji disaat akhir, pasti tak sempat. Itu yang akal mula mengada nak bela toyol.

Kalau ilmu kita dapat dengan cara yang tak baik, kan tak berkat. Kalau keputusan A peperiksaan kita dapat dengan cara menipu, apa sahaja yang kita buat menggunakan keputusan itu jadi tak berkat sebab cara mendapatkannya salah.

Iilmu yang kita cari dan kejayaan yang kita capai biarlah dengan cara yang betul agar hasil yang akan kita kutip dari kejayaan itu berkesudahan baik.

- Posted using BlogPress from my iPad

LELAKI LAGI SLOW DARIPADA PEREMPUAN

Salam you alls,

Betul ke? Kalau cakap pasal driving, tak lah agaknya. Tapi kalau cakap pasal perasaan suka kat seseorang. Generally, perempuan senang je nak tahu kalau ada lelaki suka kan dia tapi lelaki susah nak nampak kalau ada perempuan diam-diam suka kan dia. Bukan semua kes, tapi kebanyakan.

Kalau ada lelaki ni syok kat perempuan ni, tak payah hint banyak-banyak, biasanya perempuan cepat tahu yang lelaki ni syok kat dia. Tapi cuba kalau perempuan ni minat kat lelaki ni. Puaslah bagi macam-macam hint, langsung tak nampak. Kadang-kadang hint yang dibagi punyalah obvious still lelaki n tak nampak. Sampaikan mulut ni gatal je nak kata, apa buta ke mamat ni? Tak tahulah kalau dia nampak buat-buat tak nampak.

Kenapa yea agaknya soal oerasaan macam ni lelaki lembab sikit nak decode dia punya clue? Kenapa perempuan cepat je faham yang tersirat ni? Adakah kerana lelaki tak ada perasaan? Atau buta hati? Atau pun perempuan memang cepat perasan kalau ada orang syok kat dia?

Msred ada pendapat msred sendiri kenapa situasi macam ni selalu terjadi. Tak tahulah nak share ke tak?

SEKARANG NI DAH MULA BAU BUSUK BALIK

Salam you alls,

Sewaktu Ramadhan yang lepas, di pejabat hidung msred dapatlah berehat dari terpaksa menghidu dan menikmati bau rokok yang sangat dikenali oleh lubang hidung msred.

Waktu dipejabat kan kita semua berpuasa. Lelaki kan berpuasa, atau berlakon puasa, so tak bolehlah nak sukahati je nak hisap rokok setiap sejam sekali. So kuranglah bau rokok yang sangat sinonim dengan perokok-perokok ni.

Sekarang ni, lelaki kebanyakan refuse untuk buat puasa qadha atau puasa enam, maka mulalah menerawang semula bau rokok yang sangat indah pada lubang hidung perokok tegar ini. Tapi sikit pun tak indah di hidung msred. Terpaksa rela je menyedut baunya yang boleh buat msred pening.

Kalau masa puasa haritu perokok tegar ni bau wangi dan nampak hensem je, sekarang ni dah mula tak berapa nak hensem balik dan ada bau yang awek cun gerenti tak suka.

Peninglah kalau terpaksa duduk sebelah perokok ni. Rasa nak halau je. Apa agaknya yang patut kita buat kalau ada perokok yang duduk disebelah kita di gerai ke, dalam bas ke atau kat mana-manalah?

- Posted using BlogPress from my iPad

KELEBIHAN HARI ISNIN, SAYA SUKA KAMU SUKA TAK?

Salam you alls,

Salam Isnin kawan-kawan. Sekarang ini mulut sedang tersenyum atau muka sedang berkerut? Monday blues? Jangan layan sangat.

Sejak dari dulu zaman sekolah, asal pagi Isnini sahaja kawan-kawan punya muka mesti serius saje, tiada senyuman. Semua buat muka tak ade mood nak pergi kelas atau nak pergi kerja.

Msred? Mesti lah lain dari yang lain. Msred suka hari Isnin. Sebab batery dah fully recharge. Weekend dah ada masa untuk rehat, bersantai di rumah, jalan-jalan. So, pagi Isnin msred punya mood mesti ok. Ceria saje. Kadang-kadang tu siap menyakat kawan-kawan yang muka macam nak tidur tu.

Hari Isnin ini istimewa. Sebab apa? Kita boleh buat puasa sunat. Jom kita lihat kelebihan puasa hari Isnin. Source

PUASA PADA HARI ISNIN

Dalil Abu Hurairah,katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Dibentangkan amal pada hari Isnin dan Khamis.Aku suka amal ku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa," (HR al -Tirmizi)

Amal ibadat yang dikerjakan manusia akan diserahkan kepada Allah pada Hari Isnin dan Khamis.Ini bermaksud pada setiap hari Isnin Dibentangkan atau diserahkan kepada Allah segala amal-amal yang di kerjakan hampir setiap minggu.
Rasulullah pada hari penyerahan amal itu,Baginda dalam keadaan berpuasa.Rasulullah SAW sangat mementingkan puasa pada hari Isnin.Allah SWT memberikan hari Isnin kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada 60 nabi-nabi diutus bersamanya

Note : Msred puasa enam hari ini, insyaAllah.

- Posted using BlogPress from my iPad

September 18, 2011

FRIGHT NIGHT (2011) MOVIE INFORMATION

Salam you alls,

Siapa minat vampire? Minat cerita vampire? Tengok cerita vampire bolehlah, tapi to all muslims, jangan percaya pulak. Dan jangan mengada-ngada nak shok kat vampire yang handsome ok. You all ada dengar tak rumours yang vampire sekarang ni ramai yang gay? 

Nak cerita pasal cerita vampire terbaru, Fright Night yang Premiere Screening nya esok, 19 September. 


Movie Info :

Senior Charlie Brewster finally has it all -- he's running with the popular crowd and dating the hottest girl in high school. In fact, he's so cool he's even dissing his best friend Ed. But trouble arrives when an intriguing stranger Jerry moves in next door. He seems like a great guy at first, but there's something not quite right -- and everyone, including Charlie's mom, doesn't notice. After witnessing some very unusual activity, Charlie comes to an unmistakable conclusion: Jerry is a vampire preying on his neighborhood. Unable to convince anyone that he's telling the truth, Charlie has to find a way to get rid of the monster himself. 


Staring Anton Yelchin, Collin Farrell, Toni Collette




yahoo.movie





Collin Farrell jadi vampire. Kenapalah vampire nya handsome? Nak takut ke tak ni?


Terima kasih Nuffnang bagi Movie Screening Ticket kat Msred. Bolehlah layan movie esok malam. Thanks to Walt Disney Studios Motion Pictures Malaysia too. Nanti bagilah msred ticket lagi. Thanks again.


Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno