July 31, 2011

NAK KENA OPERATE

Salam you alls,

Moody sikit sebab baby msred sakit, kena hantar service centre kasi operate sikit. Home buttion i pad msred dah tak boleh berfungsi macam biasa. Mula-mula ingat software glitch je, so biarkan je seminggu. Tetap tak boleh berfungsi jugak. Hardware problem la gak nya. Mula la rasa tak best je sebab tau nak kena hantar baby msred service centre kasi operate.




Call service centre. Dia cakap kena repair, tak leh tukar one-to-one sebab takde stock. Ye lah tu. Dia cakap siap dalam 14 working days, that means msred kena berpisah dengan baby msred lebih kurang 3 minggu. Sabar je lah. 

Esok baru hantar service centre. Majuk ngan Apple. Google cakap, ramai buyer i pad dan i phone ada problem ngan Home button ni.

WELCOME RAMADHAN

Assalamualaikum .....


Selamat Menyambut Ramadhan ....




....dan selamat berpuasa....


Semoga amal ibadah dapat kita tingkatkan lagi. 

MALU-MALU TAPI MAHU

Salam you alls,

Camana weekend? Happening tak? Best tak shopping? Ke tido jer? Tak kisahlah macamana kita celebrate weekend kita janji happy.

Ni, budak kecik kiut Iffan ni ha. Semalam hantar dia trial kelas untuk Piano kat Yamaha. Punya lah payah nak suruh dia participate dengan class activity sebab dia sangatlah malu-malu kucing, macam msred. Walaupun nampak dia macam interested nak belajar main instrument tu, tapi dia malu sangat. 


Bila instructor, or cikgu tu tegur je si kecik kiut Iffan, dia terus tunduk kepala malu mengalahkan anak gadis zaman dulu-dulu nak jumpa bakal mak mertua. 


Bila suruh join kawan-kawan lain nyanyi-nyanyi kat depan kelas, terus dia buat muka macam nak nangis kat depan kelas tu. Nampak tak muka si kecik kiut Iffan sebelah amoi tinggi tu? Nampak tak muka tensen dia? Kesian dia. 
Tapi msred kena biarkan dia, nak menggalakkan dia cuba bergaul dengan kawan-kawan yang lebih kurang umur dia. Nanti bila si kecik kiut Iffan dah masuk sekolah tahun depan takdelah dia culture shock tengok ramai student.

Bila dah habis kelas, msred tanya si kecik kiut Iffan nak tak datang kelas belajar muzik macam tadi? Mula-mula dia diam je, tapi bila msred kata msred akan teman dia setiap kali dia pergi kelas, terus dia kata nak, sambil tersengeh. 

Masa msred tengah isi borang untuk register ada lah dua tiga kali la si kecik kiut Iffan tanya msred.....

"Mama teman Iffan main piano kan? Mama teman kan? Iffan tanak pegi sorang-sorang."

Nak make sure dia tak kena pegi kelas sorang=sorang. Hheheee.... pemalu betul la si kecik kiut Iffan ni, macam msred gak.

Kelas start bulan september, lepas bulan puasa. Harap nanti lama-lama hilang lah kemaluan terlampau si kecik kiut Iffan.

July 30, 2011

AKU BENCI KAU

Salam you alls,

Tak suka la dengan kau. Walaupun kau ni boleh bawa kebaikan kat aku, tetap tak suka kau. Walaupun kau ni ada macam-macam rupa, kaler, bau, tetap tak suka kau. Orang suruh aku ambil aku cakap, malaslah. Orang nak bagi aku aku cakap, tak pe lah terima kasih. Orang paksa aku guna aku cakap, jangan nak paksa-paksa. 

Tak suka lah banda ni. Menyampah, benci. Aku buang je kang. Pergi jauh-jauh jangan kacau aku.





















Msred bukan takut dengan dia tapi tak suka bergantung dengan dia. Bila demam msred lebih suka berubat cara tradisional je. Mandi banyak kali sampai suhu turun. Tak suka makan ubat. Kalau demam biasalah. Kalau sakit yang kalau tak makan ubat boleh melarat, msred terpaksa lah makan. Kalau tak terpaksa msred tak akan makan.

Ada side effect ke kalau kita terlalu bergantung kat ubat? Sakit sikit nak makan ubat.

July 29, 2011

DIA PARAH HANYA KERANA DIA WORKAHOLIC

Salam you alls,

Workaholics is a disease. Scary kan? 

Dulu, orang bangga mengaku workaholic. Rajin kerja. Yang paling rajinlah dekat tempat kerja dia. Tapi, kalau virus workaholic ni dah menular dalam diri seeorang tu tampa dapat dikawal lagi, bahaya. Beza workaholic dengan kita yang tak berapa workaholic ni cenggini...

Kita sambil kerja kepala otak tak berenti fikir pasal shopping. Tapi workaholic time dia shopping tak boleh berhenti fikir pasal kerja.

Akibatnya sangat menakutkan. Workaholic ni tak dapat berhenti dari berfikir pasal kerja dia. Tengah makan, mandi, dating, tidur dia asik ingat pasal kerja. Kalau boleh dia tak nak punch out dari kerja dia. Akibat kalau terlampau workaholic ni sangat bahaya. Kita tak kan sangka punya. 

Cuba you alls tengok apa terjadi pada workaholic ni. Kesian. Tak tahan mred tengok. You all tak kesian ke?


BILA KEHILANGAN TELUR, MENGAMUKLAH DIA

Salam you alls,

Super cute you alls. Msred memang suka benda-benda yang kiut ni sebab msred pon kiut. Hahahaaa....jangan tensen k dengan statement penuh perasan msred tu yea. 

Enjoy la you alls. Dah Jumaat petang dah. Esok weekend, means freedom, well to most of you.


ANGRY BIRDS

MEMAKI TAK JADIKAN KITA OHSEM

Salam you alls,

Semalam, lepas Harimau Malaya kalah dengan Singa, banyak betul terjadi aktiviti maki memaki di blog dan di status FB.

Sebaik perlawanan tamat dan sah Harimau Malaya tewas di tangan Singa, Msred yang kecewa terus buat muka merajuk sambil dalam hati.. %^&)*!@, tanda protes dan tak puas hati.Tak rasa besralah pun memaki dalam hati player Singapura yang berjaya menunjukan bakat lakonan yang tinggi.

Tapi bila terbaca status FB dan entry blog yang terang-terang memaki sebab tak puas hati dengan kekalahan Harimau Malaya di tangan Singa Si Actor, tiba-tiba rasa, tak best pun maki orang ni, especially kalau publicly.

Kenapa Msred rasa begitu?

Sebab, msred terfikir, aktiviti memaki manusia lain ni membuatkan kita nampak macam manusia yang tak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, manusia yang suka bertindak ikut kata hati takmau ikut kata akal, tak rasa bersalah mengaibkan orang lain dan diri sendiri dan secara tak langsung kita menggalakkan orang lain turut sama memaki.

Kita tentu tak mau orang tengok sebagai manusia yang mempunyai ciri-ciri di atas kan? Tak ohsem kan?

Mesti ramai yang marah dengan msred kan? Minta maaf yea, bukan mahu mencari musuh, cuma mahu saling mengingati. Msred pernah maki orang jugak masa muda-muda dulu dan msred tak bangga dengan perlakuan msred tu. Kesal, sebab bila fikir balik, msred rasa malu dengan perlakuan tak matang msred tu. 

My frenz, apa yang kita buat, apa yang kita cakap kena berlapik. Jangan sampai bermusuh. Harap tiada sesiapa yang bermusuh dengan msred kerana entry ni. Nak mengingati diri msred jugak.

SHAITAN VS NAFSU

Salam you alls,

Nanti bulan Ramadhan, menurut hadis, syaitan akan dibelenggu daripada mengganggu dan mengajak manusia melakukan kejahatan.

Ada yang menimbulkan persoalan, kalau shaitan dihalang daripada menghasut manusia dari melakuan kejahatan, kenapa masih banyak kejahatan berlaku dibulan Ramadhan?Kenapa maksiat masih berleluasa macam biasa?

Kita diingatkan, walaupun syaitan tak dapat nak mengganggu manusia macam biasa dalam bulan Ramadhan, kita masih ada satu lagi musuh yang paling bahaya yang sentiasa ada dalam diri kita, nafsu. Malah ada yang berpendapat, dalam sesetengah hal, syaitan tak payah susah-susah nak ajak kita melakukan kejahatan, nafsu kita sendiri akan membuatkan kita melakukan kejahatan.

Kita ni kan selalu je tunduk pada nafsu. Kata akal tak nak dengar, kata nafsu jugak yang kita pakai. Sedangkan akal kita tahu kata nafsu sering sahaja membawa kepada kejahatan. Kata nafsu lebih sedap didengar dan dituruti, maka kalah lah akal kita pada nafsu. Rugi....

Tak kira lah dibulan mana kita berada, tak kiralah syaitan ada ke tak, sentiasa berhati-hati dengan pilihan yang kita buat. Nak menuju kebaikan ke atau ke arah kejahatan. Kalau kita berjaya mengalahkan hasutan syaitan, jangan lupa kalahkan jugak hasutan nafsu kita sendiri.


KALAU TAK SUKA AKU TAK PE

Salam you alls,

Terkejut jugak bila tau dia tak suka kita. Tak tahu kenapa dia tak suka kita. Padahal kita bukannya selalu berbual atau berurusan dengan dia. Tension la kalau office mate tiba-tiba tak suka kita. Tension lagi sebab kita tak tahu kenapa dia tiba-tiba tak suka kita.

Pernah tak you alls alami benda macam ni? Tak ada angin tak de ribut tiba-tiba ada orang tak suka dengan kita, menyampah tengok kita. Ada tak alami?

Tension kan?

Well, dont be. Jadi macam Cik Chika ni. Dia tak layan sangat perasaan tak suka office mate dia. Dia tetap tegur office mate dia tu, bersahaja tanya soalan rutin macam, dah makan? Tadi breakfast kat mane? Just for the sake of saying hi kat office mate dia tu dan tunjuk kat officemate dia yang dia tak de cita-cita nak bermusuh.

Cik Chika tak mahu bermusuh dengan sesiapa, so dia ambil inisiatif untuk menegur officemate dia dengan harapan satu hari nanti akan hilang rasa tak suka tu, timbul pulak rasa suka. Mana tau boleh jadi kawan baik.

Kalau office mate dia tetap tak suka, tak pelah. At least dia dah cuba menjernihkan keadaan. Tak rugi pun kalau dia cuba menghubungkan silaturahim. Yang penting, jangan lah dia pun develop rasa tak suka, benci ngan officemate dia. Nanti sampai bermusuh kan tak bagus.

Note : Perasaan benci dalam hati akan membuatkan kita cepat nampak tua...

July 28, 2011

CIK RAI, RASA MACAM RETIS LA

Salam you alls,

Semalam hidung msred kembang kuncup gara-gara Cik Rai. Dia bagi msred award.Ni ha.... ko ado? Click la award ni kalau tak caye.

STYLISH BLOGGER AWARD


Oleh kerana ni first time msred dapat award, eksaitednya mengalahkan eksaited dapat kawen. Happy sesangat. Terima kasih yea Cik Rai. Dah terasa macam retis dah ni. Rasa macam semua orang pandang-pandang msred nak mintak autograph. Hehheee....

Next, msred nak share award ni dengan sidia yang rajin melayan msred dan rajin bertandang ke blog msred yang tak seberapa ni....Ladies, this is for you....


LAGU HITAM KUNING (GO TIGERS) UNTUK TEAM MALAYSIA

Salam you alls,

Layan lagu ni you alls. Harap Malaysia akan layak ke pusingan seterusnya menuju Piala Dunia 2014. Besar angan-angan tu. Tak salah kan?

Go Tiger!!! 



Malayia kena dapat at least 2-0 kalahkan Singapore untuk terus maju ke pusingan berikutnya. Fuhhh...doa...

HEY MISTER, APASAL LEMBAB SANGAT?

Salam you alls,

Tak tahulah samada lappy yang merajuk sebab msred marah-marah dia atau internet yang gedik mengada hari ni dapat virus lembab. Mr Internet bergerak lambat betul lah hari ni. Sedikit tension. Disebabkan sekarang ni tengah ada masa nak update blog dan blogwalking, msred gagahi jua online dengan Mr Internet yang lagaknya macam siput hari ni.

Untuk peserta Segmen Mr Ben Ajak Join Bloglist Blogger Baru hari tu yang sudi tukar link dengan msred, Terima kaih diucapkan. Bloglist under title Suka Sama Suka kat sidebar dah siap awal-awal lagi tapi msred baru hari ni berkesempatan nak announce kat blog. Semuanya dah tersenarai (tak banyak pun, hheee), kalau ada yang tertinggal sila inform msred yea. Thanks.

Msred baru jer renovate blog ni dengan template yang simple jer. Ok tak? Ke tak ok? Ada apa-apa yang perlu dibuang, ditambah? Tujuan renovation ni sebab msred nak lebarkan background untuk entry sebab background entry sebelum ni sempit. Thanks to Mrs Farhan yang bagi kritikan membina untuk segmen Mr Ben, Berani ke Kritik Blog Aku? Dia suggest msred lebarkan bacground entry dan msred setuju dengan suggestion Mrs Farhan tu. Ni lah hasilnya. Thank you Mrs Farhan.

Is it too simple? Tengah fikir macamana nak buat header. Oleh kerana msred buta IT, lambat la sikit dapat buat header.




SPONTANEOUS THURSDAY

Salam you alls,



Mama paksa saya jadi 
Pemain Bola Sepak Malaysia 
bila dah besar nanti.


note:nak kena letak gambar gak...bby Iman baru baik demam.

HUTANG DENGAN TOL GATE GIRL

Salam you alls,

Tadi tetiba teringat kisah lama. Kisah sewaktu berumur setahun jagung, time study dulu.

Pada satu hari Sabtu yang indah, bf ajak dating. Msred cakap sorry tanak, sebab sedang kekeringan saku. Terus terang msred cakap satu hinggit pun takde. Dalam bank pun dah habis. Mr bf cakap tak pe la. Nanti dia bagila duit minyak kereta dengan duit belanja sekali. Mula-mula msred kata takyah la. Dia try pujuk lagi. Msred pun fikir, bukan senang nak dating ngan mr bf ni sebab dia asik busy kerja jer. Ni dah alang-alang dia free dan nak pulak ajak dating, msred pun kata ok.

Lepas bersiap melaram tak ingat, maklumla nak dating, msred pun drive la dari kolej ke Subang Jaya, janji ambik mr bf kat sana. Dari kolej ke Subang Jaya lalu 2 tol. Dekat nak sampai tol pertama Msred terkedu....

Mampos aku nak bayar tol ni pakai duit ape? Nak patah balik memang tak tahu nak ikut jalan mana nak patah balik. Godek-godek tempat duit syiling dalam kereta jumpa lah beberapa ketul syiling cukup nak bayar tol. Lepas tol pertama.

Tapi hati dah tak senang sebab fikir, duit memang dah takde nak bayar tol yang kedua.

Fikir punya fikir, dengan berat hati msred beraturlah kat tol tu sampai giliran msred. Msred cakap sorry kat tol girl tu, terang-terang je cakap takde duit nak bayar tol. Memang kalau tengok muka tol girl tu tau dah dia mesti bengang gila dengan msred. Msred memang rasa bersalah. Kalau msred tau jalan nak patah balik ke kolej memang msred patah balik. Tak kan nak susahkan diri dan nak susahkan tol girl tu. Oleh sebab banyak kereta dah beratur kat belakang msred, tol girl tu terpaksa lepaskan je msred, tapi for sure dengan diiringi sumpah seranah. Mesti dia cakap...

Melaram macam artis, bawak kereta. Duit tol pun tak boleh bayar. Berlagak!!

Bila msred cerita kat mr bf dia boleh layan gelak. Pas tu dia tanya, kenapa tak tanya nama dia? Boleh kita pergi balik tol tu jumpa dia dan bayar balik hutang tol tu supaya tol girl tu tak susah.



Sumpah waktu kat tol tu msred memang tak terfikir langsung nak buat macam tu sebab masa tu tengah tensen menahan malu.

Macamana nak cari tol gate girl tu balik nak bayar hutang. Susah hati lah tak bayar hutang?

July 27, 2011

SAYANGI DIA MACAM NABI MUHAMMAD SAW SAYANGI DIA

Salam you alls,

Terkejut msred tengok Berita kat TV3 pukul 8 pm tadi pasal seorang tomboy ni mendera kucing tak tahu apa sebab musababnya.


Tak tahulah apa masalah mental tomboy ni. Sangat sakit hati bila msred tengok tingkah laku tomboy ni serupa orang tak bertamadun. 

Jauhkan diri kita dari perbuatan tak de perasaan macam ni. Haiwan macam kucing ni selayaknya kita sayangi, macamana Nabi Muhammad SAW menyayangi haiwan. Salah satu kisah menunjukkan Nabi Muhammad SAW sayang dan hormat dengan kucing, disebut....

"Ketika Nabi Muhammad hendak mengambil jubahnya dan mengetahui bahwa seekor kucing sedang tidur di atas lengan jubah tersebut, Nabi Muhammad pun memotong lengan jubah yang digunakan tidur oleh sang kucing dengan tujuan agar tidak membangunkan tidur si kucing."  Source

Macam tu sayang dan hormatnya Nabi Muhammad SAW dengan haiwan, kita patut contohinya. Bukan susah nak sayang dan hormati haiwan, makhluk tuhan juga. Kalau tak nak sayang, hormat pun cukuplah. 

Jangan didera haiwan tu walau apa alasannya sekalipun sebab kita ni makhluk berakal. Jangan jadi makhluk yang tak berakal.

Msred suka dan sayang kucing. Rasa nak babab je tomboy tu.

WORDLESS WEDNESDAY






- Posted using BlogPress from my iPad

July 26, 2011

BAHAGIA KE AKU NI?

Salam you alls,

Dalam buku, blog ada banyak tips macamana nak buat hidup kita bahagia. Semuanya betul, at least secara teori. Ada tips yang berkesan ada yang tak. Kena tengok orang dan nasib kita lah kot.

Sahabat msred bagi satu jer tips macamana nak buat hati kita happy dan hidup kita bahagia. Apa yang diampaikan oleh sahabat msred ni buat msred terdiam seketika, berfikir. Cuba mencari kelemahan tips yang dia bagi. Msred tak jumpa satu kelemahan pun. Msred percaya kalau kita buat sepenuh hati dan dengan cara yang betul, insyaAllah hati kita akan happy dan hidup kita bahagia.

Cintakan Dia lebih dari segala-galanya dan buktikan dengan perbuatan. 

Mana ada kelemahan tips ni? Perfect. Cuma tinggal kita nak buat ke tak nak. Terpulang pada diri kita nak ikut cara ni ke tak. 


SI COMOT BERTUKAR JADI CINDERELLA

Salam you alls,

Sejak umur berapa you all start pandai melaram? Ladies? Sejak umur berapa pandai pakai mekap ke, pakai minyak wangi ke? Waktu sekolah rendah! Sekolah menengah? Tadika?

Msred dulu masa sekolah comot jer. Tak reti dan tak berminat langsung nak melaram. Pegi sekolah, dah tentulah pakai uniform sekolah. Rambut pony tail dengan spek. Memang rupa macam specky nerd. Hahaaa.....nerd tapi belajar tak pandai. Geek la lagi tepat.



Nak tahu sejak bila msred pandai melaram? Kenapa tiba-tiba nak melaram?

Tak yah susah-susah teka lah. Msred kasi tau je terus.

Masa form 5, sweet 17. Dapat boyfriend buat pertama kalinya. Start lah pandai dating. Kita orang satu sekolah, so dating kat sekolah je lah. Mak msred memang amalkan perintah berkurung. Nak keluar dating tengok wayang, jangan harap.

Bila dah ada boyfriend dah pandai dating tetiba rasa minat nak melaram. Bila dating kat sekolah, tak leh la mekap lebih-lebih. Msred cuma pakai faundation jer, Avon, curi pakai mak msred punya. Pakai minyak wangi Body Shop jer, murah masa tu. RM 30 sebotol kecil tu.



Bila dah habis SPM, baru lah ada sedikit kebebasan dari mak msred. Boleh lah dating kat luar. Pandai dah pakai lipstick dan eye shadow. Baju pun dah pandai pakai yang cantik-cantik. Sebelum ada boyfriend, pakai t shirt dan jeans je.

Maka terjadilah transformation. Msred dulu comot dah bertukar jadi comel cam cinderella bila dah ada boyfriend. Kalau sampai sekarang belum ada boyfriend, agaknya sampai sekaranglah msred comot jer.

July 25, 2011

AKU TENGAH MARAH NI

Salam you alls,

Kita manusia ni tuhan galakkan membina silaturahim dan menjaganya. Perasaan marah adalah salah satu punca yang boleh mengeruhkan jika tidak memutuskan silaturahim. 

Kita semua ada perasaan marah. Siapa yang takde? Semua ada. Bezanya macamana kita menguruskan perasaan marah tu. 

Perkara pertama yang patut kita buat bila kita rasa marah ialah Istighfar dan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas syaitanirrajim ) biar setan pegi jauh-jauh. Kemudian kita fikir apa akibatnya kalau kita marah? Buruk ke, baik? Boleh selasaikan masalah ke tak? Kalau akibat daripada kita marah tu buruk lepas tu tak dapat menyelesaikan masalah pun, eloklah jangan marah. At least jangan marah kat mulut. 

Then, kita tunggu perasaan marah tu reda. Buat keputusan dengan perasaan yang tenang. Kalau keputusan atau kita bertindak dalam keadaan marah, takut nanti menyesal. Cari penyelesaian yang baik dengan orang yang kita marah tu. Bertindak dengan matang. Best tau jadi orang matang ni. Orang pun respect.

Kita manusia ni, kena banyak berdoa supaya jadi orang yang penyabar. Nak jadi penyabar, kalau orang yang baran memang susah, tapi tak bermakna tak boleh. Practice. Selalu kena practice jadi penyabar dan tak bertindak dalam keadaan marah. Buruk lah orang baran tak tentu hala ni. Betul, lebih-lebih lagi kalau perempuan. Hilang sweet nanti.

Menjelang Ramadhan ni, saling mengingati. Kalau perut lapar, memang cepat je kita nak marah. Tak mau marah-marah time puasa nanti, nanti kena tolak markah. Rugi. 


KALAU BUNGA FATIMAH DAH KEMBANG PERGILAH HOSPITAL

Salam you alls,

Pernah dengar tak bunga fatimah? Bunga ni ada jual kat Mekah jer, tempat lain tak de. Ada jugak orang panggik akar fatimah. Cengini rupanya...




Berguna pada perempuan yang sedang hamil, menunggu hari jer nak melahirkan. Bunga fatimah ni direndam, air nya boleh dibuat air selusoh. Khasiat air selusoh ni kata orang dapat mengurangkan kesakitan melahirkan anak dan dapat memudahkan proses kelahiran, insyaAllah.

Kalau kita rendam bunga fatimah ni dan still kuncup macam dalam gambar tu, tak pelah. Tapi kalau dia kembang macam ni...




....cepatla ke hospital sebab masa untuk melahirkan dah hampir tiba. Itulah khasiat dan kegunaan bunga fatimah ni.

Msred ada satu. Ada guna masa pregnantkan si kecik kiut Iman. Msred rendam masa dah masuk 9 bulan, memang bunga fatimah ni kuncup jer sebab belum nak melahirkan lagi. Msred ambil air rendam tu buat air selusuh. Masa dah tiba masa nak ke hospital, msred dah tak sempat nak rendam sebab dah sakit sangat. Memang dengan izin Allah, proses kelahiran kali ni sekejap jer dan lebih mudah berbanding sebelumnya.

Kalau sesiapa yang nak bunga ni boleh kirim pada sesiapa yang nak pergi Mekah. Kalau nak pinjam msred punya pun boleh.

FOUR FOUR FOUR

Salam you alls,

Seminggu sebelum Ramadhan, msred dah mentally prepared, physically pun dah prepared sebab dah biasakan badan berpuasa waktu ganti puasa hari tu. Tak sabar dah nak tunggu Ramadhan.

Sebelum msred menyambut kedatangan Ramadhan, msred nak menyambut kedatangan Cik Ieda sebagai follower msredcheesecake.blogspot yang ke 444. 





Suka dengan gaya penulian beliau yang bagi msred agak unik. Minat Cik Lisa Surihani. Antara entry terbaru beliau pasal telur ayam boleh jadi ubat jerawat.

You all semua boleh ber fren fren dengan Cik Ieda jugak. Sila terjah. Support Cik Ieda.

Salam perkenalan Cik Ieda. May this relationship will last. 

Note : I love all my dear follower, my friends.

July 24, 2011

ADAKAH KAMU CIK IEDA YANG SAYA CARI?

Salam you alls,

Msred sedang menjejak Cik Ieda. Sila mengaku!!!!

July 22, 2011

WATERBIRTH, BABY LAHIR DALAM AIR

Salam you alls,

Ramai sahabat-sahabat msred yang join kelab Preggers sekarang ni. Sahabat blogger pun ada jugak. Suka tengok preggers ni sebab dia orang mesti nampak kiut dengan perut buncit tu. Hheee...sowww cute....

Msred ada terbaca benda ni 4 5 tahun dulu, pasal waterbirth ni. Bersalin dalam air, yang mula jadi trend kat Malaysia.


Mengikut teori, melalui kaedah waterbirth ni kesakitan mama ketika bersalin boleh dikurangkan. Proses kelahiran jugak lebih mudah. During contractions sementara nak tunggu baby lahir, duduk di dalam air dapat menenangkan dan merelaxkan mama. Other than that, waterbirth can reduce numbers of tears and reduce the need for epidural anasthesia. Perempuan faham la kot.

Maklumat lanjut pasal waterbirth di Malaysia..... Source

So, ada sesiapa yang berani nak cuba waterbirth?

Posted using BlogPress from my iPad

CERITA CIK JULY

Salam you alls,

Tadi msred sempat BW kejap. Singgah rumah rakan baru, Cik Ieqah yang kiut. Msred suka info yang ada dalam entry dia. Pasal Cik July. 


This year JULY has 5 Fridays,
5 Saturdays and 5 Sundays.
This only happens once every 823 years.
Happy July everyone.


Cik Ieqah, msred share entry Cik Ieqah kat sini. Thanks yea...

July 21, 2011

BERISI TU BEST KE?

Salam you alls,

Msred selalu baca tips berblogging dan tips menulis entri. Ramai penulis yang sarankan tulis entri berkualiti, yang ada isi. Ramai yang cakap, apa guna rajin update blog tapi dengan entri yang kosong.

Dilema dibuatnya. Nak tulis entry berisi ke nak tulis entry kosong yang santai. You alls tahulah entry berisi atau kosong tu macamana. Tak perlu msred explain.

Pada msred, terpulang pada penulis nak tulis entri berisi ke entri kosong. Kalau tujuan penulis memang mahu menegur, menasihat dan berkonsi pendapat dengan pembaca dengan menulis entri berisi dapatlah beliau mencapai tujuannya. Kalau penulis lebih suka santai dan cuma nak bercerita dengan pembaca, tulis lah entri kosong yang santai ni.

Persoalannya, entri macamana yang dikehendaki oleh pembaca? Entri berisi yang kebiasaannya berat dan perlu berfikir atau entri kosong yang biasanya ringan dan santai?

Mungkin kerana msred perempuan maka msred lebih suka entri ringan yang santai. Lebih tertarik dengan entri ringan. Bukan bermakna entri berisi dan berat tak bagus, sudah tentu entri berisi lebih berkualiti dan bagus. Ini cuma my personal preferences. Msred masih baca entri yang berisi dan berkualiti, cuma tarikannya pada msred mungkin kurang sikit. Again, this is a matter of my personal preferences.

MANA BOLEH TAHAN

Salam you all,

Sejak dua menjak ni orang dah mula bercerita pasal dia. Gambar dia ada dimana-mana. Hampir setiap hari msred terpaksa jugak merenung dia di rumah kawan-kawan blogger yang lain. Mana tahan. Nak kena cari  jugak. You alls je yang best-best layan dia. Tak kan msred pandang je telan liur. Kena paksa mr bf carikan dengan gaya macam perempuan mengandung sedang mengidam.


Hep, bukan ni la. Nak mampus.... Ni la.... [ BLOGGERZ SPORTING ]



GURAU SENDA YANG MEMIKAT

Salam you alls,

Salah satu cara kita nak berkawan, mengeratkan perhubungan adalah dengan bergurau senda. Mesti ramai yang suka melawak atau suka melayan lawak orang lain. Dengan bergurau kita boleh ketawa, boleh release tension. 

Tapi kalau nak melawak ke nak bergurau senda ke, kenalah berhati-hati sebab ada gurauan yang boleh dapat pahala dan ada gurauan yang boleh membuatkan kita dapat dosa. Gurauan boleh mengeratkan hubungan atau mengeruhkan hubungan.


[ CERITA GAMBAR? ]

Kalau gurauan atau lawak yang kita buat tu boleh menyenangkan hati, menggembirakan hati orang yang bersedih insyaAllah akan dapat ganjaran dari Allah. Selain dari dapat buat kawan-kawan kita happy, kita dapat pahala. So, kalau nak melawak ke bergurau ke, kena jaga apa yang kita buat dan cakapkan.

Kalau gurauan dan lawak kita tu membuatkan kawan-kawan kita rasa dimalukan, dihina atau diejek, kan kita dapat dosa. Dahlah kita sakitkan hati kawan-kawan, dapat dosa pulak tu. Silap-silap hubungan kita dengan kawan kita tu pun boleh terjejas. Rugikan kalau hubungan baik kita dengan kawan kita terputus hanya kerana gurauan kita. 


Kadang-kadang kita memang tak de niat nak memalukan sesiapa, cuma tanpa kita sedar gurau dan lawak kita tu memalukan orang lain. Sebelum kita cakap apa-apa, fikir baik-baik. Fikir perasaan kawan kita tu.

Msred ni memang suka melawak. Suka ketawa. Risau jugak kalau ada gurauan msred kat blog ni atau di komen kat blog kawan-kawan msred membuatkan ada yang terasa dan berkecil hati. Msred tak suka gaduh dan membuatkan kawan-kawan kecil hati. Kalau ada tanpa sengaja msred kecilkan hati sesiapa, msred minta maaf. Msred takde niat nak buat macam tu. Msred sayang dan hormat anda semua.

Di rumah mak msred masa kecik-kecik dulu, msred la pelawak yang suka menyakat adik-adik. Hehheee....

note:ladies, ketawa jangan melampau sangat. Amalkan gaya gelak yang sopan supaya bakal mak mertua tak reject sebab kita ketawa kuat.

SEMUT TAK SEDAP

Salam you alls, 

You all mesti pernah dengar yang kalau kita makan semut hati kita jadi gelap atau pelupa selama 40 hari kan? Percaya tak? 


[ HAPPENING ]

Well, menurut sumber ni, tak de hadith mengatakan makan semut bleh jadi pelupa 40 hari. Cuma ada hadith yang mengatakan haram membunuh semut. SOURCE

Bukan semua jenis semut kita boleh bunuh tau. Semut yang tak boleh dibunuh adalah semut yang tak bahaya dan tak menyerang kita macam semut hitam yang besar tu. Kalau semut yang bahaya yang serang kita tu, boleh lah dibunuh. Macam semut api. Sakit kalau kena gigit.

Kalau semut termasuk dalam makanan yang kita memang susah nak keluarkan balik, makanan tu kemudiannya kita masak, makanan tu kita boleh makan. Contohnya kalau semut masuk dalam madu, kemudian madu tu kita masak, makanan yang ada madu tu kita boleh makan. 

Sebaliknya kalau semut termasuk dalam makanan yang senang kita nak keluarkan balik semutnya macam daging, maka hendaklah kita keluarkan semut tu dulu, baru boleh dimakan. SOURCE

Tapi ni msred nak nasihat, walaupun makan semut tu tak buat kita jadi pelupa, takyah lah makan sebab orang kata semut tak sedap. Kalau lapar, makan ayam goreng ok. 


Agaknya seumur hidup kita ni, berapa ekor semut lah kita dah termakan? Hrmmm... 

July 20, 2011

HIGH SCHOOL CRUSH

Salam you alls,

Masa tengok cerita Take Me Home Tonight semalam di GSC Mid Valley, msred teringat zaman sekolah, pasal high school crush. 

Msred tak de high school crush la. Percaya tak. Setakat cakap...eee, hensemnya budak tu....ada la. Takde la yang betul-betul suka bagai nak rak. Maklumlah, msred kan happy go lucky je masa sekolah dulu. Tau nak enjoy je, malas nak fikir boyfriend ke love ke. 

Lagi pun mak msred garang, memang tak kan berpeluanglah nak ada boyfriend. Nak keluar dengan kawan perempuan pun mak msred ashik tak kasi jer, camana nak dating? Kalau lelaki call rumah, mak msred bukan bagi msred layan. Tu yang malas nak berboyfriend. Malas sangat. Bukan tak nak. Ada jugak terfikir nak ada boyfriend, tapi bila fikir mak msred yang garang tu, jadi malas. Baru je terasa nak crush crush, teringat mak msred terus tak jadi nak crush. Hhehee..

Jonathan Brandis...crush...

So msred tak berboyfriend sampai msred tingkatan 5. Dapatla boyfriend sorang. Tu je la sorang boyfriend msred, sekarang kita orang dah tinggal serumah dah. Hehehee....

You alls ada ke high school crush? Dapat tak? Secret Admirer? 

TAKE ME HOME TONIGHT

Salam you alls,

Semalam msred dan mr bf melayan Premier Screening cerita Take Me Home Tonight di Golden Screen Cinema kat Mid Valley. Thank You Nuffnang for this opportunity. Nanti lepas ni boleh bagi lagi tiket wayang. Boleh NN? Heheee...

Cerita berkisar tentang Matt Franklin, college graduate yang sepatutnya ada peluang cerah nak join Fortune 500 company tapi instead dia kerja kat video stor sebab dia takut nak buat pilihan kehidupan masa depan yang macamana dia nak, dia takut salah buat keputusan dan tak suka the idea of adulthood. Tapi semua berubah bila dia jumpa balik high school crush dia, Tori Frederking. Matt terpaksa menipu, curi kereta dan join party yang dia tak pernah join sebab dia nak dapatkan high school crush dia. Kalau nak tau dapat ke tak and apa jadi dengan kereta yang Matt curi dengan kawan dia tu, pi tengok sendiri.

snap guna hp. pic super tak cantik.
Romantik komedi yang ringan, santai dan sedikit klise. Sesuai untuk kamu-kamu yang berjiwa romantik, sweet gitu dan untuk yang baru nak bercinta. Pergi tengok dengan lovers la best, jangan bawak budak kecik tak cukup umur ok. 18SX. Tak cukup umur takleh tengok. Msred babab kang.
no parking mmg kena snap
sebab nyanyuk

Habis pukul 11pm, terus balik. Singgah mekdi beli makan untuk bribe si kecik kiut bertiga kat rumah sebab kena tinggal kat rumah tak dapat ikut msred dan mr bf keluar.

note : kamera bawak tapi boleh tak pasan bateri dah nak abis.ni first time dating pakai tudung.


WORDLESS WEDNESDAY : KINGDA KA, THE TALLEST AND SCARIEST



Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno