October 05, 2011

SEBAB KENAPA PROGRAM DIET SELALU GAGAL

Salam you alls,

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, badan msred yang agak-agak chubby ni susah sangat nak kecil. Teringin juga nak badan macam muda-muda dulu. Ada lah dua tiga kali try nak mengawal kuantiti pengambilan makanan dengan harapan dapatlah badan yang kecil molek semula.

Tapi usaha msred selalu gagal. Sebabnya, inilah dia....

1. Tak tahu kenapa kalau mak msred yang masak mesti kena makan dua pinggan, lebih dari biasa. Mak msred masak memang kenalah dengan anak tekak, sedap je rasanya.

2. Msred ni pantang. Pantang nampak makanan sedap,pantang dengar dan pantang terbau. Terus layu selera mula berkobar memaksa msred melupakan kuota kuantiti makanan yang sepatutnya dikurangkan.

3. Perut msred selalu melampau laparnya. Dahlah kalau lapar macam orang kebulur, lapar pulak 2 jam sekali. Macamana nak kawal pemakanan? Kalau dah lapar tak makan nanti masuk angin.Msred ada gastrik yang agak kronik. -Alasan- 

Inilah tiga sebab utama kenapa msred dapat mengekalkan bentuk badan yang chubby sampailah kehari ini. Grrrr..... Tak tahu nak marah siapa.

6 comments:

nurfauzi said...

Sudah baca blog saifulislam.com?

boleh contohi bagaimana tuan blog yang berat 100kg++ jadi sekitar 80kg dalm maa beberapa bulan.

perkara yang selalu dipesan - kawalan diri.

Cinderella said...

erm msred x boleh cakap nak diet..sebab selalu kalau cakap nak diet mesti nak makan..

Pendamba Mawar said...

takpe2.. nampak kehidupan msred bahagia.:)

~iz~ said...

memang susah nak dpt S balik..iz pn tengah usaha ni tapi selalu tewas ngan perkara2 yg gitu gak..:)

KaK LimAh Si SupiR said...

kaklimah p0n same..skrg maken mendadak2 naek ny..dh try control mkn, tp xberhasil T_T

msredcheesecake said...

Iz, dpt m pun fpdah syukur... Hheee...

Kaklimah, bak kata fauzi, kawalan... Hheee..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno