October 19, 2011

SEKALI SEKALA PLEASE SAY NO

Salam you alls,

Kalau kawan-kawan minta tolong, kenapa kita perempuan ni susah nak cakap tak boleh?

Kalau teman serumah minta tolong hantarkan ke sesuatu tempat sebab kita ada kereta, walaupun kita sendiri pun jadual tengah penuh nak selesaikan urusan yang banyak, kenapa kita perempuan ni susah nak cakap tak boleh?

Kalau boyfriend nak pinjam duit walaupun kita pun tengah sesak, kenapa kita perempuan ni susah nak cakap tak boleh?

Perempuan ni memang fitrahnya dijadikan dengan hati yang lembut, mudah kasihan, tak sampai hati nak lihat orang lain sedih atau susah. Sifat ini memang ada pada setiap perempuan. Tuhan bagi sifat ni pada perempuan sebagai persediaan untuk menjadi isteri dan ibu yang penyayang. Kalau perempuan tak ada sifat ini, macamana nak jadi isteri dan ibu yang baik. Perempuan memang kena ada sifat ini. Semua perempuan ada.

Cuma yang membezakan, ada perempuan yang kuat hatinya nak kata tak boleh kalau orang minta tolong, dan ada yang hatinya tak cukup kuat untuk cakap tak boleh.

Perempuan yang hatinya tak cukup kuat nak cakap tak boleh ni, yang bilangannya memang ramai di luar sana, hati-hati dengan orang sekeliling. Sekali sekala belajarlah cakap tak boleh kalau anda ada alasan yang munasabah. Jangan benarkan orang lain mempergunakan kebaikan kita ni untuk kepentingan tak munasabah dia orang.

Terutamanya permintaan mengarut yang sangat pentingkan diri sendiri dari lelaki. You alls mesti tahu maksud msred kan? Perkara yang lelaki sangat suka minta dari girlfriend dia orang. Permintaan yang sangat tak munasabah yang boleh membawa banyak keburukan.

Permintaan yang ini, please say NO. Please say NO. Please.


- Posted using BlogPress from my iPad

25 comments:

Bro ahmad said...

ye la asyik yes je hmm..nampak sangat lurus bendul sesekali apa salahnya no..sebagai tanda kita ada pendirian sendiri...betul tak?

Anum said...

ye la, kalau permintaan yang mengarut jangan layan

Cik Muda Sae said...

kita boleh bezakan mana yang boleh kata 'YES' dan mana yang boleh kata 'NO' .. kalau kita pandai guna akal yang diberi tuhan...

cik najihah said...

bile bace entry akk ni teringat pulak..mmg betul pun..susah nak kate no kan..thanks:)

cinnamon.com said...

untuk suami "yes",utk orang lain "no"

pena rozie said...

Memang perempuan payah sebut no. Walau pun die susah. Die sanggup lagi susah...

oli-go said...

akak, sy dua2 pun sy ckp..cepat je..no pun cepat, yes pun cepat..tapi tgk pada siapa saya cakap la..

Miss Nadya said...

betul-betul..tapi kadang2 nad keraskan ati jugak..:)

new entry :: Simple Contest ツ

aReLaN said...

betul gk.slalu lmbut je hati ni klu org mntak tolong ke pape.ble awek sndri tlg sedara dia pndi lak kte tegur ckp jgn baek sgt.tp dri sndri pon sme je.hmmm...peringatan utk dri sndri.

hira said...

jangan mudah terpedaya.

teratak hati said...

huhu..mmg selalu cari alasan bile ade org mntk tlg,x ckp direct 'no' tp bgi alasan mcm2 smpi dia ptus asa..tpi klu btl2 prlu ditolong tu tlg je la kn..time dia sush,nti time kita sush mntk tlg dia jgk...

EZAN IDMA said...

hmm mmg kadg2 susah nak ckp tak boleh, tp kalo laki na pinjm duet rase mcm susah na ckp boleh sbb kebnykn lelaki bukan leh pcye

Cik Tetra said...

setuju sgt dgn entry ni..kbyakan perempuan skg ni dgn Bf dorg never say no..x tau lah nk ckp ape..buat baik biar berpada jgn sampai makan diri sendiri..huhu.. :)

Rtp Farra Arisha said...

sesuatu kerjaan yg buruk haraplah bisa say NO, melainkan kerjaan yg diminta tolong itu kerjaan yg suci ;)so, why not saling bantu-membantu!

Efrine Qaisara said...

=) hye iza..
Hopefully, dapat jenguk ke blog Q...

Nizam Ijam said...

YES..hehee

KaK LimAh Si SupiR said...

ok..nt kaklimah akn try say NO :P

nurfauzi said...

dalam keinginan membantu orang lain, bantu diri sendiri dahulu agar diri kita tak terzalim.

zahidah seran said...

selagi tak menyusahkan,i say yes aje..
kalau bab duit,tengok dulu peminjamnya siapa....

Cinderella said...

dari first kenal kene say NO lelaki patot usehe sendiri..

kalau perempuan yg nak pinjam buad pertimbangan lagi kalau x lari budjet ley la

teha said...

betol2.. sy NO ! bia die tau sikit , bkn sume prmntaan die kita bole tunaikan.. hehe

fae jamal said...

kadang kala kena say NO jugak mengikut keadaan!;)

Iffah Afeefah said...

Btol kak

kdg2 xsmpai ati tau

aimie amalina said...

emm3
betol tu kak
mimi ni sush sgt nak ckp TAK
tahu org sedg pijak pale pon masih nak YA kan..

siti kektus said...

sayy no. no. no. no. untuk benda mengarut itu. mintak dijauhkan lah dari berkata ya.

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno