November 07, 2011

SEDAP BETUL LAUK LUNCH HARI NI

Salam you alls,

Hari kedua hari raya Aidiladha. Disebabkan pagi tadi kena menyelesaikan satu urusan rasmi, pagi dah keluar lewat tengahari baru balik. Penat sangat nak masak tengahari. Nak keluar pergi beli lunch pun dah malas. Dengan sepantas kilat msred pun masaklah nasi dan lauk emergency nak cepat siap.

Waktu makan dengan si kecik kiut Iffan dan Ian, Iffan tak berhenti puji....

" Hari ni mama masak sedaplah."

Selang seminit Iffan puji lagi....

" Ermmm... Sedapnya lauk ni."

Kembang kempis hidung msred menahan gelak bila dengar Iffan puji masakan msred. Bukan bangga, tapi kelakar sebab......

Taaaadaa....... Ni lah masakan msred yang si kecik kiut Iffan suka sangat tu....

Google

Telur goreng. Ngehehee.... Kenapa budak kecik suka makan nasi, telur goreng dengan kicap?

16 comments:

era kecik said...

eh, sedap msred, tambh2 lagi kalo makan nasik + telur goreng mata kerbau (pernah dengar ke?) + kicap. fuh! sedap tu..

erk, teringin lak nak makan.. hehehe

eyqa amin said...

whoa...........sodap pe nasi_telur goreng+kicap...lebey2 ag ibu yg suapkan...weee~~~~heaven!

Munnafendy said...

sdp kalau mkn dgn nasi panas2..huhu

nurfauzi said...

budak2 memang suk makan telur goreng. oreng telur dadar letak bawang pun sedap

mas saari said...

bukan budak je yang suka, Mas pun suka! kalau makan lauk camni boleh tambah 2-3 kali..

Azzah said...

sekali-sekala makan ni sedap..

ridhwan ruslan said...

saya rasa mungkin disebabkan air tangan mak nya :) walaupun simple, air tangan mak tak boleh lawan.

P/S: Bertuahnya

Hanis MY said...

sy yg tak berapa kecik ni pun suka hehe sekali sekala mesti nak makan menu kanak2 riang bibena...

Bro Ahmad said...

tips jimat beli telur je hihii.. budak suka sebab takde tulang XD

aRa ❤ aFiq™ said...

cdap oo mkn cmni 1x skala.. tp ara suka mkn telur grg + budu.. hehe

Iffah Afeefah said...

iffah pon ske

waaaaa


tapi takley makan kcp

msredcheesecake said...

Eyqa, kalau makan mak suap mesti bertambah2 kan...

Mas sari, betul kan? Best...

Ridhwan, masakan lain pun air tangan mak... Takde pun kena puji gitu.. Heee

Bro, iya kot, mak budak pun suka...

Ara, kalau plus budu mmg layan....

Iffah, sebab lika ke? Sementara je kan?

aReLaN said...

time kecik2 nilah feveret.lauk len tkde tkpe.ckuplah ngan telur mata n kicap.pergh..ckup menyelerakan. (mse tu jela.hahah)

!! YaNa YassiN !! said...

Telor mata + nasipanas + cilikicap = boleh buat YY tambah 2kali tau,..sedaaaaap !!!

Daddylicious said...

cepat mudah dan lazat...:)

Ini Kisah Tia said...

Tia pun suka .. sedap apa :)

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno