October 13, 2011

PAGI LAGI DAH MABUK

Salam you alls,

Dua hari msred cuti, Selasa dan Rabu lepas, menguruskan hal kereta dan bank. Penat kehulur kehilir tengah panas. Walaupun naik kereta, tapi bahang dari luar terasa jugak. Penat sangat sampai malam semalam pukul 9 pm dah flat, pengsan. Jarang msred tidur awal.

Pagi tadi nak bangun pun punyalah susah. Dengan rasa 100% terpaksa, mata tak boleh buka lagi, bangun lah menuju ke bilik air. Macam biasalah kan, gosok gigi dulu. Mata tertutup, ambillah berus gigi, bubuhlah ubat gigi. Tiba-tiba bila terasa lain macam je ubat gigi msred, mata pun terbuka.

Laa....ni bukan ubat gigi. Ni facial cleanser untuk muka. Nasib baik msred tak gosok gigi dengan pencuci muka itu. Kalau tak, pasti gigi msred bebas kedut dan bebas jerawat serta jadi cerah gebu.

Note : Kalau terambil ubat gigi nak cuci muka, macamana? Apakah akan terjadi pada muka msred?

20 comments:

Anum said...

hehehhhehe
nasib lagi...

Ezad Skytech said...

hee..masih mamai lagi tu msred..lepas kejadian tu mesti terus jadi segar kan...heee~

mizzkechique said...

seb bek amik cleanser, kalau amik syampu kn dh payah.. muehehe

KiMiE said...

kalo ubat gigi letak kat muka tak perlu risau,tiada lagi kaviti..huhu!

Hanis MY said...

nasib baik... dah jd mcm citer p ramlee pulak hehe...

cik pulau said...

alahaiii.. mamai lettew..

aReLaN said...

hahaha...klu amek ubat gigi wat cuci muka,jwbnya mmg segar la sepanjang hari.

----- ----- said...

jadi comel..klu adew camera lagi best...hehe~~

K O R I E said...

haha.. klakar la! nsib baik anak msred xnmpak.. klu x mesti dorang gelak sakan kan..

era kecik said...

ha ha ha.. sib baik kan?

..cik gugu.. said...

penah jugak kne mcm sis.. ahahahaa~

Mama Gee said...

mesti kulit muka jadi kuat, bebas dr caviti...heheeeee

pena rozie said...

hi...hi..hi... nasib baik

rara pinkmafia said...

hahahahaha nk putihkan gg ye kak.

GUNNERS said...

makin comel...yeaahhh sureee!!!!

fafa punya said...

sy hampir mencuci muka dengan colgate T___T

ziraziz said...

kalau ambik ubat gg cuci muka, knpm muka putih berseri sepanjang hari hehe...

msredcheesecake said...

Ezad, mata teus terbuka besar...hhheee

Mk, berbuih la mulut... Hhee

Korie, diorg tido... Hhgee

Gugu, ye ke? Geng kita...

Mama gee, keras nanti...

Gunners, comel? Hhhee

Fafa, betul ke? Lagi sakit...

~iz~ said...

hahaa....kalau la tergosok tu...:)

cerita best said...

contest ini dh pun tutup sla masuk link nie http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/11/contest-telah-ditutup.html untuk pengetahuan lanjut..msuk tau jgn x msk lak hahah

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno