October 03, 2011

BIAR MUKA BURUK ASAL HATI GEMBIRA

Salam you alls,

Kita selalu rasa kekurangan bila melihat perempuan yang mempunyai rupa dan penampilan yang menarik. Kadang-kadang kita rendah diri dan ada yang sampai rasa malang sebab kita tak secantik si jelita. Kita akan cakap bertuahnya dia sebab dijadikan cantik paras rupa.

Sejauh mana benarnya sangkaan kita ni? Betul ke semua si jelita ni bertuah? Bahagia ke mereka?

Kita selalu membuat andaian si jelita ni pasti happy sebab mesti semua orang suka kawan dengan dia, semua orang suka nak tolong dia dan apa yang dia buat mesti mendapat sokongan orang sekeliling.

Tak semua. Bukan semua si jelita yang bernasib baik begitu.

Ramai yang tak happy sebab orang tak ikhlas berkawan dengan dia. Semuanya nak mempergunakan aset yang dia ada. Orang-orang yang tolong dia selalu menambil kesempatan terhadap dia. Dan dalam apa jua yang dia buat, sokongan yang diberi mesti ada balasan yang diharapkan.

Tak semestinya kalau kita dianugerahkan dengan rupa yang cantik maka kita akan bahagia. Kadang-kadang yang kurang jelita itu lebih bahagia.






Biar rupa kurang jelita tapi hati sentiasa bahagia dan ceria selalu. Barulah muka berseri-seri. Daripada muka jelita tapi disebabkan selalu stress muka pun hilang seri.

- Posted using BlogPress from my iPad

10 comments:

rara pinkmafia said...

betul tu sis,biarlah kite berserdahana tp bahagia kan.

p/s : sis cantek layout baru.

siti kektus said...

Kdg2, dsbkn kurang cantek, keyakinan diri pon jd kurang msred. HukhukKdg2, dsbkn kurang cantek, keyakinan diri pon jd kurang msred. Hukhuk

nurfauzi said...

Sebab itu Allah nilai manusia pada taqwa, bukan pada paras rupa. Sebab kalau nilai pada paras rupa, memang akan jadi lain, sebab wajah manusia lain-lain. Penilaian terhadap "cantik" pun berbeza.

anismelon said...

macam toh jugak org kaya..tak semesti hidup dye bahagia..kite je tngk dye bahagia..org cantik pon cam toh lah..

cantik baju baru blog..header pon comel..hehe

pena rozie said...

Yes... Setuju sangat.

:: Mrs.Eady :: said...

agreed :)

KaK LimAh Si SupiR said...

bile sllu ceria, muke awet muda mcm msred ^_^

Pendamba Mawar said...

pendamba pun tak jelita..:) kawan ngan semua lagi best.ikhlas dalam perhubungan

Dhinai said...

Jelita itu ibarat pelita,padam pelita jadilah gelita...ha ko..apa punya bidalan ni.

msredcheesecake said...

Kektus, dont be... Yg penting cantik pada Dia...

Fauzi, biarlah kita canik pada Dia

Dhinai, tak kisahlah bidalan ape janji ada isi..

Copyright © msredcheesecake l Design by DayangDeno