October 18, 2011

JAGA-JAGA BILA BERSOSIAL

Salam you alls,

Ke mana-mana kita pergi, kita akan berhubung dengan rakan-rakan, sama ada yang dah lama kenal atau yang tak pernah kenal atau yang baru kenal. Apa pun kita buat, biasanya akan melibatkan perhubungan dengan orang lain. Di pejabat, kolej, sekolah, kedai makan, kedai baju, kaunter pertanyaan, bank. Mana-manalah. Mesti kena berhubung atau berurusan dengan manusia.

Dalam pergaulan tak kira siapa, kita kena hati-hati bertindak, hati-hati bercakap supaya tak ada sesiapa yang terasa atau berkecil hati. Kadang-kadang apa yang kita cakapkan, guraukan, kita ingat tak ada apa-apa tapi rupanya ada hati yang tersinggung. Ada hati yang marah.

Kalau kita tahu dia marah kita boleh minta maaf, habis hutang. Kalau kita tak tahu dia marah, macamana nak minta maaf? Maka kita akan berhutang dengan dia. Kalau sampai bia-bila kita tak tahu dia marah, sampa bila-bialah kita berhutang dengan dia. Bahaya kan?

Pergaulan dengan seseorang yang kita kenal memanglah kita kena jaga. Dengan orang yang kita tak kenal dan mungkin tak akan jumpa lagi pun kita kena jaga. Apa yang kita lakukan dan tuturkan biarlah yang baik-baik sahaja. Kalau takut kita menyinggung perasaan orang lain sama ada sedar atau tak, kita kurangkanlah bercakap benda ak berfaedah. Bila kuang bercakap, kuranglah kemungkinan nak kecilkan hati orang. Banyakkanlah bekerja dari bercakap, lebih banyak faedah. Kan! Kita cuba yea.

10 comments:

oli-go said...

tip yang baguih..suke suke..

siti kektus said...

Kte kdg2 rasa mcm tu. Tkut ape yg d ckp kan sbenarnya dah mgguris hati. Huhu

Mama Gee said...

setuju sgt2...
hati manusia ni lain2..ade kuat, cekal..ada yg senipis tisu...apa2pun elak dr byk bercakap hal2 yg tak sepatutnya...

.:shura shushi:. said...

Saya akan jadi diri elok-elok **w!nk*

Iffah Afeefah said...

Baikla

jage bhse jge pgaulan

QueeN TerataI said...

betul tue.. kurangkan bercakap.. duk saja buat keja lagi baguskan.. hehehehe

Pendamba Mawar said...

baik lah..:) akan diaplikasikan

aimie amalina said...

weeeee
betol2
lets make our hand move our work
rather than mouth just talk n talk
hehehe =]

KaK LimAh Si SupiR said...

itu laa..kaklimah p0n, tgah usaha jage pertuturan skrg ni..sb membe2 rmai ckp yg kaklimah ckp maen lpas j :(

nurfauzi said...

sebab tu umat islam perlu berakhlak mulia.
alangkan kita ni kalau baik akhlak pun ada orang tak suka, lagikan kalau kahlak kita tak molek..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno