November 05, 2011

NENEK KEPADA 4 CUCU LUPA ESOK RAYA

Salam you alls,

Nenek kepada empat orang cucu ni pergilah pasar tani hajat di hati nak beli lauk segar. Bila sampai pasar tani, dilihatnya ramai sungguh manusia yang datang untuk membeli bahan untuk memasak. Lebih ramai dari biasa. Di gerai menjual daging ada yang beratur untuk beli daging. Hari sudah mula panas.

Nenek itu berkata dalam hati...

" Lain harilah aku pergi pasar beli lauk. Malas rasanya nak bersesak dengan orang ramai kat pasar ni. Dahlah hari dah panas."

Maka nenek itu pun baliklah. Di rumah dia bercerita pada anak-anaknya tentang ramainya orang di pasar tadi, ramai dari biasa. Diceritakn juga yang dia malas nak bersesak di pasar lalu mengambil keputuan nak pergi pasar beli lauk hari lain saja.

Nenek itu berkata dihujung ceritanya...

" Kenapalah agaknya tiba-tiba hari ini ramai betul orang dekat pasar tu?"

" Ye lah. Ramai orang nak beli daging nak buat rendang. Esok kan raya." anaknya cakap.

"Hah! Esok raya? Alamak, mak  lupalah esok raya haji. Ya Allah, macamana mak boleh lupa ni. Habislah. Mak tak beli daging lagi ni nak buat rendang."

Nenek kepada empat cucu itu mula mengelabah.

Anaknya terkejut. Ada ke orang terlupa esok nak raya?

Inilah pertama kali seumur hidup msred jumpa orang lupa esok nak raya, esok nak raya Aidiladha. Dapatkah nenek itu dan keluarganya makan rendang daging esok? Just wait and see.

Note : Nenek itu merupakan nenek kepada anak-anak msred.

18 comments:

Cik Cempaka said...

hihi, comel lah nenek anak2 mis red :D

dhinai adnan said...

kah kah kah....kene pasang lagu raya ni baru perasan

BudakBudak said...

haha. terlupa nk beli plak...nmpk gayanye kna tngu selesai korban dlu baru leh mkn rendang...haha...

Dr Zatiel Ismail said...

hi,,,alahai keciannye nenek ni...suwit je hihi

Rawlins Ichigo Takashi Lutz said...

Adakah ibu ms red? Sian dier
Lawak pun ada gak
Tak sabar nak tau kisah selanjutnya...
Eh..pasal lemak perut tu, cepat2 contact saya ek...

Rawlins Ichigo Takashi Lutz said...

Lupa nak cakap
Selamat raya aidil adha

Azzah said...

ala comey je lupa dia..msred la belikan

Hanis MY said...

sudah tentulah dpt beraya, mesti nenek tu sempat buat masakan yang lazat...

Daddylicious said...

nama pun nenek...biasalah ...hehe

..cik gugu.. said...

ala org tua.. bese la tuh~

Cik Jannah said...

haa,. sianlaaa.

Pendamba Mawar said...

time ni la anak dan menantunya kena buat tindakan yang sepatutnya.heehehe

✿Dear Yayah✿ said...

hahaha..byk makan semut ni nenek..smpai lupa esok raya..:D

iMBobo said...

insyaAllah dapat tu, daging kan byk skrg ni hehe

aimie amalina said...

kikiki
comelll la nenek ni

mak akak ke?
ke mak husband akak?

hehehe'
selamat hari raye aidiladha akak =)


p.s: huuu..tonsil ni dah bernanah kak..lambat skit la nak baik..campur dgn demam nye lagi..aduhai...

✿ Myra ✿ said...

hehehehe...first time tau ada org lupa raya. tapi sbb nenek, maka ia dikira takpe. hehe. hope nenek dpt mkn rendang arini :)

selamat hari raya msred sekeluarga! >_<

era kecik said...

hehehe, camne lah boleh lupa..
hehehe, haru-haru..

selamat hari raya aidiladha msredcheesecake :)

Iffah Afeefah said...

ade je

cm iffah

sokmo lupe

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno