October 18, 2011

VANILLA COKE MEMANG HEAVEN

Salam you alls,

Siapa yang tak suka minum air gas. Ramai yang suka. Mungkin ada segelintir yang tak suka. Rasanya lebih ramai yang suka.

Msred suka. Tapi selepas pregnancy yang kedua, tahap ketagihan msred pada coke meningkat. Masa pregnant, tak tahu kenapa msred addicted dengan Vanilla Coke. Kalau boleh hari-hari nak minum. Kalau tengok orang minum memang terliur, tak tahan nak jugak minum. Macam orang tak pernah jumpa coke dibuatnya.

Addiction itu terus melekat pada msred. Itu masalahnya. Sampai sekarang msred sangat suka minum Vanilla Coke. Tak de lah melampau macam masa pregnant dulu. Tapi tekak ni nak selalu minum Vanilla Coke. Tak boleh nak berhenti dah.

Mak msred pun risau tengok msred banyak sangat minum Vanilla Coke. Setiap kali msred minum atau cakap nak minum, mak msred mulalah sesi membebel memberi contoh penyakit-penyakit ngeri yang msred boleh dapat kalau terlebih minum air Coke ni. Kadang-kadang siap dengan contoh pesakit sekali. Orang tu banyak minum air gas. Dia sakit teruk bla... Bla..... Bla.... Orang tu suka sangat minum air gas, sekarang masuk hospital sebab sakit..... Bla..... Bla.....

Msred memanglah takut dan tak nak terkena penyakit disebabkan addiction msred pada Vanilla Coke ini. Tapi selalu kalah pada nafsu. Msred selalu cakap pada mak bila dia cuba menakutkan msred,

" Mak ni jangan lah doakan peah( bukan nama sebenar) dapat penyakit teruk-teruk tu. Mak doakan lah peah supaya sihat je tak sakit-sakit."

" Sebab mak tak nak kau kena sakit teruklah mak bising tak kasi kau minum air gas tu." Mak mesti jawab macam tu.

Orang kata kalau kita tak dengar cakap mak kalau dia suruh jangan buat sesuatu tu, nanti kita akan dapat musibah dari sesuatu yang kita buat tu. Balasan sebab tak dengar cakap mak. Msred memanglah nak kurangkan. Tapi belum jumpa jalan yang boleh msred ikut. Jalan nak kurangkan banyak, tapi semuanya susah msred nak ikut.

20 comments:

nazirah said...

kte pn suke vanilla coke ;)

Pendamba Mawar said...

da stop minum coke skrang.hikhik

Selendang Merah said...

wah...tapi sm x minum coke...mak x bagi..:)

YanaMIB said...

wuii bahye tuh addicted dgn air gas..asben mread x ckp pape ke? klu sy lak terbalik..mak ssh nk larang apa sy nk mkn or minum..tp asben byk bebel jg mkn minum sy..hihi =P

LINDAHERY said...

msred :- lama linda x singah sini.. dah berubah wajah blog ni..hihi cantik..

QueeN TerataI said...

errrr queen mmg x berapa suka minum minuman berkarbonat ni... :)

----- ----- said...

bahaya coke ~~

PeJuAnG CinTa said...

better minum nescafe.. lagi best =P

pena rozie said...

Dulu suka gak coke....

cinnamon.com said...

tak elok minum air yg berkarbonat ni..lebih2 lg anak yg masih bersekolah..lembab otaknya..

Zana Adieyza said...

zana & husband x suka minuman bergas.. sbb mcm x puas jer minum air bergas tu.. hihihi.. lain org lain seleranya kan..

aReLaN said...

xske mnum air gas sbb nnt tersedu tak berenti.pstu png pale.hahahah...nsb bek ade vanilla je.kt jpon siap ada coke teh hijau, coke chocolate n mcm2 lg la.n besenya ada perisa baru ikt musim.fuhhh

Cinderella said...

erm erm kalau da suke mmg susah nak ubah hehe..msred try la suke kat ice lemon tea pulak ne taw leh lupekan vanilla coke ke

Anum said...

anum jarang minum minuman bergas

zahidah seran said...

tak suka minum air gas sbb nanti time sedawa mcm kuar ikut hidung..sakit...

ziraziz said...

x suka sgt minum air gas ni..

p/s: smlm adik sy guna coke ms basuh moto..nk buang karat katanya ha3...

aimie amalina said...

chayok2 kak!
bole punye krgkan tu kak =]

dulu mie pon suke sgt air gas
tap sebb gastrik yg dasat
dh cool down,

minum soya or ice lemon tea je kalo ketagih sgt air gas
hehehehe

nurfauzi said...

that drinks contain too much sugar
consume it daily is a bad habbit
try to avoid it

it's all about will power
once we addict with something, aiyoh! we need alot of efffort to get rid of it.
just like smoker. quit smoking is almost impossible. but can be done!

p/s: jangan sampai anak2 pun terikut same...bahaye

Bro ahmad said...

tak suka sebab tak sedap hmmm

msredcheesecake said...

fauzi, tak minum depan anak... nak kurangkan jugak....

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno