October 05, 2011

BOLEH KE KITA BUAT MACAM MAK BUAT?

Salam you alls,

Mak dan kakak sedang makan kentang goreng. Tinggal satu saja lagi dalam pinggan. Mak ambil,baru masuk mulut. Kakak jerit, MAK, KAKAK NAK KENTANG GORENG TU. Mak terus keluarkan dari mulut dan bagi pada kakak.

Dah dua hari kakak demam. Dah dua hari mak tak cukup tidur jaga kakak. Dah dua hari mak cuti tak masuk office. Malam, mak baru nak terlelap sebelah kakak, kakak cakap, MAK. KAKAK DAHAGA. TAK NAK AIR KOSONG. NAK AIR REBINA. Mak tanpa berlengah terus bangun ke dapur buat air untuk kakak.

Mak baru balik kerja, terus masak untuk makan malam. Lepas masak, mandi. Kemudian layan abah dan kakak makan. Basuh pinggan dan kemas dapur. Mak baru nak duduk tengok tv kakak cakap, MAK. AJARLAH KAKAK MAIN PIANO. Mak terus bangun dan mula mengajar kakak main piano.

Lepas main piano, mak bawak kakak ke bilik untuk tidur. Lepas dah selimutkan kakak, mak masuk bilik air. Gosok gigi dan cuci muka. Mak pun baringlah kat katil nak tidur. Esok kerja. Kakak datang bilik mak dan cakap, MAK. KAKAK TAK BOLEH TIDUR. TAKUT. MAK JOMLAH DODOIKAN KAKAK. Mak terus bangun, dodoikan kakak sampai dia lelap. Kemudian baru mak tidur.

Mak keluarkan sedikit simpanan dia nak beli supplement untuk menambah tenaga. Kebelakangan ini mak selalu rasa penat dan kurang bertenaga. Di shopping complex kakak cakap, MAK. KAKAK NAK TOYS TU. Sambil menangis nak beli permainan yang dah lama kakak minta. Berharap sangat. Mak tak sampai hati, terus belikan permainan kakak. Bulan depanlah beli supplement tu.

Mak boleh buat macam ni untuk kita anak dia ni tanpa bersungut dan meminta balasan. Kita boleh ke buat buat macam ni untuk mak kita dangan senang hati? Yakin ke boleh?



20 comments:

aReLaN said...

btul tu.mak sorang leh jaga anak smpi sepuluh tapi sepuluh orang anak belum tntu leh jaga mak sorg ble dia dh tua nnt.sadis2

..cik gugu.. said...

setuju ngan komen arelan di atas~~

Rtp Farra Arisha said...

besar pengorbanan seorang ibu. that's why i hate too much when somebody tidak mengenang jasa ibu..lately, banyak kes macam ni berlaku kan?

hopefully we can be the best for our mommy!

Redbloodsnow said...

setuju tu. skrg ni byk dh kes anak tak mengenang jasa org tua...pui!

Faaein Talip Roy said...

tu lah... seorang emak.. akan sentiasa mendahuluikan anak dia.. moga kita anak2 ni.. hargailah emak dan ayah kita juga... risau.. takut tak mampu nak jalas jasa mereka..
-__-

Cinderella said...

mak org plg mulia :)

Mizz ErMa said...

Insyaallah boleh..walaupun xseberapa sangat kalau nak dibandingkan dgn pengorbanan yg mak da buat dekat kita..>_<

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

boleh..bila dah ada anak kita sendiri. Itulah pengorbanan ibu....tak dapat kita membalasnya...upsss tiba-tiba commnet ini, lupa nak kenalkan diri.....salam kenalan dari cayob!...ini kali pertama ayob datang sini...waaa mantoplah blog ini.......maka....c`ayob follow sini .

Alang-alang saya datang ini, Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

http://cayob.blogspot.com/

~iz~ said...

hargai la mereka selagi ada...
sedih la baca entri ni..sedih sbb mak dh xde..huhu

Eera Shera said...

sedih la pulak entry ni. T_T

KaK LimAh Si SupiR said...

jasa seorg ibu, xkan penah terbalas oleh seorg anak

ayu zan said...

yup~
setuju sgt..
peng0rbanan beliau telalu bermakna..

EyqaLuvender said...

waaaaa... rndu ma,nk blk umah skrg!

Liya Laa said...

Takpe.nt bila anak mak dah besar, dia akan gembirakan hati mak. :))

cik gege said...

besarnya pengorbanan seorang ibu...

Pendamba Mawar said...

u make me tearing..

Sufinah Yussof (SY) said...

sifat mak selalu mengalah dengan anak nya. mak nak yang terbaik anak nya. biar mak susah, tapi jangan anak nya susah. mengalir air mata baca entry ni.
T_T baca entry ni trus rinsu sangat2 kat mama.

MizRayy said...

maaaakkk... teringat mak kt kmpong yg sdg kesedihan n dilanda mslah skrg nie.. apa bley buat.. hnya mmpu berdoa..

aimie amalina said...

betol
selalu pikirkan
mulut mang la ckp boleh
boleh, tapi hakikatnye
betol ke boleh
isau jugak
tapi kene bolehkan jugakkkan?

msredcheesecake said...

arelan...pelik kan?

farra...hopefully..

mizz erma...kita usaha...

iz.. sabar..doakan dia..

SY... bila dah jadi mak baru paham kenapa mak sanggup berkorban begitu

mizray.. doa kan kesejahteraan dia...

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno