October 03, 2011

PERKARA YANG TAK SEPATUTNYA DIBUAT WAKTU FIRST DATE

Salam you alls,

Setiap orang yang sedang bercinta sekarang ni mesti pernah pergi first date. Yang bukan sedang bercinta pun mungkin pernah ada first date.

Masa first date mesti nervous kan? Kalau biasa kita bersiap nak keluar ambol masa setengah jam je, tapi bila nak pergi first date jadi dua jam. Kalau biasa kita nak pilih baju nak keluar senang je, tapi bila nak pergi first date jadi blur, semua baju tiba-tiba nampak tak cantik je. Stress.

Ada juga yang nak pergi first date relax je. Masa nak bersiap sama saja dengan hari biasa dan senang je nak pilih baju. Mesti dah biasa pergi first date. Dah pakar dah.

Untuk memastikan first date kita itu akan diikuti dengan second date, third date, jangan buat sesuatu yang tak masuk akal. Contohnya...

1. Baru first date dah sebok cerita dream wedding, nanti anak nak ada berapa dan yang berkaitan. This is a big no-no. Elok-elok mamat hensem atau awek cun tu dah shok kat kita, terus potong. Takut dengar perkataan komitmen sepanjang hidup tu.

2. Janganlah jadikan pasangan first date kita tu sebagai kaunselor cinta. Yang pergi cerita semua keburukan bekas kekasih kita kat dia buat apa? Terus dia takut kalau hubungan yang cuba nak dibina ni tak kekal nanti kita mesti buruk-burukkan dia kat orang lain. Lagipun nanti dia ingat kita masih belum lupakan ex kita tu.

3. Yang pegi cerita details semua tentang kita tu buat ape? Cerita sikit-sikit dan yang penting yang boleh buat dia interested nak ajak kita second date. Jangan tipu, nanti backfired kat kita balik. Trust me on this. Jangan pretend to be someone else. Like kita smoker tapi cakap kita tak pernah merokok. Nanti kan dia tahu jugak eventually.

4. Jangan overdress atau over makeup terlampau. Kebanyakan lelaki walaupun suka tengok kita melaram dan make up semua, tapi dia mereka lebih selesa dengan yang natural. Perempuan pulak memang fashion critic. Kalau lelaki overdressed memang tak hensem.

5. Tolonglah jangan lambat sampai untuk first date. Tak ada siapa suka menunggu lama-lama kat kedai makan ke, kat depan pintu masuk wayang ke. Dan untuk date-date yang seterusnya pun janganlah lambat. Kita tak suka menunggu, orang lain pun sama ak suka jugak.

Note : Anda digalakkan memakai minyak wangi tetapi jangan sesekali sembur sampai lima kali, kecuali minyak wangi tu memang bau dia tersangatlah lembutnya.

- Posted using BlogPress from my iPad

10 comments:

EyqaLuvender said...

jadi diri sendiri sudah...hehe

penmerah said...

stujuuuu! better kita wt ikut keselesaan n x buat pasangan kepeningan.hahahahaaa

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! said...

wah! tapi kalau yang dah 7 tahun dating ni macamne... boleh ikut tak hehe.

mas saari said...

teringat masa first date saya dulu, pi tengok konsert KRU! heheheehee

Anum said...

setuju2
pandai2 jaga diri

Nur Syazana Mohammed Sani said...

kalau yang last sekali tu setuju gila ,. kalau da first date lambat ,. alamat nye ,. memang taaaa la ><

http://syazanasani.com

KaK LimAh Si SupiR said...

xpenah 1st date lg :(

Dhinai said...

first aku disect.16.....memory luka parah.

msredcheesecake said...

chempaka, first date ler... hhee

syazana, tata la kan...

dhinai, kalau camtu, usah dikenang sgt...

Anonymous said...

awal yang baik

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno