November 13, 2011

DIA REQUEST MEE KICAP LA

Salam you alls,
Hari Ahad, har bermalasan. Msred sengaja biar si kecik kiut bertiga bangun lambat sebab msred nak melayan mata yang ngantuk melampau hari ini. Bila bangun saja, msred tanya si kecik kiut nak breakfast apa? Iffan cakap, nak makan mee kicap. Ian pun nak makan min ( min=mee dalam bahasa toddler).

Untuk tidak menghampakan si kecik kiut, maka msred pun masaklah mee kicap. Msred suka masak mee guna pasta (yang biasa orang buat spagheti tu) daripada mee kasar yang biasa tu sebab, pasta lebih berkhasiat dari mee kasar biasa.

Mula-mula rebus pasta selama 10 minit, toskan. Tumis bawang putih, bawang merah, sos tiram dan sedikit serbuk belacan. Then masukkan pasta tadi. Masukkan secawan air, kacau. Bila dah nak masak msred masukkan sedikit tepung jagung yang dah dicampur air. Kacau kejap, then angkat. Dah masak. Senang kan? Ini lah hasilnya.

Lauk yang paling simple tapi sangat digemari si kecik kiut dan termasuk msred jugak, telur goreng.


Note : Rasanya sedap sangat sampai menjilat sudu. Percaya tak? Ngehehee.....

22 comments:

Pendamba Mawar said...

mantop...kecik2 da makan pasta..hehe

Rtp Farra Arisha said...

it looks tasty msred ;)

Ct Aja said...

cam menarik je... untung iffan ade ibu cmni..hihihi

Oshin said...

macam sedap je..nnti nak cuba la...hihi

Farrah MF said...

simple tapi sedapppppp :)

cinnamon.com said...

emmm,sedap sungguh...nmpak senang nak buatnya.. nasi goreng aje sarapan hari ni..

IntaNBerliaN said...

mmg snang ni.. nanti blh try :-)

~AmyLiana86~ said...

la blh buat lauk nasik jugak ek menda alah tu..xbiasa buat spageti tp suka makan...hehehe

sue perbs.. said...

wah nmpk sedap.. kena try ni

Iffah Afeefah said...

cm mee kuah plak da

..cik gugu.. said...

mcm berkuah je sis...

aRa ❤ aFiq™ said...

nmpk cdap la.. na jugak.. ada lg x? hee

konde said...

mantab nih spahgeti :D

Info Event For Blogger Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000 KLIK GET The Treasured

Azzah said...

simple jer..nak try:P

Ainie Maydie said...

pergg terlio la tengok 0.0

Cik Tetra said...

woahhhh..sedapnye...boleh cube masak pasni..heee :D

eyqa amin said...

skunk nie..nenguk pape pown lapooooo...

:))

aReLaN said...

macam sedap.adoiyai...terliur dibuatnya

Ezad Skytech said...

hee..nampak sedap je ni msred ni...boleh la nak cuba2 buat nanti... :)

Faaein Talip Roy said...

uih.. memang sedap sesangatlah tu missred.. lain kali boleh minta tolong masakkan ni.. hehehe.. ;p

aimie amalina said...

hehehehehe
sedaaaaappp
akaaakk!
hantaq pi sabah bole
hehehehee

zahidah seran said...

senang layan selera si kecik kan.
my kids pun suka mee/spaghetti compared to mihun atau kuetiaw.

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno