April 30, 2011

LEPAS MAKAN, CUDLE CUDLE PULAK

Hi semua....

Hari ni hari Sabtu. Walau pun semua orang tahu, msred saje je nak bagitau jugak.Keheee...

Pagi lagi lepas breakfast msred dah keluar. Woit...tentu lah dah mandi. Mana ada pernah msred keluar tak mandi. 


Pergi mana? Msred pergi jejalan kat Sunway Pyramid. Pagi lagi orang dah ramai kat Sunway Pyramid tu. tah ada ape ntah. Msred ni alergic sikit tempat crowded ni. Nanti badan msred gatal-gatal. Heeekeee...

Mula-mula pergi makan. Pagi lagi dah pergi makan Burger King. Sebenarnya tak de la pagi sangat. Dah 1130 am dah. Kira brunch la. Brunch Burger King.

Nampak budak kecik tu, Ian Syamie nama nya.

Burp!!!! Dah kenyang. Bila dah kenyang, msred pun meneruskan misi msred pagi-pagi lagi dah tercongok kat Sunway Pyramid. Terus menapak ke The Machines. Untuk ape? 

Nie dia....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Akhirnya dapat jugak msred ber cuddle cuddle dengan baby baru msred. Ada yang jeles ke? Tak de kot. Bukan nya ramai gegirls suka gadget cam ni kan? Guys je yang suka. Masa msred survey harga dia semalam pun (29 April, I pad 2 officially launched kat Malaysia), yang beratur nak beli semuanya lelaki. Berapa kerat je gegirl. 

pst.... Faizal Tahir pun sebok beratur nak beli I Pad 2 kat The Machines Mid Valley.



Tak menyempat nak balik rumah. Kat situ jugak msred membelek-belek baby baru msred. Lepak kat Burger King jugak. Minum-minum sebab nak guna free Burger King Wifi.


Dah la tu. msred nak pergi sambung belek-belek baby baru msred, I Pad 2 16 GB WIFI. Babai....

Make your own banner at MyBannerMaker.com

FOLLOWER NO 100

Hi Peeps...

Sebelum msred sambung menaip entry, msred terjumpa quotes ni somewhere, tak ingat kat mana atau siapa penciptanya. Kalau tak salah msred, dalam twitterland kot.

" ALL MY FRIENDS ARE LIKE BRAS. THEY ARE CLOSE TO MY HEART. AND ALL ABOUT SUPPORT.

Ye...ye...msred pun mula-mula baca pun terkejut gak. Tapi 30 saat lepas tu tersengeh-sengeh je. Macamana la si pencipta quotes ni boleh terpikir macam tu, samakan kawan-kawan dia dengan bra.

msred tak nak la samakan kawan-kawan msred dengan bra. Tapi part, "they are close to my heart and all about support tu betul lah. Msred sangat-sangat appreciate kawan-kawan blog msred especially followers msred.

Hari ni msred nak highligt followers msred yang ke 100. Cik Nienyz. Nak tengok profile cik Nienyz? Sini.




Cik Nienyz pun baru-baru ni dah dapat followers yang ke 100. Siap bagi badge 'Followers yang ke 100' lagi sebagai tanda penghargaan. Tengok sini.

Sangat suka makan Ais Cream Baskin Robbins. Cer tengok sini.

En Mohd Azlan adalah orang yang selalu cakap 'I miss u' kat cik Nienyz. Sooo sweet....

Ini banner Cik Nienyz. Cantik? Kiut? Kalau nak letak kat blog korang pegi la ambil sendiri kat blog Cik Nienyz. Klik Banner bawah. Cer terjah blog Cik Nienyz yang sweet.



Cik Nienyz, ini untuk Cik Nienyz yang comey dan photogenic.Terpulang lah Cik Nienyz nak buat ape kat badge ni. Nak letak kat sidebar ke, dalam entry ke. Terpulang pada keselesaan. Heeehee. Sudi kah?....






Make your own banner at MyBannerMaker.com

April 29, 2011

BOTOL COKE YANG COMEL


Hello kawan kawan yang disayangi.....

Hari ni Jumaat. Esok Sabtu, cuti. Pas tu Ahad, cuti. Then Isnin, cuti.

Best nya. Bule tido 48 jam straight...heheeee....

Tadi lepas balik ofis gi Sunway Pyramid kejap. Jejalan dan nak window shopping. Tengah jejalan tu msred terjumpa ni. Botol Coke ni comey je. Tak tau la versi apa ni, tapi kiut. Suka suka....

Kita girls ni memang suka benda yang kiut kiut kan?




Lepas tu, Msred sambar sehelai baju warna hitam ni. Cun tak? Simple je kan? Msred memang suka benda simple simple ni. Nak pakai masa pergi dating nanti....

Keheheee...sambil try baju tu sebok nak bergambar.... snap snap...


Lepas tu jejalan lagi. Pergi survey harga I Pad 2. Officially lauch hari ni, 29 April 2011. Gila panjang orang beratur nak beli. Murah je. I Pad 2 WIFI 36 GB cuma RM 1799. OK la tu kan? Sesape nak beli kena cepat, takut stock habis. My sista call kata kat The Machine Mid Valley, dah nak habis stock. Giles!!!

Tak sabar nak pegang pegang and peluk peluk.


Make your own banner at MyBannerMaker.com

April 27, 2011

TIPS KURANGKAN PERUT BUNCIT

hello kawan kawan,

pernah tak? hah? pernah tak tetiba rasa perut macam buncit sikit? tadi tak buncit, tetiba macam buncit sikit. tetiba baju rasa macam ketat je sikit kat perut. pernah tak?

kalau pernah, meh msred bagi tips mudah camana nak elak kan perut tetiba rasa macam buncit sikit dari semalam.....

1. kurangkan jumlah angin yang masuk dalam perut
say no to chewing gum, kurangkan penggunaan straw dan kurangkan minum air bergas. 3 benda ni memang selalu bagi angin masuk dalam perut dengan mudah nya dan membuatkan kita rasa tak selesa dan kelihatan buncit sikit dari semalam....

2. kurangkan  fibre dalam diet you all
bukan jangan ambil fibre. fibre tu penting untuk penghadaman. tapi make sure jangan ambil berlebihan sebab makanan ber fibre ni boleh create gas dalam perut kita kalau terlebih intake.

3. makan yoghurt
kandungan microorganism dalam yoghurt boleh produce bakteria baik dan mengurangkan bakteria jahat dalam perut kita sekaligus mengurangkan angin dalam perut.

BALLOON, Activia Yoghurt, Y&r/istanbul, Activia, Print, Outdoor, Ads



tapi kalau perut buncit sebab lemah tepu, kena la buat sit up 100 kali sari.......tips ni untuk perut yang buncit sebab angin atau gas berlebihan ok.


Make your own banner at MyBannerMaker.com

April 26, 2011

WOMEN ARE MEANT TO BE LOVED, NOT TO BE UNDERSTOOD.

Hello you all,

citer hati perempuan pulak...

pink : perasan tak badan i dah kurus sikit?
hati :dah beribu duit aku habis join slimming program tu. cakap lah tak perasan. putus cinta nanti.

pink : nak makan rojak? ok la. dah lapar ni.
hati : perut aku dah masuk angin kelaparan ko nak bagi aku makan rojak je. baik aku balik rumah masak nasi. kedekut punya boyfriend.

pink : i suka u sebab hati u baik. memahami i.rupa tak penting.
hati : sape cakap rupa tak penting. kalau u tak handsome belum tentu i suka u.

pink : cantik tak i pakai baju ni?
hati : lebih baik cakap cantik. mahal ni baju ni aku beli. khas untuk dating ngan ko.kalau tak aku balik nanti.

perangai perempuan pulak....lelaki selalu cakap tak paham nagn perempuan ni. suka cakap lain kat hati, lain kat mulut. tak payah paham la. sampai bila-bila pun tak kan paham.

so, lelaki dan perempuan sama je. atas sebab2 tertentu, selalu terpaksa cakap kat mulut lain, cakap kat hati lain.

Make your own banner at MyBannerMaker.com

April 25, 2011

KENAPA KAT MULUT KAU LAIN, DALAM HATI LAIN?

hai semua....

perangai sape tu yang suka cakap lain kat mulut, lain kat hati? entah lah. 

ada yang cakap lelaki suka buat macam tu sebab nak jaga hati awek dia. betul ke?

pink : cantik tak baju ni i pakai?
blue : cantik. sesuai dengan u.
hati : what was she thinking? buta ke?baju tu buat ko nampak gemuk.

pink : nak tengok movie ape? romantic ke comedy?
blue : ape ape jela. romantik tu pun boleh jugak.
hati : bole jadi gila aku kalau asik tengok cerita romantik memanjang. ko tak tau ke aku suka cerita action?

pink : marah ke?
blue : tak lah. its nothing.
hati : gila ape? ko dah rosak kan speaker radio aku tu ganti lah balik.mana ada duit nak beli lagi.

pink : jom gi makan. dah lapar ni.
blue : jom, i pun dah lapar.
hati : mampusla aku. duit tinggal rm 50 je. tak makan la aku seminggu.

ini lah contoh yang popular bagaimana lelaki menjaga hati awek masing masing. ke nak jaga maruah dan cover line? keeheee....

baik ke lelaki zaman skang ni?

ini hanya gurauan. kalau ada yang terasa bagi tau msred. nanti msred akan mintak maaf personally kat korang.

Make your own banner at MyBannerMaker.com

MSRED NAK BEREBUT KAN DIA, PAS TU NAK PELUK CIUM SAMPAI PUAS

I PAD 2 AKAN LAUNCH KAT MALAYSIA PADA 29 APRIL DI SELURUH AUTHORISED APPLE RESELLER. KAT MALAYSIA TAK DE APPLE STORE. DA SEBULAN MSRED TUNGGU I PAD 2 DATANG MALAYSIA LEPAS DAH LAUNCH KAT US. AKHIRNYA TIBA JUGAK. TAK SABAR NAK GI BELI. NAK GODEK-GODEK, NAK PELUK-PELUK, NAK CIUM-CIUM SAMPAI PUAS.HEEHEEE...

SAPE-SAPE YANG MINAT BOLEH JOIN MSRED PERGI BEREBUT BELI GADGET NI. SAPE NAK GI? 



April 24, 2011

HATE IS A STRONG WORD. WHY WASTE TIME AND ENERGY ON IT?

hi kawan kawan....

ada diantara kawan kawan yang mengadu tentang kewujudan segelintir  (sangat sedikit) manusia yang digelar blogger oleh dirinya sendiri dan orang lain, yang mempunyai perasaan tidak suka atau bahasa kasarnya BENCI kat kawan kawan msred ni (yang kebiasaan nya blogger femes).


kenapa kena ada perasaan benci dalam diri mereka? tak suka dengan blogger tertentu (blogger femes) dengan pelbagai alasan yang tak matang. dunia blogger melayu di malaysia ni bukannya besar sangat. tak boleh ke kita semua kawan kawan? tak mahu la lawan lawan. itu kan perangai budak tadika yang belum boleh berfikir. 

buang lah perasaan benci, iri hati dan cemburu yang melampau ni sampai tergamak memalukan blogger lain secara terbuka. kenapa mahu buang masa dan tenaga melayan perasaan benci yang bersarang di dalam hati. cuba lah hidup dengan perasaan sayang dan hormat. rasanya lebih selesa dan tidak memenatkan.

dan blogger yang pernah dihentam teruk tu, banyak banyak la bersabar. kalau difikirkan, jika yang teraniaya ini menghentam semula manusia yang berperasaan benci ni, takut yang teraniaya ini dinilai sama sahaja dengan manusia berperasaan benci ini. 

bagi msred, nak sayang dan hormat orang lain lebih mudah dilakukan daripada nak membenci orang lain.


boleh kan, kita sayang kawan kawan kita, jiran jiran kita. cuba lah....*HUGS*

Make your own banner at MyBannerMaker.com

Dah sah msred OVERWEIGHT

Hello peeps,

Msred baru je Kira BMI misred.kah kah kah.

Tak mau cakap banyak la. Dengan ini diumumkan msred overweight. 



aDus! Cam ne ni? Kalau nak diet susah la sebab misred suka makan. Kalau nak exercise, serious cakap, masa misred da full ngan aktiviti2 wajib msred. Camana nak kurus? 

Kalau anda2 sume nak tau overweight ke tak, gi la sini untuk Kira BMI masing2. Ada berani?

Lepas tu bule la share result denagn msred.keeheeee...



Make your own banner at MyBannerMaker.com

April 23, 2011

TIGA PULUH TIGA SEBAB KENAPA MSRED SUKA KAT DIA


Hi peeps,

tetiba msred rasa nak kongsi beberapa fakta tentang diri msred sendiri dengan kawan-kawan. tiga puluh tiga.kenapa tiga puluh tiga?teka la sendiri.heeee...

1. msred ni sangat pemalu.hahahaaaa.....sape sape nak gelak, silakan lah.


2. takut dengan cik ular. selalu termimpi-mimpi dia.da dua kali datng rumah tak diundang.eeee  gi la rumah orang lain.
3. dulu masa kat U, pernah bela syrian hamster. nama dia Kiru. mati sebab sakit tua setelah dua tahun bersama.


















4. suka filem genre komedi. kalau tengok suka gelak sampai nangis-nangis.


5. suka baca novel. fav author, Sydney Sheldon.


6. selain komedi, suka tengok cerita horror. cerita SCREAM tu msred tengok 1, 2, 3. yang 4 nye belum lagi.


7. addicted to mc d. fav include doublecheeseburger, fun fries and chocotop.













8.cinta sejati? kakahahahaheee....


9. berangan nak buat advertisement untuk Coke, Maxis and Nokia.


10. impian masa depan nak jadi owner cafe sandwiches.bule datang hari-hari makan free...keheheee..


11. kalau bercuti suka pegi theme park. fav place, genting highland. berangan nak pergi disneyland jepun. nak naik roller coaster.


12. feveret kale, merah atau red. ntah nape ntah.raya tahun ni nak kaler tema merah. nanti nampak cam gong xi fa cai plak.


13. tidur, baring, duduk santai suka goyang kaki. kalau tak goyang nanti jiwa tak tenang.


14. berangan nak bela kuda. orang kata kuda kaler hitam baka baik. kuat lari.



15. i hate numbers, numbers hate me. kita orang memang tak serasi dari dulu. nak hafal no tepon bf pun amek masa lama.


16. kalau kat rumah, sentiasa dengan glasses/spek, t-shirt size m, legging dan pony tail. susah nak ubah.dah serasi bersama.


17. tak berapa pandai masak, malas nak masak. malang la sape kawen ngan msred.keeheeee...


18. pernah bercita-cita nak jadi penari. ada terlintas dihati nak belajar menari latin. tapi msred kan pemalu.


19. suka gadget. next target, ipad 2nd generation.


20. suka tengok katun Pocoyo sebab terasa msred comey macam pocoyo tu. suka tengok pocoyo menari.




21. selalu cakap sorang-sorang.dengan komputer, buku, periuk nasi.....eee..


22. suka Big Apple Duren Duren.

23. tak suka pakai jam. guna hp je untuk tau pukul berapa.


24. love movie and pop corn. tak best kalau tengok movie kalau tak de pop corn. kalau tengok dvd kat rumah, kene ada potato chips.


25. kalau dalam purse msred tinggal rm 50 je, msred lebih suka gi makan Kenny Rogers daripada pegi beli kasut.


26. tak pernah putus cinta....tak pernah rasa sakitnya, dan tak nak rasa.




27. suka dan nak belajar fotografi, tapi belum kesampaian lagi.


28. tak pandai berenang, takut air. pernah join kelas belajar berenang tapi separuh jalan je sebab takut sangat dengan air.aish...bengan je cikgu amoi tu.


29. satu sudu gula, dua sudu creamer, satu sudu neskefe. untuk memulakan hari. addicted to it.


30. fobia dengan tempat sempit yang crowded. sesak nafas, panic attack.tolong.....


31. kalau makan daging kambing, sampai licin ke tulang tulang. apasal la daging kambing ni sedap sangat?


32. i am a skilled multitasker. belajar dari pengalaman.


33. last but not least, milo ais msred buat sedap. terbaek.....


da dapat teka ke kenapa 33?


Make your own banner at MyBannerMaker.com

April 19, 2011

Encik bawak motor biru, minta maaf banyak banyak !!

hello kawan kawan,

how is your day? best? tak best?

semalam msred mimpi waktu drive keluar dari rumah, terlanggar sorang mamat bawak motor. betul betul kat depan rumah. ntah ape la makna mimpi tu. mimpi tu buat msred teringat satu insiden ni, dah lama dah benda ni jadi. membuatkan hari msred serba tak kena. waktu mandi teringat insiden tu, waktu prepare breakfast teringat insiden tu, tengok tv pun teringat insiden tu. tention jugak la.

*audience cakap*
cer citer...cer citer....

emmm...
cam ni cerita nya. waktu tu msred muda comey lagi, 23 tahun. malam tu hujan renyai, lebih kurang kul 8 malam, msred drive sorang sorang dari UNITEN, Bangi nak balik ke rumah mak di seksyen Shah Alam. jalan tu memang sunyi sket. waktu tu sebijik kereta pun tak de. msred drive laju sket supaya cepat masuk highway KESAS.banyak kereta, tak takut sangat.

tetiba dari jauh msred nampak ada sebiji motor kat depan msred. msred tengok je encik bawak motor tu sambil pikir, napelah dia tak berhenti teduh kat mana mana sampai ujan berhenti. belum sempat msred habis pikir, encik bawak motot ru jatuh, tergelincir sebab jalan licin, hujan.

terkejut msred. alamak. nak buat ape ni? nak berhenti tolong ke? msred takut kalau encik bawak motor tu berpura pura jatuh, tapi sebenarnya nak merompak ke, nak membunuh ke, nak curi kereta ke. mana la tau. msred dalam keadaan serba salah buat keputusan, jalan je terus. takut nak berhenti. dalam hati doa sangat sangat, kalau betul encik bawak motor tu tak de niat jahat, minta minta adalah kereta lalu dan berhenti tolong encik bawak motor tu. doa sangat sangat.







kepada encik bawak motor tu msred mintak maaf kalau msred dah salah sangka. buruk sangka denagn orang memang tak baik. tapi msred tak berani ambil risiko untuk berenti. mana tau sangkaan msred tu betul, mati la msred. 



walau pun insiden ni dah lama berlalu, hati tetap tertanya tanya, betul ke apa yang msred buat tu? salah ke msred? jahat ke msred?



kalau u all jadi msred u all buat ape? u all rasa patut ke apa yang msred buat tu?eiii...tensen pikir tau.

Make your own banner at MyBannerMaker.com

dia kata, kau ni mengidap klaustrofobia

itu lah yang kawan msred cakap lepas insiden ni jadi...

"malasla naik lif tu.buruk cam nak runtuh je.buatnya rosak kang."

"jangan nak mengarut. tiga tingkat tu. tak kan ko nak naik tangga pulak."

"tak pe la.ko naik la lif, biar aku naik tangga. jumpa kat tingkat 3 k."

"ko ni takut sangat naik lif. melampau lampau takut nye."

"aku takut naik lif buruk je, kalau lif baru, cantik aku tak takut."

"sama la tu. ko pegi la naik tangga, aku tunggu ko kat atas."

msred pun terus menuju ke tangga untuk naik ke tingkat 3 manakala cik chipmunk, kawan msred yang 'prihatin' tu naik ke tingkat 3 menggunakan lif.

selepas urusan selesai, minum minum kat kafe. cik chipmunk cakap, "ko ni ada penyakit tau. penyakit takut tempat sempit, tempat yang ramai orang. klaustrofobia. pernah dengar?

msred, "ape fobia? ape tu. ko jangan nak pandai pandai diognasis aku denagn penyakit yang bukan bukan.nanti aku gigit ko nanti."

lepas tu cik chipmunk pun explain la penyakit ape yang dia baru je bagi kat msred.

klaustrofobia atau claustrophobia. kalau tengok definisi nya kat sini, memang betul la ape cik chipmunk cakap.

msred paling takut kalau....

  1. terpaksa naik lif yang sempit lagi buruk macam nak runtuh. lebih lebih lagi kalau ramai orang
  2. terpaksa duduk dalam bilik yang kecil dan gelap
  3. terpaksa bersesak dalam komuter, lrt, bas yang ramai orang
rasa macam nak lemas, sesak nafas, macam nak pengsan. biasanya msred akan elak kan diri dari berada dalam situasi seperti di atas. kalau tak dapat elak, msred akan redah jugak, tapi diiringi doa yang panjang dan berjela mintak dijauhkan tuhan dari perkara perkara yang tak baik. Amin.


insiden di ofis...

lif rosak.dekat sebulan la jugak rosak nya. still jalan lagi, tapi ashik jammed je. ada je ornag yang terkurung dalam lif. msred sanggup naik tangga ke tingkat 8 (ofis msred kat tingkat 8) daripada mengambil risiko terkurung dalam lif. hari hari, dalam masa hampir sebulan msred naik tangga sampai tingkat 8.gila kah msred?

ada sape sape yang menderita penyakit yang sama dengan msred?

Make your own banner at MyBannerMaker.com

April 18, 2011

D&G introduces limited gold edition sunglasses

Hi peeps...





The new line incorporates the latest generation of lenses with an appeal to a wide range of consumers or anyone looking for glamour, outstanding quality and versatility. Each pair of glasses is presented in its own jewelry box featuring a plate with the words “Dolce & Gabbana Gold Edition” engraved on it, along with two tiny side drawers to hold the cleaning cloth and certificate of authenticity.










Ada sesiapa yang tak kenal wanita ini? Tak de kan. Ini gambar Angelina Jolie sedang berjalan jalan dengan keluarganya di New Orleans. Menurut In Touch Weekly, waktu gambar ni diambil,  Angelina pakai Dolce & Gabbana Limited Edition Gold Collection yang disadur dengan emas 18 karat, USD 580 k. Ada bran? hehehhh



Msred, sunglasses RM 580 pun takut nak beli. Kalau USD 580 lagi la. Tengok je la orang pakai....gheheh...




Make your own banner at MyBannerMaker.com
Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno