November 16, 2011

THE ADVENTURES OF SI KECIK

Salam you alls,

Semalam msred cuti [ponteng kerja] dan bawa si kecik kiut Iffan dan Ian pergi Sunway Pyramid. Oleh sebab nak bawak si kecik kiut tengok cerita The Adventure of Tintin, msred pun sengaja pergi naik komuter, kononnya nak adventure lah.

Si kecik kiut Iffan, ini second time naik komuter. Ian ini first time lah. Teruja betul dia orang. Ian ashik tanya, bila tatapi nak sampai? Tatapi dalam bahasa Ian bermaksud, keretapi.
Stesen Komuter Shah Alam

Dalam komuter, si kecik kiut berdua diam saja. Tak tahulah nervous ke atau menghayati pemandangan dalam komuter dan di luar komuter.



Sampai di Stesen Komuter Subang Jaya, kebetulan ada bas pergi Sunway Pyramid. Tiba-tiba saja msred rasa nak bawa si kecik kiut naik bas sebab dia orang tak pernah naik bas. Biasalah, dia orang mestilah seronok, benda baru.


Sementara tunggu tayangan cerita The Adventure of TinTin pukul 2.3o pm, main di playground, then lunch dulu. 




Pukul 2.30 baru masuk wayang, lampu dah padam. Masuk merabalah dalam gelap tu cari kerusi. Nasib baik tak ada kejadian memalukan.
depan pintu cinema room.
Habis cerita, terus  balik. Masing-masing dah tak ada mood nak bergambar sebab kepenatan. Msred tanya si kecik kiut, best tak ceritanya? Dia orang kata, best sangat. Macam faham ceritanya, hheee....

Note : Seronok habiskan masa dengan anak-anak.

15 comments:

EyqaLuvender said...

comel2 anak msred...
yg kecik tu mcm girl la..hehe
seronok la diorang dpt tgk tintin...iqa nk tgk gak tp tade org nk bwk..wuuuuu~

Iffah Afeefah said...

sronoknye la kak

bebudak seronok kite triple sronok

eh mcm da ade ank gaye ckp haha

mizzkechique said...

comel..muka lembut je..

Anum said...

dua2 pun comel

.:shura shushi:. said...

Dah lama tak naik komuter..RINDU zaman naik komuter

QueeN TerataI said...

wah.. jalan2 naik komuter dan tgk wayang... Queen pun teringin nak bawa anak naik komuter tp smp skrg blm kesampaian sbb en. Hubby tak mahu.. katanya naik kereta lg bagus.. erm...

aReLaN said...

ble sbut komuter msti tensen bab menunggu.hahaha..bestnya leh amek cti g tgk wayang.sye ni nk apply pn ssh walupon byk lg leave utk tahun ni.waaaaaa

era kecik said...

eh, comelnya anak-anak msred :)

best ye msred, dapat habiskan masa ngan anak2 :D

EmpayarUtama said...

Nengok muka sorang sorang nampak confident je :)

zana said...

comel2 anak msred.. =) muka innocent ja... hehe

zahidah seran said...

seronok ajak bebudak naik public transport kan...=)

nurfauzi said...

budak-budak memang suka tengok kartun.
orang tue pun ramai yang suke

Azzah said...

comel giler anak msred yang kecik...klu azzah dapat baby girl bole kita berbesan..wink..wink!

aimie amalina said...

heeeeee
comeinyela, dgn mama semua seronok an
hehehhee

main playground
naik tatapi
hehehehe

Faaein Talip Roy said...

habiskan masa dengan anak.. memang best sesangat..

tetiba rasa cam nak kahwin..

dan anak ada cepat2.. hahaha.. ;p

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno