October 07, 2011

DAH PUKUL 4.30 PETANG

Salam you alls,

Di pejabat. Dah 4.30 pm dah.

Cik puan pun meletakkan pen ke atas meja. Mengeliat kecil, betulkan pinggang yang dah lenguh. Regangkan kaki yang dah macam nak kebas.

Kertas-kerta berterabur atas meja mula di kemas rapi, supaya tak berselerak meja. Alat tulis disimpan di dalam laci. Fail-fail disusun semula di atas rak almari. Kertas bungkusan gula-gula di atas meja dikutip lalu dimasukkan ke dalam tong sampah. Meja dah rapi. Senyum.

Cik Puan mengambil mug yang dipakai tadi untuk membancuh Nescafe 3 in 1 Strong. Melangkah menuju bilik air. Mug yang kotor dibasuh. Selesai, masuk pula ke bilik air kecil untuk menunaikan hajat. Lega. Basuh tangan. Ambil mug. Berjalan semula ke meja. Mug disimpan dalam laci.

Cik Puan ambil handphone di atas meja, masuk kan dalam beg tangan. Pastikan semua barang yang sepatutnya ada di dalam beg tangan sudah dimasukkan.

4.50 pm. Semua dah kemas. Meja dah rapi, beg tangan dah kunci. Ada 10 minit lagi sebelum pukul 5pm, nak punch out, nak balik. Lepak sekejap gossip dengan office mate. Tepat pukul 5pm, terus berebut punch out.

Question : Kenapa kena ambil masa 30 minit nak get ready nak balik pejabat?


- Posted using BlogPress from my iPad

11 comments:

rara pinkmafia said...

alamak.teringat mug saye dlm toilet tk basuh ag.

..cik gugu.. said...

bese la.. 30 minit tu kne get ready nk berlari punch out.. ahahaha~

Pendamba Mawar said...

kumpul tenaga untuk berebut punch out

Fad said...

ri jummaat lagi la smgt nak balik.kan.kan.kan.heheh

shafiqabdshukor said...

standard...
yalah nak prepare untuk minggu depan punya..

teha said...

kne gosip2 dlu kot.. hahaha !

kotak bulat said...

hehe.sb semangat nk blik tu tinggi..

msredcheesecake said...

Kita ni dtg opis sampai lima minit sbl loceng, balik nak cepat... Hheee

Faaein Talip Roy said...

org keje opis.. datang bukan main lambat.. bila waktu balik.. tak sabar2 nak punch.. huhuhu.. =P

aimie amalina said...

heeeeeee
besnye alam keje
wawawa
x sbr nak menunngu koje nak sy
sy je nak koje
huhuu

KaK LimAh Si SupiR said...

ehehe..stndard tuuu msred..30min utk kemas2 semua b4 balik :P

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno