October 27, 2011

JANGAN BUAT TAK NAMPAK

Salam you alls,

Rasanya kita semua tahu apa tanda-tanda cinta pasangan kita dah berkurangan atau dah beralih arah kan? Tanda-tanda biasa termasuklah bila kita call selalu tak angkat. Bila kita sms tak berbalas, kalau berbalas pun pendek-pendek je. Bila ajak dating selalu kata busy lah, kereta rosaklah, malaslah, tak sihatlah. Bila kita cakap dia ashik nak marah-marah je. Dia mula hilang-hilang tak dapat dikesan dimana keberadaan dia. Kalau nak jawab call depan kita suka sorok-sorok dan mengelabah semacam.

Rasanya kita semua boleh nampak tanda-tanda ni dan boleh faham kenapa pasangan kita tiba-tiba berperangai tak sama macam dulu. Persoalannya, kenapa ramai diantara kita suka buat-buat tak nampak, ignore hint yang sangat terang ni dan terus berharap pada cinta yang dah berubah? Kenapa kita masih berharap agar semua kekalutan ini berlalu dan kembali macam biasa, macam masa mula-mula bercinta dulu?

Denial. Hati kita menolak apa yang akal cuba bagitahu kita yang cinta pasangan kita dah mula berubah. Kita ignore semua hint-hint ini sebab kita mahu mengelak perpisahan. Kita tahu betapa pahitnya perpisahan dan kita menolak untuk menempuhnya. Maka kita terus buat-buat tak nampak apa yang berlaku dengan harapan ianya akan berlalu dan selesai sendiri. Wajarkah kita terus seksa hati kita dan hati pasangan kita itu?

Pahit, pedih. Pasti akan kita rasa bila berpisah. Risiko bercinta. Tabahlah hadapi. Jatuh tak apa tapi kita mesti bangun semula. Kalau benar cinta sudah tiada, lepaskan dia dari hati kita, biar dia pergi. Maafkan dia dan jangan ada dendam. Biarkan dia pergi.

18 comments:

Anum said...

bangun dari kesedihan

eyqa amin said...

what the almost important, hati kita~~~jgn biar terus disakiti tanpa sebab

Ct Aja said...

itu bermakna dia bkn utk kita, biar putus di tgh jalan, jgn putus di hujung jalan...

hira said...

setuju. tapi sebolehnya kena terima hakikat yang dia bukan untuk kita. insya Allah ada yang sedang menunggu :)

p/s: terima kasih atas ucapan birthday tu. hehe

Pendamba Mawar said...

pasang surut dalam percintaan dah macam adat yang dituruti oleh setiap pasangan.adakala kita bahagia adakala kita berduka.tapi itulah keindahan dalam sebuah perhubungan.:)

aimie amalina said...

betol!
sokong akak
menyimpan yg "buat2 x nmpak" tu sebenanye mengundang kesakitan yg parah di kemudian ari..

pena rozie said...

Kene bangun. cepat sedar tau....

Cinderella said...

kene ader pendorong :)

cik pulau said...

setuju..
kadang2 kita wat tak nampak kan..
tapi lama2..
bila kita terima hakikat tu..
baru kita sedar, kenapa la kita tak terimanya awal2 dulu..

msredcheesecake said...

Eyqa, betul... Sayg dir kita dulu kan?

Hira, welkem dear...

PR, sekadar berkongsi pendapat, tak berkaitan msred...hheee

Ridhwan, rasanya kita tahu bila pasangan kita betul2 busy, kalau perubahan berlarutan ....

diana said...

kumbang bukan sekoq..
bungan bukan sekuntum..kan??

Nyamuk Terbang said...

stiap yg jd tue ad hikmah
kalau dh jdoh
gudh la teruk pn
ttp bersama ^^

zahidah seran said...

cari lain yang tahu hargai..=)

Iffah Afeefah said...

Perit tp alhamdlillah berjaye yeah

teyn teyn said...

before terjadi baek berjaga.

hehe

msredcheesecake said...

Diana, sgt betul... Carilah yg sayg kita

Nyamuk terbang, betuk juga.... Tapi kalau jodoh yg kita tahu tak kan bawa kebaikan?

Iffah, alhamdulillah...

nurfauzi said...

sebab tu perlu diikat dengan perkahwinan.
rasa cinta pada manusia ada masa akan surut, sama juga pada pasangan yg telah berkahwin.
cum amasa tu tanggungjawab dan komitmen akan ambil peranan meneruskan hubungan sementara rasa cinta tu datang semula.

Tu yang jadi orang dok bergewe lame2, bertahun-tahun, lepas tu tak jadi kawin. Senang-senang je guna alasan tak serasi...

Ezad Skytech said...

mungkin da bukan jodoh kita...nak buat macam mana kan...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno